Tips : MEMAHAMI PENYELESAIAN ISU GEOGRAFI.
Objektif Penulisan :
Mendedahkan pelajar /pembaca kepada pelbagai fenomena /senario / isu Geografi yang sering berlaku serta mencari rasional / sebab dan punca mengapa sesuatu keputusan diambil oleh pihak-pihak tertentu.
Asas Penyelesaian Isu ;
Secara umumnya antara sebab perubahan yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu :
1. Pengelakan impak yang sememangnya jelas sebelum sesuatu
isu berbangkit / hasil daripada kajian awal yang dilakukan.
* ( melihat terus kepada faedah / kesan positif yang bakal
diperolehi ).
2. Proses penjajaran semula / penambahbaikan .
* ( Usaha pengubahsuaian / penambahbaikan setelah
menerima / melihat / menilai wujud impak negatif ).
Isu 1 : Penyelerakan Industri ke kawasan pinggir bandar / luar bandar .
1. Memahami Isu :
![]() |
Rajah menunjukkan arah penyelerakan industri dari pusat bandar ke kawasaan pinggir bandar. |
2. Kaedah memahami asas penyelesaian Isu :
Berlaku perpindahan kawasan industri dari kawasan bandar ke kawasan-kawasan pinggir bandar. Dalam hal ini , pelajar perlu mencari faktor asas / sebab / punca mengapa berlaku perpindahan . Isu ini boleh diselesaikan berdasarkan pemikiran yang rasional / penggunaan logik akal dengan meneliti pertimbangan terhadap dua asas penyelesian isu seperti yang dijelaskan di atas. Pertimbangan perli mengambilkira aspek alam sekitar fizikal ( ASF ) dan alam sekitar manusia ( ASM ).
3. Faktor yang mempengaruhi penyerakan :
Secara umumnya , terdapat banyak sebab / faktor / punca / alasan mengapa penyelerakan industri dari kawasan pusat bandar ke kawasan pinggir bandar dan ke kawasan luar bandar dilaksanakan . Antaranya ialah :
Secara umumnya , terdapat banyak sebab / faktor / punca / alasan mengapa penyelerakan industri dari kawasan pusat bandar ke kawasan pinggir bandar dan ke kawasan luar bandar dilaksanakan . Antaranya ialah :
3.1. Sebagai langkah mengawal / mengurangkan kesan /impak pencemaran alam sekitar ( pencemaran udara , pencemaran air , Jerebu , peningkatan suhu bandar di kawasan pusat bandar.
3.2. Sebagai usaha untuk menangani fenomena kesesakan ( kesesakan lalulintas , penduduk ) di kawasan pusat bandar.
3.3. Sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah aliran migrasi penduduk dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang terlampau tinggi ke kawasan pusat bandar.
3.4. Sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk memajukan kawasan pinggir dan luar bandar .
3.5. Usaha untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk pinggir dan luar bandar - meningkatkan pendapatan perkapita penduduk yang terlibat - meningkatkan taraf hidup & mengurangkan kadar pengangguran penduduk di kawasan tersebut.
3.6. Boleh menjana /menggalakkan perkembangan pembangunan ( pembukaan bandar-bandar baru / pusat-pusat pertumbuhan ) & infrastruktur ( jalan raya / landasan keretapi / bekalan air / bekalan elektrik ) di kawasan pinggir bandar / luar bandar .
3.7. Berupaya mewujudkan kesan pengganda ekonomi - menggalakkan pertumbuhan pelbagai kegiatan ekonomi huluan dan hiliran di kawasan pinggir / luar bandar.
3.8 Berupaya menggalakkan penerokaan / pembangunan pelbagai sumber alam semula jadi / sumber asli di kawasan pinggir bandar / luar bandar.
3.9. Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyeimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan kawasan pingir bandar / luar bandar.
3.10 Sebagai usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran - bekalan tenaga buruh yang murah / sumber bahan mentah yang banyak & kilang yang dibina berhampiran dengan sumber bahan mentah - memberi kelebihan kepada pengusaha / pemain industri untuk mengoptimakan keuntungan .
4. Rumusan :
Secara umumnya , terlalu banyak faktor / sebab / punca mengapa penyelerakan sektor industri dijadikan sebahagian daripada dasar pembangunan kawasan dan industri di Malaysia. Para pelajar boleh melihat isu ini daripada dua persfektif yang telah digariskan dalam asas penyelesaian isu di atas .
Moga panduan yang diberikan dapat membantu pelajar untuk dalam meneroka isu-isu yang lain yang mempunyai ciri-ciri dan justifikasi penyelesaian yang sama.
Contoh isu lain :
1. Keperluan untuk proses pengelompokan industri .
#hidupkitaacuankita.
#kitakongsiaspirasi&cecita.
#Kitausahakitajaya.
No comments:
Post a Comment