Saturday, 18 July 2020

info : PEMBANGUNAN LESTARI .


Info  :  PEMBANGUNAN  LESTARI.



1.0.  Konsep
Pembangunan  yang  berterusan  dengan  matlamat memenuhi keperluan  penduduk semasa / sekarang  tanpa  mengabaikan  generasi  masa  akan  datang  melalui  usaha-usaha   pemeliharaan  dan  pemuliharaan.

Pembandaran lestari  menekankan kepada proses pembangunan
yang mesra alam .


     


2.0.  Prinsip Pembangunan  Lestari .
Terdapat  8 prinsip  pembangunan  lestari.
1. Menjana dan  Galakkan pertumbuhan  Asas ekonomi.
    2. Mengubah kualiti pertumbuhan Asas  ekonomi bagi 
         menjamin kesejahteraan hidup
     3. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
     4. Memastikan aras penduduk yg boleh ditampung.
     5. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah 
          pengurusan risiko.
   6.  Mengintegrasikan alam sekitar  dan ekonomi dalam membuat 
         keputusan .
7.   7. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
·    8.  Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.



3.0. Langkah-langkah pemeliharaan  dalam  pelaksanaan  Prinsip Pembangunan Lestari.

Langkah  perundangan  meliputi aspek  penggubalan  dan  pewartaan  akta-akta  tertentu  seperti  akta  Kualiti Alam  Sekeliling 1974  , Akta  perhutanan  1984  ,  Akta  Perikanan  , Akta Penggunaan Racun  Makhluk Perosak , Akta Jalan , Parit  dan  Bangunan . penguatkuasaan  akta-akta  ini akan  membolehkan pihak  kerajaan  melalui pihak-pihak penguatkuasa mengambil  tindakan  kepada  penduduk  yang  merosakkan  alam  sekitar. 


Proses  mewartakan / pewartaan  sesuatu  kawasan  / perkara  juga akan menyebabkan langkah perundangan   seperti  mewartakan sesuatu  kawasan  hutan  sebagai kawasan  taman negara , taman negeri  atau  hutan simpan . Begitu juga  keadaannya dengan pewartaan  kawasan  lembah sungai  sebagai rezab saliran  dan  lain-lain.


Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974  Pindaan  1985  merupakan
asas langkah   perundangan  dalam  pengurusan alam sekitar di Malaysia.

Aspek  pemantauan / penyeliaan / pengawasan / pemeriksaan oleh pelbagai  agensi penguatkuasa terhadap  sesuatu isu /salah laku alam sekitar juga  merupakan sebahagian  daripada  elemen penting dalam pelaksanaan Langkah Perundangan  . Pemantauan  akan  dilakukan  secara  berkala   dan  berterusan  oleh  pelbagai  agensi penguatkuasa sebagai  alternatif  ekpada langkah pencegahan  dan  kawalselia.


Pemantauan  secara  berterusan  oleh  Jabatan  hutan  dapat  mengawal  aktiviti  pembalakkan haram.


Aspek  hukuman  kepada  pesalah juga  merupakan  sebahagian  daripada langkah  perundangan . Penjara  , kompaun  atau denda  , menyita pelbagai  peralatan / perkakasan / hasil  dan  harta pesalah  juga merupakan  antara  langkah  perundangan.



Kayu balak  yang  dirampas oleh pihak Jabatan  hutan  daripada pembalak haram  akan disita .

Laporan  Impak Alam Sekitar  (  EIA  )  merupakan  komponen penting langkah  perundangan  yang  berbentuk pemeliharaan . Laporan  ini memerlukan  pengusaha  menyatakan kualiti alam  sekeliling  sebelum ,  semasa  dan  selepas  sesuatu  projek  dijalankan .  Turut  dinyakan dalam  laporan  ini ialah  pihak  yang  perlu bertanggungjawab untuk  membaikpulih alam  sekitar  jika  berlaku  kerosakan  dan  kos-kos  sosial  / kerugian ( hilang  punca  pendapatan / kerugian / pampasan  ) penduduk  yang  terlibat.

Laporan  EIA  pasca pelaksanaan  projek  LRT .



Langkah  kempen  Kesedaran Alam  sekitar  pula  merujuk  kepada  langkah  penyebaran  maklumat tentang  sesuatu  isu alam sekitar  dengan  tujuan untuk  menimbulkan  kesedaran awam terhadap  sesuatu isu  alam  sekitar  yang  berbangkit di samping  pelaksanaan  pelbagai  aktiviti  yang  menjurus  kepada pemupukan kesedaran  akan  kepentingan sesuatu  terhadap kelestarian  alam  sekitar dan manusia. 


Kempen penghijauan semula bumi  -  berupa  aktiviti  penanaman  semula  pokok  bakau.

Langkah Pendidikan Alam Sekitar  merupakan langkah yang  dijalankan di institusi  pendidikan  seperti  di sekolah  dan pusat-pusat pengajian tinggi .  langkah  ini  bertujuan  untuk menaman dan memupuk budaya sayang  dan memberi penghargaan  kepada alam sekitar.Langkah pendidikan di laksanakan  secara  berterusan  dan diterapkan dalam kurikulum melalui  pelbagai  mata  pelajaran seperti Geografi  , Sains , Bahasa  , Pendidikan Agama Islam  dan Moral.
Antara  modul  pendidikan  alam  sekitar  yang  dilaksanakan   di Malaysia.




4.0.  Implimentasi / penggunaan Prinsip Pembangunan  Lestari  dalam  situasi / kedaaan  sebenar .


Implimentasi / Aplikasi / penerapan  / penggunaan  prinsip  pembangunan  lestari dalam perancangan  , pelaksaaan dan penilaian dalam pelbagai  projek  pembangunan   akan   meliputi aspek  perundangan  , aspek  pendidikan  dan  kempen kesedaran serta  elemen-elemen   pengurusan / struktural / taktikal / pemeliharaan.

4.1. Menjana dan  Galakkan pertumbuhan  Asas ekonomi.
Dalam  hal  ini pelbagai  inisiatif / usaha  perlu  dilaksanakan untuk meningkatkan  kapasiti  dan kualiti pertumbuhan  pelbagai  sektor pembangunan  dan  ekonomi . Cth : meningkatkan RND   , menggalakkan pemodenan dalam  pelbagai  sektor ekonomi , memberi  bantuan  modal  , latihan ,  khidmat nasihat  dan  pelbagai cara  untuk  meningkatkan pembangunan ekonomi.


Antara  usaha  yang  dijalankan untuk menjana   dan  mengagalakkan
 pertumbuhan asas  ekonomi  di Malaysia sejajar  dengan  prinsip  yang  pertama
Prinsip Pembangunan Lestari.


    4.2. Mengubah kualiti pertumbuhan Asas  ekonomi bagi 
         menjamin kesejahteraan hidup.
  Mengalih fokus  dan  kaedah pengurusan  dan  pelaksanaan pelbagai  kegiatan  ekonomi daripada  bercirikan tradisional  kepada  kaedah  yang  lebih  moden  yang  mampu  meningkatkan kualiti  pengeluaran . Cth :  melaksanakan  aktiviti  ekopelancongan , agropelancongan  , pembukaan  IKS  di kawasan  pertanian  dan perikanan  akan dapat meningkatkan pendapatan perkapita  penduduk .
 
Antara  kaedah yang dirangka  dan  dilaksanakan  dalam  usaha
mengubah kualiti pertumbuhan  asas ekonomi bagi  menjamin
 kesejahteran  hidup  penduduk  di Malaysia.



     4.3. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
   Melaksanakan pelbagai  aktiviti  pemeliharaan  dan pemuliharaan  seiring  dengan  pembangunan ekonomi  agar  daya  tampung  sumber alam  dan ekosistem  dapat  bertahan  lama dan memenuhi  keperluan penduduk semasa  dan generasi  yang  akan  datang. Cth : Dalam menjalankan  aktiviti  pembalakan , usaha penghutanan  semula ,  ladang  hutan  dan rawatan sivilkultur perlu  dilaksanakan untuk  memastikan bekalan kayu balak dan  pelbagai sumber  hutan  yang  berterusan pada  masa  hadapan.
Antara  usaha  yang  dijalankan  untuk memulihara dan mempertingkatkan  asas  sumber  di Malaysia .


     4.4. Memastikan aras penduduk yang  boleh ditampung.
   Melaksanakan  pelbagai  inisiatif / usaha   untuk  mengawal  kadar  kelahiran dan  migrasi  masuk  penduduk bagi  memastikan  kapasiti  pertumbuhan penduduk seimbang  dengan  daya tampung  sumber alam . Kadar  pertumbuhan  penduduk  yang  terlalu  tinggi   akan  menyebabkan lebihan  penduduk. Lebihan  penduduk  yang  terlalu tinggi akan menyebabkan kadar ekplotasi  sumber alam  yang  tinggi untuk  memenuhi keperluan sumber makanan  , peluang  pekerjaan  dan ruang kediaman  yang banyak . Ini akan  menyebabkan kemerosotan kualiti alam  sekitar  lalu mendorong kepada  kemusnahan  dan kepupusan pelbagai ekosistem .


Pelbagai  kaedah kawalan  kelahiran  perlu  dilaksanakan  untuk
memastikan aras  pertumbuhan  penduduk  seimbang  dengan  penawaran
 sumber  yang  terdapat  dalam  sesebuah  negara.

     4.5. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah 
          pengurusan risiko.
  Menggalakan  usaha-usaha   RND  , menghasilkan  pelbagai  inovasi  baru  dan  mengunakannya  dengan  meluas  dalam  pelbagai  sektor   ekonomi. Tranformasi teknologi  dan  pengurusan  dalam pelbagai  kegiatan ekonomi  akan  meningkatkan  kecekapan  ,  mengurangkan  kadar  pembaziran  sumber  serta dapat  meningkatkan  produktiviti sesuatu  industri. Cth : Pengunaan  kaedah  pertanian  hidrofonik  , akuafonik   dan  fetrigrasi akan  dapat  mengatasi  masalah  kekurangan  dan ketidaksuburan tanah . Input  pertanian  seperti  baja dapat  dikawal untuk  menghasilkan  output pertanian  yang optima. Selain itu  , kadar  kerosakan  tanaman  akibat  serangan  mahkluk perosak  dan  persaingan  dengan rumput di kawasan  pertanian dapat  di kawal sepenuhnya . Keadaan ini akan memberi penghasilan tanaman  yang maksima.


Antara  teknologi moden  yang digunakan  secara  meluas dalam
 pelbagai kegiatan ekonomi di Malaysia  pada  hari  ini.

     4.6.  Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
    Hubungan ekonomi  antara  bangsa perlu sentiasa dipertingkatkan  dalam usaha  membina  rangkaian  perdagangan serantau  yang  lebih efektif dan  berkesan .  Aliran modal  , teknologi  ,  kepakaran serta buruh  memudahkan  kegiatan ekonomi  dan pembangunan dirancang  dan  diurus secara  bersama  dengan mengambil  kira  kekuatan  dan kelemahan  ekonomi masing-masing lalu membina jaringan ekonomi saling lengkap melengkapi antara satu  sama lain.. Dalam hal  ini , negara-negara  yang  mempunyai asas ekonomi  ( fundamental )  yang  kukuh  seperti Singapura  boleh membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara jiran  dengan cara melabur dalam  pelbagai sektor ekonomi di negara  tersebut. Keupayaan  membentuk  imbangan  perdagangan  antara negara-negara serantau dipacu ke tahap yang  tertinggi.



·    4.7.  Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa
Prinsip   pembangunan  lestari yang  terakhir pula menekan  kerjasama antarabangsa  yang  perlu  diperkukuhkan . Pengukuhan kerjasama  global  akan memberi impak yang  lebih  besar  terhadap  pengurusan  ekonomi  yang  lebih lestari . Aliran  modal  yang  lebih  besar  dan  teknologi  industri  yang  lebih  moden membolehkan  pengurusan  dan  kaedah  eksplotasi  dilakukan  dengan  cara  yang  lebih  cekap  dan optima serta berupaya mengurangkan kesan penceramaran  dan  kerosakan  kepada alam sekitar.





5.0. Pembangunan Lestari  dalam Konteks   
         Pembangunan   di  Malaysia.


 5.1. Sektor  Pembinaan  / Pembandaran.
Pembangunan fizikal  kawasan  bandar  perlu  diimbangi dengan usaha-usaha  pemeliharaan   dan  pemuliharaan . Pembukaan  kawasan petempatan  perlu  diimbangi  dengan usaha-usaha  penghijauan  bandar  dan  mempelbanyakkan badan-badan air  seperti  tasik  , kolam-kolam takungan  agar peningkatan suhu bandar dan  fenomena   pulau  haba  bandar  dapat  di kawal. 


Aktiviti pembinaan  juga  perlu  mengurangkan kadar  pelepasan  debu , habuk  , asap dari  jentera pembinaan  perlu  dikawal  .  Penggunaan bahan-bahan konkrit  dan aspal / tar   juga  perlu  dikawal dan  digantikan  dengan bahan binaan yang  mesra alam  seperti  penggunaan bahan-bahan komposit  untuk  menurangkan medium penyerap bahangan  matahari  yang  tinggi  pada  waktu  siang. 

Struktur  binaan bangunan  juga  perlu  diambilkira dalam proses pembandaran  yang  mesra alam . Perbanyakkan penggunaan struktur binaan  yang menggunakan sistem  pencahayaan  dan pengudaraan secara semula jadi . Kedudukan bangunan  yang  tidak  terlalu rapat  dan tinggi  akan  melancarkan aliran pergerakan angin / udara  secara semulajadi  dan  dapat  mengelakkan  atmosfera bandar tepu  dengan debu , habuk  dan  pelbagai gas  yang terampai serta  berupaya   memerangkap  bahangan  matahari  yang  menjadi  punca  terjadinya  fenomena peningkatan suhu bandar.


5.2. Sektor  Pengangkutan .
Perkembangan sektor pengangkutan  yang  dibimbangi  mencemarkan udara  dan  meningkatkan  fenomena  jerebu . Hal ini  boleh  diatasi  dengan   melaksanakan  langkah-langkah  pemeliharaan  dan   pemuliharaan  seperti  menggalakkan    pengunaan  kenderaan hybrid ,  LRT   ,  MRT   dan  komuter  yang  mesra  alam , pengunaan  petrol  tanpa  plumbum   dan  melaksanakan  usaha  perkongsian  kereta  , pengenalan jadual waktu kerja  anjal  dan  penggalakkan penggunaan  kenderaan  awam turut akan  mengurangkan  pembebasan  gas-gas  pencemar  seperti  gas karbon  dioksida  , gas karbon monoksida , sulfur  dioksida  dan lain-lain.   




5.3. Sektor  Pertanian.
Sektor  pertanian  berupaya mengamalkan  prinsip pembangunan  lestari  jika  kawalan  yang  teliti dilakukan  seawal  proses pembukaan  kawasan  ladang . Proses penebangan  hutan  secara  yang  terkawal , penggunaan tanaman tutup bumi dan sungkupan , pembajakan  dan penanaman tanaman mengikut  kontur   berupaya mengawal  kadar  hakisan tanah  dan tanah runtuh.
 Pengunaan baja organik , pengurusan makhluk perosak  dengan menggunakan  kaedah biologi serta  kawalan  pertumbuhan rumpai secara manual dan mekanikal di  kawsan pertanian akan  berupaya   meningkatkan  kadar  kesuburan  tanah  dan  mengurangkan kadar keasidan tanah  di kawasan  tersebut.  
Pelupusan sisa-sisa  organik  pertanian  secara tebang dan  reput akan mengurangkan  kadar  pencemaran  udara ,  jerebu  dan  peningkatan  suhu di kawasan pertanian. Jerami  padi  dan sisa  tandan  kelapa  sawit  serta  tebu boleh  diolah dan  diproses  semula untuk  dijadikan  makan  haiwan ternakan  ataupun  dalam industri penghasilan baja kompos/baja organik.


5.4. Sektor Penternakan :
Perkembangan  sektor penternakan  perlu  diseimbangkan dengan langkah-langkah  pemeriharan  dan pemuliharaan  alam  sekitar  dan sumber alam  yang  bersesuaian . Antaranya ialah : 
Melaksanakan  aktiviti penebangan  terpilih  semasa  menyediakan  padang ragut  - membiarkan pokok-pokok yang tidak  berkaitan .
Pokok-pokok yang  ditinggalkan akan  melindungi permukaan  tanah daripada kering  pada masa cuaca  panas ,  mengawal hakisan  dan berupaya meningkatkan kelembapan udara dan berfungsi  sebagai  pengeluar  dalam  rantaian  makanan pelbagai hidupan  di kawasan tersebut.
Aktiviti  ragutan  yang terancang  juga  perlu dilaksanakan  di kawasan padang ragut. Sistem giliran kawasan ragutan  akan mengelakkan proses ragutan  yang  berlebihan  dan  memberi  ruang  kepada rumput untuk hidup semula selepas diragut. Pemberian makanan  tambahan seperti  palet di kandang turut  mengurangkan kebergantungan  haiwan ternakan  terhadap aktiviti ragutan di kawasan padang  ragut.
Pembuangan  sisa-sisa ternakan  seperti  najis-najis haiwan  dan sisa-sisa sembelihan secara  terkawal  dan  bersistematik  akan  dapat mengurangkan  kesan perkembangan  sektor  penternakan  terhadap sistem  air.  Najis  haiwan  ternakan  dan sisa-sisa sembelihan boleh  diproses untuk  dijadikan baja organik  dan  kegunaan yang  lain.



5.5. Sektor  Perikanan :
Kegiatan  perikanan  secara  lestari  dapat  dilaksanakan jika nelayan-nelayan  yang  terlibat hanya menangkap ikan  dan hidupan akuatik lain , mengikut kouta  dan keperluan  penduduk semasa. Hal  ini  kerana  jumlah  tangkapan  yang  berlebihan akan menyebabkan  sumber  ikan  dan pelbagai  hidupan  akuatik akan pupus dalam  tempoh masa yang  singkat. Selain   itu , Pewartaan kawasan  Taman laut  turut  memberi  ruang yang  luas  untuk pembiakan  dan pembesaran  pelbagai  hidupan  akuatik. Pengunaan tukun tiruan  sebagai habitat pelbagai  hidupan  akuatik yang  boleh  dijadikan kawasan  pembiakan  sumber  ikan turut membantu meningkatkan  kembali  populasi  ikan .

Mewartakan kawasan Taman laut  dan penggunaan tukun tiruan  boleh membantu
 meningkatkan polulasi pelbagai  hidupan akuatik.
 

Penggunaan kaedah  perikanan  yang  tidak sesuai turut menjejaskan  ekosistem perikanan. Penggunaan  pukat  tunda  di kawasan pinggir  pantai  akan merosakkan  struktur  terumbu  karang  lalu  menjejaskan  peranannya  sebagai habitat   dan  yang  penting dalam proses pembentukan rantaian makanan  di kawasan laut.


Selain  itu ,   pembuangan sisa-sisa pukat  , sisa-sisa tangkapan  dan  aktiviti  pembersihan  bot-bot nelayan  perlu dilakukan dengan kaedah  yang  betul . Sisa-sisa pukat  yang  dibuang  ke  laut akan menyebabkan pelbagai  hidupan seperti  penyu terperangkap  manakala  pembuangan sisa-sisa tangkapan  dan tompokan  minyak akibat aktiviti  pembersihan bot akan  menyebabkan  pencemaran   air laut merosot  dan  menjejaskan pelbagai  hidupan akuatik  di situ. 






5.6. Sektor utiliti / Perkhidmatan .
Perkembangan  sektor  perkhidmatan  pelancongan secara umumnya boleh  diimbangi  dengan kaedah  pengurusan impak alam  sekitar (  langkah-langkah  pemeliharaan  dan  pemuliharaan  alam  sekitar ) yang  terbaik.
Pembinaan  sektor perhotelan , resort   dan  chalet  berskala  besar  perlukan  penyediaan Laporan  Impak  Alam Sekitar ( Laporan EIA ) yang menyatakan  dengan  jelas  kualiti  alam sekitar  sebelum  , semasa  dan  selepas  pembinaan tersebut  dijalankan. Laporan  itu juga  perlu menamakan  pihak  yang  akan  bertanggunjawab terhadap kos sosial  dan kebertanggunjawapan terhadap kemusnahan alam sekitar  akibat  pembinaan  hotel  tersebut.
Kerja-kerja  asas  pembinaan  seperti aktiviti   penebangan  hutan   ,  penambakan   atau  pendalaman  kawasan  pinggir  pantai  , tarahan  dan  meratakan  kawasan cerun / lereng  kawasan  tanah tinggi  perlu  dilakukan  dengan  teliti , berpandukan  SOP  yang  telah  ditetapkan oleh Kementerian  serta  pada  kadar  yang  minima. Hal  ini  perlu  untuk  menurangkan impak  negatif  yang  ketara  terhadap  alam sekitar  dan  kawasan  pembinaan serta berupaya mengurangkan fenomena  seperti  tanah runtuh  , gelongsoran tanah   dan  hakisan  ombak.
Pembuangan  sisa-sisa domestik  perhotelan  dan  kawasan  pelancongan  juga  perlu  dijalankan  dengan  baik. Penyaliran sisa-sisa  kumbahan  dan pembuangan  sisa-sisa domestik  pelancong  seperti  sampah akan menjejaskan  kualiti  alam  sekitar  kawasan pelancongan . Penyediaan  kemudahan  rawatan sisa kumbahan  hotel  yang  bersistematik  dan  ruang  pengumpulan sisa-sisa domestik yang  banyak  akan  memudahkan  pengurusan bahan-bahan terbuang  sektor pelancongan  ini .



 3.4. Sektor Perlombongan .
Perkembangan  sektor  perlombongan  perlu diseimbangkan  dengan langkah-langkah  pemeliharaan  dan  pemuliharaan yang  bersesuaian. Antara  langkah pemuliharaan  tanah di kawasan bekas lombong  ialah :

Proses menebusguna kawasan bekas lombong . Melalui  kaedah ini , fungsi tanah bekas lombong akan diubah daripada kawasan yang terbiar  kepada  kawasan yang  lebih produktif. Perubahan fungsi  kawasan bekas lombong akan turut menyebabkan  perubahan terhadap struktur tanah  dan cara guna  tanah di kawasan bekas lombong dalam jangka masa panjang. Secara umumnya , kawasan bekas lombong boleh ditebusguna dan dijadikan kawasan pertanian , kawasan akuakultur  , kawasan reakreasi dan lain-lain.


Kawasan bekas lombong  yang  sudah ditebusguna .

Secara umumnya , aktiviti  perlombongan akan  menyebabkan  perubahan struktur dan  kualiti tanah . Lapisan permukaan tanah yang  kaya dengan humus  dan neutrien akan hilang akibat proses carigali . Keadaan  ini  boleh  diperbaiki  dengan  menanam  dan menimbus medium yang  berupaya  mengekalkan  kelembapan  kepada tanah  serta mengembalikan kesuburannya . Pengunaan sisa tandan kelapa sawit yang akan mengekalkan kelembapan tanah dan uraian oleh pelbagai mikrob  dan  organisme akan mengembalikan  neutrien tanah dalam tempoh  masa yang  tertentu.
Penggunaan tandan kelapa sawit  akan  berupaya mengembalikan
  kelembapan  dan  kesuburan tanah .

Selain  itu , proses penghijauan kawasan bekas lombong  juga akan membantu menyeimbangkan ekosistem  kawasan bekas lombong. Penanaman  pelbagai  jenis pokok  akan  berupaya  memperbaiki jaringan siratan makanan  pelbagai  jenis  hidupan di kawasan tersebut  dan mengembalikannya  seperti ekosistem asal  di kawasan tersebut.


Proses penghijauan  kawasan bekas lombong.

#hidupkitaacuankita

#kitausahakitajaya.





Tips : MEMAHAMI PENYELESAIAN ISU GEOGRAFI.


Tips   :     MEMAHAMI   PENYELESAIAN  ISU GEOGRAFI.  

Objektif  Penulisan :
Mendedahkan  pelajar /pembaca  kepada  pelbagai  fenomena /senario / isu Geografi  yang  sering  berlaku  serta  mencari rasional / sebab  dan  punca  mengapa  sesuatu  keputusan diambil oleh pihak-pihak  tertentu.


Asas Penyelesaian  Isu ;
Secara  umumnya  antara  sebab  perubahan yang  berlaku  terbahagi  kepada  dua  iaitu :
1.  Pengelakan  impak  yang  sememangnya jelas  sebelum  sesuatu 
     isu  berbangkit / hasil  daripada  kajian  awal  yang  dilakukan.
     * ( melihat terus kepada  faedah / kesan positif  yang  bakal  
         diperolehi ).
2.  Proses  penjajaran  semula  / penambahbaikan .
     * ( Usaha  pengubahsuaian / penambahbaikan  setelah  
         menerima / melihat / menilai  wujud   impak  negatif   ).





Isu  1 :  Penyelerakan  Industri  ke kawasan  pinggir  bandar  /  luar  bandar  .

1. Memahami  Isu :


Rajah  menunjukkan  arah  penyelerakan  industri  dari pusat bandar  ke  kawasaan pinggir bandar.


Kawasan  Pasir Gudang  di Johor  antara  bandar   industri   utama  di Malaysia.
Proses penyerakan industi akan mengurangkan  tekanan  terhadap  persaingan guna tanah  ,
 ketepuan  pembangunan  dan  pencemaran alam sekitar di kawasan  tersebut.


2. Kaedah memahami asas penyelesaian  Isu :
    Berlaku  perpindahan  kawasan industri  dari  kawasan  bandar ke kawasan-kawasan  pinggir   bandar. Dalam  hal  ini  , pelajar  perlu  mencari  faktor asas / sebab / punca  mengapa  berlaku perpindahan . Isu  ini  boleh  diselesaikan  berdasarkan  pemikiran yang rasional / penggunaan  logik  akal  dengan  meneliti  pertimbangan  terhadap dua asas penyelesian  isu  seperti  yang dijelaskan di atas.  Pertimbangan  perli mengambilkira aspek  alam sekitar fizikal  ( ASF )   dan alam  sekitar  manusia  ( ASM ).




3. Faktor yang  mempengaruhi  penyerakan :

Secara  umumnya , terdapat  banyak  sebab / faktor / punca / alasan mengapa penyelerakan  industri  dari kawasan  pusat  bandar  ke kawasan  pinggir  bandar dan  ke kawasan  luar  bandar dilaksanakan . Antaranya ialah :

3.1.  Sebagai  langkah  mengawal  / mengurangkan  kesan /impak  pencemaran  alam  sekitar ( pencemaran udara , pencemaran air , Jerebu , peningkatan suhu  bandar  di kawasan pusat  bandar.
3.2.  Sebagai  usaha  untuk  menangani  fenomena  kesesakan          ( kesesakan  lalulintas  ,  penduduk )  di kawasan  pusat  bandar.
3.3.  Sebagai  inisiatif  untuk  mengatasi  masalah  aliran  migrasi penduduk  dari  kawasan  luar bandar  dan  pinggir  bandar  yang terlampau  tinggi ke kawasan pusat  bandar.
3.4.  Sebahagian  daripada  perancangan  kerajaan untuk  memajukan kawasan pinggir   dan  luar bandar .
3.5.     Usaha  untuk meningkatkan  peluang pekerjaan  kepada  penduduk pinggir dan luar  bandar   - meningkatkan  pendapatan  perkapita  penduduk  yang  terlibat  - meningkatkan taraf  hidup  & mengurangkan kadar  pengangguran  penduduk  di  kawasan  tersebut.
3.6.  Boleh menjana /menggalakkan   perkembangan  pembangunan  (  pembukaan  bandar-bandar baru / pusat-pusat pertumbuhan  )   &  infrastruktur ( jalan raya /  landasan  keretapi / bekalan air / bekalan elektrik )  di kawasan pinggir bandar / luar bandar .
3.7.      Berupaya  mewujudkan  kesan  pengganda  ekonomi  -  menggalakkan  pertumbuhan  pelbagai  kegiatan  ekonomi  huluan  dan hiliran  di  kawasan  pinggir / luar  bandar.
3.8     Berupaya  menggalakkan  penerokaan / pembangunan  pelbagai  sumber alam  semula jadi / sumber  asli   di kawasan pinggir bandar / luar bandar. 
3.9.        Sebagai  sebahagian  daripada usaha  kerajaan  untuk  menyeimbangkan  pembangunan  antara  kawasan   bandar   dan  kawasan  pingir bandar /  luar  bandar. 
3.10         Sebagai  usaha  untuk  mengurangkan  kos pengeluaran - bekalan tenaga buruh  yang  murah  / sumber bahan  mentah  yang  banyak  & kilang  yang  dibina berhampiran  dengan  sumber bahan  mentah - memberi  kelebihan  kepada  pengusaha  / pemain industri untuk  mengoptimakan  keuntungan .


4. Rumusan :
Secara umumnya , terlalu  banyak  faktor  / sebab / punca  mengapa  penyelerakan  sektor  industri  dijadikan  sebahagian  daripada  dasar  pembangunan  kawasan   dan  industri  di Malaysia. Para  pelajar  boleh  melihat  isu  ini  daripada  dua persfektif  yang  telah  digariskan  dalam asas penyelesaian isu   di atas . 
Moga  panduan  yang  diberikan  dapat  membantu  pelajar  untuk dalam  meneroka isu-isu  yang  lain  yang  mempunyai  ciri-ciri  dan  justifikasi penyelesaian  yang  sama.

Contoh isu lain :
1. Keperluan untuk proses  pengelompokan  industri .




#hidupkitaacuankita.
#kitakongsiaspirasi&cecita.
#Kitausahakitajaya. 

    







Monday, 22 June 2020

CATATAN PERJALANAN : MENGIMBAU KEJAYAN K3R SMK ROMPIN.


K3R  SMKR 
SATU PERJALANAN  YANG  SUKAR 
SEBELUM KEJAYAAN  MEKAR .
2013  - 2020.





KONSEP PROGRAM PEMBUDAYAAN  3R

Usaha berterusan  pihak  sekolah  melalui  Kelab Kitar Semula  untuk membina  dan mewujudkan  budaya  kitar semula di kalangan  warga  sekolah.

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN 3R.
Dilaksanakan  melalui  4  inisiatif   utama :
1.Inisiatif Prasarana  & Pengurusan.
2.Inisiatif  Kempen  & Pendidikan.
3.Inisiatif Kreativiti & Inovasi.
4.Inisiatif  Penghasilan Kompos  &  Penghijauan.






SEJARAH  PENGLIBATAN  KELAB  ALAM  SEKITAR  DAN KITAR SEMULA DALAM  PERTANDINGAN  DI PERINGKAT  DAERAH , NEGERI  DAN  KEBANGSAAN.



AKTIVITI  KELAB ALAM  SEKITAR  

SMK  ROMPIN   SEPANJANG   TAHUN  2013.
( MENYERTAI  PERTANDINGAN  SLAAS - ANJURAN  JAS & KPM ).

 Seawalnya  kewujudan  Kelab  Alam  Sekitar  merupkaan   Kelab akademik  yang    digerakkan  di bawah  Panitia  Geografi  dan  sekadar  menjadi  pelengkap  kepada  aktiviti   Persatuan  Geografi.  Hal  ini  kerana , belum  ada  entiti kelab  yang didaftarkan  atas  nama  dan  aktiviti  alam  sekitar  mahupun  kitar semula sebelum  ini. Antara  matlamat  awal  penubuhan kelab  ini  adalah  untuk merancang  dan membantu  menyediakan prasarana  dan  ABM bagi mata  pelajaran Geografi. 


Antara hasilan  awal  Kelab Kitar Semula  SMK Rompin  pada awal-awal penubuhan.



 Pada  tahun yang  sama  juga ,  K3R turut  ditawarkan  untuk  menyertai  Pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar  anjuran Kementerian Sains  , Teknologi  dan Alam Sekitar ( KSTAS )   dan  Kementerian Pelajaran Malaysia           ( KPM ) . Peluang  ini  digunakan  sepenuhnya untuk mencari pengalaman . Antara  program  yang  dilaksanakan  untuk membolehkan  SMKR menyertai Anugerah  ini  ialah  Majlis Perasmian Program Kitar Semua  dan pelancaran  Kempen Rakan Alam Sekitar ( RAS ).

Majlis Perasmian  Program  Rakan Alam  Sekitar  (  RAS )
  peringkat  SMK Rompin 2013 ,  meletakan asas  kepada  perkembangan
 aktiviti  kitar semula di SMK Rompin.


Selain   itu , program  penghijauan  kawasan  turut  diberi keutamaan . Projek Wakaf Laman Ilmu  dan  Projek GULIK    ( Guna balik ) cuba  diketengahkan  dan  dijadikan sebagai  salah  satu  elemen  yang  dipertandingkan.
  
Projek  Penghijauan dan  pembinaan  Wakaf  Ilmu
  di  kawasan  Laman  PRAU  SMKR .  Percubaan  menukarkan kawasan 
yang terbiar pada kawasan   yang  menarik  mula  menampakkan  hasil .


Penyertaan  kali pertama ini  tidak  memberi  gambaran  penyertaan  yang  sebenar  apabila  SMK Rompin  terkeluar  dari  senarai  sekolah yang  layak  menyertai seawal  peringkat  penilaian  kelayakan  .Terasa  kehampaan tetapi .....inshaa Allah ..ada  hikmahnya   . 

Tahun-tahun berikutnya , aktiviti kitar  semula lebih  tertumpu  kepada  penyediakan  ABM pengajaran  dan  melengkapkan  prasarana  dan  kemudahan  Studio Geografi .  




AKTIVITI  DAN   PENCAPAIAN  

K3R  SMK  ROMPIN
SEPANJANG  SESI PERSEKOLAHAN
2017.
( MENYERTAI  PERKiss  Kali  PERTAMA ).


Pada tahun  2017  , peluang  sekali  lagi  diberikan  oleh pihak pentadbiran sekolah  kepada  Panitia Geografi  untuk menyertai  beberapa pertandingan  yang  melibatkan  aspek  pengurusan  alam sekitar . 

Seawal bulan  Februari  2017 ,  Pertandingan  Laman Alab 21         (  LA - 21 )  anjuran  Majlis Daerah Rompin telah  memberi  ruang  dan  idea untuk  pihak Panitia  Geografi  menggerakkan  " Kelab 3K "    dengan  bantuan pelajar-pelajar Geografi  Tingkatan  6.   Merancang  konsep laman , merangka plan penanaman  serta   melaksanakan  tugas penyiraman  , pembajaan  dan   penjagaan  memberi  kematangan  kepada kelompok  pelajar  yang  terlibat  untuk  mendalami bidang  lanskap  dan  penghijauan  kawasan. 









Biarpun  sekadar  mendapat saguhati dalam  pertandingan  LA-21 ,  penyertaan  ini  memberi ruang  yang  cukup besar  untuk  " K3R " bergerak  lebih cemerlang  apabila  ditawarkan  ke Pertandingan  PERKiss 2017. 



Pengalaman  tersingkir  awal  dalam  SLAAS  2013   dan  gerak kerja  LA -21 ,  menjadikan  kelab  ini  lebih  berhati-hati dan bersemangat  untuk  mengerakkan  pelbagai  aktiviti  yang  selaras  dengan  justifikasi pertandingan  yang  dijalankan. 



Pada  masa  yang  sama  , pihak  pengurusan  K3R  telah  melancarkan  semula   kempen  Progam Kitar Semula Peringkat Sekolah .  Pelancaran   kempen   yang  disempurnakan oleh  YB Pengarah  SWCorp  Pahang memberi  impak  positif dalam  memberi motivasi kepada penggerak-penggerak  kelab untuk  bergerak  lebih  aktif  dan berkesan .





Dengan  sokongan  daripada  SWCorp Daerah Rompin  yang  diterajui oleh Mdm Chang Ann  dan  dibantu  oleh En. Shabil ,  K3R  SMKR  menjadi  antara  K3R  yang  paling  aktif  di kalangan  K3R sekolah-sekolah  daerah Rompin pada masa  ini . Dengan pelbagai  aktiviti  dan   kempen yang dijalankan  aktivti pungutan  dan jualan  mencatatkan jumlah  yang ketiga tertinggi  di peringkat  negeri Pahang.  




Paling  mengujakan  apabila  penyertaan  pertama  dalam PERKiss  peringkat negeri Pahang  pada  tahun  2017 , K3R SMKR  membolot  dua  anugerah  iaitu  tempat ke 3 , kategori Pungutan  dan Jualan barangan 3R  dan  Johan Keseluruhan  dalam Kategori  Pembudayaan  3R  bahagian Sekolah Menengah. Alhamdulillah ...






AKTIVITI  K3R 

SMK  ROMPIN  
SEPANJANG  SESI  PERSEKOLAHAN   2018
( TIDAK  MENYERTAI  PERKiss ).






AKTIVITI   &  PENCAPAIAN

K3R   SMK   ROMPIN 
SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN  2019.
MENYERTAI  PERKiss   kali  ke 2 )


Seawal   Februari 2019  , EGM K3R  dijalankan  untuk memilih barisan  kepimpinan  pelajar  yang bakal  dibimbing untuk mengurus  dan melaksanakan  pelbagai  program  3R di peringkat sekolah .




Penghasilan ABM pengajaran   daripada  pelbagai barangan  3R   dilaksanakan  secara  berterusan . Penting untuk memastikan jika kedapatan barangan 3R  yang  boleh dimanfaatkan , akan digunakan sepenuhnya . 



Pembinaan  stor / tempat penyimpanan  barangan 3R . Pemindahan lokasi ke 2 , selepas lokasi  depan bilik KOOP dirasakan  tidak  bersesuaian kerana  ruang  yang  terlalu  terbuka . Disember 2018 - MAC 2019 , barulah siap  dan boleh digunakan. 



Penerusan  aktiviti  Inisiatif Pungutan  dan Jualan barangan 3R memberi ruang  kepada  K3R SMKR  terlibat dalam PERKiss 2019 dalam  pelbagai  kategori yang  dipertandingkan.
 


Menyertai  Program Sehati Sejiwa  anjuran SWCorp Negeri Pahang  mendedahkan pelajar  kepada banyak perkara . Penglibatan dalam acara senam robik  , sukaneka  dan  aktiviti mengecat kemudahan awam  memberi  ruang  kepada ahli-ahli K3R  terlibat dalam  aktiviti anjuran SWCorp secara langsung.  



Bersama  SWCorp daerah Rompin  menjalankan  Program Pameran  dan Kuanter Pandu lalu  3R  di sekolah  sempena  Penganjuran  hari Kooperasi Sekolah. Antara aktivti yang paling mendapat sambutan  ialah  sukaneka 3R  dan pembukaan kaunter pandu-lalu 3R.





Penyertaan  PERKiss  peringkat Kebangsaan / Negeri Pahang  tahun  2019  tidak   mengecewakan walaupun gagal mengulangi  kejayaan cemerlang  tahun 2017   . Tempat  ke 8 /saguhati dalam kategori Hasil Pungutan  dan Jualan Barangan 3R. 

Mendapat tawaran  daripada  Ibupejabat  SWCorp   untuk  untuk menerima pemberian  Inisiatif Pembudayaan 3R  bagi tahun  2019/2020 , wang off berjumlah  RM 1,000.00    . Hanya 5 buah sekolah yang  akan  terpilih. 3 buah sekolah  rendah   dan  2  buah sekolah menengah. Syarat  pemberian  Inisiatif  :  Sediakan  kertas kerja  ---  jika  terpilih --- laksanakan  projek  --- nilai  keampuhan  projek  dan hantar  laporan  ke  SWCorp  .   

Alhamdulillah  terpilih  sebagai  penerima  Inisiatif  Program Pembudayaan  bari  tahun  2019/2020.




AKTIVITI   &  PENCAPAIAN
K3R   SMK   ROMPIN 


SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN  2020.
MENYERTAI  PERKiss kali  KE - 3 )