Friday 30 September 2022

 Info  SLAAS  /  PerKISS  2022 :

GOTONG ROYONG  PERDANA           SMK ROMPIN

TAHUN  2022


1.0.  Pengenalan .

Anjuran bersama  K3R SMK Rompin  dengan  PIBG SMK Rompin . Melibatkan  rakan-rakan strategik  di bawah  program Rakan Khidmat Masyarakat  seperti  Yayasan Pahang Platations Sdn Bhd  , SWCorp Daerah Rompin  , Alam Flora  Daerah Rompin  dan Majlis Daerah Rompin .  

Program ini bertujuan meningkatkan  kesiapsiagaan  / keselesaan  / persekitaran  sekolah  agar sesuai dengan peranan  sekolah  yang dapat menyediakan  persekitaran selesa  dan selamat buat pelajar untuk belajar serta warga kerja sekolah keseluruhannya .

Program  ini juga bertujuan untuk mewujud  dan  meningkatkan  jaringan kerjasama  antara  pihak sekolah dengan pelbagai agensi  kerajaan  dan penduduk setempat . Dengan kerjasama  yang akrab  ,  diharapkan  semua usaha dapat digembelingkan  untuk mengangkat  kejayaan sekolah ke tempat yang sepatutnya .


2.0.  Maklumat  Umum :

Aktiviti  utama :

1. Mencantas  dahan  & menebang  pokok yang  kurang menyumbang kepada keceriaan kawasan dan menjejaskan  keselamatan  warga  sekolah .

2. Membersihkan  bilik kelas  dan  bilik-bilik khas.

3. Membersihkan  kawasan-kawasan  angkat /khas.


3.0. Terbahagi  kepada  2 Fasa .

Fasa  1  :   ( Fasa  Menebang  pokok  / mencantas  pokok ) 

-   Tarikh :  24/09/2022 ( SABTU )

-   Masa   :   8.30 pagi  - 12.00 Tengah hari.

-   Lokasi :  Kawasan  luar / dalam kawasan sekolah .


4.0. Laporan bergambar . 



Antara pelajar yang telibat dalam program .


Ucapan  ringkas  YDP PIBG SMK Rompin.

Sekalong titpan doa agar majlis dipermudahkan .


Upacara Penanaman  bunga  oleh  YDP  PIBG , 
simbolik  pelancaran Program Gotong Royong.


Melengkapkan pelancaran program  ,
Tn. pengetua SMKR menyertai upacara menanam 
bunga sebagai simbolik .



Sebahagian  daripada aktiviti  mencantas  dahan-dahan 
pokok yang mengganggu keceriaan  dan keselamatan kawasan.  


Aktiviti kitar  semula juga dilakukan . Sebahagian daripada
barangan 3R dari blok Ting. 6 . T/Kasih warga Ting. 6 atas 
usaha dan inisiatif .







Antara pengisian  utama program   - Mengecat pagar sekolah .
Moga menceriakan lagi kawasan hadapan yang agak kusam .















Aktiviti menceriakan kelas & bilik khas. Moga 
berupaya menyediakan ruang pembelajaran yang kondukif 
terhadap proses pembelajaran semasa.


Sedikit kudapan  untuk  para sukarelawan  program .
Terima kasih  PIBG SMK   atas  sumbangan terhadap  kami semua.


Fasa 2  :  ( Fasa Pengemasan  Total )

-   Tarikh :  21/09/2022 ( RABU ) .

-   Masa   : 9.30 Pagi   -  12.00 Tengah hari .

-   Lokasi  :  Hadapan PSS  dan Hadapan Garaj 

                     Kenderaan  Guru .

- Keterlibatan : 

                    1. Warga SMK Rompin.

                    2. Staf  pembersihan Alam Flora Rompin.

                    3. Staf pembersihan Majlis Daerah Rompin


5.0. Laporan  Bergambar :







Sebahagian daripada warga SMK Rompin  yang terlibat 
dalam program pembersihkan / pengemasan kawasan fasa 2. 








Penggunaan kenderaan  RORO sumbangan  Majlis Daerah Rompin
( MDR ) membantu  memudahkan  urusan pengendalian  program 
Gotong Royong Perdana .


Tkasih  Alam Flora  Rompin  yang menyediakan  JCB 
 untuk memudahkan urusan pengemasan kawasan . Terima kasih
juga kepada En. Mawi / SWCorp Rompin  yang menjadi kordinator


                           



3.0  Rumusan Program :

Alhamdulilah  .... berjaya disempurnakan  dengan baik . penggunaan lori  roro  dan JCB  berupaya  memudahkan urusan pengemasan sisa-sisa cantasan   dan tebangan .  Terima kasih rakan strategik  K3R  SMKR ( MDR  , SWCorp  dan Alam Flora ) yang bersedia menyediakan  JCB  dan lori roro . Sekalong ucapan terima kasih juga kepada  warga SMKR  yang membantu menjayakan program ini  dari awla hingga akhir .  Moga usaha  kita sentiasa  mendapat redha Allah .......   Tkasih .


#Sekolahkitaacuankita.

#smkrhebat.

No comments:

Post a Comment