Perkongisan Bersama Geografian. Moga memberi bermanfaat untuk semua . Sila beri komen untuk tujuan penambakbaikan .
Wednesday, 23 June 2021
Tajuk : KEGIATAN EKONOMI PRIMIER ( PERTANIAN /TANAMAN KELAPA )
Thursday, 17 June 2021
Aktiviti 3R : PERTANDINGAN FOTOKAP ALAM SEKITAR ( K3R ARUS PERDANA )
Aktiviti 3R :
PERTANDINGAN FOTOKAP ALAM SEKITAR ( K3R ARUS PERDANA )
1.0. Sekilas Pandang.
Pertandingan FOTOKAP Alam Sekitar adalah pertandingan anjuran Unit KOKO JPN Pahang dan dianjurkan di peringkat negeri , daerah dan sekolah . Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu untuk kategori menengah rendah ( pelajar tingkatan 1 dan 2 ) . Manakala untuk menengah atas untuk pelajar tingkatan 4.
Pertandingan ini menyaratkan peserta mengambil / merakam foto dan disertakan kapsyen yang dapat memberi gambaran tentang foto yang telah diambil.
2.0. Sekitar Pertandingan .
Antara fotokap yang telah dihantar oleh peserta pertandingan .
3.0. Keputusan Pertandingan .
- Kategori Menengah Rendah :
1.
2.
3.
- Kategori Menengah Atas,
1.
2.
3.
4.0. Harapan Penganjur .
* Kita gantung dulu ..... abeh pertandingan kita kemas kini ..... )
Aktiviti 3R : PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM TERTUTUP TING. 6 SMKR 2021.
Aktiviti 3R : PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM TERTUTUP TING. 6 , SMKR BERTEMAKAN " KITAR SEMULA "
Tempat : PROGRAM ATAS TALIAN /ON LINE
SMK ROMPIN , 26800 KUALA ROMPIN .
Hari : APRIL - JUN 2021.
Penganjur : Kelab Kitar Semula SMKR ( K3R SMKR ).
1.0. Sekilas Pandang .
Dianjurkan oleh JK pengelola yang terdiri daripada ahli-ahli kelab Kitar Semula ( K3R ) SMK Rompin , untuk memenuhi keperluan tugasan ahli-ahli kelab yang perlu mengadakan aktiviti yang berbentuk pertandingan untuk membolehkan mereka mencukupkan jam kredit bagi membolehkan mereka mendapat markah yang terbaik dalam aktiviti KOKO sepanjang sesi pengajian semester ke 2 , 2021.
Dengan tema " alam sekitar " , para peserta diberi masa 3 minggu untuk menyediakan tugas mereka sebelum diserahkan kepada pihak penganjur untuk dinilai.
2.0. Sekitar Pertandingan.
Penyertaan yang amat-amat membanggakan . Sebanyak 34 penyertaan diterima . Antara video pengucapan awam yang diterima ialah :
3.0. Pemenang Pertandingan ;
Pertama :NUR AIN ADLISYA BT MAHAMAD ASRI 6 IK
Kedua : KAUSALIYA A/P SINNIAH - 6AK
Ketiga : NURUL NABILLA SYAHIRA BINTI ANUAR 6 IS
4.0. Harapan Penganjur :
Tkasih semua ahli jawatan kuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan projek ini . Terima kasih juga kepada semua pelajar yang menyertai pertanindan dan tahniah kepada yang berjaya . Moga pengalaman yang dicongkel berupaya dimanfaatkan pada masa hadapan .
Catatan Pengalaman : PERTANDINGAN KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA ELEKTRIK DI RUMAH 2021.
Catatan Pengalaman : KESEDARAN KECEKAPAN TENAGA ELEKTRIK DI RUMAH 2021.
1.0. Seimbas lalu :
Pertandingan Kesedaran Kecekapan Tenaga Elektrik di rumah merupakan usaha murni pihak TNB bersama Jungle Ambassador untuk memupuk budaya penggunaan tenaga elektrik perlu digunakan secara berhemah.
![]() |
| Pumplet edaran pertandingan yang diedarkan kepada warga maya . Antara sijil penyertaan yang bakal diperolehi oleh peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini. |
Satu pengalaman yang menarik untuk dilalui dan dikongsikan kerana peserta sendiri akan melihat keupayaan mereka merancang , mengurus dan mengawal penggunaan tenaga elektrik di rumah secara optima tetapi penuh berhemah untuk membolehkan penurunan 10 peratus penggunaan tenaga elektrik dapat dijayakan.
2.0. Tatakelola Pertandingan :
Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah di Semenanjung Malaysia dan mengikut kategori sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan . Kategori sekolah menengah terbuka kepada semua pelajar dari Ting. 1 hingga Ting. 5 manakala sekolah rendah pula pesertanya terdiri daripada pelajar Tahun 4 hingga tahun 6. Bagi SMK Rompin , terdapat 10 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini .
Penilaian pertandingan ini bergantung kepada keupayaan peserta mengurangkan kadar penggunaan voltan tenaga elektrik di rumah sebanyak 10 peratus / bulan bermula penggunaan eletrik dalam bulan Mei ( Bil JUN ) hingga penggunaan elektrik bulan Oktober ( Bil NOV ). Penggunaan tenaga elektrik bulan MEI adalah TOV pertandingan . Peserta akan diminta menetapkan mekanisme yang menjadikan jumlah penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan.
3.0. Fasa Pertandingan :
( akan diupdate dari semasa ke semasa )
4.0. Keputusan & Pencapaian :
( Penghujung bulan Oktober / November )
Wednesday, 16 June 2021
Catatan Pengalaman : Bcamp BIODIVERSITI FRIM & KPM 2021 . .
Catatan Pengalaman : Bcamp BIODIVERSITI FRIM & KPM 2021.
1.0. Latar Belakang Program :-
Program Penerapan Pembelajaran Pemuliharaan Biodiversiti Dalam Sistem Pendidikan Malaysia merupakan usaha berama yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM ) dengan Bahagian Profesionalisme Guru KPM .
Melalui program ini , isu berkaitan dengan penerapan elemen pengurusan alam sekitar secara lestari dalam proses pembangunan negara akan dapat diterapkan di kalangan pelajar agar wujud generasi yang memahami dan menerima proses pembangunan perlu diseimbangkan dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pelbagai biodiversiti .
![]() |
| Taman laut Pulau Tioman antara kawasan yang kaya dengan Pelbagai Biodiversiti. |
2.0. Edaran Yang Berkaitan :-
3.0. Matlamat Penyertaan :-
Antara matlamat penyertaan dalam program ini ialah :
1. Mendapatkan maklumat dan pendedahan yang lebih mendalam tentang aspek pemuliharaan Biodiversiti negara berdasarkan kerangka dasar oleh pihak Kerajaan.
2. Membantu pihak pengelola menyediakan kerangka penerapan pembelajaran pemuliharaan Biodiversiti dalam sistem pendidikan di sekolah .
3. Membantu pihak pengelola menyediakan mekanisme / kaedah / strategi penerapan pembelajaran Pemuliharaan Biodiversiti dalam Sistem Pendidikan di sekolah .
4.0. Catatan Pengalaman :-
22/6/2021 - Bengkel / Taklimat Pengenalan Program.

Kekawan sebengkelan .... bakal pengurus alam sekitar yang hebat2 ..
Moga berupaya memanfaat ruang & kesempatan yang ada.
- Terdapat sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan ditimba . Amat sesuai dengan proses pdpc F6 Semester 1 : ( Topik : manusia sebagai agen perubahan ) , Semester 2 : ( Topik : Kegiatan ekonomi : impak dan dampak kepada alam sekitar ) Semester 3 : ( Ekosistem : Aktiviti Pemeliharaan & Pemuliharaan , Pembangunan Lestari dan Pelbagai Protokol / Pengistiharan & Deklarasi Alam Sekitar yang berkaitrapat dengan isu alam sekitar rentas sempadan ). Tidak kurang pentingnya berupaya memberi jaringan yang amat luas kepada calon-calon STPM untuk melaksanakan kerja lapangan / kerja kursus Geografi 942/3 ).
5.0. Intipati Penyertaan :
Tema : PENDUDUK & SUMBER .
Tema : Penduduk & Sumber.
1.0. Konsep Sumber .
- Pelbagai unsur / elemen yang boleh digunakan / diekplotasi untuk
kegunaan dan kelangsungan hidup manusia.
![]() |
| Aktiviti perlombongan petroleum memberi banyak sumbangan terhadap kehidupan manusia . |
2.0. Klasifikasi Sumber.
- Terbahagi kepada :
2.1. Sumber yang boleh di perbaharui .
2.2. Sumber yang tidak boleh diperbaharui.
![]() |
| Tenaga geoterma adalah contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui |
![]() |
| Lombong bahan mineral seperti bijih timah , emas , bijih besi dan bauksit merupakan contoh sumber yang tidak |
3.0. Kepentingan sumber.
- Sumber Tanih :
1. Habitat pelbagai flora dan fauna.
2. Sumber bahan mentah industri / kilang.
![]() |
| Industri Labu Sayung mengguakan koalin / tanah liat sebagai sumber bahan mentah. |
3. Kawasan pertanian / penternakan / pembalakan.
![]() |
| Aktiviti penanaman sayur di kawasan tanah tinggi. |
4. Kawasan petempatan / pembinaan pelbagai kemudahan .
![]() |
| Aktiviti pembinaan petempatan . |
- Sumber air .
![]() |
| Sumber air |
1. Kegunaan domestik / harian .
2. Mengairi kawasan pertanian .
3. Kawasan perikanan / akuakultur .
4. Kawasan pelancongan / taman tema air / aktiviti eko /
akuapelancongan.
5. Sumber bahan mentah industri minuman .
6. Punca sumber tenaga elektrik / tenaga elektrik hidro.
7. Sumber galian / mineral.
- Sumber hutan :
![]() |
| Sumber hutan. |
1. Kawasan pelancongan / ekopelancongan.
2. Sumber bahan mentah industri sektor perkayuan.
3. Sediakan peluang pekerjaan /sektor pembalakan.
4. Sumber makanan .
5. Sumber ubat-ubatan tradisional.
6. Berfungsi sebagai pengeluar dalam rantaian makanan.
7. Berfungsi sebagai habitat flora dan fauna.
8. Mengawal hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.
9. Bertindak sebagai penapis dalam sistem kitaran hidrologi.
10. Menyerderhanakan suhu setempat/ domestik / mikro.
11. Sumber ubat-ubatan tradisional.
12. Sumber pendapatan negara - eksport / cukai eksport.
- Sumber marin.
![]() |
| Kepelbagaian sumber marin . |
1. Kawasan perikanan.
2. Menyediakan peluang pekerjaan.
3. Kawasan Ekopelancongan.
4. Sumber makanan / sumber protien
5. Sumber ubat-ubatan tradisional.
6. Mengekalkan keseimbangan ekosistem setempat.
- Sumber kepelbagaian Biologi / Biodiversiti.
![]() |
| Kepelbagaian biologi di Malaysia. |
2. Sumber ubat-ubatan tradisional .
3. Sumber bahan mentah industri .
4. Aset pelancongan / daya tarikan pelancongan.
5. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
4.0. Daya Tampung Sumber.
4.1. Konsep.
- Keupayaan sesuatu sumber untuk memampung / memenuhi keperluan penduduk di sesuatu kawasan pada aras dan
tempah masa yang tertentu .
4.2. Faktor Pengaruhi Daya Tampung Sumber.
- Kualiti dan kuantiti sesuatu sumber.
- Aras penduduk yang boleh ditampung.
- Tahap keupayaan teknologi.
- kaedah pengurusan yang bersistematik.
4.3. Kesan Daya Tampung Sumber yang rendah kepada Alam Sekitar & Alam Sekitar Manusia.
- Kemusnahan ekosistem / tanah runtuh / kemarau / banjir /
kemusnahan hutan .
- Kemerosotan kualiti alam sekitar: pencemaran udara
/ pencemaran air / pencemaran tanah / pencemaran bau /
kemusnahan habitat / kemusnahan rantaian makanan.
- Kesan negatif terhadap aspek kemanusian seperti :
1. Kebuluran / kekurangan makanan / kekurangan zat
makanan.
2. Kemiskinan / peluang pekerjaan terhad.
3. Jenayah dan masalah sosial.
4. Taraf hidup penduduk merosot.
5.0. Lebihan Penduduk .
5.1. Konsep.
- Berlaku apabila kadar pertumbuhan penduduk /jumlah penduduk
melebihi jumlah sumber yang terdapat dalam sesebuah kawasan
/ negara dalam tempoh masa yang tertentu.
5.2. Faktor yang mewujudkan lebihan penduduk.
1. Kadar kelahiran penduduk yang terlalu tinggi.
2. Kadar migrasi masuk penduduk yang terlalu tinggi.
3. Proses pembangunan ekonomi yang terlalu pantas dan memusat di sesatu kawasan.
5.3. Kesan lebihan penduduk kepada alam sekitar
Fizikal dan alam sekitar manusia.
1. Kesan Kepada Alam Sekitar Manusia.
- Peluang pekerjaan terhad - wujudkan fenomena pegangguran.
- Kekurangan rumah mampu milik - wujudkan kawasan
setinggan.
- Kekurangan kemudahan awam / kemudahan sosial (
kemudahan pendidikan / kemudahan kesihatan terhad ) - taraf
hidup merosot.
- Pengangkutan awam terhad / meningkatkan penggunaan
kenderaan persendirian - wujudkan suasana kesesakan
penduduk / kesesakan lalu lintas.
2. Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal .
- Kadar ekplotasi sumber yang berlebihan - sumber alam
cepat pupus .
- Wujud persaingan guna tanah - wujudkan tekanan terhadap
cara guna tanah - tingkatkan kejadian hakisan tanah dan tanah
runtuh.
- Tekanan yang tinggi kepada pelbagai sumber alam akan
meningkatkan kadar eksplotasi sumber & pelepasan pelbagai
enfluen terhadap alam sekitar - tingkatkan kejadian
pencemaran air , pencemaran udara , jerebu , hujan asid dll.
5.4. Langkah atasi Lebihan Penduduk.
- Sediakan insentif kawal kadar kelahiran .
- Tingkatkan taraf pendidikan & usia perkahwinan .
- Wujudkan Dasar Kependudukan - " Satu keluarga satu Anak ".
- Galakkan proses Emigrasi keluar negara.
6.0. Kurang Penduduk .
6.1. Konsep.
- Terjadi apabila jumlah penduduk terlalu rendah berbanding
penawaran sumber yang terdapat di sesebuah negara.
6.2. Faktor yang mewujudkan kurang penduduk.
- Kadar kelahiran semulajadi penduduk yang rendah .
- Berlaku emigrasi keluar negara secara besar-besaran.
6.3. Kesan kurang penduduk alam sekitar manusia
/ sosioekonomi.
1. Kesan kepada Sosio Ekonomi.
- Kadar kelahiran akan menurun / jumlah penduduk
berkurangan.
- Bekalan sumber tenaga buruh pada masa hadapan semakin
berkurangan.
- Saiz pasaran domestik semakin mengecil .
- Keselamatan negara semakin terancam .
- Banyak sumber ekonomi tidak dapat dijana / dieksplotasi
secara yang optima.
- terpaksa bergantung kepada tenaga buruh asing.
- terdapat banyak kawasan tanah subur yang terbiar.
6.4. Langkah atasi Kesan kurang Penduduk.
- Meningkatkan penggunaan teknologi dan automasi
digital .
- Meningkatkan penggunaaan sumber tenaga buruh asing.
- Menyediakan jadual kerja yang lebih anjal .
- Meningkatkan umur persaraan .
- Meningkatkan kadar upah .
- Mewujudkan mekanisme latihan dalam pekerjaan serta
meningkatkan mobiliti pekerjaan antara buruh.
Tuesday, 15 June 2021
Info : SPM 2020 ( PANDEMIK COVID PENUH HIKMAH ).
Info :
1. Lanser Persediaan.
Satu tahun tiga bulan berada dalam situasi yang mencabar . Bersemuka dan PDR silih berganti . Daripada kaedah pembelajaran mudah dan jelas berubah kepada situasi samar-samar . Benarkah mereka di situ atau sekadar bayangan maya di tengah-tengah kekalutan dunia tanpa sempadan yang menghilangkan rasa tanggungjawab dan kehormatan . Kehadiran yang boleh sukar di telah , namun semuanya berakhir apabila SPM 2020 tetap dilaksanakan wpun dalam suasana getir pandemik . Alhamdulilah ...semua dapat dilalui dengan tenang walaupun di sebalik wajah tenang itu penuh kegusaran , penuh keraguan yang melampaui batas kelaziman ....
2. Pencapaian SPM 2020.
Alhamdulilah & tahniah atas kejayaan semua pelajar . Cemerlang atau tidak bukan lagi ukuran pada ketika ini . Yang penting sumbangan terhadap keampuhan mp Geografi sebagai salah satu dp elektif yang menyumbang kepada peningkatan kelulusan & GPS mp amat-amat cgu hargai . Terima kasih semua .
3. Analisis Pencapaian SPM 2020.
3.1. SPM 2020 Keseluruhan.
![]() |
3.1. Perbandingan Tahun Semasa ( ETR / SPM 2020 ).
3.2. Perbandingan antara Tahun.
( SPM 2019 & SPM 2020 )
4. Yang Tersurat & Yang Tersirat ( SPM 2020 ).
4.1. SPM 2020 ( Yang Terurat - calon-calon cemerlang ).
Kepada yang kurang berjaya .... buka bererti tamat sudah perjuangan. Hidup perlu diteruskan . Anggaplah ini sebagai satu cabaran untuk meneroka ruang dan peluang yang lebih hebat pada masa hadapan.
#hidupkitaacuankita.
#Pengurusanberhemahpencapaianberhikmah
#Covid19.Kitajagakita.
#MogaAllahmerahmatikitasemua.





































