Thursday 17 February 2022

MENJEJAK KECEMERLANGAN SPM 2021

 Program : 

        MENJEJAK KECEMERLANGAN ,

         GEOGRAFI  " A " SASARANKU.



1.0 Matlamat Program :

1.1. Menyediakan rujukan segera kepada calon SPM 2021.

1.2. Membimbing pelajar memeta /merangka jawapan .

1. 3. Membimbing pelajar meminimakan penulisan dan memaksimakan  pencapaian.


2.0. Kerangka jawapan  jika soalan "  kepentingan " kegiatan ekonomi ( pertenian  /pembalakan / perikanan / perlombongan  / pembinaan / pelancongan  / perindustrian .

- " Kepentingan "  kegiatan  ekonomi  ada 4 :

      i. Kepada sosio ekonomi .

     ii. Kepada sosial.

    iii. Kepada ekonomi .

     iv. Kepada pembangunan negara .


- Kepentingan kepada ekonomi  penduduk :

    i . Menyediakan / menjana peluang pekerjaan  - menjadi sumber pendapatan - meningkatkan pendapatan perkapita penduduk  - meningkatkan taraf hidup penduduk @ mengurangkan kadar pengangguran di kalangan  penduduk setempat .

   ii. Menjadi sumber pendapatan negara  - melalui ekport / melalui cukai terhadap eksport  bahan mentah  / produk hiliran .

  iii. Mewujudkan kesan pengganda ekonomi  - galakkan perkembangan industri huluan & hiliran yang berkaitan  - Contoh : perkembangan sektor perladangan kelapa sawit akan menggalakkan perkembangan industri lelemak  / makanan /pengangkutan / perniagaan .


- Kepentingan kepada sosial / sosio 

  i. Galakkan perkembangan  kemudahan infrastruktur  - j/raya / kerepa api  - memudahkan  mengangkut hasil2 ekonomi  ke pasaran untuk dijual  / ke kilang untuk di proses / ke pelabuhan untuk dieksport. Beri contoh kemudahan pelabuhan  /lebuh raya / lapangan terbang.

  ii. Galakkan perkembangan petempatan / pembandaran  - perkembangan aktiviti ekonomi ( pertanian / perikanan / pembalakan dll ) - faktor tarikan migrasi masuk  - pertambahan penduduk  - tingkatkan sumber tenaga kerja & meluaskan saiz  pasaran - mempercepatkan proses pembangunan kawasan . Beri contoh bandar. 

iii. Galakkan perkembangan sektor pendidikan / kemahiran / RND - Pelbagai penyelidikan oleh pihak kerajaan & swasta untuk memberi nilaitambah terhadap sektor ekonomi ( pertanian / pembalakan / perikanan dll . Contoh / beri nama U dan fakulti yang terlibat.


- Kepentingan kepada sosioekonomi  /pembangunan negara .

  * Gabungkan  kepentingan terhadap ekonomi dan sosial .

- Kaedah penulisan :

  i. Gunakan kata hubung " ialah "

  ii. Biasakan menggunakan  penanda wacana " Hal ini kerana ",  Selain itu . 

  iii. Gunakan istilah " dapat "  , " berupaya " , akan .

  iv. Gunakan penambahan " me .... , men ..... meng .... , menye ..... dll - perkataan yang memberi penegasan.


Contoh Jawapan :

Antara kepentingan sektor pertanian terhadap sosiekonomi penduduk ialah menyediakan peluang pekerjaan seperti buruh ladang  , mandur  dan  pengurus ladang . Hal ini akan menjadi sumber pendapatan  kepada penduduk yang terlibat dan berupaya meningkat  pendapatan  perkapita  mereka. Kadar pengangguran di kalangan penduduk juga akan berkurangan .



2.0. Kerangka jawapan  jika soalan "  faktor  " kegiatan ekonomi ( pertenian  /pembalakan / perikanan / perlombongan  / pembinaan / pelancongan  / perindustrian .

- " Faktor  " kegiatan  ekonomi  ada 4 :

      i. Faktor fizikal  .

     ii. Faktor  sosial.

    iii. Faktor  ekonomi .

     iv. Faktor teknologi .

      v. Faktor dasar kerajaan .


- Faktor fizikal  : 

   i. Faktor iklim   - panas & lembah sepanjang tahun ( Iklim khatulistiwa / Iklim Hujan Tropika ).

  ii. Faktor cuaca  - Min suhu  27 C  , Hujan tahunan 1500 mm - 2050 mm , cahaya maatahari sepanjang tahun.

 iii. Faktor kesuburan tanih ( pertanian ) - Cth : jenis tanah & jenis tanaman .

 iv. Faktor taburan galian ( perlombongan ) - Cth : jenis mineral / galian  - lokasi perlombongan .

v . Pesisir pantai yang panjang  / berteluk-teluk  dengan  pentas benua yang cetek  - Cth : Nama perairan & kepentingan.


- Faktor ekonomi :

   i. Permintaan yang tinggi  -   pasaran domestik ( pengguna @ industri killang )    / pasaran antara bangsa ( negara pengimport ) . 

   ii. Kewujudan kesan pengganda ekonomi  - perkembangan industri huluan & industri hiliran .


- Faktor Sosial .

   i. Bekalan sumber tenaga kerja / sumber buruh  - ramai / murah / mahir. Cth : pekerjaan .

  ii. Kejayaan  program RND - hasilkan pelbagai inovasi  baru yg lebih cekap  dan efisyen  dalam pembangunan sektor ekonomi ( pertanian / perikanan / pembalakan dll ). Cth : Nama teknologi - kegunaan teknologi .

 iii. Kemudahan asas  / kemudahan infrastruktur yang meluas / lengkap  dan berkesan  - tingkatkan kecekapan aliran buruh / edaran barangan ke pasaran & eksport .


No comments:

Post a Comment