Perkongsian : Comfort Zone & Kehidupan Harian .
Perkongsian : Comfort Zone & Kehidupan Harian .
1. Konsep Comfort zone .
- Situasi : Kita merasa sangat selesa , tidak perlukan sebarang perubahan dan ingin bebas daripada sebarang gangguan , tidak perlu fikir dan usahakan apa-apa .
- Keburukan : Membentuk konsep kendiri yang negatif ( malas , bertangguh kerja , menyangkakan semua mudah & mencukupi dan lain-lain perlakuan yang negatif ) .
2. Konsep Fear zone .
- Situasi : Melangkaui comfort zone , kita menghadapi ruang kehidupan yang realiti / sebenar . Mula mengambilkira keinginginan / harapan / pandangan orang lain / ibubapa / masyarakat dan guru dan lain-lain .
- Keburukan : Mula risau , takut gagal dan ada yang ingin kembali ke comfort zone tetapi peningkatan usia menyebabkan hal sedemikian adalah tidak wajar / tidak mungkin berlaku ( fitrah kehidupan / Aturan Allah ) .
- Kebaikan : Mula memikirkan keperluan dan kaedah mengadaptasi / menyesuaikan diri dengan keperluan perubahan yang tekal dan berterusan demi survival kehidupan pada masa hadapan .
3. Konsep Learning zone .
- Situasi : Melangkaui Fear zone , menerima ruang kehidupan yang realiti / sebenar sebenar . Mula mengambilkira keinginan / harapan / pandangan orang lain / ibubapa / masyarakat dan guru dan lain-lain .
- Kebaikan : Mula belajar dan dapat menguruskan fear zone dengan baik dan berkesan . Mula memahami tahap-tahap perlakuan , apa yang terjadi dan bagaimana kaedah menanganinya . Pada masa ini juga kendalian emosi lebih terkawal dan dapat memahami konsep sebab dan akibat , membezakan keperluan dan kehendak serta terus mengadaptasi situasi semasa ( mencuba dan menemukan pelbagai skill / kemahiran / pengetahuan baru ) dalam memberi nilai tambah dan memperluas makna comfort zone yang telah sedia ada ( himpunan pengalaman ) .
Pada masa ini , mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan , bagaimana menyesuaikan diri mengikut situasi dan keperluan serta berupaya membina tahap keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dari lingkungan kebiasaan .
4. Konsep Growth zone .
- Situasi dan Kebaikan : Melangkaui Learning zone , akan terlihat dengan jelas perubahan-perubahan yang berlaku semasa berada di comfrot zone / masa lalu dan situasi terkini . Sudah tahu / faham siapa dan apa karektor diri , mengenaal kekuatan dan kelemahan diri . Berupaya mengubah kelemahan menjadi kekuatan dalam berusaha , tahu tujuan dan berupaya membina matlamat / tujuan hidup jangka pendek dan jangka panjang . Berupaya membezakan antara kehendak dan keperluan dan fokus kepada matlamat yang ingin dituju serta bersedia mengubahsuai pengurusan hidup dan kerja agar berupaya mengurangkan konflik agar dapat memperluaskan lagi comfort zone pada masa hadapan .