Sebagai penyampai dalam program Jayawara Program Bimbingan Guru Cemerlang Anjuran PPD Rompin , Mei 2022. |
1.0. Konsep Cemerlang / Kecemerlangan :
Mendasari istilah kejayaan yang yang sangat baik ( Dewan bahasa ). Kekadang wujud persoalan " adakah kecemerlangan ini dirujuk semata-mata kepada pencapaian yang terbaik atau proses-proses yang menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik " . Jum ..... kita lihat analogi ini :
Situasi 1 : 4 + 0 = 4 .
Situasi 2 : 3 + 1 = 4.
Situasi 3 : 2 + 2 = 4.
Situasi 4 : 1 + 1 + 1 + 1 = 4 .
Jika diberi justifikasi berdasarkan situasi , maka situasi 1 jajaran yang paling cemerlang dan jika dilihat berdasarkan proses , maka situasi 4 lah yang paling cemerlang .
Secara peribadi saya suka melihat situasi 4 , dan meletakkan jajaran kecemerlangan yang paling relevan . Hal ini kerana , hanya dengan rentetan pengurusan dan pengendalian yang berterusan dan proses penambahbaikan yang berpanjangan , maka " pengalaman dan kematangan " akan membentuk " kemenjadian dan proses Kecemerlangan " yang lebih bermakna .
2.0. Pengenalan :
Sebagai " gudang sektor awam " yang terbesar , dunia perguruan merupakan unit yang " kronik " dengan pelbagai permasalahan . Jika diteliti dengan detail , bermula dari aspek penempatan , perlantikan , pengesahan jawatan , penetapan gred perkhidmatan sehinggalah pencen - ada sahaja polimik yang timbul dan dibahaskan dengan penuh minat oleh khalayak , walaupun mereka bukan terlibat secara khusus dalam dunia perguruan .
Bagi yang dah otai dalam dunia pendidikan , isu lambatnya naik gred merupakan antara polimik yang sentiasa menghantui mereka dan sampai sekarang masih menjadi duri dalam sektor pendidikan .
Justeru itu , apabila kerajaan membuka ruang mempelbagaikan kaedah kenaikan gred , maka perkara ini perlu dan sewajarnya diberi sambutan yang terbaik daripada pelbagai pihak terutama di kalangan warga guru.
Kewujudan pelbagai " bakul " ini akan membantu mengurangkan " masa menunggu " di kalangan warga perguruan untuk mendapatkan status kekananan dalam perkhidmatan pendidikan . Antara " bakul " yang disediakan ialah " bakul pentadbiran " , " bakul Guru-guru Tingkatan 6 " dan " bakul Guru Cemerlang " .
Oleh yang demikian , warga guru bebas bergerak seawal perkhidmatan memasuki bidang perguruan untuk dan boleh memilih dan meletakkan diri mereka dalam " bakul " yang mana serasi dan memberi inspirasi dalam laluan kerjaya masing-masing pada masa hadapan .
Perlu diingat , pemilihan " bakul " yang terbaik adalah penting untuk memastikan laluan kerjaya bukan menjadi " jalan mati " yang mungkin akan menunjukkan " jalan keluar " kepada kita sebelum pun kerjaya perguruan yang kita lalui berakhit di punch kad hari terakhir bertugas . Pemilihan " bakul " yang jelas dan tepat akan membantu rerakan guru merancang dan meneroka laluan dengan penuh hikmah , proaktif dan bermotivasi .
Pernah berlaku dalam satu mesyuarat guru yang saya hadiri , " keluar isu tunggul reput " . Tunggul yang dikatakan reput sebelum masanya . Isu yang seakan sindiran sempoi , rupanya menjadi api yang semakin marak jika tidak dikawal. Mungkin ada kalangan rakan guru otai pada masa itu , yang merasakan mereka dianggap mereput sebelum sampai ketikanya . Malangnya , isu " tunggul reput " dalam mesyuarat tidak berakhir di dalam bilik mesyuarat tersebut , tetapi berlarutan ke luar , sehinggalah ada yang terpaksa " direputkan " dan " dipindahkan " ke sekolah lain untuk meredakan isu " guru reput " .
Sebenarnya ,........ Adalah agak malang , jika ikhtizam yang sentiasa dilaungkan dalam lagu " Guru Malaysia " saban tahun , tidak berupaya diterjemahkan dalam laluan kerjaya guru kita kecuali didasari sebab-sebab yang munasabah seperti masalah kesihatan . Laungan " kami berikrar dan berjanji " tinggal sekadar dalam alunan yang sendu tanpa erti . Tahun depan kita ulang lagi ...lagi dan lagi . Hinggalah kita mereput atau direputkan di akhir-akhir perkhidmatan .
Keterlibatan dalam pengurusan Kejohanan Merentas Desa SMK Rompin sesi 2022 . |
2.0. Panduan memilih laluan .
Sebenarnya , pilihan kerjaya perguruan adalah ditangan kita . Memilih kerjaya mungkin sesuatu yang sangat mudah . Bak kata orang , bermimpi dan berangan-angan menjadi seorang guru yang mithali itu free !..... Tapi ingatlah .. mengekalkan momentum kerjaya perguruan itu adalah lebih sukar . Banyak likuan dan cabaran yang menyesakkan dada biasanya mendatang dan yang pasti , kehadirannya tidak tepat pula pada masanya .
Situasi inilah yang adakalanya menjentik rasa , sehingga terungkap " menyesal aku jadi cikgu " , " mengapalah aku memlilih kerjaya macam nih ! " . Dan mungkin juga , ada yang beranggapan usaha mengekalkan keserasian , keinginan bertahan dalam bidang perguruan ditengah-tengah himpitan perubahan-perubahan dalam laluan kerjaya perguruan samalah seperti sukarnya mempertahankan sebuah perkahwinan terutama di hujung-hujung usia !......
Apapun , bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita mengekal dan meningkatkan mood / momentum kerjaya perguruan jika kita ada keinginan yang jitu untuk berbuat sedemikian . Antara tips yang mungkin boleh kita kongsikan ialah :
1. Niatkan semua usaha kita kerana Allah . Inshaa Allah ... Allah akan sentiasa mempermudahkan semua laluan dan urusan kita . Situasi ini juga akan membolehkan kita meletakkan perancangan Allah mengatasi perancangan kita . Secara tidak langsung pelbagai ujian dan cabaran akan kita anggap sebagai ujian / cabaran dan percaya ada hikmah terbaik pada hari-hari mendatang .
Insha Allah ! juga , ia akan berupaya mengurangkan stress / tekanan kepada kita , jika perancangan tidak mencapai sasaran dan mengurangkan rasa ingin kebergantungan kepada pihak yang tiada kaitan dengan laluan kerjaya yang kita rancang.
2. Ingatkan diri " hidup ini adalah cermin diri " . Keberadaan kita masa kini akan membentuk dan membina imej / karektor kerjaya kita pada hari esok / masa hadapan . Keluarlah daripada zon selesa semasa muda , jika ingin menjadi guru otai yang sarat dengan pengalaman pada masa tua . Tuntutan kerjaya perguruan masa kini bukan sekadar masuk dan keluar kelas . Ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam mengurus dan menerokai pelbagai bidang dan disiplin pengurusan kerjaya kita .
Ingatlah ......... Keupayaan kita membiasakan diri dengan pengurusan kerjaya yang sulit / sukar dan susah , akan membentuk imej kendiri / penampilan karektor kita yang lebih berdaya saing dan cemerlang pada masa hadapan . Pengalaman yang dilalui inilah , yang akan menjelmakan kematangan dalam pembentukan karektor perguruan kita pada masa hadapan .
Bertatih merintis perjalanan dalam memburu dan menggapai sekelumit pengalaman dalam dunia perguruan juga bukan bererti kita ketinggalan . Sebenarnya di situlah permulaan kejayaan dan kecemerlangan kerjaya kita . Terimalah kekurangan diri dan bertatihlah kerana setiap langkah selepas itu akan menguntumkan kejayaan dan kecemerlangan jika kita yakin itulah langkah jejak-jejak kita yang sebenar.
Bersama kelompok pelajar cemerlang STPM 2021/22 elektif mp Geografi . |
3. Ingatkan diri " hidup ini umpama roda " . Keberadaan kita hari ini juga tidak mungkin sama dengan semalam & pada masa hadapan . Mungkin kita kena berpada-pada dalam perlakuan , pertuturan dan tindakan kerana kifarah atas kesilapan kita mungkin akan berlaku / terjadi bila-bila masa sahaja. Persembahan terbaik kita hari ini akan dikifarahkan Allah kepada anak-anak dan keturunan kita . Mungkin persembahan kita tiada laba keuntungan dan penghargaan pada hari ini , tetapi percayalah ..... Insha Allah ... ia akan menjadi fix defosid pahala dan kebaikan untuk kita pada masa hadapan .
Justeru itu , percayalah dengan konsep kebaikan dan keberkatan kerjaya guru . Hal ini memungkinkan Allah mengurniakan " rezeki yang tidak disangka2 " . Mendapat rerakan guru yang baik dan sentiasa menyokong , kelompok komuniti pentadbir yang sentiasa membantu , mudahnya pengurusan dan cemerlangnya pencapaian serta kejayaan anak-anak juga merupakan rezeki yang kita selalu terima tetapi itulah juga cerminan keberkatan kerjaya guru .
4. Sentiasa mencabar diri / tidak suka duduk di zon selesa dalam bekerja . Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru dan mencabar perlu sentiasa dipupuk kerana kecenderungan untuk terus berada dalam zon selesa akan menyebabkan kita " lena " dengan nyenyak . Terlalu lama " lena dengan nyenyak " akan menyebabkan kita lemah , lemau dan tidak lagi berminat untuk meneroka pelbagai situasi dan disiplin baru yang sedang dan akan berlaku dan berkembangan sebagai sebahagian daripada inovasi dan pembaharuan dalam kerjaya perguruan . Kita pada masa itu , mungkin akan terus terpaku menunggu tarikh terakhir menoktahkan kerjaya ataupun sekadar seperti sibangau yang terpaku di tebingan sungai tanpa ada keinginan untuk mencakup ikan walaupun ikan timbul di permukaan sungai .
5. Penetapan sasaran kerjaya perlulah realistik dan tak perlu terlalu ideal serta mempunyai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang sebagai sasaran sepanjang tempoh perkhidmatan . Hearaki pengurusan kerjaya perlu mengambil kira kesesuaian karektor dan minat kita . Jika kita berminat kearah pentadbiran , fokuskan kecenderungan kita kepada aspek pengurusan akademik dan pentadbiran . Jika ingin menjadi guru akademik sepanjang hayat , pasti laluan kita menjengah ke ruang Guru Pakar ( GC ) atau setidak-tidaknya jadilah kita sebagai guru-guru otai akademik yang berbisa / menjadi rujukan kepada lapisan guru-guru muda di saat kita di hujung perkhidmatan .
6. Tuntutan kerjaya perguruan hari ini menuntut kita lebih fleksible . Kemudahlenturan membolehkan mobiliti kita lebih mudah berlaku . Tuntutan bidang tugas yang rencam dan mendatar memaksa para guru masa kini menguasai pelbagai kemahiran asas pengurusan .
Biar pun begitu . tidak perlu juga kita terlalu bergantung kepada faktor luar kawalan yang sememangnya tidak mampu digunakan untuk proses modifikasi perancangan laluan kerjaya kita . Mungkin pada masa ini kita hanya perlu ada elemen penilaian dan elemen modifikasi yang jelas dan tuntas dalam kawalan diri sendiri untuk membolehkan pengurusan laluan kerjaya kita sentiasa terurus dan terarah di atas garisan yang telah kita sendiri tetapkan .
3.0. Guru dan Kecemerlangan .
3.1. Persepsi Kecemerlangan ( Antara ideal & realiti ) .
Biasanya , orang akan beranggapan " Cemerlang " itu adalah satu pencapaian yang sangat ideal ukurannya . Cukup lengkap dan sempurna . Orang cemerlang tak mungkin gagal !...... orang cemerlang sentiasa berjaya !...... dan pelbagai justifikasi kesempurnaan diberikan .
Terima cenderahati daripada Pn. Zafarini , Penyelaras Program RoAR PPD Daerah Rompin 2023. |
Bagi saya , realitinya , " pencapaian terbaik atau sangat baik " bukanlah ukuran mutlak untuk title cemerlang . Saya lebih suka meletakkan kecemerlangan untuk dijustifikasikan sebagai kemampuan / keupayaan mengurus satu proses dan menghala kearah kesempurnaan sesuatu tugasan / aktiviti / kerja atau atau kerjaya .
Dinamik kecemerlangan bukan sahaja boleh dirujuk kepada hasilnya ( KPI ) , tetapi boleh diperluas kepada ukuran keupayaan individu yang mampu memulakan , melaksana dan menyudahkan sesuatu proses / aktiviti dan lain-lain dengan jayanya serta mencapai sebahagian daripada matlamatnya ( KPI ) yang telah ditetapkan / disasarkan dapat dicapai .
Pandang sisi kecemerlangan juga perlu dilihat dari segi kapasiti . ektensiti , kualiti dan kuantiti input tugasan yang dijayakan . Melihat hasil tanpa menjeling proses penghasilan adalah sesuatu yang janggal dalam mentafsir kecemerlangan dalam sesuatu kerjaya kerana sudah pasti usaha-usaha pengurusan / penghasilan / pengendalian sesuatu akan melalui pelbagai fasa / proses kerja yang melibatkan perancangan . pengurusan , pengisian , penilaian dan proses modifikasi ( penambahbaikan / penyusunan ) semula program / usaha / aktiviti . Hal ini juga akan mengambil masa yang agak lama , kos yang mungkin tinggi dan usaha yang sepastinya memenatkan .
Justeru itu , neraca keadilan untuk justifikasi kecemerlangan sangat luas dan para penilai harus bersedia dipertikaikan oleh pihak yang dinilai . Dan lebih jauh daripada itu , neraca kecemerlangan ini juga perlu diurus dengan penuh integriti kerana Inshaa Allah !....... , ia akan menuntut haknya di akhirat kelak .
APC ke 4 dan terakhir ... Inshaa Allah !... Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan . |
Bersama rerakan penerima APC sesi anugerahan tahun 2022. |
Alhamdulillah ... seiring dan sama rezeki !.. Bersama Tn. Haji Hashim ( SICS PPDR + Geografi ) , dan Cikgu Nurul Hana ( Mentee Geografi di SMKR. |
Bersama pendorong utama Tiada kejayaan tanpa dokongan dan sokongan isteri tersayang. |
Alhamdulillah .... Tahniah semua . Bersama rerakan sesekolah yang menerima APC tahun 2022 . |