Info Geografi :
UASA
( PENILAIAN MENENGAH RENDAH )
1.0. Pengenalan .
Sistem penilaian KSSM yang terkini bagi menggantikan sistem pentaksiran lama yang digunapakai dalam KBSM . Sistem ini lebih mesra sekolah dan guru . Sebahagian daripada penilaian akan dikendalikan oleh guru dalam kelas / darjah dan sebahagian sahaja yang akan diuruskan secara berpusat .
2.0. UASA & PBD.
- Merupakan proses yang merangkumi SK ( Standart Kandungan / Perkara yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam 1 set tempoh masa pembelajaran ) , SP ( Standart Pembelajaran / Penetapan indikator / kriteria standart pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar ) dan SP ( Standart Pencapaian / satu set hasil pembelajaran yang perlu dikuasai selepas tamat tempoh masa pembelajaran ).
3.0. Format Pentaksiran Baru .
Pentaksiran baru KSSM bagi menengah rendah ( Ting. 1 , 2 dan 3 ) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik dan mempunyai 6 tahap penguasaan .
Tahap 1 : Tahu perkara asas fakta dan kemahiran Geografi .
Tahap 2 : Faham tentang pengetahuan dan kemahiran Gegorafi.
Tahap 3 : Aplikasi pengetahuan dan kemahiran Geografi.
Tahap 4 : Kuasai pengetahuan dan kemahiran Geografi .
Tahap 5 : Berupaya menilai pengetahuan dan kemahiran Geografi
dalam situasi baru secara bersistematik / berstruktur dan
kekal .
Tahap 6 : Berupaya menghasilkan idea / inovasi baru dalam
persekitaran baharu berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran Geografi yang dikuasai .
* Semua penguasaan pengetahuan dan kemahiran ini mestilah dalam kerangka sikap positif terhadap alam sekitar .
* Secara umumnya :
Junstifikasi tahap penguasaan banyak dipengaruhi oleh penggunaan kontruks / kata tugas yang membentuk item penilaian / soalan .
Tahap 1 : menyatakan / menyenaraikan / menamakan dll.
Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan / memberi contoh dll.
Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.
Tahap 4 : Membandingkan / menghuraikan dll.
Tahap 5 : Membahaskan .
Tahap 6 : Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.
# Memahami konsep ( konstruk / kata tugas ) ini adalah perlu untuk meletakkan prestasi pelajar pada lajur yang sesuai agar tahap penguasaan yang ingin diberikan mengikut justifikasi yang paling tepat / sesuai / ranggi .
4.0. Format Cakupan .
4.1. Unit Kemahiran 1 :
4.1.1. Jadual dan graf.
4.1.2. Carta.
* Rujukan pada Blog Cg Deen Kuala Rompin .
- https://cgdeen.blogspot.com/2020/08/tips-membina-graf- bar.html.
-https://cgdeen.blogspot.com/2020/09/tips-kaedah-membina-carta-pai.html
4.2. Geografi Fizikal : Tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
4.2.1. Pengaruh persekitaran fizikal terhadap kepelbagaian.
4.2.2. Tumbuhan semulajadi di Malaysia.
4.2.3. Hidupan liar di Malaysia .
* Rujukan pada Blog Cgu Deen Kuala Rompin ( sekadar
kongsian )
- https://cgdeen.blogspot.com/2020/11/info-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html
- https://cgdeen.blogspot.com/2022/07/info-laba-vs-liabiliti.html
4.3. Geografi Manusia : Sumber semulajadi & kegiatan
ekonomi.
4.3.1. Sumber semulajadi di Malaysia.
4.3.2. Kegiatan ekonomi di Malaysia .
* Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin ( sekadar kongsian )
- https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t7t5-sumber-tenaga.html
-https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t9t5-kegiatan-ekonomi-utama-1.html
4.5. Dunia,
4.5.1. Tumbuhan semulajadi dan hidupan liar dunia .
4.5.2. Sumber semula jadi dan kegiatan ekonomi dunia .
* Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)
-https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/555-tumbuh-tumbuhan-semulajadi-dan.htm
4.6. Isu dan Pengurusan Alam Sekitar .
4.6.1. Sumber hutan .
4.6.2. Kitar Semula.
* Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)
- https://cgdeen.blogspot.com/2020/04/tema-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html
-https://cgdeen.blogspot.com/2023/03/3r-kitar-semula-asas-perkembangan.html
* Guru / penilai perlu menguasai cakupan fakta / pengetahuan terlebih dahulu agar proses pdpc dan penilaian lebih mobil / anjal dan tidak rigid .
5.0. Aplikasi Pembinaan dan Penggunaan Intrumen Pentafsiran .
Foto 1 |
Berdasarkan foto 1 , Junstifikasi tahap penguasaan pelajar boleh ditetapkan oleh guru dengan penggunaan kontruks / kata tugas yang sesuai bagi menetapkan aras dan iras soalan yang sesuai seperti dalam contoh di bawah .
* ( Sekadar contoh untuk pemahaman guru . Guru boleh menghasilkan pelbagai bahan dengan menggunakan intrumen sendiri ) dalam pelbagai aktiviti / kaedah pengajaran semasa seperti sesi soal jawab , perbincangan , main peranan , perbahasan & pelbagai aktiviti yang difikirkan wajar ).
Tahap 1 : menyatakan / menyenaraikan / menamakan dll.
Situasi : Pelajar sekadar berupaya menamakan / menyatakan / menyenaraikan sesuatu isu / fakta .
Contoh soalan :
1. Nyatakan jenis pencemaran dalam foto di atas .
...........................................................................................
2. Senaraikan bahan-bahan cemar yang menjadi punca pencemaran
dalam foto di atas .
.............................................................................................
Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan / memberi contoh dll.
Situasi : Pelajar berupaya menerangkan / mengolah dan menjelaskan sesuatu isu / tema dengan berstuktur dan jelas mengikut kronologi .
Contoh soalan :
1. Terangkan kesan pencemaran dalam foto di atas kepada
kehidupan seharian penduduk .
.........................................................................................
........................................................................................
2. Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi
masalah pencemaran dalam foto di atas .
........................................................................................
.........................................................................................
Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.
Situasi : Pelajar berupaya mengekelaskan / mengubungkaitkan sesuatu isu dengan isu lain dengan jelas , teratur dan mengikut kronologi yang wajar / rasional .
Soalan 1 :
Jelaskan bagaimanakah aktiviti pertanian menjadi punca pencemaran dalam foto di atas .
...................................................................................................
...................................................................................................
Tahap 4 : Membandingkan / menghuraikan dll.
Situasi : Pelajar berupaya menghuraikan / membeza bandingkan sesuatu isu dangan isu yang lain dengan jelas .
Soalan 1 :
Berdasarkan foto/ gambar di atas , mengapakah terdapat perbezaan antara sungai di negara X dan di negara Y.
.....................................................................................................
......................................................................................................
Tahap 5 : Membahaskan .
Situasi : Pelajar boleh menyatakan pro & kontra , kebaikan & keburukan sesuatu berdasarkan situasi yang dijadikan sebagai rangsangan / isu .
Soalan 1 :
Bincangkan kesan positif dan negatif perkembangan aktiviti pertanian terhadap alam sekitar fizikal dan budaya sesuatu kawasan .
......................................................................................................
.....................................................................................................
.......................................................................................................
Tahap 6 : Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.
Situasi : Pelajar berupaya mencadangkan idea / solusi / penyelesaian yang baru @ memberi nilai tambah / menambah baik terhadap idea / solusi yang sedia ada .
Soalan 1 :
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Kelang yang semakin tercemar .
..................................................................................................
.................................................................................................
6.0. Format Penilaian dan pemarkahan ( UASA ) .
Format pentaksiran UASA 2023 . |
6.1. Contoh-contoh soalan UASA .
6.1.1. Contoh Soalan Objektif Aneka Pilihan ( OAP ) .
6.1.2. Contoh Soalan Respon Terhad ( SRT )
Soalan 3 berdasarkan foto 3 .
Foto 3 |
3 ( a ) Apakah jenis hutan dalam foto 3
................................................................................. ( 1m )
( b ) Nyatakan dua jenis tumbuhan semula jadi dalam hutan tersebut.
I).....................................................................................
II ) ..................................................................................
( 2m )
( c ) Senaraikan tiga aktiviti penduduk yang boleh
menjejaskan pertumbuhan hutan tersebut .
I) .................................................................................
II) .................................................................................
III) ..................................................................................
( 3m )
( d ) Terangkan kepentingan hutan tersebut terhadap alam sekitar fizikal .
I )..................................................................................
................... ..............................................................
II ) ................................................................................
................................................................................
( 4m )
6.1.3. Contoh Soalan Respon Terhad Terbuka ( SRTb ).
Bahagian C
( 20 markah )
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini .
4 ( a ) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
Hutan Konifer . ( 6m )
( b ) Jelaskan tentang pengaruh tanih aridisols terhadap
tummbuh-tumbuhan dan hidupan liar di gurun panas.
( 4m )
5 ( a ) Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan semula jadi memberi
manfaat kepada alam sekitar manusia dan negara ?
( 6m )
( b ) Terangkan kesan negatif penerokaan hutan terhadap
tumbuh-tumbuhan semulajadi . ( 4m )
6 ( a ) Bagaimanakah kegiatan manusia mengancam hidupan liar di
Malaysia ? ( 6m )
( b ) Jelaskan tujuan kerjaaan menubuhkan pusat konservasi dan
taman negara. ( 4m )
7 ( a ) Terangkan ciri-ciri sumber tenaga alternatif. ( 4m )
( b ) Huraikan dua kepentingan sumber hutan dalam
pembangunan ekonomi di Malaysia . ( 6m )
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT.