Friday, 30 September 2022

 Info  SLAAS  /  PerKISS  2022 :

GOTONG ROYONG  PERDANA           SMK ROMPIN

TAHUN  2022


1.0.  Pengenalan .

Anjuran bersama  K3R SMK Rompin  dengan  PIBG SMK Rompin . Melibatkan  rakan-rakan strategik  di bawah  program Rakan Khidmat Masyarakat  seperti  Yayasan Pahang Platations Sdn Bhd  , SWCorp Daerah Rompin  , Alam Flora  Daerah Rompin  dan Majlis Daerah Rompin .  

Program ini bertujuan meningkatkan  kesiapsiagaan  / keselesaan  / persekitaran  sekolah  agar sesuai dengan peranan  sekolah  yang dapat menyediakan  persekitaran selesa  dan selamat buat pelajar untuk belajar serta warga kerja sekolah keseluruhannya .

Program  ini juga bertujuan untuk mewujud  dan  meningkatkan  jaringan kerjasama  antara  pihak sekolah dengan pelbagai agensi  kerajaan  dan penduduk setempat . Dengan kerjasama  yang akrab  ,  diharapkan  semua usaha dapat digembelingkan  untuk mengangkat  kejayaan sekolah ke tempat yang sepatutnya .


2.0.  Maklumat  Umum :

Aktiviti  utama :

1. Mencantas  dahan  & menebang  pokok yang  kurang menyumbang kepada keceriaan kawasan dan menjejaskan  keselamatan  warga  sekolah .

2. Membersihkan  bilik kelas  dan  bilik-bilik khas.

3. Membersihkan  kawasan-kawasan  angkat /khas.


3.0. Terbahagi  kepada  2 Fasa .

Fasa  1  :   ( Fasa  Menebang  pokok  / mencantas  pokok ) 

-   Tarikh :  24/09/2022 ( SABTU )

-   Masa   :   8.30 pagi  - 12.00 Tengah hari.

-   Lokasi :  Kawasan  luar / dalam kawasan sekolah .


4.0. Laporan bergambar . 



Antara pelajar yang telibat dalam program .


Ucapan  ringkas  YDP PIBG SMK Rompin.

Sekalong titpan doa agar majlis dipermudahkan .


Upacara Penanaman  bunga  oleh  YDP  PIBG , 
simbolik  pelancaran Program Gotong Royong.


Melengkapkan pelancaran program  ,
Tn. pengetua SMKR menyertai upacara menanam 
bunga sebagai simbolik .



Sebahagian  daripada aktiviti  mencantas  dahan-dahan 
pokok yang mengganggu keceriaan  dan keselamatan kawasan.  


Aktiviti kitar  semula juga dilakukan . Sebahagian daripada
barangan 3R dari blok Ting. 6 . T/Kasih warga Ting. 6 atas 
usaha dan inisiatif .







Antara pengisian  utama program   - Mengecat pagar sekolah .
Moga menceriakan lagi kawasan hadapan yang agak kusam .















Aktiviti menceriakan kelas & bilik khas. Moga 
berupaya menyediakan ruang pembelajaran yang kondukif 
terhadap proses pembelajaran semasa.


Sedikit kudapan  untuk  para sukarelawan  program .
Terima kasih  PIBG SMK   atas  sumbangan terhadap  kami semua.


Fasa 2  :  ( Fasa Pengemasan  Total )

-   Tarikh :  21/09/2022 ( RABU ) .

-   Masa   : 9.30 Pagi   -  12.00 Tengah hari .

-   Lokasi  :  Hadapan PSS  dan Hadapan Garaj 

                     Kenderaan  Guru .

- Keterlibatan : 

                    1. Warga SMK Rompin.

                    2. Staf  pembersihan Alam Flora Rompin.

                    3. Staf pembersihan Majlis Daerah Rompin


5.0. Laporan  Bergambar :







Sebahagian daripada warga SMK Rompin  yang terlibat 
dalam program pembersihkan / pengemasan kawasan fasa 2. 








Penggunaan kenderaan  RORO sumbangan  Majlis Daerah Rompin
( MDR ) membantu  memudahkan  urusan pengendalian  program 
Gotong Royong Perdana .


Tkasih  Alam Flora  Rompin  yang menyediakan  JCB 
 untuk memudahkan urusan pengemasan kawasan . Terima kasih
juga kepada En. Mawi / SWCorp Rompin  yang menjadi kordinator


                           



3.0  Rumusan Program :

Alhamdulilah  .... berjaya disempurnakan  dengan baik . penggunaan lori  roro  dan JCB  berupaya  memudahkan urusan pengemasan sisa-sisa cantasan   dan tebangan .  Terima kasih rakan strategik  K3R  SMKR ( MDR  , SWCorp  dan Alam Flora ) yang bersedia menyediakan  JCB  dan lori roro . Sekalong ucapan terima kasih juga kepada  warga SMKR  yang membantu menjayakan program ini  dari awla hingga akhir .  Moga usaha  kita sentiasa  mendapat redha Allah .......   Tkasih .


#Sekolahkitaacuankita.

#smkrhebat.

 Info  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama        ( Lokasi  1 - SMK PALONG  7  )

       - Daerah Jempol / Jelebu , N. 9  .           


 

1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  SPM daerah Jempol  dan Jelebu  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program :

Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022,

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 11.25  Tengah hari.

Lokasi  :  SMK Palong  7  , Jempol  , N. Sembilan.

Anjuran  : Panitia Geografi  PPD   Daerah Jempol / Jelebu .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Palong 7 , Jempol .

                 2. SMK  Bahau . 

                 3.  SMK  Alam Beraja  , Jempol .

Jumlah Pelajar ; 60 orang.

Jumlah guru    :  05 orang .



3.0. Foto Program .








Antara  pengisian  slot .
Tekun mereka  mendengar  dan mencatat . 
Moga  bermanfaat  dan membantu  kelak.


Bersama Cgu  Shukran / Guru Geog SMK Palong 7 , 
Orang kuat program .
Tahniah atas usaha  dan kegigihan  penganjuran .


Bersama guru pengiring  daripada sekolah-sekolah
yang telibat  dalam program  tranformasi  peperiksaan 2022,


Tkasih Pn. Pengetua & pihak penganjur . 
Moga dimurahkan rezaki  dan dikurniakan kejayaan
yang cemerlang  untuk anak-anak  Geografi 
dalam SPM 2022.


Alhamdulillah ..... selesai program kita.
Foto kenangan untuk semua .
Moga ingat kepada panduan-panduan yang diberikan .
Usaha  dan iringkan dengan doa ,
kerana 
kita hanyalah manusia biasa .
Moga kalian cemerlang semuanya !.......



4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  JPN N9 yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  wadah kebitaraan . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  daerah  Jempol  dan Jelebu kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . 



5.0. Result  SPM 2022  / Rumusan  .


Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Palong 7 . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.



 Info : Pendididkan  Pemuliharaan  Biodiversiti   dalam  Proses Pembelajaran dan Pembelajaran.

 

1.0. Pengenalan .

- Merupakan kesimanbungan  program induk yang dilaksanakan secara on line dalam bulan Oktober 2021 dan bersemuka  pada bulan Disember  tahun yang sama . Berikut adalah maklumat  libat urus program .

1.1.  Tarikh : 27 - 28.9.2022.

1.2.  Tempat : Taman Negeri Rompin , Kuala Rompin , Pahang.

1.3.   Objektif  Libat urus :  Menilai kembali pelaksanaan program    ( penyemakan  RPH   , membincangkan isu-isu berkaitan   dan melihat ruang-ruang  & peluang untuk usahasama bagi terus meningkat dan menggalakkan  perkembangan program yang sama 

1.4. Pengisian Program : Slot Pembentangan RPH   & perbengkelan  , Rainsfores Prelude Tour  , Night walk  dan berkayak  ( aktiviti rekreasi )


2.0. Foto Bergambar.







Sesi  perbengkelan .
Pembentangan tentang pengisian program yang telah 
dirancang  dan dilaksanakan . 





















Sesi riadah  dan kenali  alam sekitar kita .
Masih di Taman Negeri  Rompin ,
Kuala Rompin .



Singgah dan  menyantuni Projek Sesiaran Biodiversiti.
SMK  Rompin.
Hanya bilis  -  ole-ole dari kami di SMK Rompin .
Tkasih Pn. Azyyati dan Cik Nurul Ain ( FRIM )



3.0. Rumusan .

Alhamdulillah  .... Berupaya mewujudkan kesatuan  tindakan untuk mengangkat  Program Pemuliharaan  Biodiversiti dalam Pdpc daerah Rompin sebagai satu projek rintis dalam usaha mengenengahkan  elemen tersebut dalam arus pendidikan agar selari dengan usaha kerajaan menerapkan elemen mesra alam dalam proses pembangunan negara .