Thursday, 11 May 2023


 Perkongsian Guru Cemerlang   :                                               Kerjaya Guru & Guru Cemerlang                       ( Antara  Idealisme  dan    Realiti )
          Sekilas pandang isu perguruan  daripada GC 


Sebagai penyampai dalam program Jayawara
Program Bimbingan  Guru Cemerlang 
Anjuran PPD Rompin  , Mei 2022.


1.0. Konsep Cemerlang / Kecemerlangan :

Mendasari istilah kejayaan yang  yang sangat baik ( Dewan bahasa ). Kekadang wujud persoalan " adakah kecemerlangan ini dirujuk semata-mata kepada pencapaian yang terbaik  atau proses-proses yang menghasilkan sesuatu keputusan yang  terbaik "  .                 Jum ..... kita lihat analogi ini :

                  Situasi 1  :  4  +  0  =  4 .

                   Situasi 2 :  3  +  1  =  4.

                   Situasi 3 :  2   + 2   = 4.

                   Situasi 4  : 1  +  1  +  1  +  1  =  4 .

Jika diberi justifikasi  berdasarkan situasi  , maka situasi 1 jajaran yang paling cemerlang  dan jika dilihat berdasarkan proses , maka situasi 4 lah yang paling cemerlang . 

Secara peribadi saya suka  melihat situasi 4 , dan meletakkan jajaran  kecemerlangan yang paling relevan  . Hal ini kerana , hanya dengan rentetan pengurusan  dan pengendalian yang berterusan  dan proses penambahbaikan yang berpanjangan , maka   " pengalaman  dan  kematangan " akan membentuk " kemenjadian  dan proses Kecemerlangan " yang lebih bermakna .


2.0. Pengenalan :

 Sebagai  " gudang sektor awam "  yang terbesar ,  dunia perguruan merupakan  unit  yang "  kronik " dengan pelbagai permasalahan . Jika diteliti dengan  detail  , bermula dari aspek penempatan  , perlantikan , pengesahan jawatan  , penetapan gred perkhidmatan  sehinggalah pencen  - ada sahaja polimik yang timbul  dan dibahaskan  dengan penuh minat oleh khalayak ,   walaupun mereka bukan terlibat secara khusus dalam dunia perguruan .

Bagi yang dah otai dalam dunia pendidikan , isu lambatnya naik gred merupakan antara polimik yang sentiasa menghantui mereka  dan  sampai sekarang masih menjadi duri dalam sektor pendidikan . 

Justeru itu  , apabila kerajaan membuka ruang  mempelbagaikan  kaedah kenaikan gred  , maka perkara ini perlu dan  sewajarnya  diberi sambutan yang terbaik  daripada pelbagai pihak terutama di kalangan warga guru.

Kewujudan pelbagai  " bakul " ini akan membantu mengurangkan     " masa menunggu  "  di kalangan warga perguruan untuk mendapatkan status kekananan dalam perkhidmatan  pendidikan  . Antara " bakul "  yang    disediakan    ialah    " bakul pentadbiran " ,   " bakul Guru-guru  Tingkatan  6 "  dan "  bakul Guru Cemerlang " .  

Oleh yang demikian  , warga guru bebas bergerak seawal  perkhidmatan  memasuki  bidang perguruan   untuk  dan  boleh memilih dan meletakkan diri mereka dalam " bakul " yang mana  serasi  dan memberi inspirasi  dalam laluan kerjaya masing-masing pada  masa  hadapan  . 

Perlu diingat , pemilihan " bakul "  yang terbaik  adalah penting untuk memastikan laluan kerjaya bukan menjadi " jalan mati " yang mungkin akan  menunjukkan " jalan keluar " kepada kita sebelum pun kerjaya perguruan yang  kita     lalui berakhit di punch kad hari terakhir bertugas  . Pemilihan  " bakul " yang jelas dan tepat akan  membantu rerakan guru merancang dan meneroka laluan dengan penuh hikmah , proaktif  dan   bermotivasi   . 

Pernah berlaku dalam satu mesyuarat guru  yang saya hadiri ,             " keluar isu tunggul reput " .  Tunggul yang  dikatakan reput sebelum masanya .  Isu yang seakan sindiran sempoi  , rupanya menjadi  api  yang  semakin  marak  jika  tidak  dikawal.   Mungkin ada kalangan rakan guru otai pada masa itu , yang merasakan mereka dianggap  mereput  sebelum  sampai   ketikanya  .  Malangnya ,  isu " tunggul reput " dalam mesyuarat tidak berakhir di dalam bilik mesyuarat  tersebut  , tetapi berlarutan ke luar ,  sehinggalah ada yang terpaksa "  direputkan " dan  " dipindahkan "   ke sekolah lain untuk meredakan isu " guru reput " . 

Sebenarnya  ,........ Adalah agak malang , jika ikhtizam yang sentiasa dilaungkan dalam lagu "  Guru Malaysia " saban tahun ,  tidak berupaya diterjemahkan dalam laluan kerjaya guru kita  kecuali didasari sebab-sebab yang munasabah seperti masalah kesihatan . Laungan "  kami berikrar  dan berjanji " tinggal sekadar dalam alunan yang sendu tanpa erti . Tahun depan kita ulang lagi ...lagi dan lagi  . Hinggalah kita mereput atau direputkan di akhir-akhir perkhidmatan .


Keterlibatan dalam pengurusan Kejohanan Merentas Desa
SMK Rompin sesi 2022 .


2.0.  Panduan memilih laluan .

Sebenarnya  , pilihan kerjaya perguruan  adalah ditangan kita . Memilih kerjaya mungkin  sesuatu yang sangat mudah . Bak kata orang , bermimpi dan berangan-angan menjadi seorang  guru  yang mithali  itu free  !.....  Tapi ingatlah .. mengekalkan momentum kerjaya perguruan itu  adalah lebih sukar . Banyak likuan dan cabaran yang menyesakkan dada biasanya mendatang  dan yang  pasti , kehadirannya  tidak tepat pula  pada masanya . 

Situasi inilah  yang  adakalanya  menjentik  rasa ,  sehingga terungkap " menyesal aku jadi cikgu " , " mengapalah aku memlilih kerjaya macam nih ! " . Dan mungkin juga ,  ada yang beranggapan usaha mengekalkan keserasian ,  keinginan bertahan dalam bidang perguruan ditengah-tengah himpitan perubahan-perubahan dalam laluan kerjaya perguruan samalah seperti sukarnya mempertahankan sebuah perkahwinan terutama di hujung-hujung usia !...... 

Apapun , bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita  mengekal dan meningkatkan mood / momentum kerjaya perguruan jika kita ada keinginan yang jitu untuk berbuat sedemikian . Antara tips yang mungkin   boleh kita  kongsikan ialah :

1. Niatkan semua usaha kita kerana Allah . Inshaa Allah ... Allah akan sentiasa mempermudahkan semua laluan dan urusan kita . Situasi  ini juga akan membolehkan kita meletakkan perancangan Allah mengatasi perancangan kita . Secara tidak langsung  pelbagai ujian dan cabaran akan kita anggap sebagai ujian / cabaran dan percaya ada hikmah terbaik pada hari-hari mendatang . 

Insha Allah ! juga ,  ia akan berupaya mengurangkan stress / tekanan kepada kita , jika perancangan tidak mencapai sasaran  dan mengurangkan  rasa ingin kebergantungan  kepada  pihak yang tiada kaitan dengan laluan kerjaya  yang kita  rancang. 

2. Ingatkan diri " hidup ini adalah  cermin diri  " . Keberadaan kita masa kini akan membentuk dan membina imej / karektor kerjaya  kita pada hari esok / masa hadapan  . Keluarlah  daripada zon selesa semasa muda , jika ingin menjadi guru otai yang sarat dengan pengalaman pada masa tua . Tuntutan kerjaya perguruan  masa kini  bukan sekadar masuk dan keluar kelas . Ianya memerlukan komitmen  dan kesungguhan yang tinggi  dalam mengurus  dan menerokai  pelbagai bidang  dan disiplin  pengurusan  kerjaya kita .  

Ingatlah .........  Keupayaan kita membiasakan diri dengan pengurusan  kerjaya  yang  sulit / sukar dan  susah  ,  akan membentuk imej kendiri  / penampilan karektor kita yang lebih berdaya saing   dan cemerlang pada masa hadapan . Pengalaman yang dilalui  inilah , yang akan menjelmakan kematangan dalam pembentukan karektor  perguruan kita pada masa hadapan  . 

Bertatih merintis perjalanan  dalam memburu  dan menggapai  sekelumit pengalaman dalam dunia perguruan  juga bukan bererti kita ketinggalan . Sebenarnya di situlah permulaan kejayaan dan kecemerlangan  kerjaya kita . Terimalah  kekurangan diri  dan  bertatihlah  kerana  setiap langkah selepas itu akan  menguntumkan kejayaan dan kecemerlangan jika kita yakin itulah langkah jejak-jejak kita yang sebenar. 

Bersama kelompok pelajar cemerlang STPM 2021/22 
elektif mp Geografi .
 

3.  Ingatkan diri " hidup ini umpama roda " . Keberadaan kita hari ini juga tidak mungkin sama dengan semalam & pada masa hadapan . Mungkin kita kena berpada-pada dalam perlakuan , pertuturan  dan tindakan  kerana kifarah atas  kesilapan  kita mungkin akan berlaku / terjadi bila-bila masa sahaja.  Persembahan terbaik kita hari ini akan dikifarahkan Allah kepada anak-anak  dan keturunan kita . Mungkin persembahan kita tiada laba keuntungan  dan penghargaan  pada  hari ini , tetapi percayalah ..... Insha Allah ... ia akan menjadi fix defosid  pahala  dan  kebaikan untuk kita  pada masa hadapan .

Justeru itu , percayalah dengan konsep   kebaikan  dan keberkatan kerjaya guru . Hal ini  memungkinkan  Allah mengurniakan  " rezeki yang tidak disangka2 " . Mendapat rerakan guru yang baik dan sentiasa menyokong  , kelompok komuniti pentadbir  yang sentiasa membantu   , mudahnya pengurusan dan cemerlangnya pencapaian serta  kejayaan anak-anak juga  merupakan rezeki yang kita selalu terima tetapi itulah juga  cerminan keberkatan kerjaya guru . 

4.  Sentiasa mencabar diri  / tidak suka duduk di zon selesa dalam bekerja . Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru dan mencabar perlu sentiasa dipupuk  kerana kecenderungan untuk terus berada dalam zon selesa akan menyebabkan kita " lena " dengan nyenyak . Terlalu lama " lena dengan nyenyak " akan menyebabkan kita lemah  , lemau  dan  tidak lagi berminat untuk meneroka pelbagai situasi dan disiplin  baru yang sedang dan akan berlaku dan berkembangan  sebagai sebahagian  daripada inovasi  dan pembaharuan   dalam kerjaya perguruan . Kita pada masa itu  , mungkin akan  terus terpaku  menunggu tarikh terakhir menoktahkan kerjaya ataupun sekadar  seperti sibangau yang terpaku di tebingan sungai tanpa ada keinginan untuk mencakup ikan walaupun ikan timbul di permukaan sungai . 

5. Penetapan sasaran kerjaya perlulah  realistik  dan tak perlu terlalu ideal serta mempunyai matlamat jangka pendek  dan matlamat jangka panjang sebagai sasaran sepanjang  tempoh  perkhidmatan . Hearaki  pengurusan kerjaya perlu mengambil kira  kesesuaian  karektor dan minat kita . Jika kita berminat kearah pentadbiran  , fokuskan  kecenderungan kita kepada aspek pengurusan akademik  dan pentadbiran . Jika ingin menjadi guru akademik  sepanjang hayat  , pasti laluan kita menjengah ke ruang  Guru Pakar ( GC ) atau setidak-tidaknya jadilah kita sebagai  guru-guru  otai akademik  yang berbisa / menjadi rujukan  kepada  lapisan guru-guru muda di saat kita di hujung perkhidmatan . 

6. Tuntutan kerjaya perguruan hari ini menuntut kita lebih fleksible . Kemudahlenturan  membolehkan mobiliti kita lebih mudah berlaku . Tuntutan  bidang tugas yang rencam  dan mendatar memaksa para guru masa kini  menguasai pelbagai kemahiran asas pengurusan .  

Biar pun begitu  .  tidak perlu juga  kita  terlalu  bergantung kepada faktor luar kawalan yang sememangnya tidak mampu digunakan  untuk proses modifikasi  perancangan laluan kerjaya kita .  Mungkin pada masa  ini  kita  hanya perlu ada elemen penilaian dan elemen modifikasi yang jelas  dan tuntas  dalam kawalan diri sendiri  untuk membolehkan  pengurusan laluan kerjaya  kita  sentiasa terurus  dan  terarah di atas garisan yang telah kita  sendiri  tetapkan .



3.0. Guru dan Kecemerlangan .

3.1. Persepsi Kecemerlangan ( Antara ideal & realiti ) .

Biasanya , orang akan beranggapan " Cemerlang " itu adalah satu pencapaian  yang sangat ideal ukurannya . Cukup lengkap  dan sempurna  . Orang cemerlang tak mungkin gagal !...... orang cemerlang sentiasa berjaya !...... dan pelbagai justifikasi kesempurnaan diberikan .

Terima cenderahati daripada Pn. Zafarini ,  Penyelaras 
Program RoAR PPD Daerah Rompin  2023. 

Bagi saya , realitinya  ,  " pencapaian terbaik atau sangat baik  " bukanlah ukuran mutlak untuk title cemerlang  . Saya lebih suka meletakkan kecemerlangan untuk  dijustifikasikan  sebagai  kemampuan /  keupayaan  mengurus satu proses dan menghala kearah kesempurnaan sesuatu tugasan / aktiviti  /  kerja atau atau kerjaya . 

Dinamik  kecemerlangan bukan sahaja boleh dirujuk kepada hasilnya ( KPI )  , tetapi boleh diperluas  kepada ukuran   keupayaan  individu yang mampu  memulakan , melaksana  dan menyudahkan sesuatu proses / aktiviti dan lain-lain  dengan jayanya  serta  mencapai  sebahagian  daripada   matlamatnya  ( KPI )   yang telah ditetapkan / disasarkan  dapat dicapai . 

Pandang sisi kecemerlangan juga perlu dilihat dari segi kapasiti . ektensiti  , kualiti dan  kuantiti input tugasan yang dijayakan . Melihat hasil tanpa menjeling proses penghasilan adalah sesuatu yang janggal dalam mentafsir kecemerlangan dalam sesuatu kerjaya  kerana  sudah pasti usaha-usaha pengurusan / penghasilan / pengendalian sesuatu  akan melalui pelbagai fasa / proses kerja  yang melibatkan perancangan  . pengurusan , pengisian  , penilaian  dan proses modifikasi ( penambahbaikan  / penyusunan ) semula program / usaha / aktiviti . Hal ini  juga   akan mengambil masa yang agak lama , kos yang mungkin tinggi dan usaha yang sepastinya memenatkan .

Justeru itu  , neraca keadilan untuk justifikasi  kecemerlangan  sangat luas  dan para penilai harus bersedia dipertikaikan  oleh pihak yang dinilai .  Dan lebih jauh  daripada  itu   , neraca kecemerlangan ini  juga  perlu  diurus  dengan penuh integriti  kerana Inshaa Allah !....... ,  ia  akan menuntut haknya di akhirat kelak .



APC ke 4 dan terakhir ... Inshaa Allah !...
Sepanjang 33 tahun  dalam perkhidmatan . 


Bersama rerakan penerima APC sesi anugerahan
 tahun 2022.



Alhamdulillah ... seiring  dan  sama rezeki !..
Bersama Tn. Haji Hashim ( SICS PPDR + Geografi  ) ,
dan Cikgu Nurul Hana ( Mentee Geografi di SMKR.  



Bersama pendorong utama 
Tiada kejayaan tanpa dokongan dan sokongan
isteri tersayang. 

Alhamdulillah .... Tahniah semua .
Bersama rerakan sesekolah yang
menerima APC  tahun 2022 . 


                   Bersama X anak didik seawal perpindahan ke Rompin ( 1995 )                                                    dan   yang sempat berada di bawah jagaan semasa                                           menginap di asrama  ( akhir 1990an ) .
 Sangat beruntung kalian / se awal muda sudah cemerlang 
  & teruskan kecemerlangan !...






4.0. TUGAS  DAN PERANAN GURU CEMERLANG .

4.1. Konsep Guru Cemerlang .

Merujuk  kepada  individu guru yang  mempunyai  pengetahuan  dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar .  Guru cemerlang juga sentiasa bermotivasi  dan berdedikasi dalam melaksanakan semua tugasan dan tanggungjawab  dengan berkesan  dan cemerlang  serta berterusan .

    *  ( Terma rujukan Guru Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 2006 ms. 3 )




4.2. Ciri-ciri Guru Cemerlang . 

Antara ciri-ciri guru cemerlang  ialah :
4.2.1. Karektor  - Mempunyai ciri-ciri guru yang baik . 
4.2.2. Penampilan  - Mempunyai susuk penampilan yang 
         menyakinkan  dan bewibawa .  
4.2.3. Sahsiah  -  Berupaya  mempamerkan  ciri-ciri sahsiah terpuji  
         ,  terpimpin , bertangungjawab dll.
4.2.4. Sikap / Altitud  - Sentiasa optimis  dan mempunyai daya saing 
          dan daya juang yang tinggi .
4.2.5 Mobiliti  -  Kreatif .




5.0. PERANAN  DAN TUGAS GURU CEMERLANG . 




6.0. Bentuk-bentuk Sumbangan Guru Cemerlang  kepada sekolah :

6.1. Melalui  Program Majlis Guru Cemerlang .
- Melalui  program anjuran JPN seperti :
   6.1.1. Program  JUJ / Pembinaan Modul .
   6.1.2. Program Bengkel  / Kursus  anjuran  JPN /  KPM .


6.2. Melalui  Program Jawatan  Guru Cemerlang  
         Daerah .
Melalui  program anjuran PPD  seperti :
   6.2.1. Pembinaan Modul untuk kegunaan  daerah . 
   6.2.2. Program Bengkel  / Kursus  anjuran  PPD .
   6.2.3. Program Peningkatan Profesionalisme  Guru daerah.
   6.2.4. Program kemahiran Belajar bagi mata pelajaran kepakaran 
             Guru Cemerlang .
   6.2.5. Bengkel /  kursus anjuran PPD.
  


6.3. Melalui  Program Sumbangan  individu Guru Cemerlang .
Melalui  program anjuran persional  guru cemerlang  dengan  persetujuan  dan restu  PPD /  JPN  / KPM   seperti :
   6.3.1. Sebagai  JU . 
   6.3.2. Pembimbing  /  penganjur Program Teknik Menjawab  
             Soalan  Peperiksaan Awam ( SPM / STPM /  STAM ) .
   6.3.3. Penganjuran Bengkel / Seminar / Kursus .
   6.3.4. Kemahiran belajar  /  Seminar Amalan Terbaik Guru .
   6.2.5. Penganjuran  dan pembimbing  pelbagai aktiviti KOKURIA               perkemahan  , lawatan  dll



Alhamdulillah ..... Terima kasih ya... Allah !.. atas nikmat yang diberikan . Moga sentiasa mendapat keberkatan , dipermudahkan semua urusan   serta  dilindungi daripada segala kesukaran & kesulitan .... Aamin.











No comments:

Post a Comment