Wednesday 1 May 2013

SEKADAR PERKONGSIAN . (Sempena hari Pekerja 2013 )

Dari  Blog Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood :





SELAMAT HARI PEKERJA.

Renungan utk semua pekerja.
Sesiapa yg menjadikan DUNIA semata mata matlamat hidupnya,Allah akan timpakan dlm hatinya empat perkara:-)
1.Kesusahan yang tidak putus putus.
2.Kesibukkan yang tidak habis habis.
3.Kemiskinan yang tidak berkesudahan.
4.Angan angan yang tidak kesampaian.

Tuesday 30 April 2013

SEKADAR PERKONGSIAN : DI SEBALIK DUNIA PELAJAR.












BAGAIMANA  MENGEKALKAN  FOKUS SEMASA  BELAJAR.

ØMotivasikan  diri.
ØIstiqamah  dalam  belajar.
ØBerdoa.
ØBetulkan  niat sebelum  mulakan P & P .
ØSelesakan  diri dengan  suasana pembelajaran.
ØElakkan gangguan (  mental  , fizikal  , emosi  dan persekitaran )
ØCintai apa yang diajar , sayangi  siapa yang  mengajar !..





                       PERIHAL  STPM  BAHARU
                         FORMAT  SOALAN .


Soalan  berformatkan  Struktur.
Soalan  1  ( Bahagian A ) dan Soalan 4 ( Bahagian B )
Wajib dijawab.
Menyumbang  30 markah.
Ciri  jawapan :
     1.  Ringkas .
     2.  Fakta padat.
     3.   Umumnya  berfakta penjelasan fakta   berkaitrapat 
           tentang  ciri  , lokasi  , konsep   dll.


Soalan  berformatkan  Esie.
Soalan 2 & 3 ( bahagian A ) dan soalan 5 & 6 ( Bahagian B )
Pilih  satu soalan  daripada kedua-dua  bahagian.
Menyumbang  50 markah.
Ciri jawapan :
     1.  Berbentuk  penjelasan.
     2.  Terdapat fakta utama.
     3.  Fakta sokongan.
     4. Wujud   aliran  fakta.
     5.  Perlukan contoh , jika   relevan.


Bahagian  A.
Tema utama :  Kemahiran Geografi  Persekitaran Fizikal.
ØSoalan Struktur :
         Alam Semula jadi ( sistem  suria  dan   kitaran  hidrologi )
          Konsepjenis   , ciri .
ØSoalan Esie :
           Kaitan alam  sekitar  fizikal  dengan  aktiviti  manusia.
           ( Pengaruh unsur-unsur iklim dan cuaca  serta  pelbagai    
            fenomena  alam  terhadap manusia , aktiviti mereka  dan  
            alam  sekitar  serta  sebaliknya ).


Bahagian  B .
Tema Utama :  Kemahiran Geografi  Persekitaran  Manusia.
ØSoalan  Struktur.
           Aktiviti ekonomi  primier , sekunder  , tertier , kuatterner  
           dan  kuiner ( pertanian , perikanan , perlombongan , 
            pembalakan , prindustrian , pembinaan  , perkihdmatan  , 
           pelancongan  dll ).  
           Konsep , jenis , ciri.
ØSoalan  Esie :
           Kaitan aktiviti  manusia  dengan alam  sekitar  ( faktor  ,    
            kepentingan  , kesan  kepada  alam sekitar  & langkah ).


KAEDAH  MENJAWAB  SOALAN  STRUKTUR
Soalan  1  ( Bahagian A ) dan Soalan 4 ( Bahagian B )
Wajib dijawab.
Menyumbang  30 markah.
Ciri  jawapan :
     1.  Ringkas .
     2.  Fakta padat.
     3.   Umumnya  berfakta ,  penjelasan fakta   berkaitrapat 
            tentang  ciri  , lokasi  , konsep   dll.


KAEDAH  MENJAWAB  SOALAN  ESIE .
Soalan 2 & 3 ( bahagian A ) dan soalan 5 & 6 ( Bahagian B )
Pilih  satu soalan  daripada kedua-dua  bahagian.
Menyumbang  50 markah.
Ciri jawapan :
     1.  Berbentuk  penjelasan.
     2.  Terdapat fakta utama.
     3.  Fakta sokongan (  mendasari  pelbagai  konsep  huraian )
           - Sebab  dan  akibat (  jika  soalan   faktor , kepentingan  dan  
              masalah ) .
           -  unsur  ,  proses dan  kesan ( jika soalan  berkaitan dengan 
              kesan terhadap alam sekitar )
     4. Wujud   aliran  fakta  dalam  perenggan .
           - Ayat  pertama ,  kedua  dan  seterusnya  perlu  berkait  
              dan saling melengkapi untuk  menjelaskan sesuatu 
               fenomena geografi .
            - Kewajaran huraian  perlu melihat pengasingan isi 
                mengikut perenggan.
     5.  Perlukan contoh , jika relevan.
     6.  Penggunaan laras   bahasa yang  betul  dan  tepat amat  
           perlu.



  KEPENTINGAN  KATA  TUGAS  PADA  SOALAN  :
1.   Penentu  hala  kehendak  soalan.
2.   Menjadi   asas  rujukan  pemarkahan.
3.   Menentukan   arah  penulisan  jawapan .


  JENIS-JENIS   KATA  TUGAS  PADA  SOALAN   
Terangkan .
Nyatakan.
Namakan.
Jelaskan.
Huraikan .
Bandingkan.
Bezakan.
Bincangkan
Jelaskan  pernyataan.


   KAEDAH  MUDAH  MENJAWAP  SOALAN   
Ø Baca soalan dengan  teliti.
Ø Gariskan  kata  kunci  bagi  soalan.
Ø Teliti  kata  tugas pada  soalan.
Ø  Rangka  jawapan.
*Peringatan 
Soalan  bentuk  ini  biasanya meminta anda  memperihalkan sesuatu  fenomena  / aktiviti / ciri  / proses dllAnda  hanya perlu  menejaskan  kehendak  soalan  mengikut  kronologi  yang  betul  / tepat



CONTOH  KAEDAH   MENJAWAP  Soalan   STRUKTUR  : 

CONTOH  Soalan   STRUKTUR  : 
Terangkan  maksud   bahangan matahari ?    ( 2 m )  
                                                                                          
Kata  kunci :
Ø F1  -  haba matahari .
ØF2   -  gelombang  pendek.
ØF3   -   masuk  ke ruang    atmosfera.


CONTOH  JAWAPAN  : 
Bahangan  matahari  merujuk  kepada haba matahari  dalam  bentuk  gelombang  pendek  yang   masuk  ke ruang  atmosfera  bumi  pada  waktu  siang.



KAEDAH   MENJAWAP  Soalan ESIE  : 
ØBaca soalan dengan  teliti.
Ø Gariskan  kata  kunci  bagi  soalan.
Ø Teliti  kata  tugas pada  soalan.
Ø  Rangka  format jawapan.
     Isikan rangka jawapan.
     Tulis  esie  berdasarkan susunan  rangka jawapan.


*Peringatan 
Soalan  bentuk  ini  biasanya meminta anda  berfikir  secara  yang  lebih  kreatif    dan  kritisKreatif  untuk mempelbagaikan eleman  jawapan  dan  kritis  dalam  mengutarakan  idea  atau  pandangan . Umumnya ,   lontaran idea   ( ayat-ayatdalam satu perenggan  mesti  saling berkait agar  wujud  kesatuan  idea dalam  perenggan  tersebutIni  akan membezakannya  dengan perenggan yang lain. 



CONTOH  Soalan   ESIE : 
Huraikan  kesan  perkembangan  sektor  perlombongan   terhadap  alam  sekitar di  Malaysia ( 2 m)  


CONTOH  JAWAPAN  : 
                  Antara kesan aktiviti perlombongan  terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran air . Hal ini disebabkan oleh penebangan  hutan , aktiviti carigali  dan pembuangan sisa-sisa perlombongan ke sungai  yang  menyebabkan air  sungai  menjadi  keruh , berkeladak dan dasar  sungai  menjadi  cetek. Keadaan  ini akan  menyumbang  kepada  kemerosotan   kualiti  air  sungai  disamping  memungkinkan  berlakunya  fenomena  banjir  kilat  dan  kemusnahan  habitat  pelbagai   hidupan  akuatik  seperti  ikan  , udang  , tuntung  dan lain-lain.

Batasan :
Soalan  , kerangka  dan jawapan  adalah  idea penulis . Mungkin boleh dijadikan garispanduan  semasa  latihan  dan menjawap soalan.

Ketemu  lagi . Wassalam .SMKR . 30/04/13