Friday, 23 June 2023

 Catatan Pengalaman  Legasi   Abah .

                  (  Catatan   Perjalanan  Seorang  Abah )  .


1.0. Memori Silam .

Terbayang sesosok tubuh yang  kurus dan  cengkung , seakan tiada bermaya tetapi sebenarnya mata beningnya tetap bercahaya . Penuh semangat ,  walaupun hampir hilang dek kedut yang semakin ketara dimamah usia  .  Apapun katanya tetap keramat . " Tiada harta  yang abah akan tinggalkan . Yang nilah peluang yang ada " . " Belajar rerajin !..... .     Pengalaman perit mengusahakan petak-petak sawah yang tidak mengenal erti kepayahan  , mungkin menjadikan abah seorang yang  sentiasa  optimis  tentang hidup  dan kehidupan . Digagahi setiap   ruang  dan peluang yang ada   . Al- fatihah  untuk arwah abah. . 

Arwah Abah  tegas  tapi penyayang .


2.0. Memori Semalam  .

Kini  abah  menelusuri  laluan  dan   eroni yang sama .  Dengan kurniaan  enam cahaya mata membangkitkan memori abah  ,   kerana  kini  abah   juga  sudah  menjadi  seorang abah yang mempunyai  watak dan perwatakan  sama  seperti " abah " abah  dulu  .  Sesuatu yang tidak  pernah  dibayangkan .  Inilah  hakikat  kitaran  hidup  .   Mungkin   sukar  abah    terima  seketika dahulu  ,  mengapa  saban kali  raya , baju " abah " abah jarang bertukar  sedangkan anak-anak abah  sentiasa diberikan yang terbaik  mungkin . 

Untuk  anak-anak abah  , setiap memori yang abah lalui akan cuba abah  lakar dan rakamkan  di  sini  untuk perkongsian kita . Moga kalian tahu setiap anak abah ada nilai , harganya  dan   wawasannya  . Ya....  sebagaimana yang diamanahkan   , Inshaa Allah !.... hadirnya   kalian di sisi abah  dan  emak  tetap kami hargai   . Ingatlah . Kalian umpama   rangkuman  urat  dan denyutan  nadi bagi abah  dan  emak  . Kalianlah yang mewarnai  perjalanan  kehidupan abah dan emak  . Apapun setiap  perjalanan  ada likuannya . Ingatlah ........Ada hikmah yang Allah beri dalam setiap likuan perjalanan dalam  kehidupan  ini .  Gapaian   kebahagiaan  , kejayaan  dan kecemerlangan   tidak semudah  dan semurah membina  impian  dan angan-angan .  Tetapi!...... ,  tidak mustahil  juga  kita capai  ,  jika ada keinginan  dan dorongan .



Apapun ,   Alhamdulilah ...........  Kini ,  kalian sudah berupaya melalui  sebahagiannya . Abah kagum dengan kalian  ,   walaupun terkadang tersandung sebentar dalam perjalanan semalaman yang melelahkan . Abah tahu  ....... Kalian  berhenti ketika kerana  kepenatan .  Namun , abah pasti  itu  bukan bermakna  kalian  mengalah , kalian  menghela nafas seketika kerana  kalian   mencari ruang untuk mengadah  dan   mengatur langkah  baru agar jejak dalam   perjalanan  hari esok lebih  bermakna .  Sepastinya abah memahami   ,   kalian lebih arif mengurus  dan merencana perjalanan kalian . Betul.......kan ! .Teringat abah  pesanan nabi kita " didiklah anak mengikut zamannya " ...  Allah juga  tidak mewajarkan  yang bulat datang menggolek  , yang pipih datang melayang  sesuatu yang acap terjadi dalam kehidupan kita ... Justeru itu ..... berusahalah !....



Anak-anak abah :

2.1.  Si Along    Abah .

Lahirmu takala  abah  masih di bumi Kenyalang . Mudah diurus . Seusai pagi  , bersama  Kak Dayang . Beruntung kerana diberi gelaran Awang . Seketika bersama abah , seusai habis tugasan abah di padang dan sebelum kesekolah semula kerana hakiki tugas abah di sebelah petang  . Seusai bersama Kak Dayang kembali , apabila abah kembali ke sekolah menjelang tengah hari  .  Menjelang petang  , kembali bersama  emak  . Itulah rutinan sepanjang  tiga   tahun berada di Bumi Kenyalang. Along membesar ketika abah  gigih mencari  ruang  dan peluang membina kesempurnaan kerjaya .  Kehadiran along banyak mematangkan  abah dalam agihan  masa untuk kerjaya  dan keluarga . Sesibuk mana sekalipun di padang dan sekolah  , tatapan di buaian untuk anak abah  tetap ada . Alhamdulillah !..... Tew yang terkadang sebak bila balik sekolah  , buaian kosong !... Rupanya !... Kak Dayang bawa along balik  jumpa dengan nenek  dan Hafiz .  

Karektor  along ,  lembut biarpun  nampak besar  dan berisi  .  Dibuli!..... sesuatu yang normal rasenya semasa di sekolah rendah . Abah tak pernah ambil kesah itu semua  , selagi ia tidak mencacat- cederakan along . Abah mahu along tahu itulah ruang kehidupan  dan along perlu belajar melaluinya .  Cuma emak sesekali menjengah ke sekolah . Yang uniknya ,  kini penyakat  itulah teman rapatmu masa kini  . Indahnya Allah  aturkan ...........

Dari SK Rompin   ke SMK Rompin  . Sebumbung dengan abah  dan berada  di kelas yang abah ajar . Tapi tiada yang istimewa  , melainkan  kadar dendaan yang sama . Itulah pengajaran awal  abah untuk along di kelas yang abah masuki .  Seorang anak yang sederhana pencapaian  tetapi mewarisi  kesungguhan  dan ketekunan  seperti abah . Kunci dan kekuatan along di situ ,  itulah  pelonjak pencapaian  untuk menggapai apa sahaja yang along inginkan pada masa hadpan .

Dari  SMK Rompin  merintis laluan ke SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz   .  Dua tahun  abah berulang Rompin ke Seremban  dan akhirnya  ke IPGMTAA , Kuala Lipis pula  .  Walaupun lebih awal daripada itu ,  along  berada di Pusat Matrikulasi Gambang ,   kerana cecita awal along ialah jurutera seperti P Anjang / idola along. Along akur dengan pujukan abah dan mak . Along  keluar dari Pusat Metrikulasi pada masa itu . Abah tahu  along terkesan seketika  masa itu . Apapun ..... Alhamdulillah !.... ,  terima kasih kerana menerima pujukan abah dan  emak  serta  berusaha  menjadi penerus legasi Abah  dan emak . 

Seusai bergraduasi   , terus terima tawaran temuduga di KPM Putrajaya . Antara  panggilan interview  dan posting yang  terawal daripada  kalangan pelatih seangkatan  / PBMSK  , PBMSJK ( T ) , dan PKB )   dan di tempatkan di SJK ( C ) Sg. Dua Bentong ... Alhamdulillah !.......  Tahniah! untuk along .  Tak rugi rasanya along  ,    mendengar dan menerima  nasihat abah  dan emak untuk memilih  bidang perguruan   kerana seawal itu  along  dipostingkan ,  berbanding rerakan bidang kejuruteraan yang berlebihan di pasaran  ketika itu . Lagi untung , apabila  along sudah diberikan  satu hadiah pergerakan gaji  seawal tahun pertama dipostingkan . Rezeki  berganda  along ketika itu !..... Alhamdulillah !...

Melihat  kepada kecenderungan  dan keupayaan  Long sekarang  , abah percaya Along boleh menjadi seorang pentadbir sekolah atau di pengurusan  di  peringkat  yang lebih  tinggi  dan yang terbaik pada masa hadapan . Cumanya teruskan belajar dan  carilah  pengalaman  mengurus  serta gunakanlah  ruang  ,  peluang serta  kesempatan yang Allah beri dengan cara yang terbaik  dan berhemah . Ikhlas  dalam   pekerjaan  dan tidak  perlu  terlalu  mengharapkan ganjaran  dan penghargaan manusia  kerana  takala along  berjaya melaksanakan tugasan /amanah dengan cemerlang ,  Inshaa Allah ..........  penghargaan  dan ganjaran akan  Allah  datang   bersama !.. 

 


Meraikan graduasi Along  ,
Sesuatu yang sangat mengujakan abah dan emak
kerana along perintis kejayaan dalam keluarga kita.

Keluarga kecil Along . 
Pimpin mereka  , agar  mereka tahu  dan faham
hidup ini adalah satu perjuangan .




2.2. Si Angah Abah .

Selang setahun  kelahiran  dengan along , menjadikan karektor angah  boleh abah jangkakan . Angah sangat berdikari sesuai dengan karektor anak kedua yang biasanya  mudah menyesuaikan diri dan mempunyai keinginan untuk  bersaing  dan menyaingi  pada tahap  tinggi . Biarpun agak sukar untuk abah  memahami di peringkat awal  , lama kelamaan abah akur  dan  faham  itulah karektor anak abah .  

Lahir di Miri  , Sarawak memberikan angah sedikit kelebihan  jika ingin kembali ke Bumi Kenyalang  sepanjang  perkhidmatan  .  Seusai lahir  dah dapat naik flight  ke Labuan  dan Semenanjung . Beruntungnya Angah . Sama seperti Along , Angah banyak bersama  Kak Dayang takala  Abah  dan emak sibuk dengan aktiviti sekolah . 

Bermula dengan SK Rompin ,   ke  peringkat  menengah SM Agama Rompin .   Duduk di persekitaran asrama pelajar perempuan SM Agama Rompin    , menjadikan Angah mudah belajar bersosialisasi  dan  menyerlahkan kematangan  , bakat kepimpinan  dan keberanian  .  Pergaulan dengan kakak-kakak  senior , menjadikan angah  lebih  cepat   matang berbanding adik beradik yang lain ketika itu .  

Seusai PT3 , abah pindahkan ke SMK Rompin  . Abah faham Angah tidak selesa .  Tetapi setakat itu  , itulah pilihan yang abah  ada . Jika terus berada di SMAR  , dengan  lingkungan  status angah  dan  legasi bekas  keberadaan emak di SM Agama Rompin sebagai guru  dan warden  , memungkinkan angah terasa popular  dan   akan hilang fokus  untuk  terus belajar . 

Alhamdulillah!..... Ngah cemerlang di SMK Rompin  .Tak sesia pertukaran yang abah buat ......   Seusai SPM , Angah ke IPGM Raja Melewar  , Seremban .  Kos PBMSK  ( Pengajian Bahasa Melayu Sekolah Rendah ) . Major BM  dan minor PJK , walaupun peringkat awal ,   ramai kekawan angah mencadangkan  major BM , minor Pendidikan Moral . Alhamdulillah ! , Angah akur nasihat abah dengan mak , ambillah major B. Melayu , minor PJK . Abah dan  mak cadangkan gitu kerana abah melihat kekuatan untuk gabungan nih ada pada angah . B. Melayu  kerana  opsyen abah dan mak di sekolah adalah BM  , memudahkan  Ngah membuat rujukan . PJK pula , kekuatannya ada pada angah sendiri . 

Angah sejak lahir memang mempunyai  struktur tubuh yang tegap , kekuatan yang semula jadi , koordinasi  dan fleksibaliti  yang baik    ( Ciri-ciri ahli sukan semula jadi ) . Sebagai guru yang banyak mengurus sukan , abah nampak ciri-ciri ini  ada  pada angah sejak dulu  lagi  . Itu sebab abah tak menghalang  , jika angah ingin menjadi wakil  sekolah dalam acara badminton  ke peringkat MASISUPA  , MSSD Rompin  , MSS Pahang  dan Sukan Remaja Pahang . Ingatlah  sesuatu yang mudah diusahakan tidak semestinya akan memudahkan perjalanan hidup kita  dan ada kalanya yang sukar  diusahakan itu  akan memberi kita  ruang yang lebih mudah dalam perjalanan hidup  .

Tercapai hajat nak melihat Ngah mengikut jejak abah dan emak untuk menjadi guru  . Seusai bergraduasi , Ngah menerima instrim KPM dan ditempatkan  di Kapit Sarawak . Beruntung abah dan mak .

Seketika di tepian Sungai Rajang ,
Bandar Sibu  - pelabuhan darat utama di Sarawak .

Kerana Ngah , abah dan mak sampai ke Sibu dan Kapit serta berpengalaman menelusuri sungai Rajang . Siap dipertemukan dengan bekas student mak ( Cgu Grace )  semasa di Kolej Tun Haji Bujang , Miri dahulu .
  


Pelabuhan darat bandar Kapit .
Sampai juga kami ke sana ... urus Angah interim
di SK Nanga Yong  , Kapit .


Tiga bulan Ngah  di sana . Banyak pengalaman yang angah lalui di sana . Mencari line talian  , mengunakan sampan / bot untuk ke sini ke sana  dan tinggal dalam kuarters yang serba kekurangan . Ingatlah .... titipan pengalaman yang angah lalui bukan satu kebetulan , tetapi itulah ingatan Allah ... agar kita  selalu menghargai apa yang kita ada kerana ketika yang sama ,  ingatlah  ada insan lain yang tiada apa-apa . 

Seusai  panggilan posting  keluar ,  angah  diposting  kembali    ke Semenanjung ,   di SK Selancar 2 , Rompin . Masih dalam daerah walaupun agak jauh dari rumah  . Apapun ....  Alhamdulillah .....Syukur kepada Allah  kerana  dikongsikan pengalaman  dan  permulaan perjalanan kerjaya yang terbaik untuk angah . Moga menjadi  rencah terbaik untuk angah  mencorakkan  kerjaya pada masa hadapan . 

Dengan kecenderungan ,  minat  dan keupayaan Ngah yang  boleh  merancang  . melatih  dan mengurus  atlir-atlit  sekolah  , daerah  dan negeri  hingga ke peringkat  MSSM ,  abah percaya  Ngah boleh jadi seorang guru yang bertitlekan  jurulatih atau pegawai  pengurus sukan / kokurilum   yang terbaik pada masa akan datang  . Gunakanlah kekuatan ini untuk angah membina ruang lingkup kerjaya perguruan di peringkat yang lebih  tinggi  dan  cemerlang . Itulah kekuatan angah ............   Begitu juga dengan penglibatan angah melalui  PSKPP dan lain-lain aktiviti luar dan sokongan , teruskan!...... kerana semuanya akan menjadi garam perasa dalam angah mencorakkan kerjaya pada masa hadapan . Kerjaya perguruan angah akan hambar jika tiada nilai tambah  dari semasa ke semasa  kerana pada pandangn  abah  ,  karektor  ekstovert  angah   tidak mengizikan angah duduk dalam zon selesa di sekolah  . Angah perlukan persekitaran luar sekolah  untuk mengimbangan tugasan dalaman di sekolah . 


Majlis Konvokesyen  IPGRM  Raja Melewar ,
Angah   di MAEP  Serdang. Tahun ke 2 ,  hadiri
konvokesyen  selepas  konvokesyen  Alang tahun lepas
-  terasa kepuasan . Tkasih Angah .


Bersama Team Rompin semasa muncul  sebagai
Naib Johan Kejohanan Bola Tampar MSSP 2022
Perempuan  bawar 12 tahun .



2.3.  Aina Abah .

Anak kelahiran  Rompin  / Pahang yang pertama .  Lahir ketika abah  bertugas sebagai warden di SMK Rompin  , menjadikan  Aina anak asrama .  Terhimpit  dengan Angah dan Along menyebabkan  Aina lebih suka menyendiri tetapi rapat  dengan Abah  .  

Bermula dengan SK Rompin    ke SM Agama Rompin  kononnya untuk   beriringan  dengan  Angah  di asrama . Rupanya bertahan setahun  , kemudian  berulang dari rumah  . Abah faham  sukar untuk Aina menyesuaikan diri dengan situasi asrama  kerana situasi kehidupan di asrama memerlukan  pelajar-pelajar yang berkarektor ekstrovert . Dalam situasi di asrama  ,  pelajar-pelajar  berkarektor  introvert memerlukan  ruang  dan masa untuk menyesuaikan diri .

Apapun  biarpun berulang dari rumah , Ainalah  pelajar tunggal ambil Geografi SPM di SMAR ,  Belajar secara bersendirian  , bergurukan abah  dan sesekali bersama program kelas bimbingan sekolah abah . Alhamdulillah ........ GPSnya 0 . Rekod antara  mata perlajaran terbaik dalam SPM 2013  & kekal sehingga sekarang di SMA Rompin ...... Alhamdulillah !............ Merasa juga Aina  meraih anugerah Kecemerlangan Pendidikan  Yayasan Pahang yang diterima daripada Dato' Seri Adnan b. Yaakob pada masa itu / tahun 2013 .......   Tahniah wat Aina . 


Terima Anugerah Kecemerlangan 
Yayasan Pahang  , SPM 2013 . 

Seusai  SPM  dengan  8A ,  ke Tingkatan 6  SMK Rompin , walau pun asalnya mendapat tawaran  dari Kolej Matrikulasi  Perakunan Kuala Pilah , Negeri Sembilan  . Di Tingkatan 6   SMK Rompin  , 360 darjah perubahan  ketara kepada penampilan dan karektor Aina . Daripada berkarektor introvert  kearah ekstovert , daripada seorang seorang yang  pendiam  kepada  peramah seadanya . Daripada  penakut , ada keberanian untuk menampilkan keupayaan  dan bersuara  . Nampak wujud kematangan sebagai persediaan ke universiti , sesuai dengan peranan Tingkatan 6 sebagai wadah persediaan mahasiswa untuk  ke universiti .  Tahniah  Aina ...... Alhamdulillah . Dengan pencapaian 3A, 1B  seusai tamat STPM  ,  dapat juga Aina  ganjaran RM 500.00 daripada YB Dato' Hassan b. Ariffin ( MP Rompin ) ketika itu  kerana  A dalam mata pelajaran Ekonomi . 

Terima Insentif Pencapaian  A 
m/p Ekonomi  dalam  STPM  2015
daripada   MP Rompin ( Dato' Hassan b. Ariffin )


Menunggu result  , Ainalah peneman setia Abah ketika 2 minggu di Hospital Rompin  dan hampir 4 bulan Abah duduk di HTAA dari  Disember  2014 hingga  April  2015 di Kuantan . Siang jaga abah  , malam dan jika ada kelapangan  Aina study untuk ulangan STPM  P3 . Alhamdulillah ......  Aina lulus dengan cemerlang dalam Ulangan P3 dan STPM  keseluruhannya  . Banyak kenangan di sana. . 

Menemani abah sepanjang  4 bulan  abah
berada di hospital . Ramai staf  dan kenalan
abah di hospital mengkagumi ketabahan 
 dan mendoakan kejayaan Aina

Seusai panggilan  " U " diperolehi  ,  dengan    yakin   kos Kewangan Islam /  UPSI  Aina terima .Abah serah bulat-bulat kat Aina buat pilihan .  Siap dengan bayaran pendahuluan sudah  kita lunaskan . Seketika nak bertolak   ,   panggilan dari USM / Kos Sains Sosial        ( Geografi  dan Pendidikan ) ditawarkan .  Terpana seketika kita !......  

Tapi itulah yang Aina inginkan .. kan . Dua  kali  mencuba Program Pensiswazahan Guru Lepasan SPM ( PGLSPM  )  KPM  gagal  di peringkat  ujian kecergasan  dan ujian bertulis  , inilah peluang Aina . Pun masih abah serah pada Aina untuk buat keputusan ....  Dalam perjalanan ke USM  , panggilan  UKM / Kos Geografi tapi tiada " Pendidikan "  pula Aina  diterima . Mujurlah ... dah  berada di utara . Benarlah ... jika ada kecemerlangan  ,   di situ  akan diiringi  dengan   ruang  dan peluang  . Alhamdulillah !...  moga  perjalanan dan urusan Aina sentiasa dipermudahkan !....  semudah  dan selembut hati Aina ketika menjaga abah  semasa abah sakit....... 

Majlis konvokesyen Aina .  Alhamdulilah !..
Tahun ke 3  , berulangan  abah  dan emak 
menghadiri konvokesyen . 


Majlis Tauliah Pegawai SISPA  Aina .
Tahniah .....


Merai majlis Tauliah Pegawai SISPA Aina 



Tiga tahun  , sibuk dengan tugasan    dan aktif dalam  SISPA  , tamat juga perjuangan anak Abah . Alhamdulillah !...  Tahniah !... wat Aina Abah . Dengan Latihan Mengajar ( LM )  di Sek Men. Dato' Panglima Bukit Gantang , Parit Buntar , akhirnya Aina dipostingkan di SMK Jelai ( F ) , Gemas , Negeri Sembilan .

Dengan kecenderungan  dan  minat  mengurus bidang  akademik  dan kurikulum serta keterlibatan yang meluas  bagi mp Bahasa Melayu  dan Geografi  di peringkat  JPN Negeri Sembilan  , KPM  dan LPM  , abah percaya Aina boleh menggarap  tahap kecemerlangan yang lebih tinggi .  Minat  dan keupayaan Aina menguasai ICT ( perbagai  program dan perisian  )  akan memudahkan Aina  mengintegrasi  perancangan  , pengurusan  dan pengendalian  pelbagai program  dan proses pembelajaran  dengan cemerlang . Bina dan perkukuhkan lah kekuatan  ini untuk membina ruang lingkup  kerjaya perguruan yang lebih  mantap  dan berjaya pada masa hadapan . 



2.4.  Ateh Abah .

Selang setahun kelahiran  dengan Aina  , menjadikan  Aina  dan Ateh agak rapat .  Adakalanya Ateh  menjadi pengikut setia Angah  dan pendamping  setia   Achik . 

Tidak banyak kerenah  dan mudah  abah  dan emak nak urus . Pada abah ,  Atehlah , antara anak abah  yang hitam  dan putihnya  jelas  kelihatan .  Abah  tabik dengan karektor  Ateh .  Apapun , dalam kehidupan , hitam dan putih perlu ada keseimbangan  dan diputuskan dengan penuh hikmah  dan kewajaran . Sesekali kena belajar ambil  dan menghadapi risiko  ,  jika ingin  mengorak langkah yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 

Bermula  dengan  SK Rompin   ke SMK Rompin  . Seusai PT3 memohon ke  SBP  dan ditawarkan ke SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz , Seremban .  Mungkin  kerana  aliran data si abang , menyebabkan si adik  juga  ditawarkan  di SBP yang sama . Tiada kabel  dan semuanya kerana pemberian Allah  . Rezeki Ateh  dan Allah nak permudahkan pergerakan abah mengurus anak-anak abah  pada masa ini . Masa ini , abah ada dua anak di Seremban  , angah di IPGM Raja Melewar  dan  Ateh di SMSTM . 

Seusai SPM mendapat tawaran di pusat Asasi  UIAM  Petaling Jaya .  Alhamdulillah !.... Allah kumpulkan tiga anak abah di bahagian tengah Semenanjung . Angah di Seremban  , Achik di MTD Sungai Besi  dan Ateh di Petaling Jaya   .  

Setahun setengah  di sana  , menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan  Biokimia  di UIAM Gombak . Seusai  tamat belajar  , PKP  Covid 19 terjadi .  




Hampir setahun setengah terkapai-kapai . Awal tahun 2020an  , ambil Kursus NHIOS ( Keselamatan dan Kesihatan  dalam Pekerjaan ) di  Kuantan .

Seusai tamat kursus , mendapat pekerjaan sebagai pegawai  ,,,di .... .







2.5. Achik Abah .

Selang setahun kelahiran dengan Ateh .  Lahir di Hospital  Rompin  .  Jarak kelahiran yang rapat menjadikan Achik  dan Ateh  kelihatan hampir sebaya dan ada kalanya  ,persis kembar yang mengelirukan yang mana abang , yang mana adik .

Bermula dengan SK Rompin   dan kemudiannya berpindah ke SK Kg Kolam  .  Usai  tamat sekolah rendah  ,  terus ke SMK Rompin  . Di awalnya  , sempat berpindah ke SM Agama Pahang  di Muadzam Shah kerana inginkan aliran agama . Setahun di SM Agama Pahang , kembali ke SMK Rompin  . Sangat berminat dalam unit uniform  aktif dalam pasukan  Kadet Polis sekolah  . Terima kasih Cgu Yusnita bt. Yusoff  dan Cgu Nor Azizah bt. Hamzah  kerana berupaya memupuk minat Achik  dalam unit Kadet Polis  sehingga mewakili sekolah  ke Perkhemahan Kadet Polis peringkat  Negeri  dan Kebangsaan . 

Selepas  PT3  , mendapat dua  tawaran .  Di SBP / SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz  , Seremban   dan Maktab Tentera Diraja           ( MTD/RMC ) Sungai Besi .  Achik  memilih untuk  memasuki RMC dan abah sokong pilihan Achik  .  Seingat Abah  , pendaftaran Achik ,  anak-anak abah yang lain   dan emak yang urus kerana abah  masih belum pulih dari sakit . Berpapah  ketika naik  dan turun kereta  , abah tetap gagahi . Biarpun  abah hanya sekadar mampu melihat sahaja pendaftaran Achik dari dalam kereta . Apapun ,.... Abah tetap bangga dengan achik . 




 Seusai SPM , memohon untuk memasuki  Pusat Asasi  UPNM / Universiti Pertahanan Nasional Malaysia  , tetapi tidak berjaya . Nampak  menyusut  semangat  untuk meneruskan  penerokaan  dalam unit beruniform  ketika ini .  Apapun suntikan semangat tetap  abah  diberikan  , agar pengalaman  semasa di RMC boleh dicerakinkan  dalam membina ruang kerjaya yang lebih luas  dan cemerlang  pada masa hadapan  . Bertabahlah anak abah. 

Meneruskan pelajaran di pusat Matriklulasi  Gambang , Kuantan  dan melanjutkan pelajaran ke UTHM Pagoh  dalam bidang Kejuruteraan Elektrik . Seawal  pengajian  seolah-olahnya  ,   tidak berminat untuk menyertai apa-apa pasukan unit beruniform . 

Walau  bagaimana pun  Semester ke dua di UTHM  , mula berminat kembali terlibat dalam PALAPES dan sanggup berulang saban bulan ke lapang perwira  kampus induk UTHM  di Parit Raja , Batu Pahat semata-mata untuk menyertai latihan  dan aktiviti . Abah tabik dengan kesungguhan  dan komitmen  achik .  Achik memang yang terbaik !.......  Manisnya ,  menerima Tauliah Pegawai Kadet Diraja pada  September 2023 . Satu detik yang sememangnya  abah tunggu. 

Terima kasih Achik , .....  kerana berusaha  dengan gigih  menjayakan impian abah  untuk melihat achik  berjaya meneruskan  misi RMC yang tergendala  apabila gagal  ke UPNM  .  Mungkin ada pengajaran yang Allah nak Achik pelajari . Di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan jika dah ditakdirkan  itulah rezeki Achik .... Inshaa Allah !.... ia tetap milik achik , cuma laluannya mungkin berbeza  dari biasa .

Apapun ,  Tahniah !..... untuk anak abah   ,  Leftenan Muda Mohamad Nur Farezudin  b. Mohd Zainudin . Moga ia menjadi titik mula kerjaya yang lebih cemerlang untuk Achik . Inshaa Allah!..... graduasi bulan Disember 2023 nanti  , akan menoktahkan laluan kerjaya terbaik untuk Achik . Itulah doa  dan harapan abah .

  

                         

      

           



2.6.  Aflah Abah .

Si bongsu  abah  dengan pelbagai kerenah  dan memiliki pelbagai  karektor .  Kelahiran di Hospital Tengku  Ampuan Afzan ( HTAA )  ,  Kuantan  .  Memiliki  penampilan yang agak unit dan menarik . Seawal kanak-kanak sudah menunjukkan kelainan  karektor .  Tahap sosialisasi yang tinggi membentuk  karektor yang mudah untuk berinteraksi dengan pelbagai karektor  dalam  komuniti masyarakat sekitar  walaupun  dengan golongan yang lebih berusia  serta mempunyai tahap keyakinan  dan keberanian yang tinggi. Tangkap katak  , tangkap ular , kerjar ayam sehingga ayam lumpuh !... sesuatu yang unik dan lucu . Tetapi itu memori yang Aflah hidangkan untuk abah ingat .  Pemancing tegar pun ia jugak !.... 

Paling banyak berpindah sekolah  , seiring pertukaran tempat bertugas si emak . Bermula di SK. Kg Kolam   , kemudian ke SK. Rompin  , Selepas itu ke SK Seri Kemajuan / Baru Pahat  dan kembali ke Rompin iaitu SK Sg Puteri untuk menghabiskan sesi persekolahan  peringkat  rendah . 

Kemudiannya , meneruskan pembelajaran menengah di SMK Rompin sehingga tamat SPM . Minat yang mendalam  terhadap bidang kemahiran  menyebabkan ia memilih  IKM Lumut untuk mengambil  Diploma Teknologi Automotif . 

 




3.0. Antara Doa dan Harapan  .  

Thursday, 11 May 2023


 Perkongsian Guru Cemerlang   :                                               Kerjaya Guru & Guru Cemerlang                       ( Antara  Idealisme  dan    Realiti )
          Sekilas pandang isu perguruan  daripada GC 


Sebagai penyampai dalam program Jayawara
Program Bimbingan  Guru Cemerlang 
Anjuran PPD Rompin  , Mei 2022.


1.0. Konsep Cemerlang / Kecemerlangan :

Mendasari istilah kejayaan yang  yang sangat baik ( Dewan bahasa ). Kekadang wujud persoalan " adakah kecemerlangan ini dirujuk semata-mata kepada pencapaian yang terbaik  atau proses-proses yang menghasilkan sesuatu keputusan yang  terbaik "  .                 Jum ..... kita lihat analogi ini :

                  Situasi 1  :  4  +  0  =  4 .

                   Situasi 2 :  3  +  1  =  4.

                   Situasi 3 :  2   + 2   = 4.

                   Situasi 4  : 1  +  1  +  1  +  1  =  4 .

Jika diberi justifikasi  berdasarkan situasi  , maka situasi 1 jajaran yang paling cemerlang  dan jika dilihat berdasarkan proses , maka situasi 4 lah yang paling cemerlang . 

Secara peribadi saya suka  melihat situasi 4 , dan meletakkan jajaran  kecemerlangan yang paling relevan  . Hal ini kerana , hanya dengan rentetan pengurusan  dan pengendalian yang berterusan  dan proses penambahbaikan yang berpanjangan , maka   " pengalaman  dan  kematangan " akan membentuk " kemenjadian  dan proses Kecemerlangan " yang lebih bermakna .


2.0. Pengenalan :

 Sebagai  " gudang sektor awam "  yang terbesar ,  dunia perguruan merupakan  unit  yang "  kronik " dengan pelbagai permasalahan . Jika diteliti dengan  detail  , bermula dari aspek penempatan  , perlantikan , pengesahan jawatan  , penetapan gred perkhidmatan  sehinggalah pencen  - ada sahaja polimik yang timbul  dan dibahaskan  dengan penuh minat oleh khalayak ,   walaupun mereka bukan terlibat secara khusus dalam dunia perguruan .

Bagi yang dah otai dalam dunia pendidikan , isu lambatnya naik gred merupakan antara polimik yang sentiasa menghantui mereka  dan  sampai sekarang masih menjadi duri dalam sektor pendidikan . 

Justeru itu  , apabila kerajaan membuka ruang  mempelbagaikan  kaedah kenaikan gred  , maka perkara ini perlu dan  sewajarnya  diberi sambutan yang terbaik  daripada pelbagai pihak terutama di kalangan warga guru.

Kewujudan pelbagai  " bakul " ini akan membantu mengurangkan     " masa menunggu  "  di kalangan warga perguruan untuk mendapatkan status kekananan dalam perkhidmatan  pendidikan  . Antara " bakul "  yang    disediakan    ialah    " bakul pentadbiran " ,   " bakul Guru-guru  Tingkatan  6 "  dan "  bakul Guru Cemerlang " .  

Oleh yang demikian  , warga guru bebas bergerak seawal  perkhidmatan  memasuki  bidang perguruan   untuk  dan  boleh memilih dan meletakkan diri mereka dalam " bakul " yang mana  serasi  dan memberi inspirasi  dalam laluan kerjaya masing-masing pada  masa  hadapan  . 

Perlu diingat , pemilihan " bakul "  yang terbaik  adalah penting untuk memastikan laluan kerjaya bukan menjadi " jalan mati " yang mungkin akan  menunjukkan " jalan keluar " kepada kita sebelum pun kerjaya perguruan yang  kita     lalui berakhit di punch kad hari terakhir bertugas  . Pemilihan  " bakul " yang jelas dan tepat akan  membantu rerakan guru merancang dan meneroka laluan dengan penuh hikmah , proaktif  dan   bermotivasi   . 

Pernah berlaku dalam satu mesyuarat guru  yang saya hadiri ,             " keluar isu tunggul reput " .  Tunggul yang  dikatakan reput sebelum masanya .  Isu yang seakan sindiran sempoi  , rupanya menjadi  api  yang  semakin  marak  jika  tidak  dikawal.   Mungkin ada kalangan rakan guru otai pada masa itu , yang merasakan mereka dianggap  mereput  sebelum  sampai   ketikanya  .  Malangnya ,  isu " tunggul reput " dalam mesyuarat tidak berakhir di dalam bilik mesyuarat  tersebut  , tetapi berlarutan ke luar ,  sehinggalah ada yang terpaksa "  direputkan " dan  " dipindahkan "   ke sekolah lain untuk meredakan isu " guru reput " . 

Sebenarnya  ,........ Adalah agak malang , jika ikhtizam yang sentiasa dilaungkan dalam lagu "  Guru Malaysia " saban tahun ,  tidak berupaya diterjemahkan dalam laluan kerjaya guru kita  kecuali didasari sebab-sebab yang munasabah seperti masalah kesihatan . Laungan "  kami berikrar  dan berjanji " tinggal sekadar dalam alunan yang sendu tanpa erti . Tahun depan kita ulang lagi ...lagi dan lagi  . Hinggalah kita mereput atau direputkan di akhir-akhir perkhidmatan .


Keterlibatan dalam pengurusan Kejohanan Merentas Desa
SMK Rompin sesi 2022 .


2.0.  Panduan memilih laluan .

Sebenarnya  , pilihan kerjaya perguruan  adalah ditangan kita . Memilih kerjaya mungkin  sesuatu yang sangat mudah . Bak kata orang , bermimpi dan berangan-angan menjadi seorang  guru  yang mithali  itu free  !.....  Tapi ingatlah .. mengekalkan momentum kerjaya perguruan itu  adalah lebih sukar . Banyak likuan dan cabaran yang menyesakkan dada biasanya mendatang  dan yang  pasti , kehadirannya  tidak tepat pula  pada masanya . 

Situasi inilah  yang  adakalanya  menjentik  rasa ,  sehingga terungkap " menyesal aku jadi cikgu " , " mengapalah aku memlilih kerjaya macam nih ! " . Dan mungkin juga ,  ada yang beranggapan usaha mengekalkan keserasian ,  keinginan bertahan dalam bidang perguruan ditengah-tengah himpitan perubahan-perubahan dalam laluan kerjaya perguruan samalah seperti sukarnya mempertahankan sebuah perkahwinan terutama di hujung-hujung usia !...... 

Apapun , bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita  mengekal dan meningkatkan mood / momentum kerjaya perguruan jika kita ada keinginan yang jitu untuk berbuat sedemikian . Antara tips yang mungkin   boleh kita  kongsikan ialah :

1. Niatkan semua usaha kita kerana Allah . Inshaa Allah ... Allah akan sentiasa mempermudahkan semua laluan dan urusan kita . Situasi  ini juga akan membolehkan kita meletakkan perancangan Allah mengatasi perancangan kita . Secara tidak langsung  pelbagai ujian dan cabaran akan kita anggap sebagai ujian / cabaran dan percaya ada hikmah terbaik pada hari-hari mendatang . 

Insha Allah ! juga ,  ia akan berupaya mengurangkan stress / tekanan kepada kita , jika perancangan tidak mencapai sasaran  dan mengurangkan  rasa ingin kebergantungan  kepada  pihak yang tiada kaitan dengan laluan kerjaya  yang kita  rancang. 

2. Ingatkan diri " hidup ini adalah  cermin diri  " . Keberadaan kita masa kini akan membentuk dan membina imej / karektor kerjaya  kita pada hari esok / masa hadapan  . Keluarlah  daripada zon selesa semasa muda , jika ingin menjadi guru otai yang sarat dengan pengalaman pada masa tua . Tuntutan kerjaya perguruan  masa kini  bukan sekadar masuk dan keluar kelas . Ianya memerlukan komitmen  dan kesungguhan yang tinggi  dalam mengurus  dan menerokai  pelbagai bidang  dan disiplin  pengurusan  kerjaya kita .  

Ingatlah .........  Keupayaan kita membiasakan diri dengan pengurusan  kerjaya  yang  sulit / sukar dan  susah  ,  akan membentuk imej kendiri  / penampilan karektor kita yang lebih berdaya saing   dan cemerlang pada masa hadapan . Pengalaman yang dilalui  inilah , yang akan menjelmakan kematangan dalam pembentukan karektor  perguruan kita pada masa hadapan  . 

Bertatih merintis perjalanan  dalam memburu  dan menggapai  sekelumit pengalaman dalam dunia perguruan  juga bukan bererti kita ketinggalan . Sebenarnya di situlah permulaan kejayaan dan kecemerlangan  kerjaya kita . Terimalah  kekurangan diri  dan  bertatihlah  kerana  setiap langkah selepas itu akan  menguntumkan kejayaan dan kecemerlangan jika kita yakin itulah langkah jejak-jejak kita yang sebenar. 

Bersama kelompok pelajar cemerlang STPM 2021/22 
elektif mp Geografi .
 

3.  Ingatkan diri " hidup ini umpama roda " . Keberadaan kita hari ini juga tidak mungkin sama dengan semalam & pada masa hadapan . Mungkin kita kena berpada-pada dalam perlakuan , pertuturan  dan tindakan  kerana kifarah atas  kesilapan  kita mungkin akan berlaku / terjadi bila-bila masa sahaja.  Persembahan terbaik kita hari ini akan dikifarahkan Allah kepada anak-anak  dan keturunan kita . Mungkin persembahan kita tiada laba keuntungan  dan penghargaan  pada  hari ini , tetapi percayalah ..... Insha Allah ... ia akan menjadi fix defosid  pahala  dan  kebaikan untuk kita  pada masa hadapan .

Justeru itu , percayalah dengan konsep   kebaikan  dan keberkatan kerjaya guru . Hal ini  memungkinkan  Allah mengurniakan  " rezeki yang tidak disangka2 " . Mendapat rerakan guru yang baik dan sentiasa menyokong  , kelompok komuniti pentadbir  yang sentiasa membantu   , mudahnya pengurusan dan cemerlangnya pencapaian serta  kejayaan anak-anak juga  merupakan rezeki yang kita selalu terima tetapi itulah juga  cerminan keberkatan kerjaya guru . 

4.  Sentiasa mencabar diri  / tidak suka duduk di zon selesa dalam bekerja . Keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru dan mencabar perlu sentiasa dipupuk  kerana kecenderungan untuk terus berada dalam zon selesa akan menyebabkan kita " lena " dengan nyenyak . Terlalu lama " lena dengan nyenyak " akan menyebabkan kita lemah  , lemau  dan  tidak lagi berminat untuk meneroka pelbagai situasi dan disiplin  baru yang sedang dan akan berlaku dan berkembangan  sebagai sebahagian  daripada inovasi  dan pembaharuan   dalam kerjaya perguruan . Kita pada masa itu  , mungkin akan  terus terpaku  menunggu tarikh terakhir menoktahkan kerjaya ataupun sekadar  seperti sibangau yang terpaku di tebingan sungai tanpa ada keinginan untuk mencakup ikan walaupun ikan timbul di permukaan sungai . 

5. Penetapan sasaran kerjaya perlulah  realistik  dan tak perlu terlalu ideal serta mempunyai matlamat jangka pendek  dan matlamat jangka panjang sebagai sasaran sepanjang  tempoh  perkhidmatan . Hearaki  pengurusan kerjaya perlu mengambil kira  kesesuaian  karektor dan minat kita . Jika kita berminat kearah pentadbiran  , fokuskan  kecenderungan kita kepada aspek pengurusan akademik  dan pentadbiran . Jika ingin menjadi guru akademik  sepanjang hayat  , pasti laluan kita menjengah ke ruang  Guru Pakar ( GC ) atau setidak-tidaknya jadilah kita sebagai  guru-guru  otai akademik  yang berbisa / menjadi rujukan  kepada  lapisan guru-guru muda di saat kita di hujung perkhidmatan . 

6. Tuntutan kerjaya perguruan hari ini menuntut kita lebih fleksible . Kemudahlenturan  membolehkan mobiliti kita lebih mudah berlaku . Tuntutan  bidang tugas yang rencam  dan mendatar memaksa para guru masa kini  menguasai pelbagai kemahiran asas pengurusan .  

Biar pun begitu  .  tidak perlu juga  kita  terlalu  bergantung kepada faktor luar kawalan yang sememangnya tidak mampu digunakan  untuk proses modifikasi  perancangan laluan kerjaya kita .  Mungkin pada masa  ini  kita  hanya perlu ada elemen penilaian dan elemen modifikasi yang jelas  dan tuntas  dalam kawalan diri sendiri  untuk membolehkan  pengurusan laluan kerjaya  kita  sentiasa terurus  dan  terarah di atas garisan yang telah kita  sendiri  tetapkan .



3.0. Guru dan Kecemerlangan .

3.1. Persepsi Kecemerlangan ( Antara ideal & realiti ) .

Biasanya , orang akan beranggapan " Cemerlang " itu adalah satu pencapaian  yang sangat ideal ukurannya . Cukup lengkap  dan sempurna  . Orang cemerlang tak mungkin gagal !...... orang cemerlang sentiasa berjaya !...... dan pelbagai justifikasi kesempurnaan diberikan .

Terima cenderahati daripada Pn. Zafarini ,  Penyelaras 
Program RoAR PPD Daerah Rompin  2023. 

Bagi saya , realitinya  ,  " pencapaian terbaik atau sangat baik  " bukanlah ukuran mutlak untuk title cemerlang  . Saya lebih suka meletakkan kecemerlangan untuk  dijustifikasikan  sebagai  kemampuan /  keupayaan  mengurus satu proses dan menghala kearah kesempurnaan sesuatu tugasan / aktiviti  /  kerja atau atau kerjaya . 

Dinamik  kecemerlangan bukan sahaja boleh dirujuk kepada hasilnya ( KPI )  , tetapi boleh diperluas  kepada ukuran   keupayaan  individu yang mampu  memulakan , melaksana  dan menyudahkan sesuatu proses / aktiviti dan lain-lain  dengan jayanya  serta  mencapai  sebahagian  daripada   matlamatnya  ( KPI )   yang telah ditetapkan / disasarkan  dapat dicapai . 

Pandang sisi kecemerlangan juga perlu dilihat dari segi kapasiti . ektensiti  , kualiti dan  kuantiti input tugasan yang dijayakan . Melihat hasil tanpa menjeling proses penghasilan adalah sesuatu yang janggal dalam mentafsir kecemerlangan dalam sesuatu kerjaya  kerana  sudah pasti usaha-usaha pengurusan / penghasilan / pengendalian sesuatu  akan melalui pelbagai fasa / proses kerja  yang melibatkan perancangan  . pengurusan , pengisian  , penilaian  dan proses modifikasi ( penambahbaikan  / penyusunan ) semula program / usaha / aktiviti . Hal ini  juga   akan mengambil masa yang agak lama , kos yang mungkin tinggi dan usaha yang sepastinya memenatkan .

Justeru itu  , neraca keadilan untuk justifikasi  kecemerlangan  sangat luas  dan para penilai harus bersedia dipertikaikan  oleh pihak yang dinilai .  Dan lebih jauh  daripada  itu   , neraca kecemerlangan ini  juga  perlu  diurus  dengan penuh integriti  kerana Inshaa Allah !....... ,  ia  akan menuntut haknya di akhirat kelak .



APC ke 4 dan terakhir ... Inshaa Allah !...
Sepanjang 33 tahun  dalam perkhidmatan . 


Bersama rerakan penerima APC sesi anugerahan
 tahun 2022.



Alhamdulillah ... seiring  dan  sama serezeki !..
Bersama Tn. Haji Hashim ( SIC+   PPDR   Geografi  ) ,
dan Cikgu Nurul Hana ( Mentee Geografi di SMKR )  .  



Bersama pendorong utama 
Tiada kejayaan tanpa dokongan dan sokongan
isteri tersayang. 

Alhamdulillah .... Tahniah semua .
Bersama rerakan sesekolah yang
menerima APC  tahun 2022 . 


                   Bersama X anak didik seawal perpindahan ke Rompin ( 1995 )                                                    dan   yang sempat berada di bawah jagaan semasa                                           menginap di asrama  ( akhir 1990an ) .
 Sangat beruntung kalian / se awal muda sudah cemerlang 
  & teruskan kecemerlangan !...






4.0. TUGAS  DAN PERANAN GURU CEMERLANG .

4.1. Konsep Guru Cemerlang .

Merujuk  kepada  individu guru yang  mempunyai  pengetahuan  dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar .  Guru cemerlang juga sentiasa bermotivasi  dan berdedikasi dalam melaksanakan semua tugasan dan tanggungjawab  dengan berkesan  dan cemerlang  serta berterusan .

    *  ( Terma rujukan Guru Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 2006 ms. 3 )




4.2. Ciri-ciri Guru Cemerlang . 

Antara ciri-ciri guru cemerlang  ialah :
4.2.1. Karektor  - Mempunyai ciri-ciri guru yang baik . 
4.2.2. Penampilan  - Mempunyai susuk penampilan yang 
         menyakinkan  dan bewibawa .  
4.2.3. Sahsiah  -  Berupaya  mempamerkan  ciri-ciri sahsiah terpuji  
         ,  terpimpin , bertangungjawab dll.
4.2.4. Sikap / Altitud  - Sentiasa optimis  dan mempunyai daya saing 
          dan daya juang yang tinggi .
4.2.5 Mobiliti  -  Kreatif .




5.0. PERANAN  DAN TUGAS GURU CEMERLANG . 




6.0. Bentuk-bentuk Sumbangan Guru Cemerlang  kepada sekolah :

6.1. Melalui  Program Majlis Guru Cemerlang .
- Melalui  program anjuran JPN seperti :
   6.1.1. Program  JUJ / Pembinaan Modul .
   6.1.2. Program Bengkel  / Kursus  anjuran  JPN /  KPM .


6.2. Melalui  Program Jawatan  Guru Cemerlang  
         Daerah .
Melalui  program anjuran PPD  seperti :
   6.2.1. Pembinaan Modul untuk kegunaan  daerah . 
   6.2.2. Program Bengkel  / Kursus  anjuran  PPD .
   6.2.3. Program Peningkatan Profesionalisme  Guru daerah.
   6.2.4. Program kemahiran Belajar bagi mata pelajaran kepakaran 
             Guru Cemerlang .
   6.2.5. Bengkel /  kursus anjuran PPD.
  



6.3. Melalui  Program Sumbangan  individu Guru Cemerlang .
Melalui  program anjuran persional  guru cemerlang  dengan  persetujuan  dan restu  PPD /  JPN  / KPM   seperti :
   6.3.1. Sebagai  JU . 
   6.3.2. Pembimbing  /  penganjur Program Teknik Menjawab  
             Soalan  Peperiksaan Awam ( SPM / STPM /  STAM ) .
   6.3.3. Penganjuran Bengkel / Seminar / Kursus .
   6.3.4. Kemahiran belajar  /  Seminar Amalan Terbaik Guru .
   6.2.5. Penganjuran  dan pembimbing  pelbagai aktiviti KOKURIA               perkemahan  , lawatan  dll.


7.0.  Proses Bimbingan  dan Pementoran Guru Cemerlang Secara Berstruktur  Tahun 2024.



Alhamdulillah ..... Terima kasih ya... Allah !.. atas nikmat yang diberikan . Moga sentiasa mendapat keberkatan , dipermudahkan semua urusan   serta  dilindungi daripada segala kesukaran & kesulitan .... Aamin.











Saturday, 18 March 2023

 Info Geografi : 

INDUSTRI ASAS TANI  PEMANGKIN  PEMBANGUNAN  SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA .


1.0. Konsep Industri Asas Tani.



- Melibatkan aktiviti  pemprosesan  pelbagai  produk hasil pertanian , perikanan  ,ternakan  dan akuakultur  bagi mempelbagai dan meningkatkan  industri hiliran  berasaskan aktiviti-aktiviti tersebut . Tujuannya adalah untuk memberi nilai tambah terhadap sektor ekonomi tersebut .


2.0. Kepentingan Sektor Industri Asas Tani.

Mempelbagaikan aktiviti ekonomi  setempat akibat kewujudan  pelbagai  kesan pengganda ekonomi.

Antara produk hasil perkembangan industri 
asas tani di Malaysia .


-  Meningkatkan peluang pekerjaan  .

-  Menjana sumber pendapatan  penduduk / meningkatkan  pendapatan perkapita penduduk.

-  Meningkatkan permintaan  / meluaskan saiz asaran bagi bahan  mentah setempat / domestik / tempatan 



3.0. Strategi memajukan sektor Industri Asas Tani.

- Program Bimbingan keusahawanan :  Bantuan peralatan  , bengkel  , khidmat nasihat ,motivasi dan latihan .

- Menambah nilai produk  melalui RND secara berterusan terhadap nilai kualiti produk , pembungkusan  serta pemasaran .

- Mewujudkan program Tranformasi Teknologi  pemprosesan .

- Memperkenalkan   persijilan " Good Manufacturing Practices" ( GMP )  untuk memastikan proses pengeluaran menepati standart kualiti hasil pertanian  yang telah ditetapkan .

-  Memberi bantuan modal / dana / sumber kewangan .


 Info 3R  : KITAR SEMULA  ASAS PERKEMBANGAN SEKTOR EKONOMI  KITARAN.


1.0. Konsep Kitar Semula .

- Merujuk kepada aktiviti  3R ( Reduce  , Reuse dan Recycle ). Reduce - kurangkan penggunaan , Reuse - guna semula , Recycle- mengitar semula . 

- Secara umumnya , aktiviti 3R meliputi aspek usaha mengumpulkan , memproses  dan menggunakan semula pelbagai barangan / dan sumber yang boleh dikitar semula/  digunakan semula.




2.0. Konsep Sektor Ekonomi Kitaran.

- Merujuk kepada model perindustrian baharu yang memberi fokus kepada  konsep make / buat , use / gunakan semula dan re-create / cipta semula  terhadap  pelbagai barangan sisa / buangan industri atau domestik . 


-  Hal ini kerana , aktiviti kitar semula berupaya memberi gambaran  yang terbaik kepada pengurusan alam sekitar yang lebih lestari tanpa mengabaikan keperluan perkembangan ekonomi terhadap generasi semasa dan generasi yang akan datang .



3.0. Kepentingan  Kitar Semula terhadap perkembangan sektor ekonomi.

- Antara tujuan asal pengenalan aktiviti ekonomi kitaran ialah menangani isu cabaran global seperti perubahan iklim ,  pencemaran alam  dan kehilangan kepelbagaian biodiversiti.

 

4.0. Kepentingan  dan  Prosfek  aktiviti Kitar Semula dalam kelestarian sektor ekonomi masa hadapan .  

Secara umumnya ,  antara tujuan asal pengenalan aktiviti ekonomi kitaran ialah menangani isu cabaran global seperti perubahan iklim ,  pencemaran alam  dan kehilangan kepelbagaian biodiversiti.

Pelupusan sisa buangan secara terbuka menyebabkan 
kejadian kebakaran / pembakaran terbuka  yang menjadi 
punca pencemaran udara  dan bau.


Pembaziran sumber berlaku apabila bahan-bahan buangan
yang boleh dikitar semula dibuang tanpa mengalami 
proses 3R ( kitar semula ).

Pembukaan pusat-pusat pelupusan sampah secara
terbuka mewujudkan persaingan guna tanah dan
menyebabkan perubahan lanskap pandang darat fizikal.

Kemusnahan  dan kepupusan sumber alam berlaku 
apabila penerokaan sumber meningkat akibat
permintaan yang tinggi kepada sesuatu sumber .

- Selain itu  ,  sektor ekonomi kitaran juga   berupaya memberi manfaat yang lebih besar terhadap perkembangan sektor  ekonomi negara berbanding dengan  sektor ekonomi linear  kerana :

1. Berupaya  mengurangkan  ekstrak / penerokaan / menjimatkan sumber alam .

2. Meningkatkan kecekapan ekonomi /berupaya memberi nilai tambah terhadap sumber alam / penggunaan sumber alam yang optima .

3. Mengurangkan kesan pengunaan / elsplotasi sumber .