Seorang rakan , guru PJ mengajar satu kemahiran berbentuk regangan kepada pelajarnya . Arahan beliau mudah sahaja . Mula-mula pegang pinggang , lepas tu angkat tangan ke atas , lepas tu balik ke pinggang dan last sekali luruskan ke bawah !...Beliau kemudiannya menggunakan arahan " tengah , atas , tengah , bawah " . Pergerakan tersebut diulang-ulang dan disulami dengan pergerakan seperti senamrobik !.. Mak ai!.. sukanya para pelajar , macam zapin PJ pulak !
Selepas rehat ... seorang guru masuk ke kelas para pelajar tersebut . Arahannya mudah . Okey pelajar !.. ari ni kita akan buat senamrobik .." tengah ,atas , tengah , bawah " . Gamat satu kelas !.. Betul ke cikgu ni ?.. nak ajar Geog ke nak ajar PJ. Betul la .. sayang !... tak caye... Okey ... ikut arahan saya . Kalau saya kata tengah .. cekak pinggang , atas ... pegang kepala , tengah ... balik ke pinggang , bawah .. luruskan tangan . Ha .... buat sekarang !......
Sebenarnya saya nak terangkan kedudukan matahari semasa proses peredaran bumi !.. ye ke cikgu ?...
ye...hok tengah tu .... matahari di atas garisan Khatulistiwa , atas ... kat garisan sartan , tengah .. khatulistiwa balik .. bawah kat jadi le !... Kat tengah tu ada hati ... berbunga le dia , lepas tu naik ke atas / kepala ... panas pulak !...balik semula ke tengah ... luruh hatinya !...akhir sampai ke bawah dan terus sejuk !...
Diceritakan oleh seorang rakan dan saya sukakan ideanya !.. satu analogi yang menarik dan mampu mempelbagaikan kaedah mengukuhkan daya ingatan pelajar.
No comments:
Post a Comment