Sunday 29 August 2021

Tajuk :  

MODEL  PERALIHAN  DEMOGRAFI  PENDUDUK .


Sumber tenaga manusia 



Graf  Mudel  Peralihan  Demografi .



1.0. Konsep :

Merupakan gabungan graf garisan yang menggambarkan transisi  kependudukan  ( perubahan  penduduk ) sesebuah negara berbanding  dengan  masa   (  kini  dan pada masa akan datang ).  Menggabungkan 3 elemen kependudukan  penting iaitu . 
1. Kadar pertumbuhan penduduk . 
2. kadar kelahiran .
3. kadar kematian .

Ciri-ciri :
Terbahagi kepada  3 fasa .

1. Fasa 1
2. Fasa 2 
3. Fasa 3

 
Penerangan  fasa perlu mengambil  kira :
Setiap fasa  akan menggambarkan :
1. Ciri-ciri  kependudukan  ( kadar kelahiran  / kadar kematian / kadar pertumbuhan penduduk ) :  meningkat  @ menurun        ( termasuk kadar peningkatan / penurunan ( tinggi @ rendah )
2. Faktor-faktor yang  mempengaruhi kadar  pertumbuhan penduduk semasa ( kadar kelahiran / kadar kematian / kadar pertumbuhan penduduk ) . Faktor mungkin terdiri daripada :
1. Faktor akonomi  ( keperluan tenaga buruh / sumber tenaga manusia )
2. Faktor sosial (  taraf pendidikan  / taraf hidup / kemudahan kesihatan / teknologi perubatan  / tuntutan agama & adat resam ).
3. Faktor dasar kerjaaan  / polisi kerajaan semasa .
4. Faktor teknologi moden  semasa .



                 
Peringkat 1  / Fasa 1.


Kaedah  Penerangan  Fasa  1/ Peringkat  1 :

1. Ciri-ciri graf .
- Kadar kelahiran tinggi .
- Kadar Kematian tinggi .
- Kadar Pertumbuhan penduduk rendah .

2. Gambaran penduduk negara miskin / membangun.

3. Faktor pengaruhi Kadar kelahiran tinggi .
-  Kadar buta huruf tinggi / taraf pendidikan rendah.
- Kegiatan ekonomi berasaskan insentif tenaga buruh.
- Perkahwinan pada usia muda / kadar kesuburan tinggi.
- Kegagalan Program Perancangan Keluarga.

4. Faktor sebabkan kadar kematian  tinggi .
- kemudahan  kesihatan  kurang .
- Teknologi perubatan  reandah .
- kurang kesedaran amalan gaya hidup yang sihat.
- Taraf  pendidikan  yang  rendah .




                                  Fasa 2
Kaedah Penerangan Fasa 2  / Peringkat  2 .

1. Ciri-ciri graf .
 - Kadar  kelahiran menurun.
 - Kadar kematian  menurun dengan lebih pantas berbanding kadar kelahiran .
- Kadar pertumbuhan penduduk meningkat.

2. Gambaran  pola penduduk di negara-negara NEC .

3. Faktor yang menyebabkan  penurunan kadar kelahiran :
- Peningkatan  taraf  pendidikan / mula memperkenalkan sistem  pendidikan tinggi / moden  / mengutamakan pendidikan tinggi -  kewujudan  IPTA / IPTS.
- Penduduk mula mengamalkan budaya lewat berkahwin / mengutamakan kerjaya /  kadar kesuburan menurun.
- Orientasi  kegiatan ekonomi bertukar  dari insentif buruh  kepada insentif teknologi / penggunaan jentera  / pelbagai inovasi moden.
- Kejayaan dasar Program Perancangan Keluarga  / mengutamakan kualiti anak / keluarga  / tekanan  kos  sara hidup yang semakin meningkat .
- Dasar  kerajaan  - mengawal pertumbuhan penduduk .

4. Faktor yang menyebabkan kadar kematian yang turun lebih ketara berbanding kadar  kelahiran .
-  Kemudahan kesihatan yang semakin banyak  - hospital  /klinik  / poliklinik yang banyak . Nisbah doktor dan pesakit yang semakin rendah  .
-  Teknologi  perubatan  semakin  moden  - berupaya  mengesan pelbagai penyakit dengan lebih awal  dan  berjaya  mencadangkan kaedah rawatan yang berkesan .
-  Kesedaran amalan gaya hidup sihat / amalan pemakanan yang seimbang / pengambilan makanan tambahan  / supliment .
-  Kejayaan  RND perubatan  - menghasilkan pelbagai  kaedah  perubatan  dan kaedah memngawal jangkitan penyakit  dengan  berkesan .
-  Wujud perlbagai mekanisma  insuran kesihatan yang memberi pembiayaan terhadap  ruang  dan   peluang perubatan / rawatan  terhadap pelbagai  penyakit .

5. Berlaku peningkatan jangka hayat penduduk . Pada masa ini peningkatan  jangka hayat meningkat dengan kadar  perlahan .
- Sama faktor dengan faktor yang mempengaruhi penurunan  kadar  kematian .


                              Peringkat 3 / Fasa 3.



Kaedah Penerangan Peringkat 3 / Fasa 3 :

1. Ciri-ciri graf .
- Kadar Kelahiran  menurun .
- Kadar Kematian berterusan  menurun.
- kadar pertumbuhan penduduk  menurun.

2. Menggambarkan pola pertumbuhan penduduk di negara maju. 

3. Faktor yang mempengaruhi penurunan kadar kelahiran :
- Amalan gaya hidup moden - mementingkan pendidikan tinggi / mengutamakan kerjaya  / mementingkan kualiti keluarga /  mementingkan status qio.
- Kejayaan program perancangan  keluarga .
-  Peningkatan kos sara hidup - keluarga  memilih  / berkecenderungan  untuk memilik keluarga bersaiz kecil.
- Berkahwin pada usia yang  lewat  - disebabkan mengutamakan taraf pendidikan tinggi  &  kerjaya.
- Kegiatan ekonomi  lebih berorientasikan  teknologi / penggunaan jentera / mesin  / robotik  dan pelbagai inovasi moden yang  menggantikan tenaga buruh / tenaga manusia .

4. Faktor yang  mempengaruhi penurunan kadar kematian di negara-negara maju / fasa  3.
-  Kemudahan perubatan  yang  banyak  - hospital / klinik  / hospital pakar  /hospital  panel / hospital neukleus  banyak - milik kerajaan  dan pidak swasta berupaya menawarkan  perkhidmatan rawatan  dan kawalan penyakit  dengan  berkesan .
-  Kejayaan  RND  oleh  pelbagai makmal perubatan oleh syarikat kerajaan dan  swasta berupaya  menawarkan kaedah  rawatan  yang  murah dan berkesan .
-  Amalan  gaya  hidup  sihat  / pengamalan  pemakanan yang seimbang / pengambilan  pelbagai supliment  berupaya meningkatkan imuniti  dan jangka hayar  penduduk .
-  Suasana kehidupan  yang  harmoni  dan konduksif  memberi ruang kepada penduduk  untuk mengurangkan tekanan / stress dalam  urusan hidup mereka seharian.

5. Faktor yang  mempengaruhi peningkatan jangka hayat .
- sama dengan fakor yang menyebabkan  penurunan dalam kadar kematian  penduduk .



Kesan  Kependudukan  di negara  Fasa 3 .
-  Dalam jangka masa panjang  , negara tersebut akan :
1. Kekurangan  tenaga buruh  - terpaksa bergantung kepada buruh asing .
2. Kekurangan  penduduk  - saiz pasaran domestik  semakin mengecil - terpaksa bergantung kepada  pasaran eksport.
3. Perkembangan ekonomi negara terbantut - pelbagai sumber tidak dapat diekplotasi / dimajukan .
4. Mengalami masalah keselamatan & kestabilan  dalam negara . 

Kaedah Atasi masalah di negara-negara  Fasa 3.
1. Tingkatkan kadar kelahiran  penduduk  - pemberian plebagai  insentif /galakkan kelahiran .
2.  Tingkatkan umur persaraan  - berikan insentif pekerjaan  / latihan dalam perkhidmatan  / latihan lanjutan .
3.  Tingkatkan penggunaan inovasi moden  /teknologi  / jentera dan mesin  serta robotik  dan  pelbagai sektor ekonomi .
4.  Wujudkan  iklim pekerjaan yang mesra  pekerja-pekerja asing  . 
 












No comments:

Post a Comment