Friday 1 December 2023

 Info Geografi :

Peranan Bandar dalam Konteks Pembangunan  di Malaysia .


1.0. Pengenalan .

Bandar merupakan petempatan penduduk yang bercirikan  modenisasi yang meliputi  pelbagai aspek  kependudukan  dan persekitaran . Dengan kapasiti penduduk melebihi 10,000 orang , mengamalkan  pelbagai stail  pemikiran moden , penduduknya melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian  , perkhidmatan  dan perniagaan  menjadikan mereka lebih terdedah kepada  amalan  gaya hidup  dan corak  pemikiran serta budaya yang moden .


2.0. Konsep Pembandaran .

Merupakan proses atau tranformasi ruang  dan ciri guna tanah  di bandar  yang mengubah   aktiviti ekonomi  tradisonal  kepada yang lebih moden serta pembauran gaya dan stail hidup moden  para penduduknya . Bermula dengan  proses pembangunan  fizikal  yang berupaya meningkatkan pelbagai kemudahan  infrastuktur asas seperti jalan raya , pembinaan dan penggunaan kenderaan berrel seperti LRT  , MRT  , Komuter , penyediaan bekalan tenaga elektrik  dan air bersih dapat  menggalakkan perkembangan pelbagai kegiatan ekonomi  moden  dan seterusnya mengubah dan melatari  persepsi  dan gaya hidup penduduk di persekitaran bandar tersebut. 


3.0. Sejarah   Perkembangan Bandar di Malaysia .

Secara umumnya  , proses pembandaran di Malaysia  melangkaui sejarah kemerdekaan negara itu sendiri . Catatan sejarah lalu , menunjukkan terdapat beberapa petempatan awal di Malaysia yang telah membentuk petempatan bandar pada masa itu . Kewujudan Kerajaan Kedah Tua / Gunung Jerai & Sungai Merbuk  , Kerajaan Gangga Negara  dan di zaman pertengahan pula dilatari dengan kerajaan Melayu Melaka yang berupaya membina empayar Melaka . Hal  ini menunjukkan bahawa proses pembandaran telah lama berlaku di negara kita .


4.0. Pola  Perkembangan  Bndar di Malaysia . 

5.0.  Peranan  Bandar dalam Konteks Pembangunan 

         di Malaysia .

6.0. Cabaran  dalam Proses Pembandaran di                             Malaysia  Pada Masa Kini.

No comments:

Post a Comment