Monday, 4 July 2022

 Info 3R :

Inisiatif  Asing di Punca  ( IAdP )   barangan 3R  ( Sesi  1/2022 )



1. Pengenalan :

Program Inisiatif Asing dipunca  (  IAdP )  barangan 3R merupakan antara aktiviti teras penubuhan Kelab Kitar Semula  . Dengan hasrat  mewujudkan warga pelajar yang berdisiplin  dan istiqamah  dalam memenuhi  keperluan fardhu kifayah yang menekankan kepada adab terhadap alam sekitar  , usaha ini merupakan  salah satu usaha mapan yang mampu menjana kelestarian alam sekitar .


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  MEI 2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .



3.0 Foto-foto berkaitan : 





4.0. Rumusan Program :

Berjaya  dilaksanakan  walaupun  dengan kadar  yang perlahan  . Keupayaan pelajar menyertai  program  ini agak memberangsangkan  dan meminta pihak penganjur melipatgandakan  usaha untuk memastikan penglibatan yang menyeluruh daripada semua warga Tingkatan 6. 

 Info 3R :

Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan          ( IPdJ )  barangan 3R

( Sesi  2/2022 )



1. Pengenalan :

Sesi jualan 1/2022 merupakan  Pungutan  dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R yang menjadi antara aktiviti  utama penubuhan kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula . Tempoh masa 5 bulan  PKP yang terakhir menghasilkan jumlah pengumulan yang agak banyak . 


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  JUN  2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .


3.0 Foto-foto berkaitan : 











 Info 3R :

Melengkapkan segmen Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar  ( SLAAS ) 2022 .

( Projek Melukis Mural  Kitar Semula  VS Boidiversiti ) .


1. Pengenalan :

Usaha  mempromosikan aktiviti 3R dalam kontaks yang lebih luas , agar penyertaan menyeluruh warga sekolah dapat digembeling . Konsep menyebarkuaskan aktiviti  / meningkatkan syiar  perlu dilakukan untuk memastikan usaha memasyarakatkan  aktiviti 3R mencapai  matlamatnya . Dengan merangkumkan  usaha kitar semula dengan kelestarian biodiversiti  , diharapkan  dapat meluaskan lagi skop pemahaman  warga sekolah bahawa kitar semula merupakan usaha  berterusan yang boleh dilakukan dalam  memastikan  kelestarian  sumber dan kepelbagaian biodiviersiti sentiasa terpelihara .


2. Maklumat  Program :

     2.1.  Tarikh : MEI 2022.

     2.2.  Keterlibatan ; Ahli-ahli Kelab Alam Sekitar .


3. Foto- foto berkaitan :














4.0. Rumusan :

Berjalan lancar   dan penghasilan yang terbaik  bagi pelukis amator  dan tiada berbakat .



 

 Info 3R :

Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan          ( IPdJ )  barangan 3R

( Sesi  1/2022 )



1. Pengenalan :

Sesi jualan 1/2022 merupakan  Pungutan  dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R yang menjadi antara aktiviti  utama penubuhan kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula . Tempoh masa 5 bulan  PKP yang terakhir menghasilkan jumlah pengumulan yang agak banyak . 


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  MEI 2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .


3.0 Foto-foto berkaitan : 
















3.0 Rumusan Program ;

       Terurus dengan  baik  dan berjalan  lancar . Sejarah tercipta  , sejak  penubuhan  , inilah  julung  kalinya   K3R SMK Rompin  berupaya mengumpulkan dan menjual 2 lori penuh barangan 3R





 Info 3R : 

Program  Penghijauan  Laman 3R.

Penggunaan  sisa organik  - 

 ( sekam padi dan  sisa  buangan isi rung kelapa sawit ) .


1.0 Pengenalan : 

Penggunaan sisa-sisa organik dapat mengekalkan struktur asal tanah disamping  mennigkatkan  kesuburan tanaman . Kadar keporosan tanih membolehkan akar tanaman   menjalar lebih baik  dalam menyerap pelbagai neutrien .


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  16 APRIL 2022.

       2.2. Keterlibatan : Ahli kelab Alam Sekitar ( Ting. 6 ) 










3.0. Rumusan Program :

        Berjalan lancar  .


Thursday, 17 February 2022

MENJEJAK KECEMERLANGAN SPM 2021

 Program : 

        MENJEJAK KECEMERLANGAN ,

         GEOGRAFI  " A " SASARANKU.



1.0 Matlamat Program :

1.1. Menyediakan rujukan segera kepada calon SPM 2021.

1.2. Membimbing pelajar memeta /merangka jawapan .

1. 3. Membimbing pelajar meminimakan penulisan dan memaksimakan  pencapaian.


2.0. Kerangka jawapan  jika soalan "  kepentingan " kegiatan ekonomi ( pertenian  /pembalakan / perikanan / perlombongan  / pembinaan / pelancongan  / perindustrian .

- " Kepentingan "  kegiatan  ekonomi  ada 4 :

      i. Kepada sosio ekonomi .

     ii. Kepada sosial.

    iii. Kepada ekonomi .

     iv. Kepada pembangunan negara .


- Kepentingan kepada ekonomi  penduduk :

    i . Menyediakan / menjana peluang pekerjaan  - menjadi sumber pendapatan - meningkatkan pendapatan perkapita penduduk  - meningkatkan taraf hidup penduduk @ mengurangkan kadar pengangguran di kalangan  penduduk setempat .

   ii. Menjadi sumber pendapatan negara  - melalui ekport / melalui cukai terhadap eksport  bahan mentah  / produk hiliran .

  iii. Mewujudkan kesan pengganda ekonomi  - galakkan perkembangan industri huluan & hiliran yang berkaitan  - Contoh : perkembangan sektor perladangan kelapa sawit akan menggalakkan perkembangan industri lelemak  / makanan /pengangkutan / perniagaan .


- Kepentingan kepada sosial / sosio 

  i. Galakkan perkembangan  kemudahan infrastruktur  - j/raya / kerepa api  - memudahkan  mengangkut hasil2 ekonomi  ke pasaran untuk dijual  / ke kilang untuk di proses / ke pelabuhan untuk dieksport. Beri contoh kemudahan pelabuhan  /lebuh raya / lapangan terbang.

  ii. Galakkan perkembangan petempatan / pembandaran  - perkembangan aktiviti ekonomi ( pertanian / perikanan / pembalakan dll ) - faktor tarikan migrasi masuk  - pertambahan penduduk  - tingkatkan sumber tenaga kerja & meluaskan saiz  pasaran - mempercepatkan proses pembangunan kawasan . Beri contoh bandar. 

iii. Galakkan perkembangan sektor pendidikan / kemahiran / RND - Pelbagai penyelidikan oleh pihak kerajaan & swasta untuk memberi nilaitambah terhadap sektor ekonomi ( pertanian / pembalakan / perikanan dll . Contoh / beri nama U dan fakulti yang terlibat.


- Kepentingan kepada sosioekonomi  /pembangunan negara .

  * Gabungkan  kepentingan terhadap ekonomi dan sosial .

- Kaedah penulisan :

  i. Gunakan kata hubung " ialah "

  ii. Biasakan menggunakan  penanda wacana " Hal ini kerana ",  Selain itu . 

  iii. Gunakan istilah " dapat "  , " berupaya " , akan .

  iv. Gunakan penambahan " me .... , men ..... meng .... , menye ..... dll - perkataan yang memberi penegasan.


Contoh Jawapan :

Antara kepentingan sektor pertanian terhadap sosiekonomi penduduk ialah menyediakan peluang pekerjaan seperti buruh ladang  , mandur  dan  pengurus ladang . Hal ini akan menjadi sumber pendapatan  kepada penduduk yang terlibat dan berupaya meningkat  pendapatan  perkapita  mereka. Kadar pengangguran di kalangan penduduk juga akan berkurangan .



2.0. Kerangka jawapan  jika soalan "  faktor  " kegiatan ekonomi ( pertenian  /pembalakan / perikanan / perlombongan  / pembinaan / pelancongan  / perindustrian .

- " Faktor  " kegiatan  ekonomi  ada 4 :

      i. Faktor fizikal  .

     ii. Faktor  sosial.

    iii. Faktor  ekonomi .

     iv. Faktor teknologi .

      v. Faktor dasar kerajaan .


- Faktor fizikal  : 

   i. Faktor iklim   - panas & lembah sepanjang tahun ( Iklim khatulistiwa / Iklim Hujan Tropika ).

  ii. Faktor cuaca  - Min suhu  27 C  , Hujan tahunan 1500 mm - 2050 mm , cahaya maatahari sepanjang tahun.

 iii. Faktor kesuburan tanih ( pertanian ) - Cth : jenis tanah & jenis tanaman .

 iv. Faktor taburan galian ( perlombongan ) - Cth : jenis mineral / galian  - lokasi perlombongan .

v . Pesisir pantai yang panjang  / berteluk-teluk  dengan  pentas benua yang cetek  - Cth : Nama perairan & kepentingan.


- Faktor ekonomi :

   i. Permintaan yang tinggi  -   pasaran domestik ( pengguna @ industri killang )    / pasaran antara bangsa ( negara pengimport ) . 

   ii. Kewujudan kesan pengganda ekonomi  - perkembangan industri huluan & industri hiliran .


- Faktor Sosial .

   i. Bekalan sumber tenaga kerja / sumber buruh  - ramai / murah / mahir. Cth : pekerjaan .

  ii. Kejayaan  program RND - hasilkan pelbagai inovasi  baru yg lebih cekap  dan efisyen  dalam pembangunan sektor ekonomi ( pertanian / perikanan / pembalakan dll ). Cth : Nama teknologi - kegunaan teknologi .

 iii. Kemudahan asas  / kemudahan infrastruktur yang meluas / lengkap  dan berkesan  - tingkatkan kecekapan aliran buruh / edaran barangan ke pasaran & eksport .


 Aktiviti  3R : RUMUSAN  AKTIVITI K3R 

                        SMKR  TAHUN  2017 - 2022.

                      ( Pencapaian Sepanjang 

                        Penubuhan K3R / KAS )



1.1. Aktiviti Rutinan / Berkala  . 

- Inisiatif Asing di Punca ( IAdP ) barangan 3R.

- Inisiatif Pungutan & Jualan barangan 3R.

- Inisiatif Prasarana  Kelab Kitar Semula.

- inisiatif Penghijauan K3R.

- Penganjuran Pertandingan  Fotokap peringkat 

   sekolah .

- Menyertai Pertandingan Fotokap peringkat Daerah  

  dan Negeri.


1.2. Pertandingan Kitar Semula / PerKISS

-  Kaedah Pengendalian  Pertandingan : Berjalan 

    sepanjang tahun , Merangkumkan pelbagai 

    program :  Program Inisiatif Asing di Punca            

    ( IAdP )  & Program Inisiatif Pungut & Jualan ) 3R .

- Jualan barangan 3R kepada  Vendor ( USG 

   Interprise )  dengan  pengawasan Mentor Program  

   ( SWCorp )  .

- Penyelaras program key in data jualan dalam 

   borang pertandingan .

- Status Pertandingan : Peringkat Kebangsaan / 

   Negeri.

1.3. Pencapaian Aktiviti PerKISS  2017 .

 -  Johan  ( Program Pembudayaan 3R  ).

  -  Tempat ketiga ( Kategori Keseluruhan ).

1.4. Pencapaian Aktiviti PerKISS  2019 

  -  Saguhati  ( Kategori Keseluruhan ).

  -  Terima insentif pembitaraan 3R

      ( Wang Off  RM 1,000.00

1.5. Pencapaian Aktiviti PerKISS ( semasa PKP )

     2020/2021.

 -  Johan Kategori Khas ( Pengumpulan tin 

       aluminium ).

  -  Tempat ketiga ( Kategori Keseluruhan ).

Penyertaan Pertama  dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah 
( PerKISS  2017 )  - Alhamdulillah .

  Penyertaan ke 2  :   PerKISS 201 9  -  Saguhati  di peringkat Negeri
Pahang & mendapat Wang Off   RM 1000.00 sebagai Skim Galakan
Program Pembitaraan 3R dari SWCorp.


Penyertaan ke 3 : PerKISS 2020/2021
- Pemenang Kategori Khas  dan
tempat ke tiga kategori keseluruhan
 ( Pengumpulan Barangan 3R terbanyak )




2.0. Pertandingan Kecekapan Penggunaan 

      Tenaga Elektrik di rumah Sepanjang PKP .

2.1. Aktiviti dari Bulan April - Ogos 2021  . 

2.2. Kaedah Pengendalian  Pertandingan : Peserta 

       menyertakan penyata bil elektrik oleh TNB 

       secara  3 bulan berurutan . Guru penasihat akan 

      merekodkan bacaan dari bil peserta dan 

      panjangkan kepada urusetia pertandingan .

- Status Pertandingan : Peringkat Negeri / 

   Kebangsaan .

2.3. Pencapaian Pertandingan Kecekapan Tenaga 

     Elektik 2021.

 -  Sagu hati kategori individu  ( Keseluruhan / 

     peringkat Kebangsaan  ).

  -  Tempat Pertama  ( Kategori Penyertaan terbanyak 

     Peringkat Negeri Pahang  ).



3.0. Pertandingan Fotokap Alam Sekitar  .

3.1. Kaedah Pengendalian  Pertandingan : Peserta  

       menghasilkan fotokap berdasarkan tema 

       pertandingan yang disediakan oleh pihak 

       penganjur.

3.3. Pencapaian Aktiviti Pertandingan Fotokap  2021.

 -  Tempat Pertama  kategori bawah 18 . ( peringkat 

     Daerah   ).

  -  Tempat Pertama  ( Kategori bawah 18  Peringkat 

     Negeri Pahang  ).

Sesi Penyampaian Sijil  semula kepada pelajar yang
menyertai Pertandingan Kecekapan Tenaga Elektrik 
 di rumah  dan Hadiah Kemenangan kepada
 pelajar yang memenangi
 Pertandingan Fotoskap Alam Sekitar anjuran JPN Pahang.


4.0. Pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar / SLAAS 2020/2021 .


4.1. Aktiviti dari Bulan Jan 2020 - Mei  2021  . 

4.2. Kaedah Pengendalian  Pertandingan : Melaksanakan pelnabai aktiviti  pengurusan berkaitan dengan alam sekitar di sekolah  meliputi aspek  pentadbiran / pengurusan  ,  aktiviti kurikulum  / aktiviti kokurikulum  / HEM  dan  penghijauan  .

- Status Pertandingan : Peringkat Negeri / 

   Kebangsaan .

4.3. Pencapaian Pertandingan SLAAS 2020/2021

  -  Tempat Kedua   ( Peringkat Negeri Pahang  ).