Sunday, 24 June 2012

Santai Geografi .



  •           Penyampaian fakta geografi boleh diperbagaikan untuk menarik minat pelajar  mengikuti proses  P & P Guru . Selain  itu , kepelbagaian  kaedah  ini juga  berupaya  membantu  guru mengukuhkan  ingatan  pelajar  terhadap  pelbagai  fakta yang  ingin disampaikan. 







Teknik : Syair
Tajuk : Kesan eksplotasi sumber .
Cerun terhakis dan mengalami
gerakan jisim  akibat tindakan
rakus  manusia.



Bermula  cerita rakusnya  manusia ,
bumi  yang  sejahtera , ekplotasi  menggila ,
air  , tanah  ,  tumbuhan   dan  udara ,
tercermar  hebat  ,  kualitinya  tiada.

Asap kilang  berkepul di udara ,
kenderaan  melata menyumbang sama ,
bahang terasa  , peningkatan suhu namanya ,
  pulau haba bandar  dan  jerebu  persekitarannya.

Air yang  bersih  indah  namanya ,
tercemar juga  dek  buangan sisa ,
pepejal  dan  toksid  penyumbang  utama .
sisa pertanian  dan penternakan  menyumbang juga.

Habitat yang damai  kemana hilangnya ,
Siratan makanan musnah tak terkira ,
Pupuslah kini  flora  dan  fauna ,
Akibat kerakusan  pembalak  durjana .

Tanah rata , di  pergunungan  pun ada ,
terhakis , teruluhawa empunya cerita ,
gerakan jisim  bermaharajalela !
Musnahkan  tamadun  manusia  derhaka !.











Teknik :  Nasyid
Tajuk : Ciri hutan Khatluistiwa .
Adaptasi   : Kalau Tak Sembahyang.
  
struktur hutan khatulistiwa  dapat  dilihat  dengan jelas.

Berdaun  lebar  , bermalar  hijau ,
Berbatang  besar , berkayu  keras ,
Jelutung , cengal  , merbau  dan  meranti ,
Di tengah  belantara  megah  berdiri.

Megah berdiri  di rimba sepi ,
mencecah  langit pohonnya  tinggi   ,
empat lapisan  daun membentuk  kanopi ,
menghalang mentari sampai  ke bumi.

Flora  dan fauna  habitat  dikongsi ,
Sesama  mesra  ekosistem   dikongsi ,
Epifit  , parasit  dan  saprofit terdiri ,
Pengeluar , pengguna  ,  pengurai berfungsi .









Teknik : Naratif  / Penceritaan  .
Tajuk : Kesan tumpuan penduduk di kawasan bandar. 




                Mat Leman tinggal di kawasan setinggan.  Kebanyakkan penduduk di situ adalah miskin . taraf hidup mereka rendah . Ada yang buta huruf . Terdapat juga yang mengidap penyakit berjangkit.  Bagi Mat Leman ,  kemiskinan tidak akan menjerumuskan keluarganya ke kancah masalah sosial  dan jenayah . Mat Leman  menerima  ketentuan  hidupnya  dengan  reda dan  percaya bahawa sinar kejayaan tetap ada walaupun di hujung perjalanan hidupnya.


Gambr menunjukkan kawasan setinggan.
            


           Penduduk  yang padat  di situ  juga menguatkan lagi semangatnya untuk berjaya.  Pengangguran  yang berleluasa , turut dianggapnya sebagai cabaran sahaja. Kekurangan  kemudahan awam  dan infrastruktur serta pencemaran air diatasi dengan cara bekerjasama bersama penduduk           
yang lain . 




           Selepas  30 tahun berusaha  , Mat
 Leman kini boleh menarik nafas yang lega !... kesemua anaknya kini telah berjaya dalam  kerjaya masing-masing . Kini , Mat Leman tidak lagi tinggal di kawasan setinggan  tetapi di Kondominium  mewah  yang dihadiahkan oleh anak-anaknya. 

No comments:

Post a Comment