Tuesday 23 August 2022

 Info Geografi 

Pengurusan KK - Implimentasi Teori Tindell.

 ( kaedah Interprestasi Persekitaran ).




1.0. Pengenalan Teori Tindel.

Teori  ini  diasaskan oleh Freeman Tilden pada tahun 1877 .  Menggunakan elemen-elemen persekitaran sebagai elemen utama dalam proses pembelajaran  ,  menyebabkan ini banyak menggunakan elemen emosi dalam  menangani isu-isu yang dibincangkan /dipelajari . Enam prinsip asas Teori Tilden ialah :

1. Relate  / personal .

2. Reveal  / pendedahan .

3. Provoke  / provokasi .

4. Whole  /  menyeluruh .

5. Art / seni.

6. Children / kanak-kanak. 



2.0. Pengenalan Kerja Kursus 942/4.

Merupakan sebahagian daripada komponen penilaian di peringkat STPM . MESTI dilaksanakan untuk memenuhi syarat persijilan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ). Cakupan  kajian ini meliputi semua topik  dan  kemahiran   yang terdapat dapat  DSKP yang telah digarispandukan  dalam sukatan pelajaran .



3.0. Implimentasi Teori dalam Pengurusan KK 942/4  ( 2022 ) .


3.1. Kaedah Pengurusan  Kerja kursus 942/4.


3.1.1.  Menerima Tajuk tugsaan  ( Pra kajian ) .

i )  Meneliti kesesuaian tajuk  KK dengan ruang  , kekangan  dan peluang untuk  melaksanakan  KK dengan lebih baik  , mudah  dan berkesan .


3.1.2.  Mengenalpasti kawasan /lokasi kajian berdasarkan  aspek:       i )  Kewujudan elemen yang digarispandukan oleh tugsan .

ii)   Aspek keselamatan  dan kebolehkajian oleh pelajar .


3.1.3.  Menyediakan keperluan logistik kajian .

i)   Peralatan  / perkakasan perlu .

ii)  Pelbagai surat kebenaran .

iii) Agihan  kumpulan pelajar  dan penetapan tugasan. 


3.1.4.  Taklimat  Pengurusan  dan Pengendalian program .

Perbincangan meliputi  aspek :

i ) Pemilihan tajuk .

ii )  Pemilihan Lokasi . Pemilihan lokasi kajian  perlu mengambil kira  faktor  kebolehsampaian  pelajar  , keselamatan pelajar  , perkakasan kajian dan hasil dapatan kajian   , kebolehlenturan prosedur dan hasil dapatan kajian . 

iii)  Perbincangan prosedur pasca kajian . Elemen persediaan logistik sebelum pelaksanaan & pengendalian / turun ke lapangan .

iv)  Perbincangan prosedur semasa kajian . Penetapan  tarikh /hari /masa ke lapangan  , tindak  kerja  di lapangan  (  pemetaan kawasan  , penandaan  elemen  ,  pengiraan elemen  , perekodan dapatan  kajian  dan  pemerhatian  terhadap pelbagai aspek relevan kajian  serta  penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar yang terlibat . 

v)   Perbincangan prosedur post kajian . Penetapan tarikh dan pelaksanaan pelbagai segmen  penulisan laporan kajian   , rumusan pelaksanaan  dan  proses pembentangan  proses  dan  hasil dapatan kajian .


3.1.5.  Lawatan  ke kawasan kajian  ( semasa kajian ).

i )  Penetapan  lokasi  perjumpaan.

- Pastikan kawasan dipilih selamat .

- Pastikan kawasan dipilih mempunyai pelbagai elemen yang telah ditetapkan oleh soalan kajian .

- Pastikan  kawasan kajian mempunyai  darjah ketersampaian yang tinggi .

ii ) Pastikan kecukupan perkakasan kajian sebelum  kelapangan.

- Pancang kayu .

- Tali tape .

- Alatan tulisan.

iii) Bergerak ke lapangan .

- Surat kebenaran penjaga / pengetua diperolehi.

-  Kumpulkan  surat kebenaran  penjaga  dan failkan .

-  Tetapkan jadual  perjumpaan di lokasi kajian.

iv) Taklimat sebelum memulakan tugasan di lapangan .

- Arahan  kerja : - kerja berkumpulan , tugasan individu  , fokus kepada tugasan sampai tamat . Kumpulkan keseluruhan data dalam satu jadual .

- Taklimat keselamatan : - berhati-hati  ,  jaga tingkah laku  / pertuturan  / jangan bergurau dll.

v ) Memulakan proses pemetaan kawasan lapangan .

iv) Melaksanakan perbagai kaedah kajian di lokasi pemetaan kajian berdasarkan bidang tugasan yang telah digarispandukan oleh soalan. Perekodan dan foto setiap segmen kajian perlu dilaksanakan setiap  perubahan segmen kajian .

*Kajian di lapangan dianggap selesai sekiranya semua segmen kajian dilaksanakan  dan dapatan kajian relevan dengan objektif  kajian yang telah ditetapkan  oleh soalan  siap  direkodkan .


3.1.6. Aktiviti Post Lawatan ke Lapangan . ( Proses Penyediaan Laporan Kajian )

i)  Sediakan format penulisan laporan kajian  ( Rujuk kepada manual pelajar ).

ii ) Isi format penulisan laporan dengan pelbagai elemen dapatan kajian mengikut ketetapan yang telah digarispandukan dalam manual  pelajar  dan objektif kajian  meliputi aspek :

-  Ciri-ciri hutan  / tumbuh-tumbuhan .

Pemetaan  jenis spesis tumbukan di plot kawasan kajian : - Pilih kawasan 10 meter X 10 meter . Pecahkan lot kajian terhadap  4 bahagian . 1 Bahagian berukuran 5 meter X 5 meter .

-  Pengumpulan data ciri-ciri spesis tumbuhan di plot kawasan  kajian : -  Begerak  ke plot masing-masing  dan lihat  persamaan  dan perbezaan ciri tumbuh2an dari segi  jenis , daun , akar  , bunga  , lapisan kanopi  dll. Kira persamaan  dan perbezaan  dan rekodkan dalam jadual . Pastikan  semua dapatan kajian telah direkodkan .

-  Merumus spesis dominan tumbuh-tumbuhan di plot  kawasan  kajian : Kenalpasti tumbuhan yang dominan dalam kawasan ( rujuk himpunan data dalam jadual.

- Memerhati & membuat penilaian tentang :


   1. Faktor yang mempengaruhi serakan spesis di plot kawasan kajian .

-  Kenalpasti ciri-ciri sebaran tumbuh-tumbuhan  dan kaitkan  dengan aspek-aspek  di bawah  nih ( yang ada di kawasan kajian sahaja )  :

i. Bentuk muka bumi  ( gambarkan ciri-ciri bentuk muka bumi )

ii. Saliran @  pengairan  - mungkin ada sungai  / alur2 kecil  / paya  - yang mempengaruhi taburan dan pertumbuhan tumbuhan .

iii.Jenis tanih  - kenalpasti  jenis tanih  , ciri tanih  dan kaitkan dengan kesesuaian / ciri tumbuhan utama .

iv. Aktiviti manusia  - wujudkan pencerobohan hutan  / penerokaan  hutan   / pembalakan / pemungutan hasil hutan  dll

v.  Dasar kerajaan  - aktiviti pemuliharaan  / pewartaan kawasan hutan simpan  / kawasan perlindungan hutan  dll.

* ( Perlu ada pembuktian  faktor secara fotografi di kawasan  kajian ).

   


2.  Kepentingan biodiversiti  terhadap masyarakat setempat .

( Panduan  :  Teliti  jenis dan ciri tumbuhan  dan kaitkan dengan kegunaannya kepada  penduduk setempat )


* ( Perlu ada pembuktian  kepentingan   secara fotografi  di kawasan  kajian ).

   


3.  Plot kawasan kajian dalam prosfek pembangunan mapan pada masa hadapan .

( Teliti  dan fahami  kaitan  kawasan  dan sebaran tumbuhan  serta kepentingannya  pada masa hadapan ).

- Konsep pembangunan mapan  / pembangunan lestari .

-  Ciri-ciri  proses pembangunan  lestasi 

-  bangunan  berkonsepkan pembangunan  mapan /lestari  :        Bukti pembangunan mapan di kawasan kajian . Hal ini terbukti dengan : 


* ( Perlu ada pembuktian  prosfek pembangunan  mapan    secara fotografi  di kawasan  kajian ).



- Menyediakan  rumusan dapatan kajian .

Mesti dikaitkan  dengan objektif  kajian ( tercapai @ tidak ).

- Mesti ada elemen  nilai-nilai murni ( bertanggungjawab / disiplin/ketekunan  penduduk / mengutamakan kebersihan dll)

- Mesti ada semangat patriotisme ( rasa bangga / rasa sayang dll )


- Senarai rujukan .

- Ditulis mengikut format yang telah ditetapkan .

- Mesti lebih daripada 3 sumber yang berlainan .



Lampiran  untuk pelbagai sumber dan rujukan .

- Tersusun kemas .


3.2.0 . Laporan bergambar   sepanjang program dilaksanakan . 

- Photo  sebelum  dan semasa kajian di lapangan.

Bersedia untuk kelapangan  - apa-apa pun  .... makan  dulu .
Tkasih Cgu Azlina Tamjet kerana tolong uruskan makanan .

Proses pemetaan  kawasan  kajian .
Keluasan kawasan hanya 10 m X 10 m .



Pemberiaan arahan oleh guru pembimbing .
Steady otai yang masih berbisa .....

                    

Bantu pelajar membuat pemetaan kawasan .
Adoi la !........ keras tanahnya walaupun sekadar berpasir !..
.


Meneliti  dan cuba mengklasifikasikan  ciri-ciri
tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan .




Nak  menjustifikasikan  akar tumbuhan katanya.
Ikutkan anak-anakku !......
Asalkan dapat jawapan .






- Foto-foto dapatan kajian .
   ( Spesis tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan ) 


Antara spesis yang ditemui .










Anak-anak Geog.  sila rekodkan  penamuan-penemuan 
ini dalam  jadual yang telah disediakan  . Jangan  lupa !....




Ekspresi  wajah penuh keceriaan  dan  keterujaan  apabila selesai  di  lapangan . Moga seceria ini menghadapi hari-hari mendatang yang menjanjikan detik-detik kejayaan jika diusahakan secara berhemah . Inilah  untungnya anak-anak Geografi . 



Biar memori  terpahat di sini . Moga ukhwah  yang terbina
sentiasa  tersemat dan terpahat dihati ...




3.3.0. Rumusan  Program .

- Fasa Persediaan   - menepati  keperluan  pelajar / aktiviti .

- Fasa kelapangan  - walaupun singkat , berupaya memberi          ruang kepada pelajar untuk memperolehi   data-data yang            diperlukan.

- Fasa penulisan hasil kajian - 


#sekolahkitaacuankita.


No comments:

Post a Comment