Sunday, 29 August 2021

Tajuk :  

MODEL  PERALIHAN  DEMOGRAFI  PENDUDUK .


Sumber tenaga manusia 



Graf  Mudel  Peralihan  Demografi .



1.0. Konsep :

Merupakan gabungan graf garisan yang menggambarkan transisi  kependudukan  ( perubahan  penduduk ) sesebuah negara berbanding  dengan  masa   (  kini  dan pada masa akan datang ).  Menggabungkan 3 elemen kependudukan  penting iaitu . 
1. Kadar pertumbuhan penduduk . 
2. kadar kelahiran .
3. kadar kematian .

Ciri-ciri :
Terbahagi kepada  3 fasa .

1. Fasa 1
2. Fasa 2 
3. Fasa 3

 
Penerangan  fasa perlu mengambil  kira :
Setiap fasa  akan menggambarkan :
1. Ciri-ciri  kependudukan  ( kadar kelahiran  / kadar kematian / kadar pertumbuhan penduduk ) :  meningkat  @ menurun        ( termasuk kadar peningkatan / penurunan ( tinggi @ rendah )
2. Faktor-faktor yang  mempengaruhi kadar  pertumbuhan penduduk semasa ( kadar kelahiran / kadar kematian / kadar pertumbuhan penduduk ) . Faktor mungkin terdiri daripada :
1. Faktor akonomi  ( keperluan tenaga buruh / sumber tenaga manusia )
2. Faktor sosial (  taraf pendidikan  / taraf hidup / kemudahan kesihatan / teknologi perubatan  / tuntutan agama & adat resam ).
3. Faktor dasar kerjaaan  / polisi kerajaan semasa .
4. Faktor teknologi moden  semasa .



                 
Peringkat 1  / Fasa 1.


Kaedah  Penerangan  Fasa  1/ Peringkat  1 :

1. Ciri-ciri graf .
- Kadar kelahiran tinggi .
- Kadar Kematian tinggi .
- Kadar Pertumbuhan penduduk rendah .

2. Gambaran penduduk negara miskin / membangun.

3. Faktor pengaruhi Kadar kelahiran tinggi .
-  Kadar buta huruf tinggi / taraf pendidikan rendah.
- Kegiatan ekonomi berasaskan insentif tenaga buruh.
- Perkahwinan pada usia muda / kadar kesuburan tinggi.
- Kegagalan Program Perancangan Keluarga.

4. Faktor sebabkan kadar kematian  tinggi .
- kemudahan  kesihatan  kurang .
- Teknologi perubatan  reandah .
- kurang kesedaran amalan gaya hidup yang sihat.
- Taraf  pendidikan  yang  rendah .




                                  Fasa 2
Kaedah Penerangan Fasa 2  / Peringkat  2 .

1. Ciri-ciri graf .
 - Kadar  kelahiran menurun.
 - Kadar kematian  menurun dengan lebih pantas berbanding kadar kelahiran .
- Kadar pertumbuhan penduduk meningkat.

2. Gambaran  pola penduduk di negara-negara NEC .

3. Faktor yang menyebabkan  penurunan kadar kelahiran :
- Peningkatan  taraf  pendidikan / mula memperkenalkan sistem  pendidikan tinggi / moden  / mengutamakan pendidikan tinggi -  kewujudan  IPTA / IPTS.
- Penduduk mula mengamalkan budaya lewat berkahwin / mengutamakan kerjaya /  kadar kesuburan menurun.
- Orientasi  kegiatan ekonomi bertukar  dari insentif buruh  kepada insentif teknologi / penggunaan jentera  / pelbagai inovasi moden.
- Kejayaan dasar Program Perancangan Keluarga  / mengutamakan kualiti anak / keluarga  / tekanan  kos  sara hidup yang semakin meningkat .
- Dasar  kerajaan  - mengawal pertumbuhan penduduk .

4. Faktor yang menyebabkan kadar kematian yang turun lebih ketara berbanding kadar  kelahiran .
-  Kemudahan kesihatan yang semakin banyak  - hospital  /klinik  / poliklinik yang banyak . Nisbah doktor dan pesakit yang semakin rendah  .
-  Teknologi  perubatan  semakin  moden  - berupaya  mengesan pelbagai penyakit dengan lebih awal  dan  berjaya  mencadangkan kaedah rawatan yang berkesan .
-  Kesedaran amalan gaya hidup sihat / amalan pemakanan yang seimbang / pengambilan makanan tambahan  / supliment .
-  Kejayaan  RND perubatan  - menghasilkan pelbagai  kaedah  perubatan  dan kaedah memngawal jangkitan penyakit  dengan  berkesan .
-  Wujud perlbagai mekanisma  insuran kesihatan yang memberi pembiayaan terhadap  ruang  dan   peluang perubatan / rawatan  terhadap pelbagai  penyakit .

5. Berlaku peningkatan jangka hayat penduduk . Pada masa ini peningkatan  jangka hayat meningkat dengan kadar  perlahan .
- Sama faktor dengan faktor yang mempengaruhi penurunan  kadar  kematian .


                              Peringkat 3 / Fasa 3.



Kaedah Penerangan Peringkat 3 / Fasa 3 :

1. Ciri-ciri graf .
- Kadar Kelahiran  menurun .
- Kadar Kematian berterusan  menurun.
- kadar pertumbuhan penduduk  menurun.

2. Menggambarkan pola pertumbuhan penduduk di negara maju. 

3. Faktor yang mempengaruhi penurunan kadar kelahiran :
- Amalan gaya hidup moden - mementingkan pendidikan tinggi / mengutamakan kerjaya  / mementingkan kualiti keluarga /  mementingkan status qio.
- Kejayaan program perancangan  keluarga .
-  Peningkatan kos sara hidup - keluarga  memilih  / berkecenderungan  untuk memilik keluarga bersaiz kecil.
- Berkahwin pada usia yang  lewat  - disebabkan mengutamakan taraf pendidikan tinggi  &  kerjaya.
- Kegiatan ekonomi  lebih berorientasikan  teknologi / penggunaan jentera / mesin  / robotik  dan pelbagai inovasi moden yang  menggantikan tenaga buruh / tenaga manusia .

4. Faktor yang  mempengaruhi penurunan kadar kematian di negara-negara maju / fasa  3.
-  Kemudahan perubatan  yang  banyak  - hospital / klinik  / hospital pakar  /hospital  panel / hospital neukleus  banyak - milik kerajaan  dan pidak swasta berupaya menawarkan  perkhidmatan rawatan  dan kawalan penyakit  dengan  berkesan .
-  Kejayaan  RND  oleh  pelbagai makmal perubatan oleh syarikat kerajaan dan  swasta berupaya  menawarkan kaedah  rawatan  yang  murah dan berkesan .
-  Amalan  gaya  hidup  sihat  / pengamalan  pemakanan yang seimbang / pengambilan  pelbagai supliment  berupaya meningkatkan imuniti  dan jangka hayar  penduduk .
-  Suasana kehidupan  yang  harmoni  dan konduksif  memberi ruang kepada penduduk  untuk mengurangkan tekanan / stress dalam  urusan hidup mereka seharian.

5. Faktor yang  mempengaruhi peningkatan jangka hayat .
- sama dengan fakor yang menyebabkan  penurunan dalam kadar kematian  penduduk .



Kesan  Kependudukan  di negara  Fasa 3 .
-  Dalam jangka masa panjang  , negara tersebut akan :
1. Kekurangan  tenaga buruh  - terpaksa bergantung kepada buruh asing .
2. Kekurangan  penduduk  - saiz pasaran domestik  semakin mengecil - terpaksa bergantung kepada  pasaran eksport.
3. Perkembangan ekonomi negara terbantut - pelbagai sumber tidak dapat diekplotasi / dimajukan .
4. Mengalami masalah keselamatan & kestabilan  dalam negara . 

Kaedah Atasi masalah di negara-negara  Fasa 3.
1. Tingkatkan kadar kelahiran  penduduk  - pemberian plebagai  insentif /galakkan kelahiran .
2.  Tingkatkan umur persaraan  - berikan insentif pekerjaan  / latihan dalam perkhidmatan  / latihan lanjutan .
3.  Tingkatkan penggunaan inovasi moden  /teknologi  / jentera dan mesin  serta robotik  dan  pelbagai sektor ekonomi .
4.  Wujudkan  iklim pekerjaan yang mesra  pekerja-pekerja asing  . 
 












Wednesday, 25 August 2021

TIPS MENGHASILKAN INOVASI UNTUK PERTANDINGAN .

 TIPS MENGHASILKAN INOVASI UNTUK PERTANDINGAN .



Sekadar  Perkongsian :

Setiap sekolah pastinya mempunyai pasukan inovasi sendiri yang sentiasa menghasilkan pelbagai produk menarik atau bahan bantu mengajar.

Malah, ada juga yang hanya membuat penambahbaikan terhadap inovasi sedia ada bagi memudahkan proses pembelajaran.

Sehubungan itu, Guru Inovatif Negeri Sembilan 2013, Cikgu Siti Zubaidah Musa berkata, setiap peserta yang menghasilkan produk atau inovasi layak menyertai pertandingan anjuran setiap peringkat.

“Tidak ada inovasi yang dikatakan kecil atau besar baru boleh disertai sebaliknya setiap inovasi yang memerlukan idea, perbincangan dan usaha untuk menghasilkannya boleh memohon sebagai peserta,” kata guru Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor.

Sebagai seorang peserta pertandingan inovasi yang berpengalaman dan pernah dilantik sebagai juri beberapa pertandingan, Cikgu Siti Zubaidah sedia berkongsi tip kepada guru yang ingin menghasilkan produk untuk pertandingan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Cikgu Siti Zubaidah Musa ketika membentangkan inovasi Kelas Digital Pemulihan Khas pada Pertandingan Guru Inovatif Daerah Muar 2021.

“Di sini saya kongsikan lima tip penting sebagai rujukan,” kata pemenang Anugerah Khas Juri, pingat platinum, emas, perak dan gangsa dalam pelbagai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta tersenarai dalam kelompok 30 Cikgu Juara Digital MDEC.


Tip 1 – Mulakan dengan penyelesaian dalam permasalahan yang berlaku dalam sesi PdPC / PdPR.
Ramai cikgu yang ingin menghasilkan inovasi tetapi tidak fokus dengan masalah yang berlaku dalam lingkungan persekitaran sendiri. Fikirkan tentang permasalahan, baru timbulnya penciptaan. Dengan erti kata lain, tanya pada diri sendiri, relevankah inovasi yang dihasilkan?


Tip 2 – Mesti uji dahulu
Setiap inovasi perlulah dicuba atau diguna dahulu sebelum dipertandingkan kecuali persembahan idea inovasi. Jalankan ujian sebelum dan selepas, bagi mendapatkan keputusan yang boleh meyakinkan para juri atau orang lain bahawa inovasi tersebut benar-benar memberi manfaat kepada permasalahan yang timbul.


Tip 3 – Novelti
Keaslian sesuatu inovasi adalah penting bagi mengiktiraf idea kreatif cikgu, bukan diciplak bulat-bulat daripada hasil orang lain. Namun begitu, inovasi yang sama atau pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan perlulah mempunyai eviden atau bukti penambahbaikan daripada yang terdahulu atau asal bagi mengelakkan dikatakan mencuri atau plagiat karya orang lain. Konsep permainan atau penggunaan mungkin sama namun perlu ada sedikit pembaharuan dan penambahbaikan.


Tip 4 – Papan cerita inovasi, laporan penulisan atau kertas kerja
Bahagian ini mungkin ramai yang lepas tangan atau malas hendak fikirkan. Tapi, perkara ini adalah penting sebagai bahan sokongan utama menterjemahkan inovasi guru.

Setiap pertandingan inovasi mungkin berlainan formatnya tetapi pada asasnya inovasi yang guru hasilkan perlu mempunyai latar belakang permasalahan, pengenalan inovasi, pemerhatian terhadap penggunaan dan paling penting impak inovasi kepada kemenjadian murid atau hasil akhirnya kepada komuniti sekolah dan tempatan.

Dalam norma baharu sekarang, kebanyakan penganjur lebih berminat dengan penghasilan dokumentasi secara digital. Jadi sudah boleh difikirkan idea menarik untuk menghasilkan video yang dapat menceritakan keseluruhan inovasi namun perlu diingatkan bahawa video janganlah terlalu panjang atau meleret. Biar ringkas tetapi padat kerana ada pemberian markah di situ.

Tip 5 – Kos
Sebaik-baiknya cuba elak menghasilkan inovasi menggunakan kos yang tinggi. Namun begitu, pada masa ini segala-galanya memerlukan duit. Ada inovasi yang hebat memang memerlukan pembelian barangan atau aplikasi yang berbayar. Ada inovasi yang dinobatkan sebagai pemenang kerana penghasilan produk tanpa mengeluarkan kos dan ini sebenarnya bergantung kepada penghasilan inovasi guru tersebut.

Tentang hak cipta dan kerjasama dengan mana-mana agensi, itu adalah bonus. Inovasi yang dihasilkan juga bukanlah untuk dipertandingkan sahaja, boleh juga sebagai simpanan atau rujukan cikgu di peringkat sekolah.

Namun dengan menyertai pertandingan, secara tidak langsung akan mendapat idea dan maklum balas bagi menambah baik inovasi sedia ada. Dalam cabaran menghadapi norma baharu, beberapa pertandingan inovasi atau seminar juga tidak ketinggalan diadakan secara dalam talian.

Diharapkan pereka cipta perlulah memandang serius asas Revolusi Industri 4.0 dalam meningkatkan mutu inovasi ke tahap yang lebih baik dan melakukan perubahan seiring transformasi digital untuk kekal berdaya saing.


IKLAN

Sunday, 15 August 2021

 Info  :  SISTEM  SURIA .


1.0.  Sistem  Atmosfera .


- Terdiri  daripada  sistem  ,matahari  dan  sembilan buah planet mengelilingi  matahari.

- Nama-nama planet  yang  terdapat  dalam  sistem suria .



- Objek  lain  yang  terdapat  di sistem  suria :  Asteriod , Materiod , komek dan  lain-lain .





2.0.  Bumi  sebagai  sfera .



3.0.  Pergerakan  bumi .

- Proses  pergerakan  bumi  akan  menyebabkan :

         3.1.  Putaran  bumi.

         3.2.  Peredaran  bumi .


4.0. Putaran  bumi .

- Ciri-ciri putaran bumi :

   i. Berputar di atas  paksi.

  ii. Arah putaran  dari barat  ke  timur.

 iii. Sudut  putaran - 360


- Kesan putaran  bumi.

   1. Kejadian  siang malam.



   ii. Kejadian  air  pasang  dan  surut.


  iii. Kejadian  biasan angin .




5.0. Peredaran  bumi.

- Ciri-ciri peredaran  bumi .

    i. Beredar  mengelilingi  matahari  di atas  orbit.

   ii.  Mengambil  masa  365 1/4 hari. 

  iii.  Arah  peredaran  - lawan jam.




- Kesan  peredaran  bumi .

    i. kejadian   empat  musim.

    - 

ii. Kejadian gerhana  matahari  dan  gerhana  matahari.

Umbra yang  terbentuk  semasa  kejadian  gerhana matahari.


                                 Kedudukan  matahari  ,  bumi   dan  bulan  semasa                                kejadian  gerhana  matahri  dan  gerhana  bulan.


- Gerhana matahari  berlaku  apabila umbra / bayang-bayang  bulan  jatuh  ke  permukaan  bumi.
- Gerhana bulan  berlaku  apabila umbra/ bayang-bayang  bumi  jatuh  ke permukaan  bulan .

   iii. Kejadian  siang   dan  malam  yang  tidak  sama  panjang.


   


Aktiviti 3R : INISIATIF PEMBITARAAN 3R DI SEBALIK PANDEMIK - SATU RAHMAT .

Sunday, 1 August 2021

 

Aktiviti  : LATIHAN TOPIKAL   1/2021.

Tema :  TABURAN  & KEPADATAN  PENDUDUK 



SUB  TEMA : TABURAN   DAN  KEPADATAN  PENDUDUK .


Soalan 1 :  Nyatakan  konsep  Taburan penduduk  ( 3m ).


Soalan 2 :  Apakah yang dimaksudkan  sebagai kepadatan                                    penduduk . ( 3m ).


Soalan 3 :  Huraikan    faktor-faktor yang  mempengaruhi                                     kepadatan penduduk yang tinggi di Lembah  Kelang .                         ( 10 m )


Soalan 4 :  Jelaskan  mengapakah  wujud  perbezaan taburan                                penduduk  di antara  kawasan  di Pantai                                              Timur  dengan  Pantai Barat Semenanjung Malaysia  .                         ( 10 m )