Perkongisan Bersama Geografian. Moga memberi bermanfaat untuk semua . Sila beri komen untuk tujuan penambakbaikan .
Monday, 14 December 2020
Thursday, 19 November 2020
Info : ANALISIS KEHADIRAN KELAS PKP FASA 2/2020 PELAJAR GEOGRAFI / STPM & SPM 2020 & PROGRAM GCG ROMPIN 2020 .
Jum On Line ........ |
1. Analisis Kehadiran Calon STPM ( Penggal 1 & Penggal 3 ).
Pelajar 6 Al Bukhari |
Pelajar 6 IK |
Pelajar 6 AK |
2. Tingkatan 6 Al Biruni ( 11/11/2020 ) ; 10/11 ( 90.90 % )
3. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( 17/11/2020 ) : 12/13 ( 92.31 % )
4. Tingkatan 6 Al Bukhari ( 18/11/2020 ) : 13/14 ( 92.85 % ).
6. Tingkatan 6 Al Biruni ( 25 /11/2020 ) ; 8/11 ( 72.72 % )
7. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( 01/12/2020 ) :12/13 ( 92.30 % )
8. Tingkatan 6 Al Bukhari (02 /12/2020 ) : 13/14 ( 92.85 % ).
10. Tingkatan 6 Al Biruni ( 09/12/2020 ) ; 9/11 ( 81.81 % )
11. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( 15/12/2020 ) : 9/13 ( 69.23 % )
12. Tingkatan 6 Al Bukhari ( 16/12/2020 ) : 12/13 ( 92.33 % )
14. Tingkatan 6 Al Biruni ( ... /12/2020 ) ;
15. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( ..../12/2020 ) :
16. Tingkatan 6 Al Bukhari (..... /12/2020 ) :
18. Tingkatan 6 Al Biruni ( ../12/2020 ) ; .
19. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( .../12/2020 ) :
20. Tingkatan 6 Al Bukhari ( .../12/2020 ) :
22. Tingkatan 6 Al Biruni ( ... /12/2020 ) ;
23. Tingkatan 6 Ibnu Khaldun ( ..../12/2020 ) :
24. Tingkatan 6 Al Bukhari (..... /12/2020 ) :
2. Analisis Kehadiran Calon SPM .
1. Perjumpaan 1 ( 13/11/2020 ) : 13/35 ( 31.14 % ).
2. Perjumpaan 2 ( 18/11/2020 ) ; 20/35 ( 57.14 % )
3. Perjumpaan 3 ( 19/11/2020 ) : 11/35 ( 31.42 % )
4. Perjumpaan 4 ( 20/11/2020 ) : 10/35 ( 28.54 % )
5. Perjumpaan 5 ( 26/11/2020 ) : 16/35 ( 45.71 % )
6. Perjumpaan 6 ( 03/12/2020 ) ; 08/35 ( 22.86 % )
7. Perjumpaan 7 ( 09/12/2020 ) : 14/35 ( 40.00 % )
8. Perjumpaan 8 ( 16/12/2020 ) : 12/35 ( 34.28 % )
9. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
10. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 ) :
11. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
12. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 ) :
13. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
14. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 )
15. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
16. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 ) :
17. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
18. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 ) :
19. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
20. Perjumpaan 8 ( ..../12/2020 ) :
21. Perjumpaan 7 ( .../12/2020 )
3. Analisis Kehadiran Calon SPM . ( Prog. Group Cemerlang Geografi Rompin )
( GCGR 2020 )
- Program pdpc on line terbuka kepada semua pelajar elektif Geografi dalam daerah Rompin . ( Zon Pantai ).
- Keterlibatan sekolah :
i ) SMK Rompin ( SMKR )
ii ) SMK Sungai Puteri ( SMKSGP ).
iii ) SMK Rompin Permai ( SMKRP ).
iv) SMK Tekek , Pulau Tioman ( SMKT ).
- Kehadiran :
1. 30/11/2020 - SMKR - 14 ORG. , SMKSGP - 04 ORG .
2. 07/12/2020 - SMKR - 14 ORG , SMKSGP - 05 ORG ,
- SMKRP - 16 ORG , SMKT - 06 ORG.
Tuesday, 10 November 2020
Info : KSSM TINGKATAN 5 ( 2021 ) ( KURIKULUM STANDART SEKOLAH MENENGAH )
( * Persediaan untuk Calon SPM 2021 ) .
1. Jum kenali kemahiran asas yang perlu dikuasai calon :
Tajuk 1 : Graf / Carta .
Murid boleh:
1.1.1 Mengenal pasti graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.2 Menghuraikan kegunaan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.3 Menghasilkan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.4 Menganalisis graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
Tajuk 2 : Foto .
Murid boleh:
1.2.1 Mengenal pasti foto aras bumi, foto udara dan foto satelit.
1.2.2 Menghuraikan kepentingan foto.
1.2.3 Menganalisis maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto.
Tajuk 3 : Cuaca dan Iklim .
Murid boleh:
2.1.1 Menerangkan konsep cuaca dan iklim.
2.1.2 Menjelaskan unsur cuaca dan iklim.
2.1.3 Menjelaskan melalui contoh fenomena cuaca dan iklim di dunia.
2.1.4 Menghuraikan persediaan menghadapi fenomena cuaca.
Tajuk 4 : Tumbuh-tumbuhan semula jadi .
Murid boleh:
2.3.1 Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia.
2.3.2 Menerangkan jenis hidupan liar di zon iklim panas dan zon iklim sejuk.
2.3.3 Menghuraikan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika.
2.3.4 Merumuskan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terhadap keseimbangan ekosistem.
Tajuk 5 : Pengurusan Sumber hutan .
Murid boleh:
2.4.1 Menerangkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.4.2 Menghuraikan kegiatan manusia yang menyebabkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
2.4.3 Menghuraikan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
2.4.4 Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia.
2.4.5 Menjelaskan melalui contoh usaha pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia.
Tajuk 6 : Sumber Tenaga .
Murid boleh:
3.1.1 Menerangkan sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu.
3.1.2 Menjelaskan melalui contoh sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu di dunia.
3.1.3 Menghuraikan kepentingan sumber tenaga.
Tajuk 7 : Pengurusan Sumber Tenaga .
Murid boleh:
3.2.1 Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
3.2.2 Menghuraikan kepentingan pengurusan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
3.2.3 Membahaskan usaha pengurusan sumber tenaga di dunia.
Friday, 6 November 2020
Catatan Perjalanan : BLOG , AKU , SWCorp & PKP .
( Satu suratan @ Kebetulan ).
1.0. Aku dan Blog.
Seawal 2012 sudah mula mengenali blog . Sekadar suka-suka , sesuai dengan tabiat sejak azali ... suka kepada sesuatu yang dinamik kerana aku percaya manusia mempunyai naluri yang kreatif bukan sekadar mengakuri apa yang ada.
Sesuai dengan naluri suka-suka dan ditimbuni dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain ... blog hanyalah sebagai ruang untuk mencari kelainan .
" Terasa payah rupanye nak membuka blog. Belum lagi jadi blogger !..... mujur ada Aina yang agak-agak mahir !... gamaknya!... Tak pe lah !.... inilah pengalaman !... mungkin selepas ini ada rakan-rakan yang sudi membantu men gemaskini blog saya!... maklumlah rumah baru !....Terina Kasih Ain Na ! " - catatan pertama sebagai blogger ( 22 JUN 2012 ).
Kecenderungan sebagai perkongsian perjalanan sebagai guru dan bekas pelajar menjadi penulisan lebih kepada catatan perjalanan . Walau bagaimanapun ciapan terhadap slot Perancangan Strategik Geografi SPM 2013 sebanyak 2308 pada 30 April 2013 amat mengejutkan ... mungkin pada masa itu ramai kekawan guru Geografi yang tercari-cari format dan bentuk plan strategik.
Satu bonus bagi insan kerdil macam aku ... terasa kepuasannya...
Melayan blog dengan sisipan nota dari power point berterusan sehinggalah 22 Julai 2014 . Ternoktah dan tiada lagi catatan untuk titipan blog selepas itu . Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan , merehatkan aku daripada semua aktiviti . Terasa jauh hati ... tapi itulah kehidupan .... biarpun ia satu suratan atau sekadar kebetulan .
2.0. Aku , Blog dan SWCorp.
5 tahun menyepi , 19 JULAI 2019 ... kembali ke dada blog . Pelbagai catatan perjalanan ingin dikongsi bersama walaupun keupayaan masih terhakis .
3.0. Aku , Blog dan PKP.
MAC 2020 tersentak dengan wabak Covid . Seperti orang lain ... aku juga tercari-cari medium mana paling luwes untuk berinteraksi sekali gus berkomunikasi dengan pelajar. Google Class Room ( GC ) , Washaap & telegram adalah medium interkasi . bagaimana dengan penyampaian isi pengajaran yang menjadi asas interaksi . Interkasi tanpa fakta tidak akan memberi apa-apa makna .
Terdetik difikiran , gunakan saja GC , Washaap & telegram sebagai medium interksi dan blog sebagai medium penyampaian isi . Alhamdulillah .... sepanjang PKP , dimulai slot dengan medium washaap @ telegram sebagai slot pengenalan , di tengahnya pengisian blog untuk isi pengajaran dan di akhirnya dengan GC sebagai medium penilaian dan pengukuran . Cukup lengkap!... Dalam masa yang sama setiap slot ... aku dapat mengetahui keceburan pelajar-pelajar yang sekadar menghantar nama @ yang sememangnya tulus ikhlas untuk bersama . Kematangan pelajar dapat dilihat disitu. Covid dan PKP menyerlahkan siapa yang ada kesungguhan dan siapa yang sekadar dipinggiran . Mungkin kehadiran Covid , PKP dan keampuhan blog ini adalah satu suratan atau sekadar satu kebetulan .
4.0. Nikmat yang hanya kemudian terasa .
Terasa berbaloi kederat yang dikerah , masa yang diluang dan otak yang diperah , apabila hasil sudah mula dituai , Manfaat kepada calon SPM dan STPM sudah mula diraih . Antara senario yang mula menyerlah ialah :
1. Ciapan / kunjungan yang tinggi .
-Setakat 06 /11/ 2020 : terdapat 19,608 ciapan / paparan.
2. Ciapan / kunjungan harian tertinggi .
- Pada 13 /10/ 2020 : sebanyak 1,159 ciapan /paparan.
Paparan ciapan harian tertinggi 2020. |
3. Ciapan /kunjungan bulan yang tertinggi
- Pada bulan Oktober 2020 : 5,242 ciapan / paparan .
- Purata ciapan /paparan : 169 ciapan/ hari.
Paparan ciapan bulanan tertinggi 2020. |
4. Peningkatan pencapaian peperiksaan awam.
keputusan peperiksaan STPM Penggal 2 , 2020 yang nampak senonim dengan ciapan / kunjungan dalam blog .
Paparan PKP , ciapan / kunjungan calon STPM Pengggal 2 dan Peperiksaan STPM 2020. |
Perbandingan pencapaian calon STPM dalam Peperiksaan Penggal 1 dan Penggal 2 tahun pengajian 2019 /2020. |
Ciapan / kunjungan pelajar ke blog semasa Pep. Perc. SPM 2020. |
Kadar ciapan / paparan / kunjungan pelajar terhadap blog semasa peperiksaan perc. SPM 2020. |
*Tahniah kepada semua penciap / pengunjung blog cgDEEN Kuala Rompin . Kejayaan tetap mengekori kalian jika ketekunan menjadi keutamaan . Apapun ......Ketentuan sudah semestinya dan kebetulan juga adalah kemungkinannya kerana kita semua adalah milik Allah ... " USAHA , DOA dan TAWAKAL " itulah keyakinan yang perlu ada .
Jum layan lagu " suratan atau kebetulan ". - Kenny , Remmy dan Martin pulok !.......
Sesuatu yang tak disangka , seringkali mendatangi kita , itukah suratan dalam kehidupan , atau sekadar satu kebetulan .
Kita asyik membicarakan , persoalan hidup dan pilihan , serta kejujuran semakin berkurang . masih tiada bertemu jawapan .
Walau kita dihadapkan , dengan pelbagai pilihan , mengapa sering terjadi , pilihan tak menepati , hingga amat menakutkan , menghadapi masa depan , seolah telah terhapus , sebuah kehidupan yang kudus .
Pertemuan sekali ini , bagi diriku amat bererti , tetapi kubimbang , untuk menyatakan , bimbang kan berulang kesilapan .
#hidupkitaacuankita
Wednesday, 4 November 2020
NOTA TING 5 : TEMA 4 / 5 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DUNIA .
Tema 4/5 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI .
( Jenis , Ciri , kepentingan , kesan & langkah ).
1.0. Jenis-jenis Tumbuhan semula jadi.
1.1. Hutan hujan tropika / hutan khatulisiwa.
( Tumbuhan yang terdapat di Malaysia )
- Membentuk ekosistem hutan tanah pamah ( dektrokrap )
- Ciri-ciri hutan Khatulistiwa .
i) Malar hijau .
ii) Spesis kayu keras .
iii) Berbatang besar dan berakar banir.
iv) mempunyai empat lapisan daum dan membentuk kanopi.
v) Habitat pelbagai flora dan fauna .
vi ) terdapat pelbagai spesis tumbuhan , menumpang , memanjat dan memanjat ( spesis tumbuhan epifit , parasit dan saprofit )
- Hutan Paya air masin / hutan paya bakau.
- Terdapat di kawasan pantai yang berlumpur atau di kawasan muara sungai.
- Hutan gunung / ekosistem tanah tinggi .
- Terdapat di kawasan yang beriklim Monsun Tropika.
1.5. Padang rumput hawa sederhana ( jenis Steepe )
- Terdapat di kawasan zon sederhana .
- Ciri-ciri tumbuhan akan berubah mengikut perubahan musim.
- Terdapat di kawasan gurun panas seperti di gurun Sahara , Gurun Arab dll.
1.7. Tumbuhan tundra.
- Terdiri daripada pokok renek dan bungs-bungaan.
- Berubah mengikut musim .
2.0. Taburan Tumbuh-tumbuhan semula jadi .
3.0. Faktor-faktor yang pengaruhi taburan tumbuhan semulajadi ( taburan , kepadatan pokok , ketinggian pokok dll )
- Faktor bentuk muka bumi - Ketingggian kawasan ( kawsan pinggir pantai / tanah pamah / kawasan tanah tinggi .
- Faktor jenis tanah dan batuan .
- Faktor iklim / cuaca - cahaya matahari , suhu , hujan dan angin.
- Aktiviti manusia - langkah-langkah penanaman , penebangan , penjarakkan pokok dll.
4.0. Kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Terbahagi kepada :
i) Alam sekitar fizikal ( ASF ) .
- Sebagai habitat flora dan fauna.
- Membentuk rantaian makanan flora dan fauna.
- Membekalkan neutrien untuk mengekalkan kesuburan tanih.
- Mengawal proses hakiran tanih.
- Mengawal kejadian tanah runtuh / aliran lumpur .
- Menyederhanakan suhu / mengawal peningkatan suhu.
- Mengawal dan mengekalkan kelembapan udara.
- membebaskan wap air untuk membentuk hujan dalam proses kitaran hidrologi.
- mengawal kelajuan angin.
ii) Alam sekitar manusia / budaya ( ASM / ASB ) .
- Menyediakan peluang pekerjaaan.
- membekalkan sumber makanan kepada penduduk.
- membekalkan sumber ubat-ubatan tradisional / hoemopaty.
- Membekalkan sumber bahan mentah untuk industri / kilang.
- Menjana sumber pendapatan negara .
- Mengalakkan perkembangan petempatan yang baru / mewujudkan pusat- pusat pertumbuhan yang baru.
- Mengalakkan perkembangan sektor pendidikan tinggi dan penyelidikan.
- Mengalakkan perkembangan pelbagai kemudahan infrastruktur .
- Mengalakkan perkembangan sektor industri hiliran berasaskan perkayuan / Menwujudkan kesan pengganda ekonomi.
5.0. Kesan eksplotasi tumbuhan semula jadi.
- Kemusnahan habitat flora dan fauna .
- Menjejaskan rantaian makanan flora dan fauna.
- Menyebabkan fenomena peningkatan suhu domestik.
- Menggalakkan kejadian hakisan tanah .
- Meningkatkan kejadian tanah runtuh / aliran lumpur dan gelongsoran tanah.
- Menyebabkan pencemaran air sungai.
- Kepupusan spesis tertentu flora dan fauna .
6.0. Langkah-langkah mengatasi kesan.
- Mewujudkan dasar . polisi dan strategi melindungi hutan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi.
- Meningkatkan rondaan / pengawasan / pemeriksaan /pemantauan terhadap kawasan hutan.
- Meningkatkan kadar denda/kompaun , hukuman penjara atau menyita semua harta benda/ premis / jentera dan hasil ekplotasi .
- Mewajibkan penyediaan Laporan EIA bagi aktiviti pembersihan hutan / penebangan kayu balak yang berskala besar.
- Melaksanakan aktiviti kempen kesedaran alam sekitar.
- Mengadakan aktiviti pendidikan alam sekitar .
- Menjalankan aktiviti pembiakan / pemuliharaan insitu / sintuari .
- Membina dan mewujudkan pusat-pusat perlindugan hidupan liar / taman-taman negara , taman-taman negeri , kawasan hutan simpan , hutan rekreasi dan hutan pendidikan.
- Mengalakkan aktiviti penghutanan semula / ladang hutan dan rawatan sivikultur.
- Mengalakkan aktiviti kitar semula ( 3R ).
- Melaksanakan aktiviti pembangunan lestari.
Monday, 2 November 2020
Info : EKOSISTEM
( Ciri , kepentingan , kesan & langkah ).
1.0. Konsep .
- Rantaian fizikal yang mengandungi unsur-unsur biotik dan abiotik , sentiasa bertindakbalas untuk mencapai keseimbangan .
- Unsur biotik terdiri daripada tumbuhan ( berperanan sebagai pengeluar ) , pelbagai hidupan / haiwan ( berperanan sebagai pengguna ) dan pelbagai mikroorganisme ( berperanan sebagai pengurai ).
- Unsur abiotik pula terdiri daripada elemen alam sekitar fizikal seperti udara , air , neutrien dan cahaya matahari .
- merupakan proses pergerakan / perpindahan / aliran tenaga .
2.0. Jenis-jenis.
2.1. Ekosistem semula jadi - ekosistem paya bakau , ekosistem hutan tanah tinggi , ekosistem hutan tanah pamah , ekosistem paya air tawar dll ).
2.2. Ekosistem buatan manusia - ekosistem kawasan ladang kelapa sawit , ekosistem kolam ternakan ikan dll .
3.0. Kepentingan :
- Secara umumnya , setiap ekosistem mempunyai sumbangan / kepentingan / faedah kepada :
3.1. Alam sekitar fizikal ( ASF ) seperti :
i) Menyederhanakan suhu / mengawal peningkatan suhu domestik / global.
ii) Membebaskan gas oksigen & menyerap lebihan gas karbon dioksida - mengekalkan keseimbangan kandungan gas-gas di atmosfera / mengawal fenomena perubahan iklim dunia.
iii) Berperanan dalam proses kitaran hidrologi / hujan . Membebas dan membekalkan wap air untuk mengekalkan kelembapan udara dan membentuk awam / hujan .
iv ) Berperanan menyediakan kawasan perlindungan dan pembiakan pelbagai hidupan - sebagai habitat pelbagai flora dan fauna.
v) Bertindak sebagai pengeluar , pengguna dan pengurai dalam sistem rantaian makann .
vi) Berperanan sebagai tanaman tutup bumi - mengawal kejadian hakisan tanah .
vii) mengawal dan memperlahankan kejadian gerakan jisim ( kesotan tanah ,tanah runtuh , aliran lumpur dan gelongsoran tanah ).
viii) Menguraikan pelbagai bahan organik / sisa pereputan pelbagai neutrien untuk mengekalkan dan mengembalikan kesuburan tanah .
3.2. Alam sekitar manusia / budaya ( ASM ) @ ( ASB ).
i ) Menyediakan sumber makanan / sumber protien .
ii) Menyediakan sumber ubat-ubatan tradisional / homeoparty.
iii) Menyediakan sumber bahan mentah untuk industri.
iv) Menjadi aset / daya tarikan sektor ekopelancongan.
v) Sumbangan terhadap pendapatan negara / KDNK negara.
vi ) Menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
vii) Mengalakkan perkembangan sistem pendidikan dan penyelidikan.