Thursday 11 August 2022

 Catatan  Perjalanan :

MAHA 2022 

( Pameran Pertanian , Hortikaltur dan Agro pelancongan  Malaysia )

(  Imbasan Perjalanan )


1.0. Pengenalan :

-  Berlangsung di  Pusat Konvensyen MAEPS  , Serdang  , Selangor.

- Menghimpunkan  pelbagai  jenis pemain  industri sektor  pertanian  , penternakan dan perikanan , pelbagai agensi  kerajaan yang terlibat dan pelbagai sektor industri pemprosesan & pembuatan  serta  sektor agro pelancongan .

- Antara  aktiviti yang  boleh disertai  sepanjang MAHA berlangsung  ialah :

1.0.  Agro Trade  :

- Melibatkan aktiviti perniagaan dan  padanan perniagaan serta mempromosi pelbagai  produk  tempatan  dan antarabangsa.

2.0.  Agro Edutainment 

- Mempromosi  dan memberi kesedaran  tentang  kepentingan  sektor agromakanan  dalam menjamin  sumber bekalan  makanan negara .

3.0.  Agro Lifestyle

- Mempamerkan gaya hidup  keluarga agar serta aktiviti-aktiviti nilai tambah  di sepanjang nilai rantaian agromakanan ( kesan pengganda perkembangan sektor agromakanan ).

4.0.  Agro Youth

-  Aktiviti  dan promosi pakej-pakej kerjaya  dan keusahawanan tani  mudasebagai pelapis  dan jaminan masa hadapan  pertanaian negara.

5.0. Agro Tourism

- Mengenengahkan  pelbagai pakej percutian  dan aktiviti  menarik  daripada lebih  100 pusat agropelancongan  di seluruh negara.

6.0. Agro Tech.

- Mempamerkan  pelbagai  inovasi  penggunaan  input ,  teknologi  dan jentera  terkini dalam sektor pertanian  , penternakan  dan perikanan serta  industri pemprosesan .

7.0. Agro Job Fair .

- Mempamerkan segmen  promosi  potensi  serta peluang-peluang  pekerjaan yang terdapat dapat dalam sektor  pertanian  , perikanan dan penternakan .



2.0. Gambar :

Lokasi  dan zon  pameran 




Info Kaedah Pertanian Mesra Alam  / myGAP 

















No comments:

Post a Comment