Info : PEMBANGUNAN LESTARI.
1.0. Konsep
Pembangunan yang berterusan dengan matlamat memenuhi keperluan penduduk semasa / sekarang tanpa mengabaikan generasi masa akan datang melalui usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.0. Prinsip Pembangunan Lestari .
Terdapat 8 prinsip pembangunan lestari.
1. Menjana dan Galakkan pertumbuhan Asas ekonomi.
2. Mengubah kualiti pertumbuhan Asas ekonomi bagi
menjamin kesejahteraan hidup
3. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
4. Memastikan aras penduduk yg boleh ditampung.
5. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah
pengurusan risiko.
6. Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat
keputusan .
7. 7. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
· 8. Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.
3.0. Langkah-langkah pemeliharaan dalam pelaksanaan Prinsip Pembangunan Lestari.
Langkah perundangan meliputi aspek penggubalan dan pewartaan akta-akta tertentu seperti akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , Akta perhutanan 1984 , Akta Perikanan , Akta Penggunaan Racun Makhluk Perosak , Akta Jalan , Parit dan Bangunan . penguatkuasaan akta-akta ini akan membolehkan pihak kerajaan melalui pihak-pihak penguatkuasa mengambil tindakan kepada penduduk yang merosakkan alam sekitar.
Proses mewartakan / pewartaan sesuatu kawasan / perkara juga akan menyebabkan langkah perundangan seperti mewartakan sesuatu kawasan hutan sebagai kawasan taman negara , taman negeri atau hutan simpan . Begitu juga keadaannya dengan pewartaan kawasan lembah sungai sebagai rezab saliran dan lain-lain.
Aspek pemantauan / penyeliaan / pengawasan / pemeriksaan oleh pelbagai agensi penguatkuasa terhadap sesuatu isu /salah laku alam sekitar juga merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam pelaksanaan Langkah Perundangan . Pemantauan akan dilakukan secara berkala dan berterusan oleh pelbagai agensi penguatkuasa sebagai alternatif ekpada langkah pencegahan dan kawalselia.
Aspek hukuman kepada pesalah juga merupakan sebahagian daripada langkah perundangan . Penjara , kompaun atau denda , menyita pelbagai peralatan / perkakasan / hasil dan harta pesalah juga merupakan antara langkah perundangan.
Laporan Impak Alam Sekitar ( EIA ) merupakan komponen penting langkah perundangan yang berbentuk pemeliharaan . Laporan ini memerlukan pengusaha menyatakan kualiti alam sekeliling sebelum , semasa dan selepas sesuatu projek dijalankan . Turut dinyakan dalam laporan ini ialah pihak yang perlu bertanggungjawab untuk membaikpulih alam sekitar jika berlaku kerosakan dan kos-kos sosial / kerugian ( hilang punca pendapatan / kerugian / pampasan ) penduduk yang terlibat.
Langkah kempen Kesedaran Alam sekitar pula merujuk kepada langkah penyebaran maklumat tentang sesuatu isu alam sekitar dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran awam terhadap sesuatu isu alam sekitar yang berbangkit di samping pelaksanaan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pemupukan kesedaran akan kepentingan sesuatu terhadap kelestarian alam sekitar dan manusia.
Langkah Pendidikan Alam Sekitar merupakan langkah yang dijalankan di institusi pendidikan seperti di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi . langkah ini bertujuan untuk menaman dan memupuk budaya sayang dan memberi penghargaan kepada alam sekitar.Langkah pendidikan di laksanakan secara berterusan dan diterapkan dalam kurikulum melalui pelbagai mata pelajaran seperti Geografi , Sains , Bahasa , Pendidikan Agama Islam dan Moral.

![]() |
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Pindaan 1985 merupakan asas langkah perundangan dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia. |
Aspek pemantauan / penyeliaan / pengawasan / pemeriksaan oleh pelbagai agensi penguatkuasa terhadap sesuatu isu /salah laku alam sekitar juga merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam pelaksanaan Langkah Perundangan . Pemantauan akan dilakukan secara berkala dan berterusan oleh pelbagai agensi penguatkuasa sebagai alternatif ekpada langkah pencegahan dan kawalselia.
![]() |
Pemantauan secara berterusan oleh Jabatan hutan dapat mengawal aktiviti pembalakkan haram. |
Aspek hukuman kepada pesalah juga merupakan sebahagian daripada langkah perundangan . Penjara , kompaun atau denda , menyita pelbagai peralatan / perkakasan / hasil dan harta pesalah juga merupakan antara langkah perundangan.
![]() |
Kayu balak yang dirampas oleh pihak Jabatan hutan daripada pembalak haram akan disita . |
Laporan Impak Alam Sekitar ( EIA ) merupakan komponen penting langkah perundangan yang berbentuk pemeliharaan . Laporan ini memerlukan pengusaha menyatakan kualiti alam sekeliling sebelum , semasa dan selepas sesuatu projek dijalankan . Turut dinyakan dalam laporan ini ialah pihak yang perlu bertanggungjawab untuk membaikpulih alam sekitar jika berlaku kerosakan dan kos-kos sosial / kerugian ( hilang punca pendapatan / kerugian / pampasan ) penduduk yang terlibat.
![]() |
Laporan EIA pasca pelaksanaan projek LRT . |
Langkah kempen Kesedaran Alam sekitar pula merujuk kepada langkah penyebaran maklumat tentang sesuatu isu alam sekitar dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran awam terhadap sesuatu isu alam sekitar yang berbangkit di samping pelaksanaan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pemupukan kesedaran akan kepentingan sesuatu terhadap kelestarian alam sekitar dan manusia.
![]() |
Kempen penghijauan semula bumi - berupa aktiviti penanaman semula pokok bakau. |
Langkah Pendidikan Alam Sekitar merupakan langkah yang dijalankan di institusi pendidikan seperti di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi . langkah ini bertujuan untuk menaman dan memupuk budaya sayang dan memberi penghargaan kepada alam sekitar.Langkah pendidikan di laksanakan secara berterusan dan diterapkan dalam kurikulum melalui pelbagai mata pelajaran seperti Geografi , Sains , Bahasa , Pendidikan Agama Islam dan Moral.
![]() |
Antara modul pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan di Malaysia. |
4.0. Implimentasi / penggunaan Prinsip Pembangunan Lestari dalam situasi / kedaaan sebenar .
Implimentasi / Aplikasi / penerapan / penggunaan prinsip pembangunan lestari dalam perancangan , pelaksaaan dan penilaian dalam pelbagai projek pembangunan akan meliputi aspek perundangan , aspek pendidikan dan kempen kesedaran serta elemen-elemen pengurusan / struktural / taktikal / pemeliharaan.
4.1. Menjana dan Galakkan pertumbuhan Asas ekonomi.
Dalam hal ini pelbagai inisiatif / usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti pertumbuhan pelbagai sektor pembangunan dan ekonomi . Cth : meningkatkan RND , menggalakkan pemodenan dalam pelbagai sektor ekonomi , memberi bantuan modal , latihan , khidmat nasihat dan pelbagai cara untuk meningkatkan pembangunan ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk menjana dan mengagalakkan pertumbuhan asas ekonomi di Malaysia sejajar dengan prinsip yang pertama Prinsip Pembangunan Lestari. |
4.2. Mengubah kualiti pertumbuhan Asas ekonomi bagi
menjamin kesejahteraan hidup.
Mengalih fokus dan kaedah pengurusan dan pelaksanaan pelbagai kegiatan ekonomi daripada bercirikan tradisional kepada kaedah yang lebih moden yang mampu meningkatkan kualiti pengeluaran . Cth : melaksanakan aktiviti ekopelancongan , agropelancongan , pembukaan IKS di kawasan pertanian dan perikanan akan dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk .
![]() |
Antara kaedah yang dirangka dan dilaksanakan dalam usaha mengubah kualiti pertumbuhan asas ekonomi bagi menjamin kesejahteran hidup penduduk di Malaysia. |
4.3. Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber.
Melaksanakan pelbagai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan seiring dengan pembangunan ekonomi agar daya tampung sumber alam dan ekosistem dapat bertahan lama dan memenuhi keperluan penduduk semasa dan generasi yang akan datang. Cth : Dalam menjalankan aktiviti pembalakan , usaha penghutanan semula , ladang hutan dan rawatan sivilkultur perlu dilaksanakan untuk memastikan bekalan kayu balak dan pelbagai sumber hutan yang berterusan pada masa hadapan.
![]() |
Antara usaha yang dijalankan untuk memulihara dan mempertingkatkan asas sumber di Malaysia . |
4.4. Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung.
Melaksanakan pelbagai inisiatif / usaha untuk mengawal kadar kelahiran dan migrasi masuk penduduk bagi memastikan kapasiti pertumbuhan penduduk seimbang dengan daya tampung sumber alam . Kadar pertumbuhan penduduk yang terlalu tinggi akan menyebabkan lebihan penduduk. Lebihan penduduk yang terlalu tinggi akan menyebabkan kadar ekplotasi sumber alam yang tinggi untuk memenuhi keperluan sumber makanan , peluang pekerjaan dan ruang kediaman yang banyak . Ini akan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar lalu mendorong kepada kemusnahan dan kepupusan pelbagai ekosistem .
![]() |
Pelbagai kaedah kawalan kelahiran perlu dilaksanakan untuk memastikan aras pertumbuhan penduduk seimbang dengan penawaran sumber yang terdapat dalam sesebuah negara. |
4.5. Mengorientasikan semula teknologi dan kaedah
pengurusan risiko.
Menggalakan usaha-usaha RND , menghasilkan pelbagai inovasi baru dan mengunakannya dengan meluas dalam pelbagai sektor ekonomi. Tranformasi teknologi dan pengurusan dalam pelbagai kegiatan ekonomi akan meningkatkan kecekapan , mengurangkan kadar pembaziran sumber serta dapat meningkatkan produktiviti sesuatu industri. Cth : Pengunaan kaedah pertanian hidrofonik , akuafonik dan fetrigrasi akan dapat mengatasi masalah kekurangan dan ketidaksuburan tanah . Input pertanian seperti baja dapat dikawal untuk menghasilkan output pertanian yang optima. Selain itu , kadar kerosakan tanaman akibat serangan mahkluk perosak dan persaingan dengan rumput di kawasan pertanian dapat di kawal sepenuhnya . Keadaan ini akan memberi penghasilan tanaman yang maksima.
![]() |
Antara teknologi moden yang digunakan secara meluas dalam pelbagai kegiatan ekonomi di Malaysia pada hari ini. |
4.6. Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa.
Hubungan ekonomi antara bangsa perlu sentiasa dipertingkatkan dalam usaha membina rangkaian perdagangan serantau yang lebih efektif dan berkesan . Aliran modal , teknologi , kepakaran serta buruh memudahkan kegiatan ekonomi dan pembangunan dirancang dan diurus secara bersama dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan ekonomi masing-masing lalu membina jaringan ekonomi saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.. Dalam hal ini , negara-negara yang mempunyai asas ekonomi ( fundamental ) yang kukuh seperti Singapura boleh membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara jiran dengan cara melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di negara tersebut. Keupayaan membentuk imbangan perdagangan antara negara-negara serantau dipacu ke tahap yang tertinggi.
· 4.7. Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa
Prinsip pembangunan lestari yang terakhir pula menekan kerjasama antarabangsa yang perlu diperkukuhkan . Pengukuhan kerjasama global akan memberi impak yang lebih besar terhadap pengurusan ekonomi yang lebih lestari . Aliran modal yang lebih besar dan teknologi industri yang lebih moden membolehkan pengurusan dan kaedah eksplotasi dilakukan dengan cara yang lebih cekap dan optima serta berupaya mengurangkan kesan penceramaran dan kerosakan kepada alam sekitar.
5.0. Pembangunan Lestari dalam Konteks
Pembangunan di Malaysia.
Pembangunan di Malaysia.
5.1. Sektor Pembinaan / Pembandaran.
Pembangunan fizikal kawasan bandar perlu diimbangi dengan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan . Pembukaan kawasan petempatan perlu diimbangi dengan usaha-usaha penghijauan bandar dan mempelbanyakkan badan-badan air seperti tasik , kolam-kolam takungan agar peningkatan suhu bandar dan fenomena pulau haba bandar dapat di kawal.
Aktiviti pembinaan juga perlu mengurangkan kadar pelepasan debu , habuk , asap dari jentera pembinaan perlu dikawal . Penggunaan bahan-bahan konkrit dan aspal / tar juga perlu dikawal dan digantikan dengan bahan binaan yang mesra alam seperti penggunaan bahan-bahan komposit untuk menurangkan medium penyerap bahangan matahari yang tinggi pada waktu siang.
Struktur binaan bangunan juga perlu diambilkira dalam proses pembandaran yang mesra alam . Perbanyakkan penggunaan struktur binaan yang menggunakan sistem pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi . Kedudukan bangunan yang tidak terlalu rapat dan tinggi akan melancarkan aliran pergerakan angin / udara secara semulajadi dan dapat mengelakkan atmosfera bandar tepu dengan debu , habuk dan pelbagai gas yang terampai serta berupaya memerangkap bahangan matahari yang menjadi punca terjadinya fenomena peningkatan suhu bandar.
5.2. Sektor Pengangkutan .
Perkembangan sektor pengangkutan yang dibimbangi mencemarkan udara dan meningkatkan fenomena jerebu . Hal ini boleh diatasi dengan melaksanakan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan seperti menggalakkan pengunaan kenderaan hybrid , LRT , MRT dan komuter yang mesra alam , pengunaan petrol tanpa plumbum dan melaksanakan usaha perkongsian kereta , pengenalan jadual waktu kerja anjal dan penggalakkan penggunaan kenderaan awam turut akan mengurangkan pembebasan gas-gas pencemar seperti gas karbon dioksida , gas karbon monoksida , sulfur dioksida dan lain-lain.
5.3. Sektor Pertanian.
Sektor pertanian berupaya mengamalkan prinsip pembangunan lestari jika kawalan yang teliti dilakukan seawal proses pembukaan kawasan ladang . Proses penebangan hutan secara yang terkawal , penggunaan tanaman tutup bumi dan sungkupan , pembajakan dan penanaman tanaman mengikut kontur berupaya mengawal kadar hakisan tanah dan tanah runtuh.
Pengunaan baja organik , pengurusan makhluk perosak dengan menggunakan kaedah biologi serta kawalan pertumbuhan rumpai secara manual dan mekanikal di kawsan pertanian akan berupaya meningkatkan kadar kesuburan tanah dan mengurangkan kadar keasidan tanah di kawasan tersebut.
Pelupusan sisa-sisa organik pertanian secara tebang dan reput akan mengurangkan kadar pencemaran udara , jerebu dan peningkatan suhu di kawasan pertanian. Jerami padi dan sisa tandan kelapa sawit serta tebu boleh diolah dan diproses semula untuk dijadikan makan haiwan ternakan ataupun dalam industri penghasilan baja kompos/baja organik.
5.4. Sektor Penternakan :
Perkembangan sektor penternakan perlu diseimbangkan dengan langkah-langkah pemeriharan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber alam yang bersesuaian . Antaranya ialah :
Melaksanakan aktiviti penebangan terpilih semasa menyediakan padang ragut - membiarkan pokok-pokok yang tidak berkaitan .
Pokok-pokok yang ditinggalkan akan melindungi permukaan tanah daripada kering pada masa cuaca panas , mengawal hakisan dan berupaya meningkatkan kelembapan udara dan berfungsi sebagai pengeluar dalam rantaian makanan pelbagai hidupan di kawasan tersebut.
Aktiviti ragutan yang terancang juga perlu dilaksanakan di kawasan padang ragut. Sistem giliran kawasan ragutan akan mengelakkan proses ragutan yang berlebihan dan memberi ruang kepada rumput untuk hidup semula selepas diragut. Pemberian makanan tambahan seperti palet di kandang turut mengurangkan kebergantungan haiwan ternakan terhadap aktiviti ragutan di kawasan padang ragut.
Pembuangan sisa-sisa ternakan seperti najis-najis haiwan dan sisa-sisa sembelihan secara terkawal dan bersistematik akan dapat mengurangkan kesan perkembangan sektor penternakan terhadap sistem air. Najis haiwan ternakan dan sisa-sisa sembelihan boleh diproses untuk dijadikan baja organik dan kegunaan yang lain.
5.5. Sektor Perikanan :
Kegiatan perikanan secara lestari dapat dilaksanakan jika nelayan-nelayan yang terlibat hanya menangkap ikan dan hidupan akuatik lain , mengikut kouta dan keperluan penduduk semasa. Hal ini kerana jumlah tangkapan yang berlebihan akan menyebabkan sumber ikan dan pelbagai hidupan akuatik akan pupus dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu , Pewartaan kawasan Taman laut turut memberi ruang yang luas untuk pembiakan dan pembesaran pelbagai hidupan akuatik. Pengunaan tukun tiruan sebagai habitat pelbagai hidupan akuatik yang boleh dijadikan kawasan pembiakan sumber ikan turut membantu meningkatkan kembali populasi ikan .
Penggunaan kaedah perikanan yang tidak sesuai turut menjejaskan ekosistem perikanan. Penggunaan pukat tunda di kawasan pinggir pantai akan merosakkan struktur terumbu karang lalu menjejaskan peranannya sebagai habitat dan yang penting dalam proses pembentukan rantaian makanan di kawasan laut.
Selain itu , pembuangan sisa-sisa pukat , sisa-sisa tangkapan dan aktiviti pembersihan bot-bot nelayan perlu dilakukan dengan kaedah yang betul . Sisa-sisa pukat yang dibuang ke laut akan menyebabkan pelbagai hidupan seperti penyu terperangkap manakala pembuangan sisa-sisa tangkapan dan tompokan minyak akibat aktiviti pembersihan bot akan menyebabkan pencemaran air laut merosot dan menjejaskan pelbagai hidupan akuatik di situ.

Mewartakan kawasan Taman laut dan penggunaan tukun tiruan boleh membantu meningkatkan polulasi pelbagai hidupan akuatik. |
Penggunaan kaedah perikanan yang tidak sesuai turut menjejaskan ekosistem perikanan. Penggunaan pukat tunda di kawasan pinggir pantai akan merosakkan struktur terumbu karang lalu menjejaskan peranannya sebagai habitat dan yang penting dalam proses pembentukan rantaian makanan di kawasan laut.
Selain itu , pembuangan sisa-sisa pukat , sisa-sisa tangkapan dan aktiviti pembersihan bot-bot nelayan perlu dilakukan dengan kaedah yang betul . Sisa-sisa pukat yang dibuang ke laut akan menyebabkan pelbagai hidupan seperti penyu terperangkap manakala pembuangan sisa-sisa tangkapan dan tompokan minyak akibat aktiviti pembersihan bot akan menyebabkan pencemaran air laut merosot dan menjejaskan pelbagai hidupan akuatik di situ.
5.6. Sektor utiliti / Perkhidmatan .
Perkembangan sektor perkhidmatan pelancongan secara umumnya boleh diimbangi dengan kaedah pengurusan impak alam sekitar ( langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ) yang terbaik.
Pembinaan sektor perhotelan , resort dan chalet berskala besar perlukan penyediaan Laporan Impak Alam Sekitar ( Laporan EIA ) yang menyatakan dengan jelas kualiti alam sekitar sebelum , semasa dan selepas pembinaan tersebut dijalankan. Laporan itu juga perlu menamakan pihak yang akan bertanggunjawab terhadap kos sosial dan kebertanggunjawapan terhadap kemusnahan alam sekitar akibat pembinaan hotel tersebut.
Kerja-kerja asas pembinaan seperti aktiviti penebangan hutan , penambakan atau pendalaman kawasan pinggir pantai , tarahan dan meratakan kawasan cerun / lereng kawasan tanah tinggi perlu dilakukan dengan teliti , berpandukan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian serta pada kadar yang minima. Hal ini perlu untuk menurangkan impak negatif yang ketara terhadap alam sekitar dan kawasan pembinaan serta berupaya mengurangkan fenomena seperti tanah runtuh , gelongsoran tanah dan hakisan ombak.
Pembuangan sisa-sisa domestik perhotelan dan kawasan pelancongan juga perlu dijalankan dengan baik. Penyaliran sisa-sisa kumbahan dan pembuangan sisa-sisa domestik pelancong seperti sampah akan menjejaskan kualiti alam sekitar kawasan pelancongan . Penyediaan kemudahan rawatan sisa kumbahan hotel yang bersistematik dan ruang pengumpulan sisa-sisa domestik yang banyak akan memudahkan pengurusan bahan-bahan terbuang sektor pelancongan ini .

3.4. Sektor Perlombongan .
Perkembangan sektor perlombongan perlu diseimbangkan dengan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang bersesuaian. Antara langkah pemuliharaan tanah di kawasan bekas lombong ialah :
Proses menebusguna kawasan bekas lombong . Melalui kaedah ini , fungsi tanah bekas lombong akan diubah daripada kawasan yang terbiar kepada kawasan yang lebih produktif. Perubahan fungsi kawasan bekas lombong akan turut menyebabkan perubahan terhadap struktur tanah dan cara guna tanah di kawasan bekas lombong dalam jangka masa panjang. Secara umumnya , kawasan bekas lombong boleh ditebusguna dan dijadikan kawasan pertanian , kawasan akuakultur , kawasan reakreasi dan lain-lain.
Secara umumnya , aktiviti perlombongan akan menyebabkan perubahan struktur dan kualiti tanah . Lapisan permukaan tanah yang kaya dengan humus dan neutrien akan hilang akibat proses carigali . Keadaan ini boleh diperbaiki dengan menanam dan menimbus medium yang berupaya mengekalkan kelembapan kepada tanah serta mengembalikan kesuburannya . Pengunaan sisa tandan kelapa sawit yang akan mengekalkan kelembapan tanah dan uraian oleh pelbagai mikrob dan organisme akan mengembalikan neutrien tanah dalam tempoh masa yang tertentu.
Selain itu , proses penghijauan kawasan bekas lombong juga akan membantu menyeimbangkan ekosistem kawasan bekas lombong. Penanaman pelbagai jenis pokok akan berupaya memperbaiki jaringan siratan makanan pelbagai jenis hidupan di kawasan tersebut dan mengembalikannya seperti ekosistem asal di kawasan tersebut.

Kawasan bekas lombong yang sudah ditebusguna . |

Penggunaan tandan kelapa sawit akan berupaya mengembalikan kelembapan dan kesuburan tanah . |
Selain itu , proses penghijauan kawasan bekas lombong juga akan membantu menyeimbangkan ekosistem kawasan bekas lombong. Penanaman pelbagai jenis pokok akan berupaya memperbaiki jaringan siratan makanan pelbagai jenis hidupan di kawasan tersebut dan mengembalikannya seperti ekosistem asal di kawasan tersebut.
![]() |
Proses penghijauan kawasan bekas lombong. |
#hidupkitaacuankita
#kitausahakitajaya.
No comments:
Post a Comment