Info Geografi :
( ANALISIS ITEM SOALAN )
TRANSFORMASI SPM 2021 - 2023 .
Bermula sesi persekolahan 2021 , format peperiksaan SPM telah diubah . Perubahan ini sejajar dengan perubahan korikulum yang telah dilaksanakan dua tahun sebelum itu . Dengan perubahan yang berlaku , sewajarnya bentuk pengajaran guru serta persediaan pelajar juga patut dan perlu berubah .
2.0. Perubahan Format .
Hampir keseluruhan format dan struktur peperiksaan Geografi SPM turut berubah . Perubahan ini dapat dilihat seperti dalam kerangka jadual yang telah disediakan di bawah .
Agihan item mengkit kemahiran |
3.0 . Perubahan Cakupan / Isi .
Selain perubahan format , perubahan cakupan isi juga turut berlaku sejajar dengan kajian semula kurikulum Geografi KBSM dilaksanakan . Dengan pengenalan kurikulum KSSM , maka perubahan cakupan turut dialami oleh mata pelajaran Geografi seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah .
Agihan Tema dan topikal Cakupan fakta dalam pembinaan item soalan . SPM 2021 hingga kajian sukatan baru dilakukan. |
4.0. Perubahan Asas Pemarkahan .
Mendasari perubahan-perubahan tersebut , maka sistem pemarkahan peperiksaan SPM turut mengalami perubahan . Biarpun masih mengekalkan jumlah markah mengikut agihan 40 % bagi kertas 1 dan 100 % bagi kertas 2 , namum agihan kecil markah telah berubah .
Walaupun masih mengekalkan agihan aras kesukaran 5 : 3 : 2 , jelas kelihatan wujud elemen-elemen lain yang kadangkala mempengaruhi setiap aras kesukaran item soalan . Pengenalan konsep soalan format RUBRIK , perlukan penelitian fakta dan kedalaman huraian untuk menggambarkan kreatif dan kritisnya jawapan seseorang calon .
5.0. ANALISIS ITEM SOALAN SPM SEMASA DAN
KEPERLUAN JAWAPAN CALON .
- Rangsangan / Stimulus : Peta Topografi.
- Melibatkan Kemahiran :
- Rujukan Grid : Garisan Grid ( pertindanan garisan timuran /
utaraan )
- Ketinggian : Tanda tinggi ( sela kontor , stesen trigonometri ,
tanda tinggi , tanda aras,
- Jarak / panjang : gunakan skala.
- Anggaran luas : gunakan skala.
- Arah : gunakan tanda arah mata angin / Tanda arah
utara .
- Tafsiran peta : Simbol / kotak petunjuk .
- Rujukan Blog Cgu Deen Kuala Rompin
https://cgdeen.blogspot.com/2020/04/tips-mentafsir-peta-topografi-satu.html
1. Membina graf palang , graf garisan dan carta pai yang
mempunyai ciri-ciri yang lengkap / sempurna .
*Kalau graf pastikan ada paksi menegak & paksi melintang . skala , tajuk , petunjuk , plotan . Carta pai pula mesti ada
tajuk , plot dan sektor , jejari dan petunjuk .
2. Menganalisa data graf / carta .
- Menggambarkan pola aliran
( penggunaan istilah " meningkat / peningkatan , merosot /
penurunan , stabil / tiada perubahan , tertinggi / maksima , terendah / minima , purata / min - biasakan penggunaan
Istilah " kadar " mendahului kata kerja . Contoh : Kadar peningktan , kadar penurunan.
- Merumus data :
- Berupaya menghubungkaitkan pola aliran data dengan
pelbagai elemen yang mungkin mengganggu /
membentuk arah & pola aliran data .
- Kaji elemen-elemen pempengaruh yang mungkin
dominan dalam mempengaruhi aliran data / perubahan
data dll:
- Mungkin dalam bentuk faktor , kepentingan dan
cabaran / halangan .
- Pempengaruh huraian banyak dipengaruhi oleh faktor
rasional / logik / kewajaran - yang menjadi asas
pertimbangan dalam pembinaan skema peperiksaan .
- Rujukan Blog Cgu Deen Kuala Rompin :
https://cgdeen.blogspot.com/2020/09/tips-kaedah-membina-carta-pai.html
jawapan yang terus berfakta tanpa huraian / olahan yang panjang .
- Ciri jawapan : mesti tepat , ringkas dan padat.
- Penggunaan laras bahasa Geografi yang tepat amat penting untuk
menggambarkan jawapan calon yang jelas .
Cth : Kemusnahan habitat flora dan fauna bukan kemusnahan
tempat tinggal flora dan fauna .
- Pengunaan kata penegas , penanda wacana dll yang tepat .
Cth : Proses penebangan hutan yang tidak terkawal .
- Perlu menguasai kemahiran mengingat lokasi dan pelbagai
elemen menarik di sesuatu kawasan di dalam peta atau glob .
- Gunakan penanda lokasi yang terhampir untuk mengingat lokasi
yang ingin diingat kedudukannya.
- Memerlukan pelbagai kemahiran seperti
1. Menguasai fakta - kuasai melalui pembacaan .
2. Mempunyai kosa kata / perbendaharaan kata yang luas.
3. Mempunyai kemahiran / kematangan mengolah fakta dalam
ayat yang lengkap serta olahan yang menarik .
- Perlu menggunakan beberapa kaedah huraian yang berbeza
untuk menghuraikan persoalan isu yang berbeza .
1. Apakah - Nyatakan sahaja .
2. Mengapakah / mengapa - Perlu memberi alasan / sebab.
Sebab - mengkin dalam kontak faktor , kepentingan ,
halangan /cabaran dll.
3. Bagaimanakah / bagaimana - Perlu menjelaskan kronologi
kejadian / proses .
Kronologi - Mungkin perlu menjelaskan aktiviti / punca
No comments:
Post a Comment