Tuesday 23 August 2022

 Info Geografi 

Pengurusan KK - Implimentasi Teori Tindell.

 ( kaedah Interprestasi Persekitaran ).




1.0. Pengenalan Teori Tindel.

Teori  ini  diasaskan oleh Freeman Tilden pada tahun 1877 .  Menggunakan elemen-elemen persekitaran sebagai elemen utama dalam proses pembelajaran  ,  menyebabkan ini banyak menggunakan elemen emosi dalam  menangani isu-isu yang dibincangkan /dipelajari . Enam prinsip asas Teori Tilden ialah :

1. Relate  / personal .

2. Reveal  / pendedahan .

3. Provoke  / provokasi .

4. Whole  /  menyeluruh .

5. Art / seni.

6. Children / kanak-kanak. 



2.0. Pengenalan Kerja Kursus 942/4.

Merupakan sebahagian daripada komponen penilaian di peringkat STPM . MESTI dilaksanakan untuk memenuhi syarat persijilan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ). Cakupan  kajian ini meliputi semua topik  dan  kemahiran   yang terdapat dapat  DSKP yang telah digarispandukan  dalam sukatan pelajaran .



3.0. Implimentasi Teori dalam Pengurusan KK 942/4  ( 2022 ) .


3.1. Kaedah Pengurusan  Kerja kursus 942/4.


3.1.1.  Menerima Tajuk tugsaan  ( Pra kajian ) .

i )  Meneliti kesesuaian tajuk  KK dengan ruang  , kekangan  dan peluang untuk  melaksanakan  KK dengan lebih baik  , mudah  dan berkesan .


3.1.2.  Mengenalpasti kawasan /lokasi kajian berdasarkan  aspek:       i )  Kewujudan elemen yang digarispandukan oleh tugsan .

ii)   Aspek keselamatan  dan kebolehkajian oleh pelajar .


3.1.3.  Menyediakan keperluan logistik kajian .

i)   Peralatan  / perkakasan perlu .

ii)  Pelbagai surat kebenaran .

iii) Agihan  kumpulan pelajar  dan penetapan tugasan. 


3.1.4.  Taklimat  Pengurusan  dan Pengendalian program .

Perbincangan meliputi  aspek :

i ) Pemilihan tajuk .

ii )  Pemilihan Lokasi . Pemilihan lokasi kajian  perlu mengambil kira  faktor  kebolehsampaian  pelajar  , keselamatan pelajar  , perkakasan kajian dan hasil dapatan kajian   , kebolehlenturan prosedur dan hasil dapatan kajian . 

iii)  Perbincangan prosedur pasca kajian . Elemen persediaan logistik sebelum pelaksanaan & pengendalian / turun ke lapangan .

iv)  Perbincangan prosedur semasa kajian . Penetapan  tarikh /hari /masa ke lapangan  , tindak  kerja  di lapangan  (  pemetaan kawasan  , penandaan  elemen  ,  pengiraan elemen  , perekodan dapatan  kajian  dan  pemerhatian  terhadap pelbagai aspek relevan kajian  serta  penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar yang terlibat . 

v)   Perbincangan prosedur post kajian . Penetapan tarikh dan pelaksanaan pelbagai segmen  penulisan laporan kajian   , rumusan pelaksanaan  dan  proses pembentangan  proses  dan  hasil dapatan kajian .


3.1.5.  Lawatan  ke kawasan kajian  ( semasa kajian ).

i )  Penetapan  lokasi  perjumpaan.

- Pastikan kawasan dipilih selamat .

- Pastikan kawasan dipilih mempunyai pelbagai elemen yang telah ditetapkan oleh soalan kajian .

- Pastikan  kawasan kajian mempunyai  darjah ketersampaian yang tinggi .

ii ) Pastikan kecukupan perkakasan kajian sebelum  kelapangan.

- Pancang kayu .

- Tali tape .

- Alatan tulisan.

iii) Bergerak ke lapangan .

- Surat kebenaran penjaga / pengetua diperolehi.

-  Kumpulkan  surat kebenaran  penjaga  dan failkan .

-  Tetapkan jadual  perjumpaan di lokasi kajian.

iv) Taklimat sebelum memulakan tugasan di lapangan .

- Arahan  kerja : - kerja berkumpulan , tugasan individu  , fokus kepada tugasan sampai tamat . Kumpulkan keseluruhan data dalam satu jadual .

- Taklimat keselamatan : - berhati-hati  ,  jaga tingkah laku  / pertuturan  / jangan bergurau dll.

v ) Memulakan proses pemetaan kawasan lapangan .

iv) Melaksanakan perbagai kaedah kajian di lokasi pemetaan kajian berdasarkan bidang tugasan yang telah digarispandukan oleh soalan. Perekodan dan foto setiap segmen kajian perlu dilaksanakan setiap  perubahan segmen kajian .

*Kajian di lapangan dianggap selesai sekiranya semua segmen kajian dilaksanakan  dan dapatan kajian relevan dengan objektif  kajian yang telah ditetapkan  oleh soalan  siap  direkodkan .


3.1.6. Aktiviti Post Lawatan ke Lapangan . ( Proses Penyediaan Laporan Kajian )

i)  Sediakan format penulisan laporan kajian  ( Rujuk kepada manual pelajar ).

ii ) Isi format penulisan laporan dengan pelbagai elemen dapatan kajian mengikut ketetapan yang telah digarispandukan dalam manual  pelajar  dan objektif kajian  meliputi aspek :

-  Ciri-ciri hutan  / tumbuh-tumbuhan .

Pemetaan  jenis spesis tumbukan di plot kawasan kajian : - Pilih kawasan 10 meter X 10 meter . Pecahkan lot kajian terhadap  4 bahagian . 1 Bahagian berukuran 5 meter X 5 meter .

-  Pengumpulan data ciri-ciri spesis tumbuhan di plot kawasan  kajian : -  Begerak  ke plot masing-masing  dan lihat  persamaan  dan perbezaan ciri tumbuh2an dari segi  jenis , daun , akar  , bunga  , lapisan kanopi  dll. Kira persamaan  dan perbezaan  dan rekodkan dalam jadual . Pastikan  semua dapatan kajian telah direkodkan .

-  Merumus spesis dominan tumbuh-tumbuhan di plot  kawasan  kajian : Kenalpasti tumbuhan yang dominan dalam kawasan ( rujuk himpunan data dalam jadual.

- Memerhati & membuat penilaian tentang :


   1. Faktor yang mempengaruhi serakan spesis di plot kawasan kajian .

-  Kenalpasti ciri-ciri sebaran tumbuh-tumbuhan  dan kaitkan  dengan aspek-aspek  di bawah  nih ( yang ada di kawasan kajian sahaja )  :

i. Bentuk muka bumi  ( gambarkan ciri-ciri bentuk muka bumi )

ii. Saliran @  pengairan  - mungkin ada sungai  / alur2 kecil  / paya  - yang mempengaruhi taburan dan pertumbuhan tumbuhan .

iii.Jenis tanih  - kenalpasti  jenis tanih  , ciri tanih  dan kaitkan dengan kesesuaian / ciri tumbuhan utama .

iv. Aktiviti manusia  - wujudkan pencerobohan hutan  / penerokaan  hutan   / pembalakan / pemungutan hasil hutan  dll

v.  Dasar kerajaan  - aktiviti pemuliharaan  / pewartaan kawasan hutan simpan  / kawasan perlindungan hutan  dll.

* ( Perlu ada pembuktian  faktor secara fotografi di kawasan  kajian ).

   


2.  Kepentingan biodiversiti  terhadap masyarakat setempat .

( Panduan  :  Teliti  jenis dan ciri tumbuhan  dan kaitkan dengan kegunaannya kepada  penduduk setempat )


* ( Perlu ada pembuktian  kepentingan   secara fotografi  di kawasan  kajian ).

   


3.  Plot kawasan kajian dalam prosfek pembangunan mapan pada masa hadapan .

( Teliti  dan fahami  kaitan  kawasan  dan sebaran tumbuhan  serta kepentingannya  pada masa hadapan ).

- Konsep pembangunan mapan  / pembangunan lestari .

-  Ciri-ciri  proses pembangunan  lestasi 

-  bangunan  berkonsepkan pembangunan  mapan /lestari  :        Bukti pembangunan mapan di kawasan kajian . Hal ini terbukti dengan : 


* ( Perlu ada pembuktian  prosfek pembangunan  mapan    secara fotografi  di kawasan  kajian ).



- Menyediakan  rumusan dapatan kajian .

Mesti dikaitkan  dengan objektif  kajian ( tercapai @ tidak ).

- Mesti ada elemen  nilai-nilai murni ( bertanggungjawab / disiplin/ketekunan  penduduk / mengutamakan kebersihan dll)

- Mesti ada semangat patriotisme ( rasa bangga / rasa sayang dll )


- Senarai rujukan .

- Ditulis mengikut format yang telah ditetapkan .

- Mesti lebih daripada 3 sumber yang berlainan .



Lampiran  untuk pelbagai sumber dan rujukan .

- Tersusun kemas .


3.2.0 . Laporan bergambar   sepanjang program dilaksanakan . 

- Photo  sebelum  dan semasa kajian di lapangan.

Bersedia untuk kelapangan  - apa-apa pun  .... makan  dulu .
Tkasih Cgu Azlina Tamjet kerana tolong uruskan makanan .

Proses pemetaan  kawasan  kajian .
Keluasan kawasan hanya 10 m X 10 m .



Pemberiaan arahan oleh guru pembimbing .
Steady otai yang masih berbisa .....

                    

Bantu pelajar membuat pemetaan kawasan .
Adoi la !........ keras tanahnya walaupun sekadar berpasir !..
.


Meneliti  dan cuba mengklasifikasikan  ciri-ciri
tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan .




Nak  menjustifikasikan  akar tumbuhan katanya.
Ikutkan anak-anakku !......
Asalkan dapat jawapan .






- Foto-foto dapatan kajian .
   ( Spesis tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan ) 


Antara spesis yang ditemui .










Anak-anak Geog.  sila rekodkan  penamuan-penemuan 
ini dalam  jadual yang telah disediakan  . Jangan  lupa !....




Ekspresi  wajah penuh keceriaan  dan  keterujaan  apabila selesai  di  lapangan . Moga seceria ini menghadapi hari-hari mendatang yang menjanjikan detik-detik kejayaan jika diusahakan secara berhemah . Inilah  untungnya anak-anak Geografi . 



Biar memori  terpahat di sini . Moga ukhwah  yang terbina
sentiasa  tersemat dan terpahat dihati ...




3.3.0. Rumusan  Program .

- Fasa Persediaan   - menepati  keperluan  pelajar / aktiviti .

- Fasa kelapangan  - walaupun singkat , berupaya memberi          ruang kepada pelajar untuk memperolehi   data-data yang            diperlukan.

- Fasa penulisan hasil kajian - 


#sekolahkitaacuankita.


 Info 3R :

Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan          ( IPdJ )  barangan 3R

( Sesi  3/2022 )


1. Pengenalan :

Sesi jualan 3/2022 merupakan  Pungutan  dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R yang menjadi antara aktiviti  utama penubuhan kelab Alam Sekitar dan Kitar Semula . Tempoh masa 5 bulan  PKP yang terakhir menghasilkan jumlah pengumulan yang agak banyak . 


2.0 Maklumat  Program :

       2.1. Tarikh :  23  OGOS   2022.

       2.2. Lokasi :  STOR  PENGUMPULAN BARANGAN 

                              3R .

       2.3. Keterlibatan : SWCorp  Rompin  , warga sek.

     

3.0 Foto-foto berkaitan : 













Sunday 21 August 2022

 Catatan  Perjalanan : 

Projek Rintis Sesiaran  Biodiversiti  .

( Gabungan SLAAS ,  PerKISS dan Pendidikan Penerapan Pemuliharaan Biodiversiti )


1.0. Pengenalan 

Merupakan projek / program rintis bagi  tugasan selepas menghadiri kursus Pendidikan Penerapan Pemuliharaan Alam Sekitar anjuran  Kementerian Pendidikan Malaysia  ( KPM )  dengan  Kementerian Sumber Asli dan Teknologi Hijau   melalui Institut  Penyelidikan  Perhutanan Malaysia . ( FRIM ).



2.0 Konsep Program / Projek .

Satu usaha pihak SMK Rompin  melalui  Kelab Alam Sekitar             ( KAS )  & Kelab Kitar Semula ( K3R ) merangka  dan merancang  satu program yang lebih menyeluruh berkaitan dengan pengurusan  dan pemuliharaan  pelbagai  biodiversiti . Melalui  gagasan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ( SLAAS ) ,  pelbagai elemen  PerKISS ( Pertandingan Kitar Semula)  dan Pendidikan Penerapan Pemuliharaan Biodiversiti  akan digabungkan . 



Elemen  komponen  utama dalam ketiga-tiga program yang mempunyai  persamaan ialah :

1. Elemen pentadbiran  / pengurusan .

2. Elemen  kurikulum.

3. Elemen  Kokurikulum.

4. Elemen  Penghijauan 

4. Elemen-elemen khas .






3.0 Latar Belakang Program / Projek :


3.1. Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar / SLAAS   

- Dilancarkan pada tahun 2013.

- Di awal penubuhan  , bergerak sebagai KOKURIA di bawah  pengurusan Panitia Geografi.

- Menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.

- Sejarah menyertai pertandingan SLAAS 2013  

   * Tidak melepasi tahap  penilaian  awal .

- Foto bergambar :







i)  SLAAS 2022.

-  Penyertaan yang kedua  dan lebih menyeluruh.

-  Menggabungkan  elemen PerKISS  yang telah  sediaada                menyebabkan  persediaan lebih  menyakinkan .

-  Persamaan  elemen yang dinilai  antara  PerKISS  memudahkan laporan  penyertaan  disediakan . Berupaya menyediakan 84 muka surat laporan  SLAAS 2022 .

-  Pencapaian  dalam   SLAAS 2022 :

    Naib Johan  Peringkat Negeri Pahang .

-  Foto  bergambar :










3.2. PerKISS.

- Dimulakan pada tahun 2013 sebagai Kelab Alam Sekitar  dan 

     bergerak  di bawah pengurusan panitia Geografi .

   Penyertaan pertama ialah Pertandingan  SLAAS 2013.

-  Tahun 2014  - 2016  :  Kelab Alam Sekitar menjadi tidak aktif . 

    Masalah tiada penggerak . Pengasas kelab  ada masalah kesihatan 

-   2017 : Kelab Alam Sekitar  mendapat tawaran  menyertai Laman 

      LA21  anuran Majlis Daerah Rompin  ( Mendapat saguhati ).

-    Tamat penyertaan Pertandingan  Laman LA21  , diberi peluang 

       sekali lagi untuk menyertai  Pertandingan Kitar  Semula 

       Sekolah-sekolah  anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia      

       ( KPM ) dengan  KPKT melalui  SWCorp .

-   Menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah   

    ( PerKISS ) bermula tahun 2017 , 2019 , 2020/21 , 2022 .

- Sejarah Penyertaan  Pertandingan  :

i)  PerKISS Tahun 2017 ( Peringkat Negeri Pahang ).

   * JOHAN kategori  Pembudayaan Kitar Semula .

   * KETIGA kategori Jualan Barangan kitar semula tertinggi.

- Foto bergambar :





Program Perasmian Asing  dan Kitar Semula 
peringkat SMK Rompin .








Paparan-paparan Program Inisiatif Pengumpulan 
 dan   Jualan  (  IPdJ  )  barangan 3R 






Program Inisiatif  Penghijauan 3R.




Paparan-paparan  sesi  penyampaian anugerah 
 PerKISS 2017.


Keratan akhbar berkaitan aktiviti 3R.



ii)  PerKISS Tahun 2019 ( Peringkat Negeri Pahang )  .

   * SAGUHATI  kategori   Jualan Barangan kitar semula tertinggi.

   * Menerima Grand / Wang off  - Insentif Pembitaraan program 

       Kitar Semula / RM 1000.00

- Foto bergambar :

Memasang  dan menyiapkan  paparan Sudut Geografi
di Laluan Tingkatan 6 .
Semoga bermanfaat  untuk semua .


Lawatan ke pusat Pemuliharaan Gajah , 
Kuala Gandah  , Lanchang ,Temerloh .


Lawatan di Deerlands  , Lancang  , Temerloh .
Merasai sentuhan  pelbagai haiwan . Amat menyeronokkan .


Lawatan Sambil belajar ke Cameron Highland 


Program Penghijauan 3R di laman Tingkatan 6 .


Projek Inisiatif  Prasarana  3R Blok Tingkatan 6
Menyediakan  dan menyiapkan  stor / tempat pengumpulan
Barangan 3R  2018 /2019.





Proses menimbang barangan 3R  yang dilakukan dalam
Program  Inisiatif  Pungut dan Jualan ( IPdJ ) barangan 3R
tahun 2019.





Paparan-paparan  semasa  anugerah PerKISS 2019 dijalankan.



iii)  PerKISS Tahun 2020/21 ( Peringkat Negeri Pahang )  .

   * JOHAN kategori  khas / Jualan Tin Aluminium tertinggi.

   * KETIGA kategori Jualan Barangan kitar semula tertinggi.

- Foto bergambar :

Sebahagian peserta Program Penghijauan 3R.




Program Pementoran Kursus Kesukarelawan ( GS1000 )
siswa Universiti Malaya ( UM )


Antara penyertaan dalam  Pertandingan Video
 bertemakan alam sekitar .



Proses jualan barangan 3R  yang terkumpul 
dalam stor  /pusat  pengumpulan barangan 3R.


Program Inisiatif Asing di Punca cuba diimplientasikan
dalam pengurusan barangan 3R yang dikumpulkan 
dalam bilik kebal 




Paparan menunjukkan ahli K3R SMK Rompin
sedang melengkapkan  sangkar dawai 
untuk Program Inisiatif Asing di Punca 
( IAdP ) 3R  SMK Rompin .




Penyampaian hasil jualan barangan 3R
kepada penjual  KAPTEN /  Persatuan Pelajar T6 ) 







Program Inisiatif Prasarana  3R 2020/2021
Menyiapsiagakan  Stor Pengumpulan Barangan 3R.
ICON  ( Program Pungutan dan Jualan barangan 3R )






Team K3R bersama Pengetua meraikan kemenangan
PerKISS 2020/21.


Penyampaian  hadiah kepada pemenang  pertandingan 
Kesedaran Kecekapan Tenaga Elektik di rumah .
Saguhati kategori individu  Peringkat Kebangsaan.



PerKISS 2020/21.


Pertandingan Kecekapan Tenaga Elektrik di rumah 2020/21
Johan kategori penyertaan tertinggi peringkat negeri Pahang.


iv)  PerKISS Tahun 2022  ( Peringkat Negeri Pahang )  .

   * JOHAN kategori  khas / Jualan Tin Aluminium tertinggi.

   * KETIGA kategori Jualan Barangan kitar semula tertinggi.

- Foto bergambar :




3.3. Pendidikan Penerapan Pemuliharaan 

         Biodiversiti.

- Dilancarkan pada tahun 2013.

- Di awal penubuhan  , bergerak sebagai KOKURIA di bawah  pengurusan Panitia Geografi.

- Menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.

- Foto bergambar :



4.0. Objektif  Program / Projek.


5.0. Implimentasi Program / Projek :