Info Jejak Guru Cemerlang 2022 :
" BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI " Kecemerlangan Dirintis Bersama ( Lokasi 1 - SMK PALONG 7 )
- Daerah Jempol / Jelebu , N. 9 .
1.0. Pengenalan .
Sesi perkongsian pengalaman dan motivasi pembelajaran kepada calon-calon SPM daerah Jempol dan Jelebu sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada semua pelajar yang terlibat untuk melihat prosfektif m/pelajaran Geografi dalam kontaks ruang yang lebih luas dalam meneruskan pendidikan / pelajaran dan peluasan kerjaya pada masa hadapan .
Keupayaan mendedahkan pelajar tentang isi kandungan pembelajaran , kaedah pembelajaran serta ruang lingkup kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan jelas tentang kemahuan dan persediaan untuk membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai . Ruang ini juga akan berupaya dan membolehkan mereka memahami fokus dan cakupan fakta serta kaedah menggaluran jawapan yang lebih tepat dalam usaha memberi ruang perolehan markah yang lebih luas dalam setiap peperiksaan yang bakal dihadapi .
2.0. Maklumat Program :
Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022,
Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.
Masa : 9.00 Pagi - 11.25 Tengah hari.
Lokasi : SMK Palong 7 , Jempol , N. Sembilan.
Anjuran : Panitia Geografi PPD Daerah Jempol / Jelebu .
Sekolah-sekolah Terlibat :
1. SMK Palong 7 , Jempol .
2. SMK Bahau .
3. SMK Alam Beraja , Jempol .
Jumlah Pelajar ; 60 orang.
Jumlah guru : 05 orang .
3.0. Foto Program .
![]() |
Antara pengisian slot . Tekun mereka mendengar dan mencatat . Moga bermanfaat dan membantu kelak. |
![]() |
Bersama Cgu Shukran / Guru Geog SMK Palong 7 , Orang kuat program . Tahniah atas usaha dan kegigihan penganjuran . |
![]() |
Bersama guru pengiring daripada sekolah-sekolah yang telibat dalam program tranformasi peperiksaan 2022, |
![]() |
Tkasih Pn. Pengetua & pihak penganjur . Moga dimurahkan rezaki dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang untuk anak-anak Geografi dalam SPM 2022. |
4.0. Rumusan Semasa Program .
Semoga perjalanan dan usaha yang tidak seberapa ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat untuk terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam SPM 2022 dengan jayanya serta menyahut cabaran JPN N9 yang ingin mengangkat mp GEOGRAFI sebagai wadah kebitaraan . Tahniah dan syabas untuk warga GEOGRAFI daerah Jempol dan Jelebu kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan .
5.0. Result SPM 2022 / Rumusan .
Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Palong 7 . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan .
#hidupkitaacuankita.
#usahadandoasenjatakita.
No comments:
Post a Comment