Wednesday 19 February 2020

Tema 5.3 : KEGIATAN EKONOMI ( PENTERNAKAN )

2.0. Kegiatan Ekonomi Primier (  Penternakan  ) 
       ( Aktiviti pertanian , perikanan , penternakan ,  perhutanan  dan perlombongan )
         
                    

4 .1  Faktor yang mempengaruhi / menggalakkan perkembangan sektor penternakan  .
       - Keadaan iklim Khatulistiwa  yang panas  dan lembab - suhu 27 C   menggalakkan  pertumbuhan  rumput  / padang ragut .
       - kepelbagian bentuk  muka bumi  seperti  kawasan tanah pamah  , kawasan paya  dan  kawasan  berbukit  bukau  sesuai untuk  penternakan  pelbagai  jenis haiwan.
      - Bekalan tenaga buruh  yang ramai  dan  mahir dalam  bidang penternakan .
      -  Dana  dan Modal  yang  banyak  - Grant  pembangunan  pertanian 7 penternakan    dari pihak  kerajaan  , Agro Bank  dan pelbagai  pihak  swasta.
     - Keupayaan  RND  yang  tinggi  menghasilkan  pelbagai  inovasi dan  teknologi  penternakan   yang moden  dan  mampu  menyumbang  kepada  peningkatan produktiviti  hasil-hasil  tenusu  dan bekalan  daging  negara .
     -  Permintaan terhadap hasil  penternakan  yang  tinggi  di pasaran  domestik  dan  antara bangsa / hub makanan  halal  negara .
    -  Jaringan  pengangkutan   ( jalan raya  , jeti-jeti pusat pendaratan  ikan )  dan sistem perhubungan  yang  cekap  memudahkan  proses  pengurusan  dan pemasaran  hasil-hasil    penternakan  .
     -  Dasar  kerajaan  yang  menggalakkan perkembangan sektor  pen  penternakan  an  menyediakan pelbagai  insentif seperti  bantuan dana . khidmat  nasihat dan  latihan  serta  pemasaran.

Hasil carian imej untuk penternakan lembu     Hasil carian imej untuk penternakan lembu
          
 Projek penternakan  lembu secara kandang & lepas bebas di Malaysia.




3.4. Kepentingan Sektor Penternakan   kepada sosioekonomi & pembangunan  Malaysia.
      -  Menyediakan  peluang  pekerjaan  - meningkatkan  pendapatan  perkapita penduduk - meningkatkan  kualiti  hidup  penduduk.
      - Menyediakan sumber bahan  makanan  / sumber  protien  penduduk.
     -  Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  - industri  pemprosesan dan industri  pembuatan ( industri  tenusu  dan mengetin makanan ) .
     -  Mengalakkan pembangunan dan  perkembangan  jaringan infrastuktur   seperti  jalan raya , landasan kereta api  dan pelabuhan.
     -  Menyumbang  kepada  peningkatan  sumber pandapatan negara  - eksport hasil-hasil perikanan , cukai terhadap syarikat-syarikat  penternakan    dan  pertukaran wang asing.
     -  Mengalakkan pembukaan petempatan-petempatan  yang  baru  dan perkembangan pusat-pusat  pembangunan wilayah  yang  baru di kawasan pesisiran  pantai .
     -  Mengurangkan  kadar  penggangguran  dan  kadar  kemiskinan  di kawasan  luar bandar.
     -  Mengurangkan  import makanan  dan  bahan-bahan  mentah - mewujudkan barangan  pengganti ,  menjimatkan pertukaran wang asing.
     -  Mewujdkan  kesan  pengganda  ekonomi  - mengalakkan perkembangan  industri huluan  dan hiliran  berasaskan  sektor  penternakan .


3.5. Kesan perkembangan sektor penternakan  kepada  alam  sekitar.
       - Pencemaran air - kesan pembuangan sisa-sisa ternakan  termasuklan najis-najis dan sisa-sisa sembelihan  ternakan.
       - kemusnahan habitat  pelbagai  flora & fauna  apabila  kawasan hutan dibersihkan  untuk dijadikan  kawasan ragut haiwan ternakan.
      - Menjejaskan rantaian makanan  flora  dan  fauna  . ragutan  berlebihan akan  menyebabkan pertumbuhan rumput  terjejas  dan terbantut  lalu memberi kesan  kepada  spesis   haiwan  lain  yang memakan rumput  seperti  belalang dll.
      - Hakisan tanah    -  proses ragutan berlebihan haiwan ternakan  deperti  lembu , kambing  dan kerbau  akan  menyebabkan  permukaan  tanah terdedah  kepada  air  hujan  dan larian  air permukaan  lalu mengakibatkan  kejadian  hakisan tanah. 
      -  Pencemaran  bau - buangan sisa sembelihan  / najis  haiwan ternakan  yang  tidak diurus dengan  cekap akan  menyebabkan pencemaran  bau  dan menggalakkan pembiakan  lalat  - boleh menyebabkan  ketidakselesaan  penduduk  dan  perebakan  penyakit  .
     

      

  3.6. Langkah- langkah  mengurangkan  kesan perkembangan sektor  perternakan  kepada   alam  sekitar fizikal.
       - Menguatkuasakan undang-undang  - penggunaan  Akta Kualiti Alam Sekeliling  1974  kepada pengusaha ladang ternakan    yang merosakkan alam sekitarakan  , pemantauan  ,  pemeriksaan  dan  pengawasan berterusan ke kawasan-kawasan  pertern  , mengenakan  hukuman  penjara  , kompaun  dan menyita hasil ternakan yang mereka keluarkan .
      -  kempen kesedaran alam  sekitar -  kempen " penternakan    bestari ,  alam sekitar lestari   " mendidik    pengusaha  dan  penaternak  agar  mengamalkan  kaedah  dan  cara  penternakan   yang  mesra  alam .
      -  kaedah  pengurusan  / taktikal  / struktural / pemuliharaan .
            i. Mengzonkan  kawasan  penternakan.
           ii. Mengazetkan kawasan penternakan  jauh dari kawasan                        kediaman.
          iii.Pengunaan kaedah penternakan n yang  lebih moden  dan saintifik. Cth : kaedah penternakan  secara  tertutup  manakala sisa-sisa ternakan diurus  dengan cara yang  paling cermat sehingga tidak  menjejskan  kualiti  alam sekitar.

    
                             


3.7.  Cabaran  / Halangan / Masalah yang  dihadapi   pen  ternak   masa kini. 
         -  Kekurangan  tenaga  buruh - persaingan  guna tenaga daripada sektor ekonomi yang  lain menjadikan  para belia  lebih  berminat bekerja di sektor-sektor yang menyediakan ruang  kerja  yang  lebih selesa  dan pendapatan yang lebih lumayan .
         - Kekurangan  modal - penternakan  dianggap  pekerjaan tradisional  . Faktor persepsi  ini  menyebabkan mereka tidak mempunyai  dana yang  mencukupi  untuk membeli peralatan  dan kemudahan  penternakan   lebih moden  dan banyak  bergantung  kepada  bantuan / subsidi kerajaan  sukar mendapatkan  bantuan modal  dan pelaburan .
        -  Permintaan dan  harga   terhadap hasil-hasil  ternakan   umumnya  kurang  stabil -  sangat bergantung  kepada dinamik pasaran ( permintaan  pasaran ) yang  dipengaruhi oleh  pelbagai faktor luar kawalan  penternak   . Penurunan harga  yang  murah menyebabkan penternak    tidak mendapat pulangan yang sewajarnya daripada  hasil jualan  dan akan menyebabkan  penternak  mengalami kerugian.
                - Kekurangan  teknologi  moden .  Sebahagian  besar penternak  umumnyanya kekurangan teknologi  moden dalam proses penternakan   disebabkan faktor  modal yang  rendah  , tiada kepakaran  dan taraf pendidikan  yang  rendah.
     -    kekurangaan  kemudahan  infrastruktur  seperti  rumah  penyembelihan  dan   kemudahan penyimpanan  hasil sembelihan menyebabkan  penternak  sukar  menternak  haiwan ternakan  secara besar-besaran .
       -  Masalah  ruminan  / makanan  dan   ubat-ubatan  haiwan   ternakan  yang  mahal  menjejaskan pusingn  modal  penternak.


   4.0. Langkah Atasi Masalah  / Langkah  meningkatkan  Produktiviti sektor  penternakan  .
          - Memperkenakan  aktiviti  penternakan    moden  yang  kurang  berinterkasi  dengan  elemen   cuaca  luaran  seperti  kaedah penternakan secara  tertutup  . 
          -  Menyediakan   pusat-pusat latihan  penternakan   seperti  pusat latihan penternakan  -    penternak   dilatih  dan  didedahkan  untuk menguruskan aktiviti  penternakan    penternakan yang  moden  dan  mesra  alam .
                  - Menyediakan  bantuan  dana  dan  modal  kepada penternak-pen ternak   yang  berpotensi   dan  mampu  melaksanakan  aktiviti  ternakan    dengan  baik. - Subsidi  jualan  hasil-hasil tangkapan  juga  perlu  diberikan kepada  penternak   dalam  usaha meningkatkan  pendapatan  mereka .
        -  Mempelbagaikan  produk hasil  ternakan   akan  mampu  mengatasi masalah  permintaan  hasil-hasil  ternakan   . keupayaan  menghasilkan  pelbagai  produk  berasaskan  ternakan  yang  berkualiti  akan  meningkatkan  permintaan terhadap hasil tern .  akan  penternak Selain  itu , mempelbanyakkan lagi rakan-rakan dagangan di luar negara akan turut  membantu  meluaskan  pasaran hasil-hasil ternakan   di luar negara . Hal ini dapat  dilakukan  dengan cara menyertai pameran-pameran perdagangan di peringkat antara bangsa .
        - Mewujudkan  persatuan  pengeksport  pelbagai  jenis komuditi  di peringkat  serantau  dan   global  akan  membantu  negara-negara pengeluar  mengawal  jumlah  eksport  dan  import     dan    menstabilkan  harga hasil-hasil   ternakan   di pasaran global . Mewujudkan  stok penimbal  yang membolehkan  persatuan membeli lebihan penawaran hasil-hasil  ternakan    di pasaran global  akan  membantu menstabilkan harga walaupun  berlaku lebihan penawarn  pada masa  itu.
            -  Mewujudkan  kooperasi  yang  melibatkan  pelbagai peringkat dan sektor ternakan   . Kewujudan kooperasi  akan  memudahkan  penternak   mendapatkan  kemudahan  kredit untuk  dijadikan modal  dalam  mengusahakan aktiviti penternakan   dan  aktiviti yang  berkaitan   . kewujudan  koperasi  juga membolehkan  penternak   memperolehi pelbagai  input  perikanan   dengan   kadar  harga  yang  lebih  rendah  , mengurangkan cengkaman orang  tengah  dalam proses  pemasaran hasil  ternakan   mereka. 

No comments:

Post a Comment