Wednesday 4 November 2020

NOTA TING 5 : TEMA 4 / 5 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DUNIA .

  Tema  4/5  :  TUMBUH-TUMBUHAN                                             SEMULAJADI .

       (  Jenis  , Ciri , kepentingan , kesan & langkah ).



1.0. Jenis-jenis Tumbuhan semula jadi.

1.1. Hutan  hujan tropika / hutan khatulisiwa.

   (  Tumbuhan  yang  terdapat  di Malaysia )

- Membentuk  ekosistem  hutan  tanah pamah ( dektrokrap )

-  Ciri-ciri  hutan  Khatulistiwa .

    i)  Malar  hijau .

   ii)  Spesis kayu  keras .

  iii)  Berbatang  besar  dan  berakar  banir.

 iv)   mempunyai  empat lapisan  daum  dan  membentuk   kanopi.

v)  Habitat pelbagai flora   dan  fauna .

vi ) terdapat  pelbagai  spesis tumbuhan  , menumpang ,  memanjat  dan  memanjat ( spesis tumbuhan  epifit  , parasit  dan saprofit ) 




- Hutan  Paya  air  masin  /  hutan  paya bakau.


- Terdapat  di kawasan  pantai  yang  berlumpur  atau  di kawasan  muara sungai.
- Terdiri  daripada  spesis bakau  minyak  & bakau kurap.
-  Habitat  pelbagai  hidupan  akuatik .
- Semakin   berkurangan  kerana  aktiviti  pembalakan  untuk  diproses menjadi  kayu  arang  dan  tapak  aktiviti  akuakultur.

 

- Hutan Paya  air  tawar .


-  Terdapat  di kawasan  pedalaman  yang  bersaliran  buruk.
-   Kawasan  utama  ialah  tasik Bera  dan  tasik Chini   di Pahang.
-  Dijadikan  tapak  RAMSAR ( untuk  aktiviti  perlindungan  sumber alam  / penyelidikan   dan  ekopelancongan ).


- Hutan pantai .


-  Terdapat  di kawasan  pantai  yang  berpasir.
-  Tumbuhan  utama  ialah  pokok Ru  ,  mengkuang  laut  dan  tapak kuda.
-  Dibangunkan  sebagai  kawasan  ekopelancongan.

- Hutan  gunung  / ekosistem tanah tinggi .



-  Struktur  dan  taburan    hutan   serta    jenis  tumbuh-tumbuhan  semula jadi  berubah mengikut  ketinggian   kawasan .



1.2. Hutan Monsun  Tropika.


- Terdapat  di kawasan  yang  beriklim  Monsun  Tropika.
-  Ciri utama  tumbuh-tumbuhan  / hutan  ialah  meluruhkan daun  dalam  musim kemarau / kering.
-  Tumbuhan  utama  pokok  buluh ,  pokok jati  , pokok mahagoni .


1.4. Hutan  Konifer / hutan  pokok tirus.


- Terdapat  secara  meluas  di kawasan  beriklim hawa sederhana.
- Ciri-ciri  pokok  :
   i) Tumbuh  seperti kon  , berdaun  halus  berbentuk  jarum.
  ii) Spesis kayu  lembut  seperti  pokok  pain  .fir  ,sprus ,dan  pokok larch.
iii )  Kulit  pokok  tebal .
 iv ) Biji benih  berkulit  keras 
- Bahan  mentah  utama  dalam  industri  pulpa  dan  kertas.


1.5. Padang  rumput  hawa  sederhana ( jenis  Steepe )

- Terdapat  di  kawasan zon sederhana .

- Ciri-ciri  tumbuhan  akan  berubah  mengikut  perubahan  musim.



1.6.  Tumbuhan  gurun.


- Terdapat  di kawasan  gurun  panas  seperti  di gurun Sahara  , Gurun Arab dll.
- Tumbuhan  utama  kaktus .
- Ciri  tumbuhan :
    i)  Berdaun  halus  dan  berlilin.
   ii)  Berkulit  tebal  / berlilin   dan  batangnya  berlendir.
 iii )  Berakar  panjang.


1.7.  Tumbuhan  tundra.


- Terdiri  daripada pokok  renek   dan  bungs-bungaan.

-  Berubah  mengikut  musim .



2.0. Taburan  Tumbuh-tumbuhan semula jadi .



3.0. Faktor-faktor yang  pengaruhi  taburan  tumbuhan semulajadi  ( taburan  , kepadatan pokok  , ketinggian pokok dll ) 

-  Faktor  bentuk  muka  bumi -  Ketingggian  kawasan (  kawsan  pinggir  pantai / tanah  pamah /  kawasan tanah   tinggi .

- Faktor  jenis  tanah  dan   batuan .  

- Faktor  iklim / cuaca  - cahaya  matahari  , suhu  ,  hujan  dan  angin.

- Aktiviti  manusia  - langkah-langkah   penanaman  , penebangan  , penjarakkan  pokok  dll.



4.0. Kepentingan  tumbuh-tumbuhan semulajadi.

- Terbahagi  kepada :

i)  Alam sekitar  fizikal  (  ASF )  .

- Sebagai  habitat  flora  dan fauna.

- Membentuk  rantaian  makanan  flora  dan  fauna.

- Membekalkan  neutrien  untuk  mengekalkan  kesuburan  tanih.

- Mengawal  proses  hakiran  tanih.

- Mengawal  kejadian  tanah  runtuh / aliran lumpur .

- Menyederhanakan  suhu /  mengawal  peningkatan  suhu.

- Mengawal  dan  mengekalkan  kelembapan  udara.

- membebaskan  wap  air  untuk  membentuk hujan  dalam  proses kitaran  hidrologi.

- mengawal  kelajuan  angin.


ii) Alam sekitar  manusia /  budaya  (  ASM  /  ASB )  .

- Menyediakan  peluang  pekerjaaan.

- membekalkan  sumber  makanan  kepada  penduduk.

- membekalkan  sumber  ubat-ubatan  tradisional / hoemopaty.

- Membekalkan  sumber bahan   mentah  untuk  industri  / kilang.

- Menjana  sumber  pendapatan  negara . 

- Mengalakkan  perkembangan  petempatan yang  baru  / mewujudkan pusat- pusat  pertumbuhan  yang   baru.

- Mengalakkan  perkembangan  sektor  pendidikan tinggi   dan  penyelidikan.

- Mengalakkan perkembangan pelbagai  kemudahan  infrastruktur .

- Mengalakkan  perkembangan sektor industri  hiliran  berasaskan  perkayuan  / Menwujudkan  kesan  pengganda  ekonomi.



5.0. Kesan  eksplotasi  tumbuhan  semula jadi.

- Kemusnahan habitat   flora   dan fauna .

- Menjejaskan  rantaian  makanan  flora  dan fauna.

- Menyebabkan  fenomena  peningkatan  suhu  domestik.

- Menggalakkan  kejadian  hakisan  tanah  .

- Meningkatkan  kejadian  tanah  runtuh / aliran  lumpur  dan  gelongsoran tanah.  

- Menyebabkan  pencemaran  air  sungai.

-  Kepupusan spesis tertentu  flora  dan  fauna .  



6.0. Langkah-langkah  mengatasi  kesan.

- Mewujudkan  dasar  . polisi   dan  strategi  melindungi  hutan   dan  tumbuh-tumbuhan  semulajadi.

- Meningkatkan  rondaan  / pengawasan  / pemeriksaan  /pemantauan  terhadap  kawasan  hutan.

- Meningkatkan  kadar  denda/kompaun   , hukuman  penjara atau  menyita semua  harta  benda/ premis / jentera  dan  hasil ekplotasi .

- Mewajibkan  penyediaan  Laporan  EIA  bagi  aktiviti pembersihan  hutan  / penebangan  kayu  balak  yang berskala  besar.  

- Melaksanakan aktiviti  kempen kesedaran   alam  sekitar.

- Mengadakan  aktiviti  pendidikan  alam sekitar .

- Menjalankan  aktiviti  pembiakan / pemuliharaan  insitu / sintuari .

- Membina  dan  mewujudkan  pusat-pusat perlindugan hidupan liar / taman-taman  negara ,  taman-taman  negeri  , kawasan  hutan  simpan , hutan  rekreasi  dan hutan  pendidikan.

- Mengalakkan  aktiviti  penghutanan  semula / ladang  hutan    dan  rawatan  sivikultur.

- Mengalakkan  aktiviti  kitar  semula (  3R ).

- Melaksanakan   aktiviti  pembangunan  lestari.

No comments:

Post a Comment