Catatan Pengalaman : Bcamp BIODIVERSITI FRIM & KPM 2021.
1.0. Latar Belakang Program :-
Program Penerapan Pembelajaran Pemuliharaan Biodiversiti Dalam Sistem Pendidikan Malaysia merupakan usaha berama yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM ) dengan Bahagian Profesionalisme Guru KPM .
Melalui program ini , isu berkaitan dengan penerapan elemen pengurusan alam sekitar secara lestari dalam proses pembangunan negara akan dapat diterapkan di kalangan pelajar agar wujud generasi yang memahami dan menerima proses pembangunan perlu diseimbangkan dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pelbagai biodiversiti .
![]() |
Taman laut Pulau Tioman antara kawasan yang kaya dengan Pelbagai Biodiversiti. |
2.0. Edaran Yang Berkaitan :-
3.0. Matlamat Penyertaan :-
Antara matlamat penyertaan dalam program ini ialah :
1. Mendapatkan maklumat dan pendedahan yang lebih mendalam tentang aspek pemuliharaan Biodiversiti negara berdasarkan kerangka dasar oleh pihak Kerajaan.
2. Membantu pihak pengelola menyediakan kerangka penerapan pembelajaran pemuliharaan Biodiversiti dalam sistem pendidikan di sekolah .
3. Membantu pihak pengelola menyediakan mekanisme / kaedah / strategi penerapan pembelajaran Pemuliharaan Biodiversiti dalam Sistem Pendidikan di sekolah .
4.0. Catatan Pengalaman :-
22/6/2021 - Bengkel / Taklimat Pengenalan Program.
![]() |
Kekawan sebengkelan .... bakal pengurus alam sekitar yang hebat2 .. Moga berupaya memanfaat ruang & kesempatan yang ada. |
- Terdapat sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan ditimba . Amat sesuai dengan proses pdpc F6 Semester 1 : ( Topik : manusia sebagai agen perubahan ) , Semester 2 : ( Topik : Kegiatan ekonomi : impak dan dampak kepada alam sekitar ) Semester 3 : ( Ekosistem : Aktiviti Pemeliharaan & Pemuliharaan , Pembangunan Lestari dan Pelbagai Protokol / Pengistiharan & Deklarasi Alam Sekitar yang berkaitrapat dengan isu alam sekitar rentas sempadan ). Tidak kurang pentingnya berupaya memberi jaringan yang amat luas kepada calon-calon STPM untuk melaksanakan kerja lapangan / kerja kursus Geografi 942/3 ).
5.0. Intipati Penyertaan :
No comments:
Post a Comment