Wednesday 16 June 2021

Tema : PENDUDUK & SUMBER .

 Tema : Penduduk  & Sumber.


1.0. Konsep Sumber .

- Pelbagai unsur / elemen yang boleh digunakan / diekplotasi untuk 

  kegunaan  dan  kelangsungan  hidup  manusia. 

                         Aktiviti  perlombongan  petroleum  memberi                                        banyak sumbangan terhadap  kehidupan manusia .



2.0. Klasifikasi  Sumber.

- Terbahagi  kepada :

    2.1. Sumber  yang boleh di perbaharui .

    2.2. Sumber yang  tidak boleh diperbaharui.

                                    Tenaga geoterma  adalah  contoh  sumber tenaga                                    yang boleh diperbaharui 

                      Lombong  bahan mineral seperti bijih timah  , emas  ,   bijih                       besi  dan  bauksit merupakan  contoh   sumber  yang tidak    
                                                          boleh diperbaharui.



3.0. Kepentingan  sumber.


- Sumber Tanih :

  1. Habitat  pelbagai flora dan fauna.




  2. Sumber bahan  mentah industri / kilang.

Industri Labu Sayung mengguakan koalin  / tanah liat 
sebagai  sumber bahan mentah.


  3. Kawasan pertanian / penternakan / pembalakan.

Aktiviti penanaman sayur di kawasan tanah tinggi.


  4. Kawasan petempatan / pembinaan pelbagai kemudahan .

Aktiviti pembinaan petempatan .


- Sumber air .

Sumber air 

   1. Kegunaan domestik  / harian .

   2. Mengairi kawasan pertanian .

   3. Kawasan perikanan  / akuakultur .

   4. Kawasan pelancongan  / taman tema air  / aktiviti eko / 

       akuapelancongan.

   5. Sumber bahan mentah  industri minuman .

  6. Punca sumber tenaga elektrik  / tenaga elektrik hidro.

  7. Sumber galian / mineral.



- Sumber  hutan :

Sumber hutan.

   1. Kawasan pelancongan / ekopelancongan.

   2. Sumber bahan mentah  industri sektor perkayuan.

   3. Sediakan peluang pekerjaan  /sektor pembalakan.

   4. Sumber makanan .

   5. Sumber ubat-ubatan tradisional.

   6. Berfungsi sebagai pengeluar dalam rantaian makanan.

   7. Berfungsi sebagai habitat flora  dan fauna.

   8. Mengawal hakisan tanah  dan kejadian tanah runtuh.

   9. Bertindak sebagai penapis dalam sistem kitaran hidrologi.

  10. Menyerderhanakan  suhu setempat/ domestik / mikro.

  11. Sumber ubat-ubatan tradisional.

  12. Sumber pendapatan  negara - eksport / cukai eksport.



- Sumber marin.

Kepelbagaian  sumber  marin .

    1. Kawasan perikanan.

    2. Menyediakan  peluang  pekerjaan.

    3. Kawasan Ekopelancongan.

    4. Sumber makanan / sumber protien 

    5.  Sumber ubat-ubatan  tradisional.

    6.  Mengekalkan keseimbangan ekosistem setempat. 


- Sumber kepelbagaian Biologi / Biodiversiti.

Kepelbagaian biologi di Malaysia.
    1. Sumber makanan / sumber vitamin  / protien.

    2. Sumber ubat-ubatan tradisional .

    3. Sumber bahan mentah industri .

    4. Aset pelancongan  / daya tarikan pelancongan.

    5. Meningkatkan aktiviti penyelidikan  dan pembangunan.





4.0. Daya Tampung Sumber.


         4.1. Konsep.

     -  Keupayaan sesuatu sumber untuk memampung / memenuhi               keperluan penduduk di sesuatu kawasan  pada aras  dan 

        tempah masa yang tertentu .


         4.2. Faktor Pengaruhi Daya Tampung Sumber.

       - Kualiti  dan kuantiti sesuatu  sumber.

       - Aras  penduduk yang  boleh ditampung.

       - Tahap keupayaan teknologi.

       - kaedah pengurusan yang bersistematik.


         4.3. Kesan Daya Tampung Sumber yang rendah                     kepada Alam Sekitar & Alam Sekitar Manusia.

       - Kemusnahan  ekosistem  / tanah  runtuh  / kemarau  / banjir / 

           kemusnahan hutan .

       - Kemerosotan kualiti  alam sekitar:  pencemaran  udara  

          /  pencemaran air / pencemaran tanah  / pencemaran bau /  

          kemusnahan habitat / kemusnahan rantaian makanan.



       - Kesan negatif terhadap aspek kemanusian seperti :

           1. Kebuluran  / kekurangan  makanan / kekurangan zat 

              makanan.

           2. Kemiskinan / peluang pekerjaan terhad.

           3. Jenayah dan masalah sosial.

           4. Taraf  hidup  penduduk merosot.



5.0. Lebihan Penduduk .

         5.1. Konsep.

- Berlaku apabila kadar pertumbuhan penduduk  /jumlah penduduk  

   melebihi jumlah  sumber  yang  terdapat dalam sesebuah kawasan 

   / negara dalam tempoh masa yang tertentu. 


         5.2. Faktor yang mewujudkan lebihan penduduk.

1. Kadar kelahiran penduduk yang terlalu tinggi.

2. Kadar migrasi  masuk penduduk  yang  terlalu tinggi.

3. Proses pembangunan ekonomi yang terlalu pantas dan memusat di sesatu kawasan.


        5.3. Kesan  lebihan penduduk kepada alam sekitar 

              Fizikal  dan  alam  sekitar  manusia.

1. Kesan Kepada Alam Sekitar Manusia.

    - Peluang pekerjaan terhad  - wujudkan fenomena pegangguran.

    - Kekurangan  rumah mampu milik - wujudkan kawasan 

       setinggan.

   -  Kekurangan  kemudahan awam / kemudahan sosial  (  

      kemudahan pendidikan / kemudahan kesihatan terhad  ) -  taraf 

       hidup merosot.

  - Pengangkutan awam terhad  / meningkatkan  penggunaan  

     kenderaan persendirian  - wujudkan suasana kesesakan  

     penduduk / kesesakan lalu lintas.


  2. Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal .

   - Kadar ekplotasi  sumber  yang  berlebihan  - sumber alam 

      cepat pupus . 

  -  Wujud persaingan guna tanah   - wujudkan tekanan terhadap 

      cara  guna tanah  - tingkatkan kejadian hakisan tanah  dan tanah 

      runtuh.

  -  Tekanan yang tinggi kepada  pelbagai sumber  alam akan 

      meningkatkan kadar eksplotasi  sumber & pelepasan pelbagai 

      enfluen  terhadap alam sekitar  - tingkatkan kejadian 

      pencemaran air , pencemaran udara  , jerebu  , hujan asid  dll.


       5.4. Langkah atasi Lebihan Penduduk.

Sediakan insentif  kawal kadar  kelahiran .

-  Tingkatkan taraf pendidikan  & usia perkahwinan .

-   Wujudkan Dasar Kependudukan  -  " Satu keluarga satu Anak ".

-   Galakkan  proses Emigrasi  keluar  negara.



6.0. Kurang Penduduk .

         6.1. Konsep.

-   Terjadi apabila  jumlah penduduk terlalu rendah berbanding 

     penawaran sumber  yang  terdapat di sesebuah negara.


         6.2. Faktor yang mewujudkan kurang penduduk.

Kadar kelahiran semulajadi  penduduk yang rendah .

-  Berlaku emigrasi keluar negara secara besar-besaran.



        6.3. Kesan kurang  penduduk alam  sekitar  manusia 

               /  sosioekonomi.


1. Kesan kepada Sosio Ekonomi.

    -  Kadar kelahiran akan menurun / jumlah penduduk 

         berkurangan.

    -  Bekalan sumber tenaga buruh  pada masa hadapan  semakin 

        berkurangan.

   -  Saiz pasaran  domestik  semakin  mengecil .

   -  Keselamatan  negara  semakin terancam .

   -  Banyak  sumber ekonomi tidak dapat  dijana / dieksplotasi  

       secara yang  optima.

   -  terpaksa bergantung  kepada tenaga buruh  asing.

   -  terdapat banyak  kawasan tanah subur  yang terbiar.


        6.4. Langkah atasi  Kesan  kurang Penduduk.

     -  Meningkatkan penggunaan  teknologi  dan automasi  

         digital .

     -  Meningkatkan  penggunaaan  sumber tenaga buruh asing.

     -  Menyediakan jadual kerja yang  lebih anjal .

     -  Meningkatkan umur persaraan .

      -  Meningkatkan kadar upah .

       -  Mewujudkan  mekanisme latihan  dalam pekerjaan   serta 

           meningkatkan mobiliti  pekerjaan antara buruh.




No comments:

Post a Comment