Thursday 14 July 2022

 Info : Kegiatan  Pertanian Lestari .


1.0. Pengenalan .

Aktiviti pertanian umumnya akan dikaitkan dengan punca terjadinya kemerosotan kualiti alam sekitar dan kepupusan  kepelbagaian biodiversiti / sumber alam semulajadi .



2.0. Antara Aktiviti pertanian yang biasanya dikaitkan dengan  fenomena di atas ialah :

i. Aktiviti  penyahutanan  /pembersihan hutan  -  dedahkan permukaan tanah kepada air hujan  - membentuk larian air permukaan yang deras /laju - tingkatkan kadar hakisan .



ii. Pembajaan  - penggunaan baja kimia ( Urea / Nitrit )  - kadar larut resap tinggi  - cemarkan sistem air bawah tanah . 




iii. Meracun - penggunaan pelbagai racun makhluk perosak  / rumpai  - sisa racun  kering & bercampur air hujan mengalir ke dalam sistem perparitan  - cemarkan air sungai  / kolan / tasik . 



iv. Aktiviti membajak / meratakan tanah  - permukaan tanah terdedahkan kepada cahaya matahari  - tanah jadi kering/ peroi - kadar kesuburan tanah berkurangan .

v.  Pelupusan sisa pertanian /tanaman dengan kaedah lupus dan bakar  -  kandungan gas pencemar ( gas karbon dioksida / karbon monoksida ) ,debu , habuk - berlakunya pencemaran udara / jerebu .



vi. Peneresan di kaewasan bercerun  - dedahkan tanah kepada kadar resapan yang tinggi  - butiran tanah jadi longgar  / berat tanah bertambah  - terjadinya golongsoran tanah  / tanah runtuh .

vii. Penebangan pokok / hutan   - musnahkan struktur hutan - jejaskan kawasan pembiakan / perlindungan pelbagai fauna - Pelbagai fauna kehilangan habitat.

viii. Penebangan hutan  /pembukaan kawasan ladang - musnahkan struktur hutan / musnahkan litupan tumbuh-tumbuhan - jejaskan fungsi tumbuhan sebagai pengeluar  - pengguna primier kekurangan makan dan akan menjejaskan  pengguna sekunder dan tertier dalam sistem rantaian makanan  semulajadi dalam ekosistem terbabit.



3.0. Antara langkah  pengurusan / pemeliharaan / pemuliharaan   pertanian yang dijalankan  ialah :

i. Langkah perundangan    -  Penguatkuasaan akta kualiti  alam sekeliling 1974 /akta  penggunaan racun makhluk perosak 1984  , pemantauan  /pemeriksaan  / kawal selia   secara berkala  , mengenakan hukuman  ( penjara  , denda / kompaun  dan sita/rampas hasil tanaman )  dan laporan impak alam sekitar / laporan  EIA  ( huraikan kepentingan  setiap langkah )

ii. Langkah Kempen Kesedaran Alam Sekitar    - Kempen  Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia ( MyGAP ) ,  Kempen  pertanian organik  - galakkan petani / peladang amalkan kaedah pertanian lestari .( perihalkan berkaitan usaha )

iii. Langkah  Pendidikan   -  Bengkel  / seminar / kursus  pertanian mesra alam kepada petani / peladang . Kursus / bengkel  kaedah pengurusan dan pengendalian  aktiviti pertanian yang mesra alam  - petani / peladang dapat menjalankan aktiviti pertanian / penanaman yang  kurang menjejaskan kualiti alam sekitar .

iv.  Langkah berbentuk  pemuliharaan  /pengurusan  / taktikal :

- Penanaman tanaman tutup bumi .

- Pelupusan sisa pertanian dengan kaedah  tebang & reput .

- Pembinaan sistem perparitan  / pengairan yang  sistematik .

- Pertanian secara teres di kawasan bercerun.

- Penggunaan kaedah kawalan makhluk  perosak  secara biologi.

- Tingkatkan penggunaan baja organik  / humus .

- Amalkan  kaedah-kaedah  pengurusan dan pengendalian pertanian moden ( hidrofonik  /akuafonik  / fetrigrasi / renjisan ).

- Menggunakan kaedah sungkupan plastik.

- Mengamalkan kaedah  tanaman giliran . 


No comments:

Post a Comment