Thursday, 14 July 2022

 Info : Kegiatan  Pertanian Lestari .


1.0. Pengenalan .

Aktiviti pertanian umumnya akan dikaitkan dengan punca terjadinya kemerosotan kualiti alam sekitar dan kepupusan  kepelbagaian biodiversiti / sumber alam semulajadi .



2.0. Antara Aktiviti pertanian yang biasanya dikaitkan dengan  fenomena di atas ialah :

i. Aktiviti  penyahutanan  /pembersihan hutan  -  dedahkan permukaan tanah kepada air hujan  - membentuk larian air permukaan yang deras /laju - tingkatkan kadar hakisan .



ii. Pembajaan  - penggunaan baja kimia ( Urea / Nitrit )  - kadar larut resap tinggi  - cemarkan sistem air bawah tanah . 




iii. Meracun - penggunaan pelbagai racun makhluk perosak  / rumpai  - sisa racun  kering & bercampur air hujan mengalir ke dalam sistem perparitan  - cemarkan air sungai  / kolan / tasik . 



iv. Aktiviti membajak / meratakan tanah  - permukaan tanah terdedahkan kepada cahaya matahari  - tanah jadi kering/ peroi - kadar kesuburan tanah berkurangan .

v.  Pelupusan sisa pertanian /tanaman dengan kaedah lupus dan bakar  -  kandungan gas pencemar ( gas karbon dioksida / karbon monoksida ) ,debu , habuk - berlakunya pencemaran udara / jerebu .



vi. Peneresan di kaewasan bercerun  - dedahkan tanah kepada kadar resapan yang tinggi  - butiran tanah jadi longgar  / berat tanah bertambah  - terjadinya golongsoran tanah  / tanah runtuh .

vii. Penebangan pokok / hutan   - musnahkan struktur hutan - jejaskan kawasan pembiakan / perlindungan pelbagai fauna - Pelbagai fauna kehilangan habitat.

viii. Penebangan hutan  /pembukaan kawasan ladang - musnahkan struktur hutan / musnahkan litupan tumbuh-tumbuhan - jejaskan fungsi tumbuhan sebagai pengeluar  - pengguna primier kekurangan makan dan akan menjejaskan  pengguna sekunder dan tertier dalam sistem rantaian makanan  semulajadi dalam ekosistem terbabit.



3.0. Antara langkah  pengurusan / pemeliharaan / pemuliharaan   pertanian yang dijalankan  ialah :

i. Langkah perundangan    -  Penguatkuasaan akta kualiti  alam sekeliling 1974 /akta  penggunaan racun makhluk perosak 1984  , pemantauan  /pemeriksaan  / kawal selia   secara berkala  , mengenakan hukuman  ( penjara  , denda / kompaun  dan sita/rampas hasil tanaman )  dan laporan impak alam sekitar / laporan  EIA  ( huraikan kepentingan  setiap langkah )

ii. Langkah Kempen Kesedaran Alam Sekitar    - Kempen  Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia ( MyGAP ) ,  Kempen  pertanian organik  - galakkan petani / peladang amalkan kaedah pertanian lestari .( perihalkan berkaitan usaha )

iii. Langkah  Pendidikan   -  Bengkel  / seminar / kursus  pertanian mesra alam kepada petani / peladang . Kursus / bengkel  kaedah pengurusan dan pengendalian  aktiviti pertanian yang mesra alam  - petani / peladang dapat menjalankan aktiviti pertanian / penanaman yang  kurang menjejaskan kualiti alam sekitar .

iv.  Langkah berbentuk  pemuliharaan  /pengurusan  / taktikal :

- Penanaman tanaman tutup bumi .

- Pelupusan sisa pertanian dengan kaedah  tebang & reput .

- Pembinaan sistem perparitan  / pengairan yang  sistematik .

- Pertanian secara teres di kawasan bercerun.

- Penggunaan kaedah kawalan makhluk  perosak  secara biologi.

- Tingkatkan penggunaan baja organik  / humus .

- Amalkan  kaedah-kaedah  pengurusan dan pengendalian pertanian moden ( hidrofonik  /akuafonik  / fetrigrasi / renjisan ).

- Menggunakan kaedah sungkupan plastik.

- Mengamalkan kaedah  tanaman giliran . 


Monday, 4 July 2022

 Info 3R :

Inisiatif  Asing di Punca  ( IAdP )   barangan 3R  ( Sesi  1/2022 )



1. Pengenalan :

Program Inisiatif Asing dipunca  (  IAdP )  barangan 3R merupakan antara aktiviti teras penubuhan Kelab Kitar Semula  . Dengan hasrat  mewujudkan warga pelajar yang berdisiplin  dan istiqamah  dalam memenuhi  keperluan fardhu kifayah yang menekankan kepada adab terhadap alam sekitar  , usaha ini merupakan  salah satu usaha mapan yang mampu menjana kelestarian alam sekitar .


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  MEI 2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .



3.0 Foto-foto berkaitan : 





4.0. Rumusan Program :

Berjaya  dilaksanakan  walaupun  dengan kadar  yang perlahan  . Keupayaan pelajar menyertai  program  ini agak memberangsangkan  dan meminta pihak penganjur melipatgandakan  usaha untuk memastikan penglibatan yang menyeluruh daripada semua warga Tingkatan 6. 

 Info 3R :

Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan          ( IPdJ )  barangan 3R

( Sesi  2/2022 )



1. Pengenalan :

Sesi jualan 1/2022 merupakan  Pungutan  dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R yang menjadi antara aktiviti  utama penubuhan kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula . Tempoh masa 5 bulan  PKP yang terakhir menghasilkan jumlah pengumulan yang agak banyak . 


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  JUN  2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .


3.0 Foto-foto berkaitan : 











 Info 3R :

Melengkapkan segmen Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar  ( SLAAS ) 2022 .

( Projek Melukis Mural  Kitar Semula  VS Boidiversiti ) .


1. Pengenalan :

Usaha  mempromosikan aktiviti 3R dalam kontaks yang lebih luas , agar penyertaan menyeluruh warga sekolah dapat digembeling . Konsep menyebarkuaskan aktiviti  / meningkatkan syiar  perlu dilakukan untuk memastikan usaha memasyarakatkan  aktiviti 3R mencapai  matlamatnya . Dengan merangkumkan  usaha kitar semula dengan kelestarian biodiversiti  , diharapkan  dapat meluaskan lagi skop pemahaman  warga sekolah bahawa kitar semula merupakan usaha  berterusan yang boleh dilakukan dalam  memastikan  kelestarian  sumber dan kepelbagaian biodiviersiti sentiasa terpelihara .


2. Maklumat  Program :

     2.1.  Tarikh : MEI 2022.

     2.2.  Keterlibatan ; Ahli-ahli Kelab Alam Sekitar .


3. Foto- foto berkaitan :














4.0. Rumusan :

Berjalan lancar   dan penghasilan yang terbaik  bagi pelukis amator  dan tiada berbakat .



 

 Info 3R :

Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan          ( IPdJ )  barangan 3R

( Sesi  1/2022 )



1. Pengenalan :

Sesi jualan 1/2022 merupakan  Pungutan  dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R yang menjadi antara aktiviti  utama penubuhan kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula . Tempoh masa 5 bulan  PKP yang terakhir menghasilkan jumlah pengumulan yang agak banyak . 


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  MEI 2022.

       2.2. Lokasi : Dataran Kitar  Semula SMK Rompin.

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin .


3.0 Foto-foto berkaitan : 
















3.0 Rumusan Program ;

       Terurus dengan  baik  dan berjalan  lancar . Sejarah tercipta  , sejak  penubuhan  , inilah  julung  kalinya   K3R SMK Rompin  berupaya mengumpulkan dan menjual 2 lori penuh barangan 3R





 Info 3R : 

Program  Penghijauan  Laman 3R.

Penggunaan  sisa organik  - 

 ( sekam padi dan  sisa  buangan isi rung kelapa sawit ) .


1.0 Pengenalan : 

Penggunaan sisa-sisa organik dapat mengekalkan struktur asal tanah disamping  mennigkatkan  kesuburan tanaman . Kadar keporosan tanih membolehkan akar tanaman   menjalar lebih baik  dalam menyerap pelbagai neutrien .


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  16 APRIL 2022.

       2.2. Keterlibatan : Ahli kelab Alam Sekitar ( Ting. 6 ) 










3.0. Rumusan Program :

        Berjalan lancar  .