Wednesday, 16 June 2021

Tema : PENDUDUK & SUMBER .

 Tema : Penduduk  & Sumber.


1.0. Konsep Sumber .

- Pelbagai unsur / elemen yang boleh digunakan / diekplotasi untuk 

  kegunaan  dan  kelangsungan  hidup  manusia. 

                         Aktiviti  perlombongan  petroleum  memberi                                        banyak sumbangan terhadap  kehidupan manusia .



2.0. Klasifikasi  Sumber.

- Terbahagi  kepada :

    2.1. Sumber  yang boleh di perbaharui .

    2.2. Sumber yang  tidak boleh diperbaharui.

                                    Tenaga geoterma  adalah  contoh  sumber tenaga                                    yang boleh diperbaharui 

                      Lombong  bahan mineral seperti bijih timah  , emas  ,   bijih                       besi  dan  bauksit merupakan  contoh   sumber  yang tidak    
                                                          boleh diperbaharui.



3.0. Kepentingan  sumber.


- Sumber Tanih :

  1. Habitat  pelbagai flora dan fauna.




  2. Sumber bahan  mentah industri / kilang.

Industri Labu Sayung mengguakan koalin  / tanah liat 
sebagai  sumber bahan mentah.


  3. Kawasan pertanian / penternakan / pembalakan.

Aktiviti penanaman sayur di kawasan tanah tinggi.


  4. Kawasan petempatan / pembinaan pelbagai kemudahan .

Aktiviti pembinaan petempatan .


- Sumber air .

Sumber air 

   1. Kegunaan domestik  / harian .

   2. Mengairi kawasan pertanian .

   3. Kawasan perikanan  / akuakultur .

   4. Kawasan pelancongan  / taman tema air  / aktiviti eko / 

       akuapelancongan.

   5. Sumber bahan mentah  industri minuman .

  6. Punca sumber tenaga elektrik  / tenaga elektrik hidro.

  7. Sumber galian / mineral.



- Sumber  hutan :

Sumber hutan.

   1. Kawasan pelancongan / ekopelancongan.

   2. Sumber bahan mentah  industri sektor perkayuan.

   3. Sediakan peluang pekerjaan  /sektor pembalakan.

   4. Sumber makanan .

   5. Sumber ubat-ubatan tradisional.

   6. Berfungsi sebagai pengeluar dalam rantaian makanan.

   7. Berfungsi sebagai habitat flora  dan fauna.

   8. Mengawal hakisan tanah  dan kejadian tanah runtuh.

   9. Bertindak sebagai penapis dalam sistem kitaran hidrologi.

  10. Menyerderhanakan  suhu setempat/ domestik / mikro.

  11. Sumber ubat-ubatan tradisional.

  12. Sumber pendapatan  negara - eksport / cukai eksport.



- Sumber marin.

Kepelbagaian  sumber  marin .

    1. Kawasan perikanan.

    2. Menyediakan  peluang  pekerjaan.

    3. Kawasan Ekopelancongan.

    4. Sumber makanan / sumber protien 

    5.  Sumber ubat-ubatan  tradisional.

    6.  Mengekalkan keseimbangan ekosistem setempat. 


- Sumber kepelbagaian Biologi / Biodiversiti.

Kepelbagaian biologi di Malaysia.
    1. Sumber makanan / sumber vitamin  / protien.

    2. Sumber ubat-ubatan tradisional .

    3. Sumber bahan mentah industri .

    4. Aset pelancongan  / daya tarikan pelancongan.

    5. Meningkatkan aktiviti penyelidikan  dan pembangunan.





4.0. Daya Tampung Sumber.


         4.1. Konsep.

     -  Keupayaan sesuatu sumber untuk memampung / memenuhi               keperluan penduduk di sesuatu kawasan  pada aras  dan 

        tempah masa yang tertentu .


         4.2. Faktor Pengaruhi Daya Tampung Sumber.

       - Kualiti  dan kuantiti sesuatu  sumber.

       - Aras  penduduk yang  boleh ditampung.

       - Tahap keupayaan teknologi.

       - kaedah pengurusan yang bersistematik.


         4.3. Kesan Daya Tampung Sumber yang rendah                     kepada Alam Sekitar & Alam Sekitar Manusia.

       - Kemusnahan  ekosistem  / tanah  runtuh  / kemarau  / banjir / 

           kemusnahan hutan .

       - Kemerosotan kualiti  alam sekitar:  pencemaran  udara  

          /  pencemaran air / pencemaran tanah  / pencemaran bau /  

          kemusnahan habitat / kemusnahan rantaian makanan.



       - Kesan negatif terhadap aspek kemanusian seperti :

           1. Kebuluran  / kekurangan  makanan / kekurangan zat 

              makanan.

           2. Kemiskinan / peluang pekerjaan terhad.

           3. Jenayah dan masalah sosial.

           4. Taraf  hidup  penduduk merosot.



5.0. Lebihan Penduduk .

         5.1. Konsep.

- Berlaku apabila kadar pertumbuhan penduduk  /jumlah penduduk  

   melebihi jumlah  sumber  yang  terdapat dalam sesebuah kawasan 

   / negara dalam tempoh masa yang tertentu. 


         5.2. Faktor yang mewujudkan lebihan penduduk.

1. Kadar kelahiran penduduk yang terlalu tinggi.

2. Kadar migrasi  masuk penduduk  yang  terlalu tinggi.

3. Proses pembangunan ekonomi yang terlalu pantas dan memusat di sesatu kawasan.


        5.3. Kesan  lebihan penduduk kepada alam sekitar 

              Fizikal  dan  alam  sekitar  manusia.

1. Kesan Kepada Alam Sekitar Manusia.

    - Peluang pekerjaan terhad  - wujudkan fenomena pegangguran.

    - Kekurangan  rumah mampu milik - wujudkan kawasan 

       setinggan.

   -  Kekurangan  kemudahan awam / kemudahan sosial  (  

      kemudahan pendidikan / kemudahan kesihatan terhad  ) -  taraf 

       hidup merosot.

  - Pengangkutan awam terhad  / meningkatkan  penggunaan  

     kenderaan persendirian  - wujudkan suasana kesesakan  

     penduduk / kesesakan lalu lintas.


  2. Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal .

   - Kadar ekplotasi  sumber  yang  berlebihan  - sumber alam 

      cepat pupus . 

  -  Wujud persaingan guna tanah   - wujudkan tekanan terhadap 

      cara  guna tanah  - tingkatkan kejadian hakisan tanah  dan tanah 

      runtuh.

  -  Tekanan yang tinggi kepada  pelbagai sumber  alam akan 

      meningkatkan kadar eksplotasi  sumber & pelepasan pelbagai 

      enfluen  terhadap alam sekitar  - tingkatkan kejadian 

      pencemaran air , pencemaran udara  , jerebu  , hujan asid  dll.


       5.4. Langkah atasi Lebihan Penduduk.

Sediakan insentif  kawal kadar  kelahiran .

-  Tingkatkan taraf pendidikan  & usia perkahwinan .

-   Wujudkan Dasar Kependudukan  -  " Satu keluarga satu Anak ".

-   Galakkan  proses Emigrasi  keluar  negara.



6.0. Kurang Penduduk .

         6.1. Konsep.

-   Terjadi apabila  jumlah penduduk terlalu rendah berbanding 

     penawaran sumber  yang  terdapat di sesebuah negara.


         6.2. Faktor yang mewujudkan kurang penduduk.

Kadar kelahiran semulajadi  penduduk yang rendah .

-  Berlaku emigrasi keluar negara secara besar-besaran.



        6.3. Kesan kurang  penduduk alam  sekitar  manusia 

               /  sosioekonomi.


1. Kesan kepada Sosio Ekonomi.

    -  Kadar kelahiran akan menurun / jumlah penduduk 

         berkurangan.

    -  Bekalan sumber tenaga buruh  pada masa hadapan  semakin 

        berkurangan.

   -  Saiz pasaran  domestik  semakin  mengecil .

   -  Keselamatan  negara  semakin terancam .

   -  Banyak  sumber ekonomi tidak dapat  dijana / dieksplotasi  

       secara yang  optima.

   -  terpaksa bergantung  kepada tenaga buruh  asing.

   -  terdapat banyak  kawasan tanah subur  yang terbiar.


        6.4. Langkah atasi  Kesan  kurang Penduduk.

     -  Meningkatkan penggunaan  teknologi  dan automasi  

         digital .

     -  Meningkatkan  penggunaaan  sumber tenaga buruh asing.

     -  Menyediakan jadual kerja yang  lebih anjal .

     -  Meningkatkan umur persaraan .

      -  Meningkatkan kadar upah .

       -  Mewujudkan  mekanisme latihan  dalam pekerjaan   serta 

           meningkatkan mobiliti  pekerjaan antara buruh.




Tuesday, 15 June 2021

Info : SPM 2020 ( PANDEMIK COVID PENUH HIKMAH ).

 Info : 

    SPM 2020 ( PANDEMIK  PENUH HIKMAH .


1. Lanser Persediaan.

Satu tahun  tiga  bulan berada dalam situasi yang mencabar . Bersemuka dan PDR silih berganti . Daripada  kaedah pembelajaran mudah  dan jelas  berubah kepada situasi samar-samar  . Benarkah  mereka di situ  atau sekadar bayangan  maya di tengah-tengah kekalutan  dunia tanpa  sempadan yang menghilangkan  rasa tanggungjawab  dan  kehormatan . Kehadiran yang boleh  sukar di telah  , namun semuanya  berakhir apabila  SPM 2020 tetap dilaksanakan wpun dalam suasana getir pandemik . Alhamdulilah ...semua dapat dilalui  dengan tenang walaupun  di sebalik wajah tenang itu penuh kegusaran  , penuh keraguan yang melampaui batas kelaziman ....



2. Pencapaian SPM 2020.

Alhamdulilah &  tahniah atas kejayaan semua pelajar . Cemerlang  atau tidak bukan lagi ukuran pada ketika  ini . Yang penting sumbangan terhadap keampuhan mp Geografi sebagai salah satu dp elektif yang  menyumbang kepada peningkatan  kelulusan & GPS mp amat-amat cgu hargai . Terima kasih semua . 





3. Analisis  Pencapaian  SPM 2020.

    3.1. SPM 2020 Keseluruhan.  



    3.1. Perbandingan  Tahun Semasa   ( ETR / SPM 2020 ).

       

      3.2. Perbandingan antara Tahun.

           ( SPM 2019 & SPM 2020 )


4. Yang Tersurat & Yang Tersirat ( SPM 2020 ).

       4.1. SPM 2020 ( Yang Terurat - calon-calon cemerlang ).          

                                        




Alhamdulilah .... Tahniah kepada  yang cemerlang . Kita simpan memori ini disini . 

Kepada yang kurang berjaya .... buka bererti tamat sudah perjuangan. Hidup perlu diteruskan . Anggaplah ini sebagai satu cabaran untuk meneroka ruang  dan peluang yang lebih hebat pada masa hadapan.

#hidupkitaacuankita.

#Pengurusanberhemahpencapaianberhikmah

#Covid19.Kitajagakita.

#MogaAllahmerahmatikitasemua.
  






Friday, 16 April 2021

Aktiviti 3R : PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ DARIPADA BARANGAN TERPAKAI / BARANGAN 3R

 Aktiviti  3R :  PERTANDINGAN  MENGHASILKAN   KOLAJ     

                         DARIPADA   BARANGAN  TERPAKAI  /  BARANGAN  3R  

Tempat : PROGRAM  ATAS  TALIAN /ON LINE 

                SMK  ROMPIN ,  26800  KUALA ROMPIN .

Hari   :   OKTOBER    2020.


Catatan  Foto : 

















Rumusan :
Dapat  berjalan  dengan  lancar  walaupun  dalam situasi  pdpc  yang  agak  terbatas . Tahniah  kepada  semua  pelajar  yang  menyertai  pertandingan  ini.

Aktiviti 3R : PERTANDINGAN PENGHASILAN VIDEO , DAN HOS / PENYAMPAI

  

Aktiviti  3R :  PERTANDINGAN  PENGHASILAN   VIDEO   ,

                        DAN  HOS / PENYAMPAI  

Tempat : PROGRAM  ATAS  TALIAN /ON LINE 

                SMK  ROMPIN ,  26800  KUALA ROMPIN .

Hari   :   NOVEMBER     2020.


Catatan  Foto : 








Rumusan .

Walaupun  penyertaaan  kurang  memuaskan  akibat  kekurangan  kemahiran  penghasilan  video  tetapi   berupaya  mencongkel  bakat-bakat  penerbit   dan  penyampai  video  yang  baik. Moga  berupaya  mengembangkan  bakat  pada  masa hadapan .


Aktiviti 3R : INISIATIF PUNGUT & JUAL ( IPdJ ) 3R Fasa 1/2021.

 

Aktiviti  3R :  INISIATIF  PUNGUT  & JUAL  ( IPdJ ) 3R  Fasa  1/2021.

Tempat :  PUSAT  PENGUMPULAN  BARANGAN  3R ,

                SMK  ROMPIN ,  26800  KUALA ROMPIN .

Hari    :   APRIL    2021.

Catatan  Foto : 


















Rumusan .

Terurus  dengan  baik . Penambahbaikan  yang  perlu  dilakukan  ialah  pengasingan  bahan  mengikut  penama .  Moga  jualan  untuk  sesi  yang akan datang  akan  lebih  terurus  dengan  baik .



 

Aktiviti  3R :  PROGRAM  3R  BERSAMA  BAKAL  ALUMNI  K3R

                         (  PELAJAR  TINGKATAN  6 ,  2021  )

Tempat :  BILIK  GEOGRAFI   &  PUSAT  PENGUMPULAN  BARANGAN  3R ,

                SMK  ROMPIN ,  26800  KUALA ROMPIN .

Hari   :   APRIL    2021.


Catatan  Foto :







Rumusan :

Berjaya  menubuhkan  alumni  K3R  SMK Rompin   dan  semoga  berupaya  menyumbang  terhadap  kelestarian  alam sekitar  apabila  berada  di sisi masyarakat .  












Aktiviti 3R : MENYELENGGARA & MENAIKTARAF PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN 3R

 

Aktiviti  3R :  PROSES  TRANFORMASI     PUSAT PENGUMPULAN  BARANGAN  3R .  SMK  ROMPON ,  TAHUN  2021.

Tempat :  PUSAT  PENGUMPULAN  BARANGAN  3R ,

                SMK  ROMPIN ,  26800  KUALA ROMPIN .

Hari  :   APRIL    2020.


Catatan Foto :

  • Suasana  Pengurusan  Barangan  3R  di lokasi   lama .
  • ( bawah  garaj  tempat  letak  basikal  /  kawasan  terbuka ) .





Proses  Transformasi  Bilik .
  • Lokasi  Stor Penyimpanan  Barangan  3R  yang  baru :  Bekas Stor Kayu  , Blok  RBK / KHB  SMK  Rompin.
*Sebelum  proses  tranformasi  bilik  dijalankan .




* Semasa  proses tranformasi  bilik  dijalankan .









Suasana  Pengurusan  Barangan 3R  di lokasi  baru.

Selepas  pengemasan   dan  pemasangan  pelbagai   maklumat  asas  K3R.

 














Stor  Pengumpulan  Barangan  3R  yang  sudah  berfungsi .




Rumusan  Program / Projek ;
Berjalan  lancar   dan  terurus  dengan  bail .Moga   memberi ruang  kepada   komuniti  SMKR  lebih  bersedia  untuk  melaksanakan  pelbagai  aktiviti  3R .