Info Geografi :
INDUSTRI ASAS TANI PEMANGKIN PEMBANGUNAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA .
1.0. Konsep Industri Asas Tani.
- Melibatkan aktiviti pemprosesan pelbagai produk hasil pertanian , perikanan ,ternakan dan akuakultur bagi mempelbagai dan meningkatkan industri hiliran berasaskan aktiviti-aktiviti tersebut . Tujuannya adalah untuk memberi nilai tambah terhadap sektor ekonomi tersebut .
2.0. Kepentingan Sektor Industri Asas Tani.
- Mempelbagaikan aktiviti ekonomi setempat akibat kewujudan pelbagai kesan pengganda ekonomi.
Antara produk hasil perkembangan industri asas tani di Malaysia . |
- Meningkatkan peluang pekerjaan .
- Menjana sumber pendapatan penduduk / meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.
- Meningkatkan permintaan / meluaskan saiz asaran bagi bahan mentah setempat / domestik / tempatan
3.0. Strategi memajukan sektor Industri Asas Tani.
- Program Bimbingan keusahawanan : Bantuan peralatan , bengkel , khidmat nasihat ,motivasi dan latihan .
- Menambah nilai produk melalui RND secara berterusan terhadap nilai kualiti produk , pembungkusan serta pemasaran .
- Mewujudkan program Tranformasi Teknologi pemprosesan .
- Memperkenalkan persijilan " Good Manufacturing Practices" ( GMP ) untuk memastikan proses pengeluaran menepati standart kualiti hasil pertanian yang telah ditetapkan .
- Memberi bantuan modal / dana / sumber kewangan .