Wednesday 28 August 2024

 Info Geografi 

Pengurusan KK - Implimentasi Teori Tindell.

 ( kaedah Interprestasi Persekitaran ).




1.0. Pengenalan Teori Tindel.

Teori  ini  diasaskan oleh Freeman Tilden pada tahun 1877 .  Menggunakan elemen-elemen persekitaran sebagai elemen utama dalam proses pembelajaran  ,  menyebabkan ini banyak menggunakan elemen emosi dalam  menangani isu-isu yang dibincangkan /dipelajari . Enam prinsip asas Teori Tilden ialah :

1. Relate  / personal .

2. Reveal  / pendedahan .

3. Provoke  / provokasi .

4. Whole  /  menyeluruh .

5. Art / seni.

6. Children / kanak-kanak. 



2.0. Pengenalan Kerja Kursus 942/4.

Merupakan sebahagian daripada komponen penilaian di peringkat STPM . MESTI dilaksanakan untuk memenuhi syarat persijilan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ). Cakupan  kajian ini meliputi semua topik  dan  kemahiran   yang terdapat dapat  DSKP yang telah digarispandukan  dalam sukatan pelajaran .



3.0. Implimentasi Teori dalam Pengurusan KK 942/4  ( 2024 ) .


3.1. Kaedah Pengurusan  Kerja kursus 942/4.


3.1.1.  Menerima Tajuk tugsaan  ( Pra kajian ) .

i )  Meneliti kesesuaian tajuk  KK dengan ruang  , kekangan  dan peluang untuk  melaksanakan  KK dengan lebih baik  , mudah  dan berkesan .


3.1.2.  Mengenalpasti kawasan /lokasi kajian berdasarkan  aspek:       i )  Kewujudan elemen yang digarispandukan oleh tugsan .

ii)   Aspek keselamatan  dan kebolehkajian oleh pelajar .


3.1.3.  Menyediakan keperluan logistik kajian .

i)   Peralatan  / perkakasan perlu .

ii)  Pelbagai surat kebenaran .

iii) Agihan  kumpulan pelajar  dan penetapan tugasan. 


3.1.4.  Taklimat  Pengurusan  dan Pengendalian program .

Perbincangan meliputi  aspek :

i ) Pemilihan tajuk .

ii )  Pemilihan Lokasi . Pemilihan lokasi kajian  perlu mengambil kira  faktor  kebolehsampaian  pelajar  , keselamatan pelajar  , perkakasan kajian dan hasil dapatan kajian   , kebolehlenturan prosedur dan hasil dapatan kajian . 

iii)  Perbincangan prosedur pasca kajian . Elemen persediaan logistik sebelum pelaksanaan & pengendalian / turun ke lapangan .

iv)  Perbincangan prosedur semasa kajian . Penetapan  tarikh /hari /masa ke lapangan  , tindak  kerja  di lapangan  (  pemetaan kawasan  , penandaan  elemen  ,  pengiraan elemen  , perekodan dapatan  kajian  dan  pemerhatian  terhadap pelbagai aspek relevan kajian  serta  penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar yang terlibat . 

v)   Perbincangan prosedur post kajian . Penetapan tarikh dan pelaksanaan pelbagai segmen  penulisan laporan kajian   , rumusan pelaksanaan  dan  proses pembentangan  proses  dan  hasil dapatan kajian .


3.1.5.  Lawatan  ke kawasan kajian  ( semasa kajian ).

i )  Penetapan  lokasi  perjumpaan.

- Pastikan kawasan dipilih selamat .

- Pastikan kawasan dipilih mempunyai pelbagai elemen yang telah ditetapkan oleh soalan kajian .

- Pastikan  kawasan kajian mempunyai  darjah ketersampaian yang tinggi .

ii ) Pastikan kecukupan perkakasan kajian sebelum  kelapangan.

- Alatan tulisan.

- Buku catatan .

iii) Bergerak ke lapangan .

- Surat kebenaran penjaga / pengetua diperolehi.

-  Kumpulkan  surat kebenaran  penjaga  dan failkan .

-  Tetapkan jadual  perjumpaan di lokasi kajian.

iv) Taklimat sebelum memulakan tugasan di lapangan .

- Arahan  kerja : - kerja berkumpulan , tugasan individu  , fokus kepada tugasan sampai tamat . Kumpulkan keseluruhan data dalam satu jadual .

- Taklimat keselamatan : - berhati-hati  ,  jaga tingkah laku  / pertuturan  / jangan bergurau dll.

v ) Memulakan proses pemetaan kawasan lapangan .

iv) Melaksanakan perbagai kaedah kajian di lokasi pemetaan kajian berdasarkan bidang tugasan yang telah digarispandukan oleh soalan. Perekodan dan foto setiap segmen kajian perlu dilaksanakan setiap  perubahan segmen kajian .

*Kajian di lapangan dianggap selesai sekiranya semua segmen kajian dilaksanakan  dan dapatan kajian relevan dengan objektif  kajian yang telah ditetapkan  oleh soalan  siap  direkodkan .


3.1.6. Aktiviti Post Lawatan ke Lapangan . ( Proses Penyediaan Laporan Kajian )

i)  Sediakan format penulisan laporan kajian  ( Rujuk kepada manual pelajar ).

ii ) Isi format penulisan laporan dengan pelbagai elemen dapatan kajian mengikut ketetapan yang telah digarispandukan dalam manual  pelajar  dan objektif kajian  meliputi aspek :

-  Jenis-jenis kegiatan ekonomi tertier. .

 Pemetaan  jenis aktiviti ekonomi  tertier  di plot kawasan kajian : - -   Tiada sekatan jarak kerana kawasan kajian agak kecil . Dapatan agat  terhad  jika dizonkan.

-  Pengumpulan data ciri-ciri spesis tumbuhan di plot kawasan  kajian : -  Bergerak  ke plot masing-masing  dan lihat  jenis-jenis premis perniagaan  dan perkhidmatan yang ada di kawasan kajian . 

- Rekodkan dalam bentuk " senarai semak / gundalan " jenis ekonomi tertier  dan bilangan premis  serta lokasi premis. 

-  Merumus bilangan  premis  di plot  kawasan  kajian : Kenalpasti jenis dalam kawasan ( rujuk himpunan data dalam jadual.

- Memerhati & membuat penilaian tentang :


   1. Faktor yang mempengaruhi serakan spesis di plot kawasan kajian .

-  Kenalpasti jenis  dan taburan  premis perniagaan  dan perkhidmatan . Kaitkan   dengan aspek-aspek  di bawah  nih               ( yang ada di kawasan kajian  dan dijangkan  mempengaruhi  perkembangan  sektor ekonomi  tersebur sahaja )  :

i. Bentuk muka bumi  ( gambarkan ciri-ciri bentuk muka bumi dan jelaskan bagaimana ia mempengaruhi  taburan  dan pola susunatur premis perniagaan  dan  perkhidmatan )

ii. Saliran @  pengairan  - mungkin ada sungai  / alur2 kecil  / paya  - yang mempengaruhi pola  dan taburan aktiviti ekonomi  tertier  .

iii . Aktiviti manusia  - faktor  permintaan  pelanggan , perubahan cita rasa pelanggan  ,  saling kaitan pengunaan barangan  dan perkhidmatan  , aliran trafik  ( jalan sehala @ dua hala ) - mempengaruhi  pemilihan lokasi  , taburan  dan pola susunatur premis perniagaan  dan perkhidmatan  

v.  Dasar kerajaan  - aktiviti  pemusatan  perniagaan @ perkhidmatan , kewujudan zon perniagaan  dan  perkhidmatan .


* ( Perlu ada pembuktian  faktor secara fotografi di kawasan  kajian ).

   


2.  Kepentingan sektor ekonomi tertier   terhadap masyarakat setempat .

( Panduan  :  Teliti  jenis dan ciri  perniagaan   dan  perkhidmatan serta  kaitkan dengan kegunaannya kepada  penduduk setempat )

2.1. Wujudkan peluang pekerjaan  - sumber pendapatan  penduduk - tingkatkan kuasa beli penduduk .      

2.2. Tingkatkan taraf hidup penduduk - keterlibatan penduduk dalam ekonomi (  sebagai  perniagaan  dan penyedia  pelbagai perkhidmatan ) - perluaskan ruang untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti .

2.3. Wujudkan kesan pengganda ekonomi  - perkembangan sektor ekonomi asas akan menggerakan perkembangan sektor ekonomi huluan  , sektor  ekonomi  hiliran  dan sektor ekonomi  kitaran. Perkembangan sektor perniagaan akan meningkatkan permintaan terhadap pelbagai bahan mentah  , barangan runcit , perkhidmatan pengangkutan dll.

2.4. Menggalakkan aliran migrasi  dari kawasan pinggir bandar ke bandar . Peluang pekerjaan  /tawaran  kadar upah yg lumayan /tinggi , suasana kerja yang lebih selesa - tarikan utama migrasi.

2.5. Memudahkan mobiliti pekerjaan di kalangan penduduk . Penduduk berupaya memilih pekerjaan yang lebih sesuai  - terdapat banyak peluang pekerjaan.


* ( Perlu ada pembuktian  kepentingan   secara fotografi  di kawasan  kajian ).

   


3.  Cadangan tingkatkan aktiviti ekonomi tertier  pada masa hadapan .

Teliti  dan fahami  kaitan  pelbagai faktor dan kesannya terhadap  keemenjadian kawasan sebagai kawasan aktiviti  ekonomi tertier pada masa hadapan  ).

3.1. Peranan  PBT.

       - Wujudkan undang-undang kecil kawal gejala-gejala negatif  dalam pengurusan  premis-premis perniagaan  dan perkhidmatan . Penggunaan laluan , koridor  premis  sehingga mengganggu keselesaan  pelanggan premis yang berdekatan / berhampiran.

       - Menyediakan SOP / peraturan kecil dalam pengurusan sisa-sisa perniagaan terutama kedai-kedai makanan / kedai yang menjual barangan basah .

      - Mewujudkan arah aliran trafik yang lebih mesra pengguna  dan pengurusan premis perniagaan  dan  perkhidmatan .

3.2. Peranan pelbagai agensi kerajaan  /  pembangunan setempat.

      - Membantu sediakan / binakan / sewakan premis-premis perniagaan  / perkhidmatan  dengan kemudahan yang lengkap dan mudah diakses oleh pengunjung  - MARA , ECER  , Yayasan Pahang.

      - Mempelbanyakkan kios-kios perniagaan  dan penyedia perkhidmatan  agar wujud saling melengkapi fungsi  dan peranan pelbagai premis perniagaan  dan perkhidmatan .

     - Memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha-pengusaha premis perniaagaan  dan perkhidmatan . Penetapan  kadar minima  cukai pintu  . sewa tapak  , bayaran meletakkan kenderaan  dll.

     - Menyediakan lebih banyak tempat letak kereta .

3.3. Peranan ahli masyarakat .

      - Meyokong usaha-usaha pihak berkuasa dalam meningkatkan kuasa beli  penduduk di kawasan kajian.  Memilih premis-premis di kawasan kajian sebagai tempat mendapatkan barangan & perkhidmatan seharian .

3.4. Peranan pemain industri yang terlibat dalam aktiviti ekonomi tertier. 

     - Bersedia menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk perbagai instumen perkhidmatan yang disediakan .

     - Menyediakan pakej-pakej tawaran harga  dan  promosi yang menarik untuk pembelian pelbagai barangan yang dipasarkan di kawasan tersebut.

    - Mewujudkan suasana saling melengkapi  keperluan  penduduk sesama premis di kawasan kajian . Ketiadaan / kekurangan  barangan dan perkhidmatan di kawasan kajian dapat ditampung oleh premis yang juga terdapat di kawasan kajian .

    -  Menjaga kebersihan kawasan perniagaan  / premis perkhidmatan .


* ( Perlu ada pembuktian  prosfek pembangunan  mapan    secara fotografi  di kawasan  kajian ).



- Menyediakan  rumusan dapatan kajian .

-  Mesti dikaitkan  dengan objektif  kajian ( tercapai @ tidak ).

- Mesti ada elemen  nilai-nilai murni ( bertanggungjawab / disiplin/ketekunan  penduduk / mengutamakan kebersihan dll)

- Mesti ada semangat patriotisme ( rasa bangga / rasa sayang dll )


- Senarai rujukan .

- Ditulis mengikut format yang telah ditetapkan .

- Mesti lebih daripada 3 sumber yang berlainan .



Lampiran  untuk pelbagai sumber dan rujukan .

- Tersusun kemas .

3.2.0 . Laporan bergambar   sepanjang program dilaksanakan . 

- Photo  sebelum  dan semasa kajian di lapangan.

Bersedia untuk kelapangan  - apa-apa pun  .... makan  dulu .
Tkasih Cgu Azlina Tamjet kerana tolong uruskan makanan .

Proses pemetaan  kawasan  kajian .
Keluasan kawasan hanya 10 m X 10 m .



Pemberiaan arahan oleh guru pembimbing .
Steady otai yang masih berbisa .....

                    

Bantu pelajar membuat pemetaan kawasan .
Adoi la !........ keras tanahnya walaupun sekadar berpasir !..
.


Meneliti  dan cuba mengklasifikasikan  ciri-ciri
tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan .




Nak  menjustifikasikan  akar tumbuhan katanya.
Ikutkan anak-anakku !......
Asalkan dapat jawapan .






Foto-foto dapatan kajian .
   ( Spesis tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan ) 


Antara spesis yang ditemui .










Anak-anak Geog.  sila rekodkan  penamuan-penemuan 
ini dalam  jadual yang telah disediakan  . Jangan  lupa !....




Ekspresi  wajah penuh keceriaan  dan  keterujaan  apabila selesai  di  lapangan Moga seceria ini menghadapi hari-hari mendatang yang menjanjikan detik-detik kejayaan jika diusahakan secara berhemah . Inilah  untungnya anak-anak Geografi . 



Biar memori  terpahat di sini . Moga ukhwah  yang terbina
sentiasa  tersemat dan terpahat dihati ...




3.3.0. Rumusan  Program .

- Fasa Persediaan   - menepati  keperluan  pelajar / aktiviti .

- Fasa kelapangan  - walaupun singkat , berupaya memberi          ruang kepada pelajar untuk memperolehi   data-data yang            diperlukan.

- Fasa penulisan hasil kajian - 


#sekolahkitaacuankita.