Hidup Satu Perjalanan & Perkongsian " DULU TERSISIH , KINI TERPILIH " ( Nikmat apa lagi yang ingin kita nafikan .............. ).
( Satu Pengalaman , Satu Perkongsian , Seribu Pengertian )
#Biarlah tercatat disini , Inshaa Allah.......... tetap kekal dan mahal takala Abah sudah tiada lagi dan tiada apa-apa lagi untuk diingati .
" Khas Untuk Permata-Permata Hati Abah " .
Kelahiran pada 2 November 1966 di daerah kecil Sungai Besar , Selangor .
Anak kepada pasangan Hj Dahari b. Hj Hashim dan Pn. Hasmah bt. Kadri. Abah tegas dan garang dan abahlah yang banyak membentuk karektor hari ini . Ibu lembut , penyayang dan sentiasa murah dengan senyuman dan cukup petah bercakap .
Daerah kelahiran . |
Anak kepada pasangan Hj Dahari b. Hj Hashim dan Pn. Hasmah bt. Kadri. Abah tegas dan garang dan abahlah yang banyak membentuk karektor hari ini . Ibu lembut , penyayang dan sentiasa murah dengan senyuman dan cukup petah bercakap .
Al Fatihah ... untuk arwah abah ( berdiri kiri ) dan emak ( duduk kiri ) serta arwah Pak Ngah ( berdiri kanan ) dan Mak Ngah ( duduk kanan ) |
Arwah Abah tegas tapi penyayang . |
Anak ke 2 daripada 6 orang adik beradik ( seibu dan sebapa ) & anak ke 2 daripada 11 org adik beradik keseluruhannya. Sesuai sebagai anak ke 2 , berkarektor yang menyongsang anak pertama . Suka bersaing dan tidak mudah mengalah . Mempunyai daya juang yang tinggi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk menggapai apa yang dihajatkan . Sentiasa ingin menjadi dan melakukan sesuatu yang terbaik . Itulah pahatan karektor yang terbina dari kepayahan dan kesukaran dalam meniti likuan hidup sebagai anak tani . Perlu kekuatan sendiri - bina dan bentuklah sendiri terutama selepas usia meningkat remaja .
Dikelilingi sawah padi merupakan suasana yang nyaman di tanah kelahiran . Sungguh indah dan mendamaikan. |
Mendapat didikan awal di SK Tebuk Pulai , Sabak Bernam yang kini dikenali sebagai SK Tun Dr. Ismail , Tebuk Pulai , Sabak Bernam . Seronok bersekolah walaupun jauh dari rumah nenek . Berbasikal ke sekolah itulah kebiasaan yang ada kerana basikal adalah kaedah pengangkutan yang semua ada . Bermotosikal untuk keluarga pertengahan . Berkereta merupakan milik golongan berada di kawasan kampong pada masa itu . Apapun , berkaki ayam sesuatu yang normal terutama takala hujan membentuk lecak berlumpur sepanjang perjalanan ke sekolah . Pernah juga berkaki ayam sepanjang hari di sekolah apabila ketikanya kasut sekolah tertinggal di rumah . Haha ..... pengalaman sadis !....
Ironinya , Banyak pengalaman yang dahulunya agak menyakitkan , kini tersasa keseronoknya ...... Menutup tingkap seawal senja dan memasang jamungan / sabut yang dibakar di bawah rumah adalah satu kemestian . Berasap semua ruang ....... pedih mata !... Tapi , alah bisa tegal biasa ... itulah kaedah menghalau nyamuk .
Terkadang terasa ada keperluan untuk rajin di rumah . Ngepam air telaga untuk kegunaan memasak & basuh pinggan pun tak apa , yang penting ganjarannya dapat mengikut Mak Usu ke sekolah agama pada sebelah petang Walau pun sekadar nempel tepi meja pun jadi . Yang penting ikut !..... dan terlibat dengan group lagu nasyid Mak Usu . Mungkin jugak cucu kesayangan , itu sebab manjanya terselah !.... , apapun kalo salah tetap kena sebat .
Terkenang juga sadisnya pengalaman sebelum raya . Sezaman itu tiada hiburan . Sepanjang Ramadan , Meriam karbaid yang menjadi teman ..akibatnya !...... hilang sebelah kening akibat meriam . Tew la .... orang main meriam tak perlu intai lubang pencucuh jika meriam dicucuh tak atau lambat meletup. Yang engko rajin sangat nak ngintai tew , apa hal ??.......... haha. Sudahnya , balik bebuka tak berani angkat muka . Cukup baik kononnya ....... Esok sahur baru cerita .... Kesudahan cerita meriam nih , kompom korang dah boleh agak kan .... kan !...
Mendapat pendidikan awal di sini . |
Setahun kemudian berpindah ke SK Bagan Terap , Sungai Panjang , Sungai Besar kerana berpindah mengikut arwah Abah . Arwah abah membuka kebun . Sering menemani arwah abah menebas dan melandat semak dan hutan belukar . 10 ekar tanah kebun diusahakan dengan pelbagai tanaman . Keladi minyak dan ubi kayu adalah tanaman kontan yang utama .
Untuk pergerakan berbasikal berkilometer sesuatu yang biasa. Ke sekolah ergi seawal pagi , balik lewat petang adalah sesuatu yang rutin . Berbekalkan nasi bungkus daun pisang ! sebesar bantal dah cukup dan untuk mengalas perut . Ada ruang , bawa jambu batu dua , tiga biji , jual ...... dapatlah sepuluh sen dua .....
Sekecil itu dah terasuh utk jadi usahawan . hehe !..... kou hado !..... ngabeh boreh mak abah ada la !....... Dapat duit beli stem , tampal kat buku !... Sekolah dan pejabat pos kata itulah antara kaedah nak simpan duit !... Kita pun ikutlah !.... tapi rupanya , kecik-kecik dah kena scam !...... , Akhir tahun , buku stem entak ke mana , simpanan kononnya entah ke mana !..
Masa nih selalu berulang ke Parit 9 Sungai Besar kerana mengusahakan sawah padi. Habis musim padi , usahakan kebun ubi kayu pula di kebun di Parit 12 Sungai Panjang. Tanam dan hasilnya jual kepada tokeh Cina bernama Ayong . Ayong wpun berlainan bangsa , dia baik dan selalu membantu arwah abah . Sampai arwah mak meninggal , hubungan kedua-dua tokeh nih sangat baik . Seingatku , takala sukar untuk mendapatkan kenderaan membawa jenazah arwah mak balik ke rumah atok di Sungai Besar , teman arwah abah inilah yang sukarela menawarkan kereta wagonnya . Alhamdulillah !....
Kami pulak , biarpun berbasikal puluhan km sehala ke sekaolah , tiada apa-apa rungutan pun .... Arwah abah dan arwah emak pun sama tetap bahagia walaupun hidup dalam serba kekurangan . Terasa seronoknya .... Alhamdulillah ! Terima kasih .... ya Allah kerana hadirkan pengalaman ini walaupun seketika cuma . Apapun ...... Betullah !..bahagia terletak pada hati-hati yang redha mengurus situasi dan berusaha melaluinya dengan usaha , tawakal dan doa .
Tahun 1975 , arwah emak meninggalkan kami tanpa punca yang jelas . Yatim seawal umur 8 tahun . Pengalaman yang memedihkan untuk dikenang . Seingatnya , Seawal pagi , arwah emak masih sihat mengurus kami adik beradik ke sekolah , siap dengan bekalan pengalas perut seperti biasa ( nasi bantal berbungkus daun pisang ) . Tak terlintas pun , sesuatu yang buruk akan terjadi pada hari itu . Seusai di sekolah pun , tidak ada lintasan di kotak pemikiran itulah hari terakhir menjamah masakan emak yang terakhir .
Yang pastinya , " nasi bantal " arwah emak sedap dimakan berkongsikan kekawan . Cuma beberapa ketika sebelum itu , terdetik di hati ku " seronoknya jadi anak yatim , sentiasa mendapat hadiah / bantuan " setiap kali hari raya . Ya...... apabila rerakan sekelas ( Azizah ) yang tiada ayah diberi bantuan oleh pihak sekolah . Terasa untung jadi anak yatim !...., itulah yang terlintas di pemikiran pada masa itu .
Sampai sekarang , apabila ada lintasan yang negatif yang bermain di kotak fikiran berkait dengan keluarga dan orang tersayang , pasti terasa berdebarnya dan biasanya cepat-cepat aku beristhigfar . Moga Allah mempermudahkan segalanya dan menjauhkan daripada sebarang yang tidak diingini . Fobia benar dengan pengalaman lama , biarpun sudah puluhan tahun berlalu .
Menjelang tengah hari , Pak Cik Shaarani / jiran depan rumah datang ke sekolah , amek & bawa kami tiga beradik balik balik ke rumah . Terasa juga anihnya ..... mana pulak perginya abah ? Ngapa jiran yang datang ? Rupanya abah ke rumah atok berbasikal dengan jarak belasan kilometer untuk memaklumkan yang emak sudah tiada . Emak pergi secara mengejut rupanya . Sakit perut kata arwah abah . Al fatihah buat arwah emak di sana . Moga Allah mengampunkan segala dosa arwah emak dan menempatkan emak bersama orang-orang yang solehah.
Usai pengkebumian arwah emak , aku dipindahkan sekolah dan tinggal dengan nenek / Pn. Khadijah bt. Badan di Parit 3 1/2 Barat , Sungai Besar . Arwah abah pula terus menetap di rumah lama kami di Parit 13 , Sungai Panjang , Bagan Terap , Selangor . Pada tahun yang sama ,aku telah berpindah ke SK Seri Makmur , Sungai Besar . Belajar menyesuaikan dengan dengan suasana ketiadaan arwah emak . Di situ lupa sekejap ketiadaan arwah emak , apabila dapat bermanja dengan arwah atok , nenek , bapa dan emak saudara. Cuma .... tatkala pagi raya jer ... teruntun jiwa tengok orang ceria bersama mak dan ayah !......
Seusai tahun , arwah abah berkahwin . Semua kami , adik beradik seibu tinggal dengan arwah abah dan emak yang baru . Tahun 1976 , semasa arwah Tok & Nenek mengerjakan ibadah haji di Mekah , terpaksa berpindah ke SK Laki-Laki , Jalan Sungai Nibung , Teluk Intan , Perak kerana tiada sesiapa yang dapat menguruskan persekolahan disebabkan ketiadaan arwah atuk dan nenek . Aku berpindah mengikut arwah abah yang mengusahakan sawah padi di kawasan tanaman padi berkelompok di Kg Sungai Buaya , Seberang Perak , Kg. Gajah . Perak . Melalui sesuatu pengalaman yang awalnya menyeronokkan tetapi agak menyusahkan akhirnya .
Suasana yang kurang serasi , menyebabkan aku lebih mengingati dan teringin untuk tinggal dengan arwah nenek . Pada masa itu aku rajin memungut baki-baki padi selepas tuaian dan menanam padi di tanah rezab parit membolehkan sedikit duit terkumpul untuk dijadikan tambang bas untuk balik ke rumah arwah nenek di Sungai Besar .
Ngetam padi - pengalaman asas aktiviti menuai yang perlu dikuasai semasa kanak-kanak sebelum dibenarkan menuai padi. |
Mengerat padi untuk dibanting . |
Rupanya situasi baru ini amat mencabar ! .... petempatan yang terpencil , jauh dari pelbagai kemudahan menjadikan kelompok masyarakat di sini agak ketinggalan . Bukan itu kemahuan mereka , tetapi hanya itu , harapan yang ada .
Mengusahakan sawah padi yang bergantung kepada musim hujan amat memeritkan. Yang mudahnya , hanyalah sumber ikan air tawar . Keli . haruan . sepat . puyu dan lampam adalah hidangan biasa . Tiada istilah jemu dan yang penting kehidupan perlu diteruskan , walaupun dalam serba kekurangan dan kepayahan.
Untuk ke sekolah , Takala orang lain masih lena dibuai mimpi kami anak kampong perlu bergerak berkumpulan dalam kegelapan subuh meredah kawasan ladang sawit hanya untuk ke pengkalan bot Sungai Timah . Satu-satunya laluan / jeti untuk ke bandar Teluk Anson / Teluk Intan untuk bersekolah . Seawal 5.00 pagi sudah bersedia untuk ke sekolah kerana sekolah yang terdekat terletak di bandar Teluk Intan . Berbasikal sejauh 10 km dengan touch ligh yang dipasang pada hop depan basikal untuk ke jeti bot Estet Ladang Sungai Timah " mengejar bot " sebelum jika berjaya mengejar , dapatlah menaiki bot penambang ke jeti penambang di Pasir Berdamar , Teluk Intan. Setengah jam " berbot " dengan keadaan yang sejuk , mengantuk serta keletihan , langkahan seterusnya ialah berjalan kaki ke Sekolah Kebangsaan Laki-Laki , Teluk Intan . ( SK Sultan Idris 2 - penjenamaan terkini ) . Terbit fajar , sampailah kami ke jeti Pasir Bedamar , sebelum terus berjalan kaki ke sekolah yang terletak di Jalan Sungai Nibung .
Dalam kepayahan ini banyak pengalaman yang diraih itu , rupanya banyak pengajaran yang menjadi rencah kehidupan pada masa hadapan dapat digali , dipelajari dan membentuk karektor sehingga kini . Asasnya pengajaran utama yang dipelajari " berdikari " ..... Inshaa Allah , tercapailah apa yang dihajati . Ke dua - berusaha , Inshaallah tertunailah apa yang dicita-cita .
Bot penambang penghubung utama penduduk di Estet Sg Timah / Kg Sg Buaya dengan bandar Teluk Intan. |
Foto udara kedudukan bandar Teluk Intan |
Dari jeti bot penambang di Pasir Berdamar , Teluk Intan kami akan berjalan kaki lebih kurang 1 km untuk sampai ke sekolah yang terletak di Jalan Sungai Nibung , Teluk Intan . Berjaya menghabiskan alam pembelajaran sekolah rendah , walaupun sesi persekolahan ala-ala " cheap more " . Kejap ado kejap tak ado !...... hehe............. Dalam seminggu 2 @ 3 hari jer sampai ke sekolah . Hok lain terkandas di jalanan . Apapun rewad kepada diri aku , kerana akulah antara anak-anak Kg Sungai Buaya , Seberang Perak yang berjaya dalam mengapai cecita walaupan berhadapan dengan pelbagai kesukaran .
Pada masa itu ..... Yangb bestnya!.......... alasan banyak boleh diberi , bila cikgu tanyer mengapa lambat @ mengapa semalam tak hadir kesekolah , Alasan " basikal rosak " dan " ketinggalan bot " yang paling femus . Semasa di sekolah rendah , jika cgu Meor dan Cgu Harun masih ada , mungkin depa boleh cerita siapa murid yang selalu masuk ke bilik disiplin masa tew . Hahaha .....
Cuma nakal nya berbeza dengan generasi pelajar sekarang . Kalo nak merokok pun .... apa barang isap rokok daun !.... Paling standart pun rokok 555 atau rokok daun ! ( gulung tembakau dengan pucuk nipah + dengan guntingan cengkeh . ...heheh .. X daya nak ngulung & ngisap !......
Walaupun begitu .......... peliknya , Ujian Penilaian Darjah 5 masa tew , dapat gak 1A walaupun yang lain ada belaka , haha !......... Entahlah !.... satu keajaiban atau kebetulan !....... Yang pastikan , itulah rezeki bagi pelajar yang tidak senonoh belajar dan tanpa tekanan . Tiada istilah kelas tambahan , kelas tahanan dan lain-lain. Yang ada ...... sentiasa nak main .... main dan main !...... Dari gasing , gelang getah , guli hinggalah biji getah yang digeserkan ke lantai simen . Lepas tew bubuh kat peha kekwan . Panas wooo !...... Adakalanya biji getah ditangkup dan ketuk dari atas dengan tanganv , !.... Sape punyer pecah dia kalah !..... Apapun yang pasti pagar tepi kebun getah yang pecah dulu !....... bahana susupan murid-murid mencari biji getah ..... hehe !.....
Paling best zaman sekolah rendah nih ialah RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ) . Masa nik kena rajin bantu mak cik kantin kutip & kemas pinggan dan piring-piring makanan yang ditinggalkan oleh pelajar RMT . Murah juga rezeki lepas tew ..... dapatlah tambahan sepiring lagi makanan RMT. Makanan yang sangat sedap pada masa tew . Tiada istilah memilih makanan / makanan tidak sedap pada masa tew . Semua yang terhidang sedap belaka ........ Apapun ...Yang penting kena ringan tulang , barulah murah rezeki . Alhamdulillah .... sampai ke tua ...koi ni ringan tulang ..... heheh .......... Apapun....... Itulah janji Allah .... permudahkan urusan orang , Inshaa Allah ,..... Allah permudahkan urusan kita .
Antara mercu tanda bandar Teluk Intan selain terkenal dengan mee rebus Mastan Ghani dan Kedai Makan Lambai . |
Kalo lapar lagi .... pandai-pandailah , gilah baling buah jambu air kat belakang rumah / kuarters guru . Cikgu jengok dari tingkap , semua ilang ..... tinggal puntung kayu dan buah jambu yang tak sempat dipungut dan dibawa lari ........heheh . Apapun ..kalo tertangkap pun , tak lah sampai makan penampar Jepun .... sekadar diingatkan , " jgn baling kang kena kepala kawan , kutip jer buah yang sudah jatuh tew ....."
Dua buah kedai yang pasti dikunjungi jika kami ke Teluk Intan sehingga kini . Penuh nostagia . Setelah 40 tahun , kedua-dua kedai nih masih mampu bertahan dan berupaya membuka beberapa cawangan di sekitar bandar Teluk Intan.
Pada tahun 1979 , memulakan pendidikan menengah di SMK Seri Perak , Teluk Intan , Perak . Cabaran untuk mendapatkan pendidikan formal semakin memeritkan kerana terikat dengan jadual perjalanan yang amat rencam sekali , tekal dan memenatkan .
Tiga kaedah pengangkutan yang perlu dipatuhi masanya dengan tepat. Mengulangi rutin alam persekolahan semasa sekolah rendah hingga ke pengkalan bot penambang Pasir Bedamar , Teluk Intan dan seterusnya menaiki bas untuk ke sekolah yang terletak di Taman Cincely , Teluk Intan , lebih kurang 5 km dari jeti penambang di Pasir Bedamar .
Hehe ..... pada masa ini , alasan nak jadi " cheap more " lagi banyak . " Basikal rosak " , " ketinggalan bot " dan ser lagi ... " ketinggalan bas " . Tiga alasan " ketinggalan .........." ni sudah cukup kepada kami untuk keluar dan masuk bilik disiplin kerana kadar kehadiran bulanan yang terlalu rendah berbanding dengan pelajar-pelajar lain .
Sebut saja pelajar-pelajar dari Kampong Sungai Buaya / Estet Sungai Timah , kamilah teko-tekonya pada masa itu . Masalah ketidak hadiran , kelusuhan pakaian , penampilan yang tidak terapi kamilah orangnya . Kalau geng kami tak ada , mungkin bilik disiplin senyap dan sunyi.
Hanya mampu bertahan 3 bulan semasa Form 1 . Lepas tew , aku ghaib dari alam persekolahan . Nak kata berhenti sekolah , tiada surat berhenti sekolah secara rasmi . Nak kata cuti .... melampau lama sangat cutinya , sampai dekat setahun . Mujur masa itu , tiada peraturan 3 kali surat peringatan . Kalau ada , mungkin awal-awal lagi dah " terbuang dan terasing " daripada iklim sekolah ....... Itu sebab , apabila menjadi guru .... ada jer ceceran rakan guru tentang kenakalan . kedaifan atau ketidakhadiran pelajar , terasa dekat sangat suasana itu dengan diriku . Mencelah pun dengan penuh hati-hati , dan terkadang sekadar menjadi pendengar setia . Risau kifarah Allah .
Sebenarnya ........ Itulah kelebihan tinggal di kawasan yang tiada sistem perhubungan . Surat amaran ..... posman pun tak pernah ada . Yang ada hanyalah wakil pos yang pasti tidak akan sanggup menjejak kawasan di pedalaman ini untuk menghantar pelbagai surat penduduk kampong .
Apa yang pasti , pihak sekolah tidak tahu pada masa itu aku dah berpindah tinggal dengan nenek ke Sungai Besar. Tinggalkan abah dan adik-adik di Sungai Buaya meneruskan alam persekolahan . Tidak lama selepas itu , kedua-duanya , kakak dan adik turut berhenti sekolah . Kak Nor tamat darjah 6 untuk menjaga adik-adik yang masih kecil manakala Dik Zanah sekadar abis darjah 4 .
Sembilan bulan tidak bersekolah , pelbagai pekerjaan kampong , membantu nenek mengusahakan padi di sawah , menjala dan memukat , memasang tajur dan merawai ikan , membantu orang kampong memetik buah kelapa dan mempelam untuk dibuat jeruk aku buat .
Terasa seronok !....... Rutinan hidup sebagai anak kampong menjadikan hidup lebih berdikari sehingga satu ketika , semua bapa saudara lebih mempercayai aku membantu mereka menguruskan kerja mereka di sawah dan mengendalikan proses penjualan hasil tuai padi mereka .
Seingat aku , dalam usia yang terlalu muda / awal belasan tahun , amanah sudah diberi untuk menguruskan hasil jualan padi berjumlah ribuan ringgit. Yang peliknya .... tiada lintasan di pemikiran untuk mengambil walaupun sekeping dua note ringgit hasil jualan padi .
Pernah satu ketika di pusat jualan padi , guni-guni padi yang telah siap ditimbang , Aku minta pekerja-pekerja pusat pembelian padi angkat balik dan naikkan ke lori lain . Tercegang Pak saudaraku yang mengikut !.......Mungkin dia tertanya-tanya apa pulak yang nak aku buat ?......
Tapi, aku bukan nak cari gaduh ... padi .. padi aku , aku yang diamanahkan untuk mengurus penjualannya , Aku uruslah mengikut acuan aku . Sapa suruh buat potongan berat padi yang melampau-lampau . Basahlah!... , kotorlah !.... padi rosaklah !. banyak seranggalah ...... semua depa nak claim . Depa ingat kita tak leh buat apa-apa. Dapat lori dan bawa ke pusat pembelian yang lain walaupun jauh sikit ...... , jual dan dapat kadar potongan yang lebih rendah . kan untung !...
Walaupun kekadang susahnya mengurus penjagaan sawah agak banyak !...... hehe . Selesai mengurus hasil jualan , dapatlah duit upah dan zakat . Alhamdulillah !..... Bolehlah beli pakaian baru dan basikal . Basikal adalah kenderaan pertama yang mampu dibeli sendiri hasil bantingan tulang empat keratku di sawah padi . Dengan basikal yang ada , panjanglah langkah ke Pekan Sungai Besar untuk bersiar-siar termasuklah menonton wayang " Bobby " , Yaa Don Kibarat dll. .
Sebenarnya ......memang menyeronokkan hidup tanpa ikatan kepada jadual . Hidup kita acuan kita pada masa ini . Apapun ketika laluan hidup terasa menyeronokkan aleh-aleh satu ketika , terpacul pandangan daripada Pak Long . Walaupun tidak disampaikan secara terus dengan ku . " Tak kan nak macam nih sampai bila-bila ? "
" Utoh perlu ke sekolah , rasenya " , " Kalo tak dapat sekolah kat mana-mana , kita hantar jer ke sekolah anak-anak yatim di Kelang pun tak apa " . Dan ungkapan " Sampai bila mak / ( nenek ) nak jaga dia ? " .
" Esok lusa kalo mak / nenek dah tak ada , macam mana hidup dia ( aku ) ? ......" , " Siapa nak jaga dia ( aku ) ? ....... " . Sayu arwah nenek menyampaikan kepadaku . Satu-satu uangkapan yang jelas dapat aku dengar . Tersentak sekejap ... mula terfikir nak buat rayuan untuk bersekolah semula . Terima kasih Pak Long .... Tanpa ingatan Pak Long . Mungkin masih aku di sana .... Tiada apa yang mampu digenggam pada hari ini . Moga Allah sentiasa memberkati Pak Long & Kluarga .
Alhamdulillah .... akhirnya abah bersetuju dangan cadangan Pak Long dan bersama membuat rayuan untuk persekolahan semula di JPN Perak . Terima kasih Abah . Tkasih Pak Long.
Foto : Antara pekerjaan anak kampong yang dilakukan sepanjang se tahun tidak bersekolah |
Alhamdulillah ... pada tahun 1980 dapat meneruskan persekolahan di sekolah menengah yang sama setelah rayuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak ( JPNP ) diluluskan . Walau bagaimanapun terus ke tingkatan 2 tanpa menjejakkan kaki ke tingkatan 1. Tidak diberi ruang untuk mengulang ke tingkatan 1 . Setahun tidak belajar , memang agak kekok dan janggal juga untuk kembali ke sekolah semula .
Cabaran besar di awal persekolahan semula ialah untuk mengulang kembali pelajaran Tingkatan 1 yang hampir setahun tidak belajar . Apapun ungkapan sinis berbaur cabaran daripada seorang guru yang mendorong aku untuk terus berusaha pada masa ini " Saya dengar ada seorang murid baru masuk ke kelas awak , serasanya guru dari langit pun turun dan mengajar dia , dia tidak akan pandai " .
Ujaran ini yang banyak membentuk personaliti dan karektor keguruan ku sehingga kini . Menjadi seorang pendidik yang ampuh kepada cabaran , membujur lalu melintang patah . Satu cabaran yang membakar , memang pedih terasa , tapi perlu disahut . Awal tahun dimasukkan ke kelas paling hujung , selepas peperiksaan pertengahan tahun semasa sudah dipindahkan ke kelas ke dua daripada 6 kelas tingkatan 2 pada masa itu ( aliran perdagangan ) . Dan tahun berikutnya , diserap ke kelas yang pertama dengan aliran perdagangan . Alhamdulillah ... terima kasih kepada semua guru yang membantu , yang juga guru sejarahku yang melontarkan cabaran. Moga Allah sentiasa merahmati Cikgu dan keluarga .
Untuk memudahkan ke sekolah , aku berpindah ke Kg. Selabak , Teluk Intan tinggal dengan bapa saudara . Di kawasan persekitaran kebun kecil getah , seusai sesudah subuh selepas sarapan , sudah turun ke kebun membantu Arwah Pak Long , Arwah Mak Long dan Abg Udin menoreh getah . Selesai menoreh lebih kurang pukul 9.00 pagi , kami mula memungut susu getah dan memesin menjadikan getah keping. Jika tiada ruang masa untuk mengutip getah , getah akan dibiarkan beku menjadi getah beku yang dikumpulkan bersama getah sekerap.
Setelah selesai di pusat pengumpulan dan memproses getah menjadikan getah keping , barulah balik ke rumah untuk bersedia ke sekolah . Rutinnya ...kena ambil minyak tanah , gosok dan buang lekatan getah pada badan . kemudian barulah mandi dan makan tengah hari . Lepas makan , barulah berbasikal ke sekolah .
Semua kerja sekolah mesti disiapkan pada waktu malam sebelum tidor . Jika tidak ......, kompom tak siap-siap lah jawab nya ....... Selewat-lewatnya pukul 12.00 tengah hari sudah perlu bertolak ke sekolah dengan basikal .
Memang penat tetapi menyeronokkan !.... kerana kita ditemani sahabat-sahabat yang hebat . Terima kasih keluarga Arwah Pak Long Jaafar , Mak Long dan adik Uwah kerana sudi menerima kehadiran dan memberi ruang untuk aku belajar mewarnai kehidupan ini dengan pelbagai rencaman pengalaman .
Foto hiasan : Beginilah rutinan kerja se awal pagi sebelum ke sekolah pada sebelah petangnya. |
Jika hujan & tidak dapat menoreh getah , aktiviti mengutip biji kopi sebagai tanaman selingan di kebun getah akan dilakukan . Buah Kopi yang sudah masak / matang akan dikutip dan diperam dalam guni baja dan dibiarkan lisut / busuk . Buah kopi yang lisut akan ditumbuk dan kemudiannya dijemur sehingga kering . selepas kering campuran biji dan kulit kopi akan ditampi untuk mengasingkan biji kopi daripada kulitnya. Biji kopi akan terus dijemur sehingga kering sebelum dijual. Agak remeh kerjanya ,tapi menyeronokkan apabila dilakukan beramai-ramai .
Foto hiasan : Mengutip buah kopi merupakan rutin sampingan . Agak remeh tetapi menyeronokkan. |
Pada tahun 1981 , memohon dan diterima tinggal di asrama SMK Seri Perak , Teluk Intan , Perak . Biarpun awalnya tanpa pengetahuan arwah abah dan nenek , akhirnya mereka bersetuju . Mula melalui kehidupan di asrama . Memang agak janggal . Sesi orientasi yang menggerunkan haha .... Mujur ada abang angkat utuk dijadikan trmpat mengadu , berupaya mengurangkan stress .
Pada tahun itu juga , aku menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ) . Alhamdulillah....... dengan pencapaian yang agak baik , mendapat tawaran ke SM Sains Taiping pada masa itu . Sesuatu yang sungguh di luar jangkaan .... terlalu indah dan menyeronokkan. Guru-guru yang dahuluinya menganggap aku sebagai masalah sekolah , kini mula memanggil dan memberi kepercayaan untuk membantu mereka . Terasa seronok rupanya apabila diberi kepercayaan dan penghormatan .
Tawaran ke SM Sains Taiping terpaksa ditolak . Disebabkan faktor kewangan , jarak yang jauh dan ketidakyakinan dengan situasi baharu , maka aku memilih untuk terus kekal di sekolah lama , walaupun ada kalangan guru yang mencadangkan aku pindah dan mencuba nasib di sekolah yang baru.
Meneruskan pembelajaran di sekolah yang sama di peringkat SPM . Pada masa ini mendapat tawaran biasiswa daripada Bank Rakyat dengn jumlah yang agak lumayan . Dengan jumlah yang ada , persediaan untuk SPM dirancang sebaik yang mungkin .
Pada masa ini , aku mula merapatkan diri dengan kumpulan tabligh yang ada di kalangan pelajar . Pada masa ini juga , ramai penghuni asrama akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis . Antara sebabnya , takala penghuni-penghuni lain sibuk berbaris untuk mendapatkan makanan , kelompok berpuasa akan terus solat zohor dan usai selesai solat zohor terus bergerak ke perpustakaan sekolah.
Takala pelajar-pelajar yang tidak berpuasa sibuk prep. petang dan memenuhi meja study di perpustakaan , kami yang berpuasa dah relak dan bersantai kerana sudah selesai membuat tugasan harian yang diberikan oleh guru . Jadi ... tak perlulah kami berebut kerusi dan buku rujukan yang sememangnya terhad. Sape dapat dulu - dia akan gunakan selama yang mungkin . Buku-buku " redsport " dengan jumlah yang terhad hanya di simpan di rak- rak yang khas .
Sebagai pengerusi badan pengawas pusat sumber , Alhamdulillah ... segala kemudahan di pusat sumber dapat dimanfaatkan dengan baik untuk meningkatkan prestasi pembelajaran semasa.
Alhamdulillah dengan pangkat 1 di aliran Sains , diandaikan cukup kuat untuk memohon Kursus Sains Sosial ke negara matahari terbit . Rupanya result yang ada belum mampu memberi keputusan yang terbaik . Terasa juga frust nyer ....... Apapun aku kembali ke sekolah yang sama dan meneruskan pembelajaran di Tingkatan 6 . Haha ..... lain kali ingat " ukur baju di badan sendiri " .
Semasa di Tingkatan 6 , banyak belajar & membentuk karektor untuk menjadi pelajar yang terbaik di samping mengasah bakat kepimpinan yang ada . Alhamdulillah .... pelbagai peluang diberikan oleh pihak asrama , sekolah dan NGO setempat untuk mengembangkan potensi diri sama ada dari aspek sahsiah , kepimpinan dan pelbagai kemahiran .
Antara jawatan dan penglibatan semasa di Ting. 6 ialah :
1. Ketua Pelajar Sekolah :
2. Ketua Pelajar Asrama :
3. Pengerusi Perpustakaan .
4. Ketua Rumah Sukan.
5. Jawatan kuasa PPTE ( Persatuan Pelajar Tingkatan 6 ).
6. Pengerusi Pasukan kadet Polis.
7. Pengerusi Persatuan Matematik & Sains
Foto : Dalam JK Pengurusan asrama , titipan pengalaman membantu pembinaan karektor pada masa hadapan. |
Foto : Keterlibatan dalam pengurusan Kelab Sains dan Metametik serta Perpustakaan |
Antara program yang disertai ialah ;
1. Kursus kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Zon utara di SMK Sultanah Asma , Alor Setar , Kedah - anjuran GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ) dan BTN ( Biro Tata Negara ) / 1985.
2. Kem membina semangat kepimpinan Muda di Pasir Bogak , Pulau Pangkor , Perak - anjuran Majlis Belia Malaysia ( MBM ) negeri Perak / 1984.
Terima kasih Cgu Mohd Noor/ Guru penasihat Kadet Polis , Cgu Yahya / Guru Rumah Sukan .
Menerima tawaran khas biasiswa daripada Bank Bumiputera . RM 70.00 sebulan pada masa itu sudah cukup banyak untuk pelajar seperti aku . Di situ , mula belajar mengurus perbelanjaan di samping berusaha mengurangkan kebergantungan kepada duit kiriman daripada arwah nenek .
Foto : Bersama pimpinan pelajar zon Utara dalam kunjungan ke Istana Anak Bukit , Alor Star sempena Kursus BTN di SM Sultanah Asma , Alor Star. |
Foto : Penglibatan sebaagi atlit dan pengurus atlit rumah sukan banyak membantu pupukan minat dan pembentukan karektor pengurusan . |
Dalam bestnya , sesekali ada juga yang tersandung di laluan. Dek seronoknya mendapat result yang baik dalam SRP , terlupa yang rambut dah panjang berjela . Tiada amaran pun , esok pagi terus ada sport chek rambut . Apa lagi .... tak sempatlah nak madah berhelah !... Tahan jerlah kepala .... sedialah rambut untuk ditobek ..hehe .
Balik asrama ... ramai rupanya yang terkena .... , dari situ aku belajar menggunting rambut dan hikmahnya ..... smpai sekarang aku mampu menggunting rambut sendiri dan rambut anak-anak . Hampir 40 tahun dah tak pernah ke kedai gunting rambut .
Foto : " Budi disemai , bakti dituai " Alhamdulillah .... dianugerahkan Tokoh Pelajar SMK Seri Perak pada tahun 1986. |
Alhamdulillah .... dianugerahkan Tokoh Pelajar SMK Seri Perak , Teluk Intan , Perak pada tahun 1986. Ikhtibar dari rintis pengalaman yang telah dilalui .. daripada pelajar penuh masalah dan tiada siapa yang sudi dan sanggup yang memberi harapan , boleh menjadi pelajar terbaik sekolah ..... Syaratnya " jika kita berkeinginan untuk menjadi yang terbaik " .... Inshaa Allah . Terima kasih ..... Ya Allah . Pengalaman dari tersisih ke terpilih untuk kali pertama . Terima kasih Ya Allah.
Sedihnya , arwah abah tiada kesempatan untuk bersama dalam majlis kerana surat jemputan daripada pihak sekolah lewat sampai . Minggu berikutnya baru arwah abah sampai dengan berita tambahan yang arwah abah sudah terima surat panggilan untuk menunaikan ibadah haji . Terima kasih Abah . Moga Allah sentiasa merahmati arwah abah .
Tamat sesi persekolahan tahun 1986 , Tahun 1987/ 1988 , dunia dilanda kemelesetan ekonomi , peluang pekerjaan di pasaran agak terbatas . Mohon kerja sementara dengan Bank Bumiputra tiada jawapan .
Untuk mengisi ruang masa yang ada , pergi ke ( F ) Jengka 17 untuk bekerja di ladang kelapa sawit dan tinggal bersama abang saudara di sana. Melalui pejalanan hidup sebagai kluarga peneroka , memberi ruang dan peluang untuk merasai perit jerih kehidupan mereka. Seawal pagi ke kebun dengan sabit dan kereta sorong . Sabit buah , mengutip buah lerai , memikul buah dari bawah cerun ke atas tebing atas merupakan rutinan biasa . Sesekali meneman pergi meracun dan membantu membaja pokok sawit .
Dalam masa yang sama , membuat permohonan untuk jawatan Inspektor percubaan ....... Alhamdulilah diterima & diarahkan melapor diri untuk menjalani latihan di pusat latihan polis Kuala Kubu Baharu , Selangor . Seronok dan rasa teruja , walaupun asalnya nak jadi tentera sejak daripada darjah 1 .
Dalam masa yang sama , membuat permohonan untuk jawatan Inspektor percubaan ....... Alhamdulilah diterima & diarahkan melapor diri untuk menjalani latihan di pusat latihan polis Kuala Kubu Baharu , Selangor . Seronok dan rasa teruja , walaupun asalnya nak jadi tentera sejak daripada darjah 1 .
Tapi agak berat untuk nenek membenarkan . Akur dengan kehendak nenek , kembali meneruskan kehidupan di Jengka 17. Terasa juga kehampaan .... tetapi pasrah & redha . Inshaa Allah !..... ada hikmah yang tersembuyi .. Terus berada di bumi Jengka dan menjalani kehidupan sebagai pembantu peneroka . Rutin kehidupan peneroka memberi pengajaran , pengurusan yang terbaik adalah dari dalam diri . Letakkan perancangan dari dalam diri bukan dari lingkaran luar ..... Inshaa Allah . Dapat melihat usaha abang Udin / Abg saudara menguruskan keluarga , ladang dan tugasan sebagai ketua blok dengan baik. Tkasih Abang Udin , Kak Udah dan anak-anak .
Pada tahun 1988 , mendapat tawaran untuk meneruskan pembelajaran di Maktab Perguruan Kota Bharu ( MPKB ) yang kini menjadi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu ( IPGMKB ) . Berita gembira untuk seisi keluarga . Yang paling gembira ialah nenek , Pak Long dan abah . Bergerak dari Jengka ke Kota Bharu dengan penuh harapan . Kebiasaan hidup di asrama semasa bersekolah menengah , memudahkan perancangan dan pengurusan hidup di asrama semasa di maktab . Penglibatan aktif semasa sesi persekolahan diteruskan di MPKB.
Dengan kursus Pengajian Melayu / Geografi ( PMG ) untuk kursus SM , diharapkan berupaya menjadi guru yang berjaya . Ikhtizam sentiasa untuk menjadi yang terbaik sentiasa ditanam dan dibaja . Dengan hasrat penerusan kecemerlangan kursus pendidikan dijalani dengan penuh semangat dan diselangi dengan pelbagai kursus tambahan pemantap skill pengurusan serta turut aktif dalam pelbagai aktiviti KOKO dan kerja luar.
Antaranya :
1. Kelab tenis.
2. Kelab Muzik .
3. Team Kepegawaian Olahraga KOAM.
4. Pasukan beruniform bulan Sabit Merah ( PBSM ).
5. JK unit Penerbitan dan Penerangan Persatuan Guru Pelatih.
Antaranya :
1. Kelab tenis.
2. Kelab Muzik .
3. Team Kepegawaian Olahraga KOAM.
4. Pasukan beruniform bulan Sabit Merah ( PBSM ).
5. JK unit Penerbitan dan Penerangan Persatuan Guru Pelatih.
T/kasih Ustaz Allyas dan Cgu Hadi sebagai mentor yang tidak pernah jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar . " Buatlah apapun sekalipun , yang penting jangan sesekali tinggalkan solat " Inshaa Allah ! ...apapun kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan , lambat laun kita akan sedar jika solat kita tidak tinggalkan " . pesanan keramat mentor . Di sini lah bermulanya perkenalan dan persahabatan dengan Abg Ngah / Nezam Harun .
Foto : Pasukan berunform , Pasukan Bulan Sabit Merah - team slow & steady dalam pengurusan dan aktiviti. |
Foto : Unit Sukan dan permainan - Kelab tennis ( sentiasa kemas dan smart ) |
Pada masa ini juga turut terlibat dalam pengurusan team drama sekolah ke Pertandingan Drama Sekolah-sekolah Malaysia anjuran TV3 semasa latihan mengajar ( LM ) di SMK Jalan Bayam / SMK Dato' Ahmad Maher Kota Bharu. Tkasih Cgu Mohd Noor yang banyak berkongsi ilmu dalam kaedah pengurusan drama dan pelajar .
Foto : Sekadar menumpang tuah Cgu Mohd Noor . Jurulatih drama yang tersohor . Sesi Latihan mengajar ( LM ) yang benar-benar mengajar dan menyeronokkan. |
Pada masa ini juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kepegawaian olahraga dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Kejohanan Olahraga MSSM dan Kejohanan Olahraga terbuka Pos ASEAN sekitar tahun 1989 dan 1990 . Selain itu , berkesempatan juga menjadi pengawai kejohanan bagi Kejohanan Olahraga Pos Kebangsaan dan ASEAN . Tkasih Kesatuan Olahraga Negeri Kelantan ( POAK ) atas ruang dan peluang yang diberikan .
Penglibatan pertama dalam dunia olahraga sebagai Pegawai Kejohanan Olahraga MSSM ke 31 , di Kota Bharu , Kelantan pada tahun 1989. |
Pada Disember 1990 , menamatkan kursus perguruan dan dipostingkan di SMB St Columbae Miri , Sarawak . Kalimat keramat perguruan yang diberikan oleh pengetua yang menyambut kehadiran masih tersemat kukuh dalam ingatan dan banyak mempengaruhi pembentukan personaliti dan karektor sebagai guru " Jika cikgu tidak mampu/ boleh mengawal kelas , jangan jadi guru . Mungkin cikgu boleh pilih kerja yang lain ".
Terima kasih Cik Chan Swee Ngo , Pengetua SMB St. Columbae , Miri yang memberi penegasan bahawa elemen pengurusan pelajar/pengurusan kelas adalah disiplin utama dalam bidang perguruan.
Ditugaskan menjadi guru kelas , mengajar mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu untuk kelas peralihan dan Geografi untuk Tingkatan 1 . Berhadapan dengan pelajar-pelajar bangsa Cina , memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi . Umpama ayam mengajar itik , memang memenatkan . Apapun kaedah guru muda / rakan pembimbing memudahkan pelajar yang kurang fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu menguasai kemahiran dengan bantuan rakan-rakan yang fasih.
Tugas sampingan sebagai jurulatih olahraga sekolah yang perlu dilaksanakan 3 kali dalam seminggu ( jam 8.00 pagi - 10.30 pagi setiap hari Isnin , Rabu dan Jumaat ). Awal terima tugas , terasa tidak adil berbanding tugasan untuk empat rakan yang sebaya posting.
Masuk tahun kedua , sudah dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan jadual. Lebih menyeronokkan lagi kerana mendapat sokongan penuh dari pihak pentadbiran sekolah . Terima kasih Mdm. Chan Siew Ngo. Terima kasih atas layanan terbaik dan pelbagai insentif buat kami team olahraga sekolah yang sentiasa di hadapan dalam pelbagai anugerah dan majlis . Open table setiap kali ada jamuan bersama kontinjen MSSB Miri dan sesalinan pakaian sukan sudah jadi kemestian .
Semasa di Miri , berkesempatan menyertai kursus asas kejurulatihan Olahraga anjuran POABM ( Persatuan Olahraga Amatur Bahagian Miri ) dengan kerjasama KOAM ( Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ) .
Berikutan itu , berpeluang juga menyertai kem latihan yang berupaya mengenengahkan Sdra Watson Ngambek ( jaguh pecut negara ) . Tkasih Mr. Ng , Cgu Ismail dan Cgu Sudin Nyeng yang banyak membantu membimbing dan memberi ruang menimba pengalamanan ..
Pada masa ini , Sarawak amat senonim dengan Juara Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ) . Pada masa inilah juga jaguh-jaguh sukan seperti Watson Nyambek ( acara sprint ) / SMK St. Columbae dan Linda Chin ( acara jarak sederhana / jauh ) / SMB Chung Hwa , Miri mewarnai kejohanan MSSM .
Banyak pengalaman dan perkongsian yang diperolehi sepanjang empat tahun mengurus olahraga di Miri . Rupanya , pengalaman inilah yang berupaya menyingkap idea-idea dan usaha-usaha bagaimana cara mengenengahkan bakat pelajar dengan kaedah pengurusan yang paling baik dan terancang. Bakat dan potensi pelajar adalah anugerah . Terpulang kepada kita mencongkel , mengembangkan dan mengenengahkannya kerana itulah amanah asas kepada seorang pendidik. Pelajar umpama cermin yang mempumyai banyak sisi . Terpulang kepada guru bangaimana nak menggunakan setiap sisi tersebut .
Berpeluang bersama mengendalikan latihan Sdra Watson Ngambek / jaguh 100 meter negara seawal pendedahan awal beliau sebagai pelari pecut di SMB St. Columbae , Miri merupakan sesuatu pengalaman dan perkongsian yang mengujakan . Pengalaman inilah juga yang menjadi faktor mengapa sekembalinya ke semenanjung , aku berusaha menghasilkan seorang pelari pecut walaupun tidak setara dengan kemampuan Sdra Watson Ngambek ( Sarawak ) mahupun sdra Azmi Ibrahim ( Pahang ) yang saling bersaing untukmenjadi raja pecut .
Foto : Keluarga besar Guru SMB St. Columbae , Miri. |
Foto : Antara aktiviti di SMB St. Columbae , Yang terpahat dibawa balik ialah keinginan membentuk team olahraga sekolah yang mengungguli kejohanan di peringkat daerah . |
Tahun 1994 , mohon pertukaran balik dari Sarawak telah diluluskan dan ditempatkan di SMK Rompin walaupun hala asal ingin ke SMK Keratong.
Diberi kepercayaan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Geografi . Tahun ke 2 di SMK Rompin terus mengajar mata pelajaran Geografi sepenuhnya dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6.
Balik dari Bumi kenyalang , ruang di bidang KOKO nampak agak mencabar . Visi dan misi untuk menghasilkan pelari pecut wpun tak sehebat Watson Ngambek tetap membara . Di bayangi kehebatan SMK Keratong , SMK Tanjung Gemok dan SMK Muadzam Shah pada masa itu , serasanya agak sukar untuk SMKR menapak dan menyaingi gergasi-gergasi olahraga daerah ini .
Tahun 1995 , bermula perancangan dan target jangka untuk menyaingi SMK Keratong , SMK Muadzam Shah & SMK Tanjung Gemok yang sekian lama mengungguli carta olahraga MSSD Rompin . Sistem latihan yang diperolehi di Sarawak diterap dan gunakan pakai sepenuhnya untuk mencongkel bakat dan potensi pelajar yang dianggap berpotensi .
Mereka tidaklah semuanya berbakat . Cuma Izdihar Azhar dan Syarifah Nor Afzan Syed Bakar yang agak menonjol . Dengan kekerapan latihan 3 kali seminggu dan memfokuskan kepada penyertaan kategori perempuan yang kurang diberi fokus oleh laini-lain pasukan diharapkan team SMKR berupaya memecahkan monopoli team sekolah-sekolah lain .
Corak latihan yang menekankan kepada pemantapan stamina ( endurance ) dan kekuatan ( strengh ) melalui aktiviti peningkatan bebanan nampak berupaya menukarkan atlit menjadi lebih bertenaga . Naik tangga dan larian dengan beban ( tarik tayar ) dan ( beban pasir ) di kaki antara strategi yang utama .
Strategi naturalisasi sekolah seperti yang dilakukan oleh Pengetua SMB Chung Hwa Miri dengan cara mengenalpasti bakat-bakat olahraga seawal kejohanan olahraga peringkat sekolah rendah juga berupaya mengenengah dan mengembangkan bakat atlit terpilih. Title sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga Daerah Rompin ( PKOD ) turut memudahkan usaha tersebut.
Hasilnya , team SMKR mula menunjukkan peningkatan dan cabaran . Selepas tahun ke tiga , kelihatan ada tanda-tanda peningkatan yang jelas walaupun masih jauh daripada sasaran .
Untuk jangka panjang pula , keupayaan mengenengahkan atlit melangkawi batasan MSSD tetap cuba diusahakan . Setidak-tidaknya ke peringkat MSSP. Keupayaan mengenengahkan bakat-bakat pelari pecut seperti Izdihar Azhar dan Khairul Nizam Noor Fazillah biarpun setakat ke peringkat MSSM merupakan sesuatu pencapaian yang agak membanggakan .
Dengan cogankata " Go..Go..SMKR Go " , team olahraga sekolah terus bergerak ke arah yang lebih jauh dari menghasilkan atlit hanya bertaraf sekolah ke tahap peringkat daerah ( MSSD ) dan mungkin satu masa nanti sampai ke peringkat negeri ( MSSP ) dan kebangsaan ( MSSM ) serta Sukan Remaja Pahang .
Foto : Pengurusan dan Pengendalian Kejohanan Olahraga Sekolah dan mengkoordinator penyertaan team olahraga Daerah Rompin ke peringkat negeri ( MSSP ) |
Kejayaan mengungguli Kejohanan Olahraga peringkat daerah masa itu , membuka ruang yang lebih luas kepada team Olahraga SMK Rompin untuk terus bergerak .
Tahun 1999 , Pihak Unit Sukan JPN Pahang mencadangkan SMK Rompin sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga Daerah ( PKOD ) bagi daerah Rompin , sebagai salah satu inisiatif / persediaan kerana Pahang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSM 2001.
Terima kasih En. Masdi Abdul selaku pegawai pembangunan sukan daerah Rompin pada masa itu , En. Kamal Bahari dari unit Pembangunan Sukan JPN Pahang dan En. Alias Abdul Razak ( SK Tun Fatimah , Bentong ) selaku Pengerusi Teknik Olahraga Negeri Pahang kerana memberi kepercayaaan kepada Team olahraga SMK Rompin menyertai program ini . Tidak lupa juga En. Rizal Badrul Hassan yang banyak menyokong .
1. Sdra Izdihar b. Azhar - acara pecut ( acara 100 m )
2. Sdri Sahiratunnisa bt. Rabuan ( acara 100 m )
3. Sdri Syarifah Nor Afzan bt. Syed Bakar ( acara lontaran )
Berbulan-bulan berulang ke Kuantan ( komplek sukan MSS Pahang di Indera Mahkota ) dan Temerloh ( PPD Temerloh ) bukan alasan dan halangan . Bergerak selepas maghrib dari Temerloh melalui kawasan sunyi di Bera tidak pernah membantutkan semangat. Alhamdulillah ... hasilnya terlihat . Dari tempat ke 11 pada tahun sebelumnya , Pahang melonjak ke tempat ke 2 pada Kejohanan olahraga MSSM tahun2021.
Foto : Bersama team jurulatih olahraga MSS Pahang di SMB Chung Hwa Miri , lawatan penanda aras persediaan menghadapi MSSM 2002 |
Foto : Bersama team Olahraga MSS Pahang di beberapa kejohanan Olahraga MSSM. |
1. Sdra Izdihar b. Azhar .( acara pecut / 100 m )
2. Sdra Khairul Nizam b. Nor Fadillah. ( acara pecut / 100 m )
3. Sdri Sahiratun Nisa bt. Rabuan ( acara pecut / 100 m )
4. Sdri Sharifah Nor Afzan bt. Syed Bakar ( acara lontaran )
5. Sdra Mohd Haikal Asyraf b. Zakaria ( acara lontaran )
Aktiviti yang menjadi darah dan daging sepanjang usia terutama semasa bergelar pendidik tidak memungkinkan bidang ini ditinggalkan begitu saja . Tahun 2019 , kembali semula sebagai pengurus kejohanan di peringkat daerah dan membawa team daerah Rompin ke MSS Pahang di Stadium UITM , Maran .
Penglibatan dalam pasukan unit beruniform juga amat menarik . Sebagai guru penasihat PKBM , pelbagai pengalaman baru dalam bidang ketenteraan dapat dialami dan dikongsikan bersama pelajar. Selain latihan asas kawad , turut didedahkan cara mencuci dan memasang senjata dan latihan menembak.
Foto : Bersama team PKBM SMK Rompin. |
Turut dilantik sebagai warden asrama untuk menjadi mulai tahun 1995 hinggalah tahun 2000. Misi menjadikan asrama SMKR bermula dan Alhamdulillah .......... berjaya direalisasikan . Di akhir tahun 1990an , kebanyakkan pelajar cemerlang di kategori akademik mahupun kokurikulum datangnya dari asrama . Konsep " dahulukan kepada yang cemerlang " benar-benar berjaya mengangkat asrama SMK Rompin sebagai pusat kecemerlangan dalam pelbagai aspek dan menepati konsep " Asrama Pusat Kecemerlangan " yang dijadikan motto oleh unit pengurusan HEM JPN Pahang pada masa itu.
Penerapan konsep Asrama Sebagai Pusat Kecemerlangan ( ASPK ) berupaya menjadikan asrama SMK Rompin sebagai penyumbang utama terhadap kecemerlangan pelajar di peringkat sekolah dan daerah pada masa itu. Pelajar-pelajar asrama merupakan kelompok yang mendepani senarai pelajar cemerlang akademik dalam setiap peperiksaan awam di peringkat PMR / SPM dan STPM . Hal ini menjadikan asrama SMK Rompin menjadi pilihan ibubapa walaupun tinggal di kawasan Cenderawasih , Selancar , dan Keratong .
Selain itu penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum , sahsiah dan bina insan di peringkat sekolah dan berupaya melahirkan tokoh-tokoh pelajar sekolah seperti Mohd Rostam b. Tamjis , Meor Hassan b. Meor Sazali , Rohaifi b. Abd Razak dan beberapa tokoh pelajar yang mampu membantu membimbing pelajar-pelajar lain sehingga berupaya mewujudkan team work yang terbaik dan mampu mewujudkan pasukan kompang , pasukan silat dan skuad solat jenazah yang ada kala dipanggil oleh masyarakat setempat untuk khidmat mereka. Alhamdulillah ... Moga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup kalian.
Foto : Menghadiri Kursus Asas Pengurusan Asrama di IAB , Genting Highlands . Asas " Asrama Pusat kecemerlangan ". |
Dalam pengurusan bidang akademik , menghadiri kursus semakan sukatan baru KBSM Geografi Tingkatan 3 , Tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2002 , 2003 dan 2004 berupaya memantapkan kemahiran dan pemahaman terhadap mata pelajaran yang di ajar.
Untuk meningkatkan kualiti pdpc , pada tahun 2008 , memohon untuk menghadiri Kursus Dalam perkhidmatan selama 4 minggu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu . Alhamdulillah diterima dan banyak input perkaedahan pengajaran yang diterima terutama yang berkaitan dengan kerja lapangan dan proses pembelajaran asas kendiri . Berulang alik antara Rompin dengan Marang , pada setiap hujung minggu , bukan sesuatu yang sulit / membosankan kerana kita tahu asas tujuan kita . Tkasih KPM yang memberi kelulusan untuk menjalani kursus.
Usaha ini berupaya meningkatkan kualiti penyampaian dan pengajaran . Peningkatan ketara dalam dilihat dalam keputusan PMR , SPM dan STPM saban tahun dan mendapat pengikhtirafan daripada pihak sekolah.
Selain itu , kemahiran dan kepakaran dalam pengajaran Geografi turut dimanfaatkan untuk sekolah-sekolah di daerah Rompin dan negeri Pahang. Lantikan sebagai panel penggubal JUJ untuk SPM , panggilan sebagai penceramah dan fasilitator ataupun pelbagai tugasan rasmi seperti pentaksir dan ketua pentaksir memberikan ruang untuk berkongsi kemahiran yang ada dengan komuniti pelajar dan rakan guru dalam daerah Rompin dan negeri Pahang.
Selain itu , kemahiran dan kepakaran dalam pengajaran Geografi turut dimanfaatkan untuk sekolah-sekolah di daerah Rompin dan negeri Pahang. Lantikan sebagai panel penggubal JUJ untuk SPM , panggilan sebagai penceramah dan fasilitator ataupun pelbagai tugasan rasmi seperti pentaksir dan ketua pentaksir memberikan ruang untuk berkongsi kemahiran yang ada dengan komuniti pelajar dan rakan guru dalam daerah Rompin dan negeri Pahang.
2013 , mendapat tawaran daripada pihak pentadbiran untuk melaksanakan projek Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS ) . Seronok rasa . Bermula dengan program perasmian , penyerahan borang program Rakan Alam Sekitar ( RAS ) , pelbagai aktiviti mula dirancang dan dilaksanakan . Sadisnya ...... hadirnya pegawai penilai daripada Jabatan Lanskap Negeri dan pegawai penilai dari JPN mengagnggap itu hanyalah " projek syok sendiri " . Jauh disudut hati memang terasa . Tanpa sebarang bantuan dan bimbingan , itu jer yang diberikan . Apapun ....move on ........ teruskan jer dengan perancangan dan aktiviti tanpa mengharapkan penghargaan dan ganjaran .
November 2014 , Seusai kembali dari menerima kertas untuk semakan kertas 2280/2 di Maran , terasa kaki sengal-sengal dan membengkak . Apapun amanah tetap digalas . Alhamdulillah !... semua tugasan / semakan kertas peperiksaan pada masa itu dapat diselesaikan . Takala penghantar skrip kepada ketua pasukan / semakan terakhir , sakit di kaki semaki n mencengkam , terpaksaan bantuan kepada Angah , Ateh dan Aflah jadi peneman abah . Alhamdulillah ...... Selesai . Terima kasih anak-anak abah .
Namun ujian tidak berakhir di situ rupanya ........ Tersandung kaki ketika ke surau di Giant , Kuantan menyebabkan kaki semakin membengkak dan sakitnya menyucuk-nyucuk . Genangan air banjir besar yang diredah sepanjang perjalanan balik ke Rompin menambahkan sakit kaki yang sedia terasa . Luruan air banjir yang lalu membelah jalan yang dilalui amat menakutkan .
Semua senyap ...dan kumatan mulut menelurkan uangkapan nama Allah sahaja yang kedengaran . Tersekat di laluan Simpang Kuala Ubai . Alhamdulillah !.... Allah utuskan seorang hamba Allah / sahabat dari Pejabat Daerah Rompin hadir menyapa dan menawarkan bantuan . Cgu ikut saya . Saya belah air tapi jangan duduk jauh sangat !. Ikut jer kat belakang yer ....... Insyaa Allah lepas . Apapun ..itulah rezeki .... Alhamdulillah !... Rezeki ....
2014 juga tahun yang mencabar dalam kelangsungan hidup dan kerjaya . Dua minggu di Hospital Kuala Rompin . Tiada penyelesaian walapun kerap di Xray dan scan . Yang disebut ulang dan usaha yang dilakukan ialah suntik dengan tambahan dos antibiotik . Nak marah , tak berdaya !.... itulah kemampuan staf yang ada di daerah .
Satu ketika , datang dr pakar dan mencadangkan keputusan merujuk ke HTAA , Kuantan membawa berita bonjolan pada peha yang dianggap sebagai sakit biasa yang hanya boleh disembuhkan dengan urutan rupanya himpunan nanah yang perlu dibedah dan dibuang . Tiga kali pembedahan dalam masa empat bulan , amat memeritkan .
Dunia terasa gelap , Igauan kehilangan kerjaya dan kehilangan sesuatu yang memberi kepuasan bekerjaya selama ini mengiang-ngiang di fikiran . Apakah dunia olahraga yang selama ini mendarah daging akan lenyap begitu sahaja .... Sedih sungguh rasanya...
Asalnya ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan biasa sahaja. Dikejarkan ke wad 3B , Dua minggu berulang ke bilik X ray , tiada apa-apa yang boleh dilakukan kut , melainkan jumlah dos antibiotik yang sentiasa ditambah untuk mengawal perebakan kuman .
Apapun terpaksa terima jika itu ketentuan Illahi. Dalam masa yang sama isteri tersayang ditukarkan ke SK Parit Raja , Johor. Terdetik juga difikiran .... apakah ini satu ujian atau satu pembalasan . Apakah dosa besar yang telah kulakukan sehingga diuji sedemikian rupa . Dalam pasrah berbunga harapan dan redha kerana masih ada Aina . Anak yang sentiasa mengandaikan dirinya serba tak tahu / seba tak kena . Apapun ..... Abah tetap bersyukur sangat atas kesanggupan Aina melayan karenah abah semasa sakit di rumah dan hospital Rompin mahupun HTAA , Kuantan . Moga Allah mempermudahkan urusan seharian Aina.
Mengukuhkan semangat untuk kelangsungan momentum kehidupan tak semudah membina cecita melalui impian . Ramai yang berjaya tetapi rasanya lebih ramai yang kecundang . Berpapah naik dan menuruni hotel di Sungai Besi serta solat dalam kereta di mana kiblatnya diluruskan / diselaraskan dengan arah kiblat serta berwuduk dengan menggunakan air botol dari dalam kereta semasa pendaftaran Achik / Farez di RMC / MTD Sungai Besi amat memberi kesan yang mendalam .
Bukan kepayahan diri yang dikesalkan , tetapi kesanggupan semua anak membantu mengurus adik takala abah yang sepatutnya mengurus mereka tiada upaya lagi melainkan berserah kepada Allah dengan harapan ianya dapat dilunaskan dan dipikul oleh anak-anak. Alhamdulillah !..... kerana kalian memang kuat !... Abah berbangga dengan kalian . Tidak pernah mengeluh sepanjang perjalanan dan mengurus pendaftaran adik !. Begitu juga melayan kerenah Abah yang pertama kali dalam hidup , bersembahyang dari dalam kereta walupun berada di dalam kawasan masjid . Mengambil wuduk dengan mwngguna air dari botol .......
Alhamdulillah ...... anak-anak sudah cukup matang untuk menerima hakikat kekurangan abah mereka . Terima kasih along , angah , Aina , Ateh , Achik dan Aflah . Masih abah ingat , Along berulang dari IPG Lipis bermotor , semata-mata untuk menemani abah . Begitu juga dengan Aina yang sentiasa berada disisi abah serta isteri abah yang tercinta yang sanggup berulang alik saban hujung minggu dari Batu Pahat , Rompin ke Kuantan . Moga Allah menerima segala kebaikan yang telah kalian laksanakan untuk keluarga kita serta diangkat sebagai satu ibadah . Moga ia juga menjadi asbab untuk kejayaan dan kecemerlangan kalian dunia dan akhirat. Aamin. Inshaa Allah !.....
Foto : Pengalaman pertama kali duduk di hospital dalam tempoh yang agak lama . Macam-macam perasaan datang. |
Alhamdulillah !... berkat doa dan sokongan dari keluarga dan kekawan ... kekuatan diri kembali kental . Semangat untuk segera kembali ke sekolah meluap-luap . Jemu di katil hospital terubat dengan kunjungan kekawan dan sahabat handai ... Terima kasih semuanya.
Terima kasih insan tersayang yang sudi menemani di saat-saat sukar . |
Antara sahabat yang sering bertanya khabar. Terima kasih Che Ta. |
Kesanggupan anak-anak memandu ratusan km setiap hujung minggu merupakan suntikan semangat untuk terus berusaha memulihkan diri ... Alhamdulillah. |
Peneman abah yang paling setia . Empat bulan di hospital menemani dan melayan karenah abah merupakan ujian yang terbesar bagi Aina . Moga menjadi asbab untuk kejayaan hidup Aina dunia dan akhirat ... Inshaa Allah. |
Terima kasih wat semua staf wad Ottopedik HTAA Kuantan dan Hospital Rompin . Disember 2014 hingga Mac 2015 - dibenarkan pulang tetapi mesti menghadiri sesi fisioterafi dan rawatan susulan di Hospital Rompin.
Proses fisiotrafi yang dijalani sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses penyembuhan . |
Di akhir sesi rawatan , April 2015 , Seorang doktor di HTAA melihat kondensisi yang masih belum pulih sepenuhnya , menawarkan lanjutan cuti sakit dengan syarat kembali ke sekolah untuk dapatkan permohonan dan sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah untuk lanjutan cuti . Ditolak dengan nada yang baik sehinggakan Dr itu kata " pelik juga , biasanya orang jumpa saya minta MC , tapi ngapa cgu tolak lanjutan MC yang saya cadangkan ". Bukan sombong tapi yang terluah juga masa tew " Dah puas berehat Dr. Saya try kayuh perlahan-lahan . Kalo tak mampu , nanti saya jumpa Dr. balik. Alhamdulillah !........... Suka dapat kembali ke sekolah walaupun dalam keadaan masih bertongkat.
April 2015 - kembali ke SMKR . Biarpun masih bertongkat , tetap ke kelas . Masih bersemangat dengan Studio Geografi tetapi agak terkedu dengan Laman T6 yang kini kutai tanamannya . Apapun , terimalah hakikat - setiap orang ada kecenderungan tersendiri . Mereka berhak memilih .........
Memori terindah sepanjang perkhidmatan .
1. Pengurusan Lawatan :
1.1. Bersama rombongan pelajar dalam program Jejak Warisan Abadi Peradaban - Lokasi : Gua Tempurung ,Perak , Memorial Sejarah Pasir Salak , Perak , Teluk Batik / Lumut , Perak , Santuari Pembiakan Tuntong , Bota , Perak dan Komplek Sejarah Bukit Malawati , Selangor.
1.2. Catatan Pengalaman mengurus :
Yang memenatkan - Mengurus lawatan merupakan antara pengurusan aktiviti yang agak cerewet dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi . Bermula dengan penyediaan kertas kerja / kertas cadangan lawatan yang perlu lengkap dan diolah mengikut SOP permohonan yang telah ditetapkan oleh KPM , hinggalah ke jangka masa permohonanan di hantar dengan perlu akur tempoh yang diberikan .
Tew ....belum lagi , pelajar yang tarik diri last-last minit , memang bengkak la.... nak cari pengganti dan kena cover kos perjalanan . Silap-silap terbang ratusan ringgit semata-mata disebabkan kerenah yang tidak terjangka nih .
Ser lagi ..... perubahan-perubahan yang berlaku sebelum lawatan dijalankan . Setiap perubahan perlu dikemaskini dan dimaklumkan kepada pihak PPD untuk memudahkan pengurusan maklumat yang betul semasa lawatan dapat dilakukan.
Perkongsian - Perlu ada deposit lawatan hangus jika ahli lawatan menarik diri setelah pelbagai bayaran pendahuluan dibayar dan tempoh penarikan diri yang digazetkan.
Yang bestnya .....karektor dan penampilam pelajar-pelajar yang terlibat dalam lalwatan memang akan berubah sebaik sahaja naik ke tangga bas . Haha .... yang malu-malu , dah mula berani bercerita / bergurau-gurau dan ada masanya menjadikan guru-guru pengiring sebagai kawan yang boleh dibawa bercerita , bergurau dan berkongsi makanan bersama . Walau pun begitu , batas-batas pergaulan tetap terjaga ..... tkasih semua .
Yang sedihnya ... bila anak-anak rombongan kehabisan duit belanja sebelum habis sesi lawatan . Ketika berhenti makan , mereka menyisihkan diri dari kumpulan. Terkadang mereka juga hanya tinggal di dalam bas tanpa menyertai rerakan lain di kawasan lawatan.
Dalam lawatan ini juga , team pelajar SMK Rompin ditaja sarapan pagi dan makan tengah hari oleh MP Pasir Salak / Dato' Tajuddin Abdul Rahman , setelah permohonan sedikit peruntukan daripada PIBG menghadapi masalah dan tajaan daripada MP Rompin sesepinyer tidak berjawab.
Terima kasih kepada Dato' dan Datin , En. Mokhtar Idris dan Isteri selaku wakil YB Dato' yang banyak membantu team rombongan .
Moral storynya , berbaik sangka dalam pelbagai situasi walaupun menyakitkan , kerana ia mungkin menjadi asbab untuk Allah memberikan kita yang lebih baik dan terbaik.
Dengan baki perbelanjaan yang ada ( akibat skip pembayaran apabila sarapan pagi & makan tengah hari yang ditaja ) dan sedikit sumbangan daripada rerakan guru pengiring , kutipan berjaya membelanja kesemua anggota rombongan makan di KFC Seremban .
Terlihat keseronokan dan kepuasan semua pelajar yang menyertai rombongan ini walaupun nampak kepenatan diriak wajah masing-masing . Terima kasih Cgu Hashimee , Cgu Kasma dan Cgu Shikin ) . Moga Allah memudahkan urusan rerakan guru .
1.3. Bersama rombongan pelajar dalam program Lestari Alam Sekitar di Highland , Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan Deer Land di Lanchang.
1.4. Bersama pelajar dalam program Pengurusan KKF6 di Kampong Tekek , Pulau Tioman.
Pengurusan Sukan
Penganjuran Kejohanan Olahraga / Penyertaan di Pelbagai Peringkat .
( Kejayaan Yang Tertangguh )
Titipan bibit-bibit pengalaman sebagai atlit / pegurusan rumah sukan yang dikumpulkan dari peringkat sekolah dan kepegawaian di peringkat pengajian di IPG rupanya membawa seribu rahmat .
Lakaran perjalanan sebagai pegawai olahraga dan kursus kepegawaian Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM ) yang diambil semasa di IPG Kota Baharu , Kelantan . membolehkan keterlibatan sebagai kejohanan di Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Malaysia ( MSSM ) dan kejohanan Pos ASEAN yang diadakan di Stadium Sultan Mohamad , Kota Bharu. Dengan bayaran sesesi RM 5.00 ( RM 10.00/ hari ) , penginapan dan makan disediakan , sudah dianggap mewah pada masa itu .
di Miri , Alhamdulillah ..... banyak membantu....
Keterlibatan sebagai pegawai
4.1. Pengurusan Pengendalian kejohanan Olahraga Tahunan Merentas Desa Peringkat Sekolah dan Daerah .
4.2. Pengurusan Kontingen Sekolah Ke peringkat Daerah ( MSSD Rompin )
4.3. Pengurusan Kontingen Daerah ke peringkat Negeri. ( MSS Pahang )
4.4. Pengurusan Kontingen Negeri ke peringkat Kebangsaan ( MSSM )
Penglibatan terakhir bersama team Olahraga daerah Rompin di Kejohanan Olahraga MSS Pahang di Mini Stadium Maran. |
Keupayaaan pengendalian dan pengurusan Kejohanan Sukan / Olahraga peringkat Kebangsaan ,negeri dan daerah .organisasi .
5. Kemenjadian Pelajar VS Kemenjadian Guru .
Menghampiri tiga perempat usia perkhidmatan , adakalanya masih tercari-cari kaedah pengajaran yang benar-benar efektif kepada semua pelajar dan masa . Nak kata gagal , tak juga . Nak kata berjaya keseluruhannya , juga tak mungkin .
Apapun , peningkatan pencapaian kelas-kelas peperiksaan awam ( SPM dan STPM ) yang diajar , dapat digariskan beberapa sebab :
1. Keuapayan guru mendoktrinkan pelajar.
Mungkin ramai yang menganggap isu ini perkara remeh & biasa . Sebagai penyedia perkhidmatan , aku percaya guru perlu mempromosikan ketrampilan dan kepakaran mereka kepada khalayak / pelajar . Saya selalu nyatakan kepada pelajar-pelajar saya , saya adalah penjual dan awak adalah pembeli
Memori terindah jika kejayaan dan kecemerlangan dikecapi hasil daripada kesungguhan , kegigihan dan ketaatan pelajar terhadap asuhan dan didikan guru. Rangkuman usaha dan doa menjadi senjata utama dalam menjana kemenjadian anak didik . Tkasih kepada semua anak didik yang sentiasa terdorong untuk berjaya . Moga jejak2 yang telah terlakar di peringkat SPM / STPM akan terus mekar dan berkembang , semarak memayungi perjalanan hidup kalian. Untuk cgu ...hanya titipan doa agar cgu sentiasa dirahmati Allah , sejahtera dunia dan akhirat dari kalian cgu harapkan.
5.1. Peringkat SPM.
5.2. Peringkat STPM.
Pencapaian tertinggi anak didik sepanjang 30 tahun bergelar pendidik. |
Nota :
Sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik - Alhamdulillah !... di pertemukan dengan anak-anak didik yang berupaya menjelmakan A di peringkat SPM dan sekali lagi A di peringkat STPM . Terima kasih . Hazirah dan Haida bt. Jaafar , Haziem B. Mohd Dee , Suzi , Zahrith Sofia , Syasya Hairudin , Norasofia Narwawi dan ramai lagi . Yang paling indah apabila Loke Chia Chien muncul sebagai antara pelajar terbaik kategori pelajar asli semasa SPM ( 2013 ) dan mengulanginya semula sebagai pelajar terbaik Kategori Pelajar Orang Asli Peringkat Kebangsaan STPM 2015.
5.3. Cabaran Sebagai Pendidik :
Tiada cabaran hakiki dalam proses mengajar dan mendidik . Walau bagaimanapun terdapat beberapa situasi yang mempengaruhi kelancaran proses pengajaran guru . Antaranya :
1. Bergantung kepada keupayaan kita " mendoktriniasi " pelajar di peringkat awal pertemuan / pembelajaran . Keupayaan kita " membeli jiwa dan kepercayaan " akan membolehkan pelajar mengikut segala perancangan dan pengendalian program serta memacunya kearah objektif yang ingin dicapai bersama .
2. Bergantung kepada penguasaan fakta yang baik dan lengkap yang kita miliki. Keterikatan guru terhadap bahan teks menjadikan proses pengajaran kaku , terikat dan kurang ummph / membosankan . Menguasai pelbagai disiplin ilmu membolehkan penyampaian guru lebih hidup / menarik kerana kupasan isu merentas kurikulum / mata pelajaran.
3. Bergantung juga kepada penguasan kemahiran penggunaan pelbagai media penyampai . Penggunaan pelbagai media sosial / MEDOS memberi ruang kepada pelajar meneroka / mengakses sendiri bahan yang mereka perlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ( Pengguan Blog , Fb dll ).
KELAB KITAR SEMULA ( K3R )
( Kelab yang tersisih - mencipta sejarah jadi kelab terpilih ).
Merupakan antara kelab / persatuan yang termuda di SMK Rompin . Bermula dengan kelab naungan Panitia Geografi seawal 2013 dan digerakkan semata-mata untuk menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS ) . Terima kasih Pn. Hawiah ( Pengetua ) kerana memberi ruang dan peluang untuk terus menyumbang ) terhadap pelbagai program sekolah .
Diasaskan daripada ungkapan " Kelab Perasan Sendiri " yang diungkapkan oleh pemantau / penilai pertandingan pada masa itu , serta disisihkan oleh pihak-pihak berautoriti . Pengurusan KAS tidak pernah ambil pusing .
Pihak pengurusan kelab terus merancang dan berusaha untuk melakarkan kejayaan yang tersendiri . Sebagai kelab tersisih dan disisihkan , tiada harapan yang disandarkan kepada kelab ini . Tapi kita tahu , janji Allah tetap akan berlaku . Di mana ada usaha , di situ ada jayanya.
Sejarah penubuhan kelab tahun 2013 , bermula daripada tugasan dan cabaran untuk menyertai program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS ) , Bergerak di bawah payungan aktiviti KOKURIA panitia Geografi kerana tiada kelab yang bertemakan alam sekitar yang tertubuh pada masa itu , dan tiada sesiapa yang ingin menyertai pertandingan yang kompom bermula daripada kosong . Tiada Fail , tiada pusat pengumpulan barangan 3R dan lain .Yang tinggi hanyalah impian menjayakan kelab. Pemantauan pertama pihak penganjur menganugerahkan " Kelab Perasan Sendiri " . Tebal juga muka , tapi itulah hakikat perjuangan yang perlu diterima . Tiada sesiapa yang akan bersama takala tiada kejayaan tercipta , walaupun pihak yang sepatutnya memberi sokongan. Walaupun begitu , proses tranformasi Laman Tingkatan 6 tetap dijalankan dengan bantuan pelajar Tingkatan 6 yang tinggal di asrama.
Tahun 2014 - aktiviti KAS terhenti seketika apabila keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Tersentak seketika . Berperang dengan perasaan yang berbaur-baur . Sedih mengingatkan apakah masih ada ruang untuk kembali beraktiviti seperti dahulu . Dapatkah diri ini menerima naluri guru yang aktif satu ketika dahulu kini terpaksa menyepi , kaku tanpa aktiviti umpama tunggul buruk yang menanti rebah dek mamahan masa .
Apapun kehadiran sahabat yang hanya dikenali semasa di HTAA , Kuantan ( seorang GB dari SK Panching , Kuantan ) yang sering menerima tugasan walaupun di katil hospital , benar-benar menaikkan semangat .
Biasanya , kerani sekolahnya akan menghantarkan dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani dan bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah bila mereka berjumpa . Mampu berdamai dan takdirnya dengan tabah dan istiqamah .
Demi amanah , tanggungjawab tetap dilaksanakan walaupun dari katil hospital.
April 2015 - kembali ke sekolah dengan perasaan berbaur. Itupun setelah proses tawar menawar dengan dr. di HTAA , Kuantan. Ditawarkan untuk kembali ke sekolah bagi mendapatkan surat permohonan bagi lanjutan cuti kerana cuti sakit telah digunakan sudah habis, bertukar menjadi " dr ...boleh ker saya kembali ke sekolah ? Serasanya saya sudah penat berehat " . " Pelik cikgu nih !.." " Orang lain jumpa Dr. minta MC ... " " Cikgu , saya nak tambah MC , pun menolak ." Puas berbincang, Dr. akur . Boleh balik ke sekolah tapi perlu menjalani proses fisiotrapi di klinik Rompin.
Yes .....dapat kembali ke sekolah . Terasa lapang dada !... Apapun perasaan tetap berbaur . Sedih dan gembira silih berganti . Sedih kerana kurang penyelenggaraan di laman yang ditinggalkan , Gembira kerana dapat kembali dan boleh memulakan kembali program yang tertangguh .
Alhamdulillah .... Dengan izin Allah , 2017 K3R yang masih digerakkan di bawah pengurusan Panitia Geografi diberi peluang menyertai dua pertandingan iaitu Pertandingan Laman Alaf 21 anjuran ( Majlis Daerah Rompin ) ,
Menggunakan konsep Laman 3R , berjaya juga menyempurnakan keseluruhan projek . Terima kasih Cgu Hanafi Masri , En. Mohd Faizol b. Alias dan komuniti Tingkatan 6 yang membantu.
Melihat keupayaan dan kesungguhan mengurus , Kelab Alam Sekitar sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengurus dan menyertai projek kedua iaitu Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah 2017 ( PerKISS ) anjuran KPM dan KPKT ( SWCorp ). Terima kasih Pn. Noradlah b. Ab. Mutalib/pengetua SMKR pada masa itu .
Antara pengisian awal program ialah perasmian dan pelancaran Kelab Alam Sekitar ( KAS ) peringkat sekolah . Walaupun masih dibawah pengurusan panitia Geografi , kewujudan Kelab Alam Sekitar dapat menunjukkan identiti institusi dan pergerakan aktiviti . Hal ini memudahkan penyertaan di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan. Dengan pelbagai usaha dan sokongan daripada warga SMKR dan bimbingan daripada mentor program daripada SWCorp Rompin ( En. Mohd Sabil) , Alhamdulillah ....Kelab Alam Sekitar SMKR menggunguli 2 anugerah dalam penyertaan kali pertama dalam PerKISS 2017 iaitu Johan Keseluruhan PerKISS 2017 peringkat negeri Pahang dan tempat ke 3 kategori Pengumpulan Barangan 3R terbanyak.
Pelancaran Program Asing dan Kitar Semula 2017 |
Aktiviti pungutan dan jualan barang 3R - 2017 |
PerKISS 2017 - Alhamdulillah |
Pada tahun 2018 , Kelab Alam Sekitar secara rasmi ditubuhkan oleh GPK KOKO pada masa itu ( En. Nasarudin Jusoh ) dan ditukarkan nama kepada Kelab Kitar Semula ( K3R ) dan diurus di peringkat Arus Perdana dan Tingkatan 6. Terima kasih En. Nasarudin ( GPK KOKU ) kerana memberi kepercayaan untuk terus mengendalikan pengurusan kelab dan pengurusan pusat pengumpulan barangan 3R juga kini semakin tersusun .
Penyertaan PerKISS kali ke 2 / tahun 2019 - K3R SMK Rompin mendapat tempat ke 8 / saguhati dalam kategori Pengumpulan Barangan 3R terbanyak di peringkat negeri Pahang . Selepas kejayaan dalam PerKISS 2019 , Walaupun penyertaan tahun ini kurang menyerlah , berdasarkan penyertaan dan jumlah aktiviti di peringkat sekolah yang konsisten , K3R dicalonkan sebagai penerima anugerah Inisiatif Pembitaraan Kitar Semula peringkat negeri Pahang 2019 yang melayakkan K3R SMK Rompin menerima wang off berjumlah RM 1,000.00.
Sukanika 3R - sempena hari KOOP SMKR 2019 |
PerKISS 20219 - Tahniah . |
Pada tahun 2020/2021 - Penyertaan ke 3 dalam PerKISS anjuran SWCorp Pahang.. Menggunakan nama Kelab Kitar Semula , Perancangan tetap di atur agar apa juga aktiviti yang dilakukan memberi impak kepada justifikasi pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur . Walaupun semasa PKP , terdapat juga aktiviti yang dapat dilaksanakan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan ruang , peluang dan kekangan masa dan pandemik Covid 19.
Memandangkan kurangnya aktiviti yang boleh dilaksanakan , pihak SWCorp memanjangkan tempoh PerKISS 2020 kepada PerKISS 2020/2021 . Tempoh masa yang lebih panjang memberi ruang kepada K3R setiap sekolah yang menyertai , merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memenuhi justifikasi penilaian PerKISS 2020/2021. Daripada komponen pengumpulan barangan 3R , komponen penghijauan , Komponen kempen dan pendidikan 3R . Alhamdulillah .... Terima Anugerah khas pengumpulan Aluminium dan tempat ke tiga kategori hasil pengumpulan terbanyak peringkat negeri Pahang.
Selain itu , K3R SMKR mewujudkan sendiri justifikasi program dan aktiviti terhadap beberapa komponen yang menjadi teras aktiviti kelab agar selaras dengan kriteria pertandingan PertKISS yang disertai saban tahun . Antaranya :
1. Inisiatif Asing dipunca ( IAdP ) barangan 3R.
2. Inisiatif Pungutan dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R .
3. Inisiatif Kempen dan Pendidikan 3R.
4. Inisiatif Penghijauan 3R.
5. Inisaitif Prasarana 3R.
Hal ini akan menjadikan setiap aktiviti yang dianjurkan / disertai mempunyai tuju hala yang tepat dan selaras dengan garis panduan Pertandingan PerKISS.
Kewujudan komponen prasarana 3R ini menjadikan kelab yang lebih teratur , terurus secara yang bersistematik serta terfokus kepada pelbagai justifikasi penilaian pelbagai aktiviti / pertandingan bertemakan alam sekitar dan kitar semula yang disertai .
Untuk pengurusan semasa 2022 pula , K3R mengorak langkah lebih jauh . Selesai fasa membina stor pengumpulan barangan 3R dan sangkar dawai pengumpulan barangan 3R , usaha kini tertumpu kepada meningkatkan jaringan dengan pelbagai pihak luar sekolah . Dengan tujuan memasyarakatkan K3R , diharapkan K3R SMK Rompin akan lebih menyerlah dari segi pengurusan , perancangan aktiviti , pelaksanaan program serta pencapaian dalam pelbagai pertandingan yang disertai di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 2022 juga K3R menyertai 2 pertandingan bertemakan alam sekitar secara serentak :
1. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah ( PerKISS 2022 ).
2. Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS
2022 ).
Moga tahun 2022 menjanjikan kejayaan yang lebih manis kepada K3R SMK Rompin.
Alhamdulillah....Penyertaan dalam PerKISS tidak pernah menghampakan . Walaupun sekadar sagu hati |
Alhamdulillah .....cabaran " kelab perasan sendiri " di awal penubuhan menemui titik noktah apabila dikurniakan gelaran naib Johan dalam Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLASS ) peringkat negeri Pahang pada tahun 2022. Tkasih kepada semua warga sekolah yang membantu.
Untuk tahun 2023 , Target pengurusan K3R dan KAS lebih tertumpu kepada proses penambahbaikan program Kitar semula dengan cara meningkatkan program jaringan aktiviti 3R bersama komuniti setempat dan menambahbaik prasarana 3R di kawasan persekitaran sekolah .
Ruang masa yang agak terhad , pengurusan aktiviti pdpc dan kerencaman pengurusan aktiviti sekolah dan pemusatan terhadap aktiviti laman 3R menjadikan fokus terhadap pertandingan PerKISS 2023 terpaksa diperlahankan . Selain itu , memberi ruang kepada sekolah-sekolah sahabat yang baru terlibat dengan aktiviti K3R untuk sama-sama menyertai PerKISS seperti SMK Baserah Kuantan dan SMK Jengka 16 , Maran untuk turut sama memeriahkan PerKISS 2023 .
KERJAYA DAN DIMENSI KECEMERLANGAN.
( Antara kepuasan kerjaya dengan kemampuan bekerja )
Sejarah Perkhidmatan & Kecemerlangan .
- Menetapkan hala tuju & fokus dalam setiap program yang
dirancang untuk mencapai penanda aras yang terbaik.
- Prinsip pencapaian program yang dirancang - hasilan yang baik
/ mencapai target adalah baik dan melepasi target merupakan
satu bonus yang menjurus kepada kecemerlangan.
- Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang / APC :
4 kali / 32 tahun perkhidmatan .
Anih dan masih kurang menyakinkan ........itulah ungkapan yang mampu terlintas di fikiran . tapi itulah rezeki yang Allah tentukan . Ya,,,,,, Alhamdulillah !...Terima kasih ya ..... Allah .
Mungkin inilah detik penamat terindah yang Allah gariskan / letakkan di hujung kerjaya abah sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 ( GATE ) . Kerjaya yang akan dilegasikan kepada 3 daripada 6 anak-anak abah selepas ini . Moga jadi pendorong dan motivasi kepada kalian untuk lebih istiqamah dan berjaya dalam bidang pendidikan .
Catatan ini mengingatkan kembali abah kepada setiap sesi bersama pihak nazir yang di ketuai oleh Tn. Haji Rosmi ( Ketua Jemaah Nazir Terengganu / dan kini menjadi ketua Jemaah Nazir negeri Kelantan dan Tn. Haji Ajid ( Jemaah Nazir negeri Johor ) , agak berat juga untuk abah menyakinkan diri ini akan dan kini telah dilantik.
Antara soalan-soalan yang masih terngiang-ngiang:
1. Cgu sudah berada di ambang DG 54 . Mengapa mohon GC 54 . Bukankah sudah terlambat . Cgu boleh mohon GC pada tahap JUSA C ?
Abah khabor - 2021 baru ada keyakinan dan persediaan untuk memohon gred Guru Cemerlang ( GC ) selepas permohonan CG 52 ditolak. Untuk Juasa C - serasanya sangat-sangat di luar kemampuan.
2. Cgu mengajar mp Geografi SPM dan STPM serentak . Macam mane cgu boleh mengekalkan kecemerlangan untuk kedua-dua jenis peperiksaan nih ?
Abah Khabor - Sama sahaja cara perancangan dan pengurusan serta pengendalian pengajarannya . Yang berbeza hanyalah aspek penekanan terhadap pelbagai kemahiran dan penguasaan fakta yang perlu diaraskan selari dengan penguasaan kemahiran dan penguasaan fakta yang perlu dikuasai oleh pelajar=pelajar di peringkat SPM atau STPM.
3. Sekiranya cgu jadi GC , serasanya apa yang cgu akan lakukan ?
Abah khabor -
i) Meningkatkan momentum bekerja.
ii) Mengongsikan keupayaan kemahiran dan kepakaran dalam
aspek tertentu dalam skala yang lebih luas / melangkaui
sempadan sekolah daerah dan mungkin negeri .
iii) Membina jaringan kemahiran dan motivasi dengan rerakan
guru yang lain dlaam konteks pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan kokurikulum / kelab dan persatuan.
Laluan ke GC 54 ( APRIL Tahun 2022 )
Aspek yang mungkin memberi impak kepada penilaian oleh pihak Jemaah Nazir :
1. Latar belakang perkhidamtan.
( Sejarah perkhidmatan yang dianggap cemerlang )
1.1. Penglibatan dalam Olahraga .
( Keupayaan merancang , mengurus dan mengendalikan
program dan mengekalkan kecemerlangan program )
1.2. Penglibatan dalam KOKO / PerKISS,
( Keupayaan merancang , mengurus dan mengendalikan
program dan bangunkan program dalam kontaks aktiviti
KOKO merentas kurikulum. )
- 2017 : Pertama ( Kat. pemb. 3R) , Ke 3 ( Kat. Kes )
- 2019 : Saguhati / Grant wang off / Inisiatif pembitaraan .
- 2020/21 : Anugerah khas , Ke 3 ( kat kes. )
1.3. Penglibatan dalam KOKO / SLAAS.
( Keupayaan merancang , mengurus dan mengendalikan
program dan bangunkan program dalam kontaks aktiviti
KOKO merentas kurikulum. )
- 2022 : Naib Johan
1.3. Pencapaian SPM.
( Keupayaan merancang , mengurus dan mengendalikan
program kecemerlangan akademik / mempelbagaikan
medium dan kaedah penyampaian / membuat
penyelesaian spontan terhadap sesuatu isi pengajaran /
kaedah pengajaran yang fleksibel )
2013 - GPS 1.52 : 3( A+) , 16(A) , 3(A- ) , 1(C+) , 1(E)
2016 - GPS 1.85: 4( A+) , 10(A) , 7(A- ) , 2(C+) , 1(C)
: 2(D) , 1(E)
Pencapaian SPM terbaik 3 tahun terkini / terakhir :
2020 - GPS 3.31 : 1( A+) , 7(A) , 4(A- ) , 9(B+) , 5(B)
: 5(C+) , 2(C) , 0(D) , 1(E) , 1(G)
2019 - GPS 4.00: 0( A+) , 1(A) , 7(A- ) , 7(B+) , 5(B)
: 4(C+) , 5(C) , 2(D) , 1(E) , 0(G) 2018 - GPS 2.40: 0( A+) , 11(A) , 7(A- ) , 4(B+) , 5(B)
: 3(C+) , 0(C) , 0(D) , 0(E) , 0(G)
1.4. Pencapaian STPM
( Keupayaan merancang , mengurus dan mengendalikan
program kecemerlangan akademik / mempelbagaikan
medium dan kaedah penyampaian / membuat
penyelesaian spontan terhadap sesuatu isi pengajaran /
kaedah pengajaran yang fleksibel )
Pencapaian terbaik mp Geografi SMK Rompin pada tahun 2020 . Berkedudukan ke3 daripada 46 buah sekolah Tingkatan 6 di Pahang. |
2. Markah penilaian Tahunan yang sentiasa meningkat.
( Markah LNTP yang stabil & setara dalam tempoh 3 tahun )
3. Sokongan daripada pihak pentadbiran / rakan sejawat.
4. Sokongan anak didik / slot bersama pelajar.
5. Penilaian terhadap karektor / menerusi sidang video .
6. Sumbangan / penglibatan terhadap komuniti sekolah
7. Sumbangan / penglibatan di peringkat daerah /negeri / kebangsaan
Paparan pemuka Fb K3R SMK Rompin yang menjadi wadah informasi pelbagai maklumat berkaitan isu alam sekitar , Biodiversiti , Kitar Semula dan mp Geografi . |
Sebagai Fasilatatur / penceramah Program Seminar Kecemerlangan mp Geografi peringkat SPM Daerah Rompin. |
1.5. Penyudahan Kerjaya Yang didamkan oleh semua Warga Pendidik .
Alhamdulillah ................ Berbaki 3 tahun , menjelang tahun 2026 , Berupaya melengkapkan kitaran kerjaya sebagai guru / kakitangan kerajaan . " Kejayan dijulang , kecemerlangan ditatang " kata-kata keramat yang ditemui semasa berulangkali menziarah along / Hafizzudin dan Ateh / Fa'izudin di SM Sains Seremban ( SASER ) / SM. Sains Tunku Mukhriz , Seremban rupanya membentuk keinginan untuk terus cemerlang dalam setiap usaha dan aktiviti yang dilakukan .
Gagasan kerja sebagai guru biasa yang dilalui merumuskan tiga garis titik penamat kerjaya yang cukup menyeronok dan membanggakan . Biarpun untuk didakap dan dikenang sendirian .
1.0. Suku pertama perjalanan kerjaya - seawal posting ke akhit tahun 2005.
( Fokus kepada pembangunan sukan olahraga ).
- Berupaya membina dan membangunkan porgam kecemerlangan olahraga SMKR . bersama Sdra. Rizal Badrul Hasan ( kini di PPD Rompin ) , SMKR diangkat menjadi ikonik kecemerlangan olahraga daerah iaitu sebagai Pusat Kecemerlangan Daerah Rompin ( PKOD ) oleh Unit Sukan JPN Pahang dan difokuskan untuk membangunan sukan olahraga dalam bidang lontaran . Ini sebagai usaha Unit Sukan JPN Pahang untuk mencatatkan pencapaian terbaik sebagai tuan rumah MSSM 2001. Usaha ini mmemperlihatkan keberhasilannya dengan kejayaan membawa SMKR mengungguli Kejohanan Olahraga MSSD Rompin hampir 10 tahun pada masa itu . Selain itu berupaya mengenengahkan bakat-bakat pelajar SMKR ke MSSD Rompin , MSS Pahang , MSSM , Sukan Remaja Pahang dan Sukma adalah sesuatu yang cukup manis untuk dikenang .Tiga puluh dua / 32 tahun tempoh.
Bermula dengan minat . penglibatan awal sebagai pembantu juru latih kepada pasukan olahraga SMK St. Columbae , Miri . Pendedahan terhadap alam kejurulatihan menimbulkan keinginan untuk membangunkan sendiri bakat di kalangan pelajar setelah terlibat dan melihat sendiri kejayaan program pembangunan olahraga sekolah lama mengenengahkan bakat Watson Ngambek . Terima kasih Ms. Chan Siew Ngo , Mr. Ng dan Cgu Sudin Nyeng yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan . Seawal 7.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 3 kali seminggu selama 4 tahun .... Alhamdulillah !.... berupaya memberi ruang untuk menimba pengalaman yang luas dalam bidang ini .
1995 tahun pertama di SMKR mula terlibat dengan olahraga SMK Rompin , sebagai penyelaras . Keterlibatan dalam olahraga di peringkat MSSD Rompin buat kali pertama , memperlihatkan kedudukan SMKR yang agak ketinggalan ke belakang berbanding dengan SMK Keratong dan SMK Muadzam Shah yang jelas mengungguli setiap arena pertandingan pada setiap kali Kejohanan Olahraga Daerah Rompin ( MSSD Rompin ) . Jika didasari kepada jumlah pelajar dan peluang , SMKR lebih berpotensi untuk lebih menonjol sebagai jaguh Olahraga MSSD Daerah . Berhampiran dengan pusat latihan angkat berat negeri Pahang merupakan satu kekuatan untuk melahirkan barisan atlit yang mampu menyerlah terutama dalam disiplin lontaran peluru , lembpat cakera dan merejam lembing .
Tahun berikutnya , Program pembangunan bakat olahraga dimulakan dengan mengambilkira beberapa kekuatan yang ada :
1. Bilangan pelajar yang ramai - memungkinkan ramai yang berpotensi.
2. Sistem latihan yang bersistem dan berterusan - berupaya membangunkan bakat / potensi atlit secara yang lebih teratur.
3. Kewujudan Pusat Angkat Berat Rompin - ruang dan peluang untuk mengenengahkan bakat-bakat pelajar angkat berat dengan meningkatkan penyertaan mereka dalam pelbagai acara padang seperti acara balingan dan lontaran.
4. Menawarkan kemudahan tempat tinggal di asrama bagi atlit-atlit yang tinggal jauh dan berpontensi yang dikenal pasti daripada Kejohanan Olahraga MSSD Rompin dan Kejohanan MSSD Rompin bawah 14 dan 17 tahun ( pertandingan untuk mencongkel bakat ). Acah-acah melakukan proses normalisasi pelajar berbakat pada masa ini , team olahraga berupaya mengenengahkan bakat-bakat seperti :
1. Zambri / Nyet - acara lompat tinggi b 14 dari SK Buluh Nipis / Muadzam Shah .
2. Khariul Nizam - acara 100 m dari SMK Muadzam Jaya.
3. Azrizal Zakaria - acara lontar peluru dari SMK Tg Gemok .
Usaha ini menampakkan hasil apabila pasukan Olahraga Sekolah mula menguasai Kejohanan Olahraga MSSD Rompin seawal tahun 1996 . Penglibatan atlit daerah Rompin ke peringkat MSS Pahang dan MSS Malaysia turut bertambah dari masa ke semasa . Melihat kepada keupayaan mengenengahkan bakat-bakat baru di bidang olahraga ini , maka pada tahun 1998 , SMK Rompin ditawarkan peranan sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga Daerah Rompin ( PKOD ). Satu permulaan cemerlang bagi team Olahraga SMK Rompin pada masa itu .
Selain atlit normalisasi sekolah , team olahraga pada masa ini mendapat suntikan semangat daripada En. Mohd Rizal b. Badrul Hassan . Kerjasama kami berdua , telah berusaha membawa era kegemilangan team olahraga SMK Rompin dan team Olahraga MSSD daerah Rompin . Berupaya mengunguli Kejohanan Olahraga luar musim / program pembangunan bakat bawah 14 tahun pada tahun 1998 , rupanya permulaan detik team Olahraga SMKR diangkat sebagai kuasa olahraga MSSD Rompin . Keupayaan mengenengahkan bakat-bakat anak jati SMK Rompin seperti sdra. Izhdihar Azhar , Sahiratun Nisa Rabuan , Syarifah Nor Afzan Syed Bakar , Nor Farhana Majnin , Riznatasya Othman , Zuasliwati Kadir merupakan lakaran sejarah terbaik . Keupayan sebahagian daripada mereka mengungguli acara masing-masing hingga ke peringkat MSSP , MSSP , Sukan Remaja Pahang dan SUKMA merupakan gambaran kepada kejayaan program pembangunan bakat pelajar yang telah dirancang dan dilaksanakan.
2.0. Suku kedua perjalanan kerjaya ( 2005 - 2014 )
( Fokus kepada pencapaian dan kecemerlangan akademik )
Beralih tumpuan ke bidang akademik selepas berlaku pertukaran rakan pembantu / Sda. Rizal B. Badrul Hassan ke SK Janglau . Beban tugas sebagai penggerak aktiviti olahraga sekolah dan daerah mula kendur , apabila terlalu banyak bebanan tugasan terpaksa dipikul .
Pada masa ini , tumpuan mula dialihkan kepada aktiviti akademik . Se awalnya fokus lebih kepada kecemelrangan calon-calon peperiksaan SPM pada setiap tahun semasa . Sanggup menghadiri kursus peningkatan kefahaman penggunaan ICT dalam proses PDPC bestari selama 4 minggu di PKG Marang , Terengganu berupaya meningkatkan kemahiran penggunaan bahan-bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa .
Keupayaan mengangkat pencapaian mata pelajaran Geografi /mp yang diajar di peringkat SPM dan STPM amat mengujakan . Pencapaian terbaik SPM 2013 dengan GPS 1.52 ( 22 orang daripada 25 calon mendapat A ) merupakan rekod pencapaian tertinggi sekolah yang masih kekal sehingga sekarang .
Di peringkat STPM pula , keupayaan mencapai NGPM 3.43 dengan kedudukan ke 3 dalam ranking pencapaian mp Geografi di peringkat negeri Pahang bagi STPM 2018 amat membanggakan .
Selain itu , keupayaan melahirkan pelajat terbaik peringkat kebangsaan kategori pelajar asli juga menyumbang kearah kecemerlangan institusi tingkatan 6 SMK Rompin .
3.0. Suku ketiga perkhidmatan - 2015 - 2026
( Fokus kepada pengurusan dan kecemerlangan KOKO / Kelab dan Persatuan ).
Selepas sembuh daripada menjalani rawatan seawal tahun 2015 , menyedari ketidakupayaan dalam pengurusan dan melatih atlit , aktiviti olahraga terpaksa diperlahan dan ditinggalkan secara beransur-ansur. Namun bukan mudah meninggalkan kebiasaan bekerja , kebiasaan mengurus dan melaksanakan projek , program dan pelbagai aktiviti di sekolah dan di luar maka , pengurusan Kelab Kitar Semula ( K3R ) yang sebelum ini diurus setakat untuk memenuhi aktiviti tahunan , mula diurus secara berfokus dan seiring dengan keperluan aktiviti dan perancangan pengisian untuk menyertai sesuatu pertandingan di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan . Perancangan seawal tahun 2013 melalui Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLASS ) , penyertaan SMKR mula dilaksanakan . Walau bagamanapun , akibat kurang sokongan , penyertaan ini tidak mendapat ruang yang sepenuhnya untuk mengisi slot di peringkat daerah dan negeri .Belajar daripada situasi inilah , tahun-tahun yang mendatang semua program dan pengisian diusahakan dan digarap bersendirian . Bukan tidak mahu berkongsi , tetapi aktiviti berbentuk sekarelawan ini akan sukar dikongsikan di kala semua rerakan guru dihambat kesibukan dan tiad ruang untuk melaksanakan aktiviti sampingan .
Walai bagaimana pun , program pembudayaan dan pembitaran 3R yang dirangka mulai tahun 2016 , sudah mula menampakan hasil . Biarpun tidak semua warga sekolah terlibat , penglibatan unit-unit tertentu membolehkan pelbagai aktiviti kelab dapat dijalankan dengan baik .
Penekanan program terhadap aktiviti semasa pada masa itu biasa berasaskan :
1. Inisiatif Asing di Punca ( IAdP ).
2. Inisiatif Pungutan & Jualan ( IPdJ ).
3. Inisiatif Prasarana 3R.
4. Inisiatif Penghijauan 3R.
Ini sedikit sebanyak telah berupaya mengubah persepsi warga sekolah dan mengubah persekitaran sekolah kearah pengamalan budaya 3R. Sambutan yang baik daripada warga sekolah terutama semasa sesi gotong royong atau pengemasan premis secara berkala terhadap program 3R amat-amat menyakinkan . Walau bagaimana pun , untuk membudayakan program 3R dalam lingkungan persekitaran seharian agak perlahan dan memerlukan tempoh masa yang agak panjang.
Apapun cabaran yang dilalui , K3R ( Kelab Kitar Semula / Arus Perdana ) dan KAS ( Kelab Alam Sekitar / F6 ) masih mampu mencipta beberapa kejayaan cemerlang dalam beberapa pertandingan sama ada daerah , negeri dan kebangsaan. Antara kejayaan yang terlakar ialah :
1. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah ( PerKISS ) .
( Anjuran bersama KPM & Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) / SWCorp Pahang / Rompin ).
- 2017 : Johan ( Pembudayaan 3R ) , Ke 3 ( kategori pungutan terbanyak peringkat negeri .
- 2019 : Saguhati / ke 8 ( kategori pungutan terbanyak ) / peringkat negeri . Terima grant pembitaraan 3R berjumlah RM 1,000.00
- 2020/21 : Saguhati /ke 5 ( kategori pungutan terbanyak ) / Johan ( kategori khas ).
- 2022 : Saguhati / ke 5 ( Kategori pungutan terbanyak .
2. Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLASS )
( Anjuran bersama KPM & Kementerian Sumber Asli & Perubahan Iklim / JAS ).
- 2020/2021 : Naib Johan ( Peringkat Negeri Pahang )
3. Pertandingan Kecekepan Penggunaan Tenaga Elektrik di
Rumah .
( Anjuran TNB & KL Assambassor ).
- 2021 : ke 3 ( kategori pengguna kecekapan terbaik ) peringkat kebangsaan & Johan ( kategori penyertaan terbanyak peringkat negeri Pahang .
4. Pertandingan Fotokaps Bertemakan Alam Sekitar .
( Anjuran PPD Rompin dan JPN Pahang ).
- 2021 : Johan ( kategori bawah 18 ) di peringkat daerah Rompin dan negeri Pahang .
" Yang kurik itu Kendi , Yang merah itu Saga ,
Yang baik itu budi , Yang indah itu nilainya . "
Dalam tempoh perkhidmatan yang dilalui ( 36 tahun dilalui ) , Direzekikan , 4 kali menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) dan kemuncaknya diberi ruang untuk menjawat gred perkhidmatan Gred DG 54 Guru Cemerlang ( GC 54 ) bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan Enam .
Tahun-tahun penerimaan APC dan penawaran Guru Cemerlang DG 54 sepanjang tempoh perkhidmatan ialah :
1. APC kali pertama - 1996.
2. APC kali ke 2 - 2008.
3. APC kali ke 3 - 2014.
4. APC kali ke 4 - 2022
5. Guru Cemerlang DG 54 - Pemangkuan : 2022
- Penerimaan : 2024
Terima surat pemangkuan Guru Cemerlang Gred 54 mata pelajaran GEOGRAFI Tingkatan 6 - JUN 2022. |
Terima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2022 - Mei 2023. ( Program Mentor / Mentee Guru DG 54 ) - APC 2022 . MAC 2023 Biarpun begitu - perkongsian tetap tersebar untuk semua peringkat dunia pendidikan di daerah dan melangkaui sempadan negeri . Dengan bantuan PPD Rompin , banyak perkongsian dengan rerakan guru dan pelajar diatur dan disusun agar memberi manfaat kepada semua pihak . Tahun pertama ( 2022 ) sebagai Guru Cemerlang - inisiatif tanggungjawab , cuba digalas sebaik yang mungkin . Sifir 65 peratus agihan tugasan utama kepada pdpc diatur dan dilaksanakan sebaik yang mungkin . |
No comments:
Post a Comment