Info : KSSM TINGKATAN 5 ( 2021 ) ( KURIKULUM STANDART SEKOLAH MENENGAH )
( * Persediaan untuk Calon SPM 2021 ) .
1. Jum kenali kemahiran asas yang perlu dikuasai calon :
Tajuk 1 : Graf / Carta .
Murid boleh:
1.1.1 Mengenal pasti graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.2 Menghuraikan kegunaan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.3 Menghasilkan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
1.1.4 Menganalisis graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.
Tajuk 2 : Foto .
Murid boleh:
1.2.1 Mengenal pasti foto aras bumi, foto udara dan foto satelit.
1.2.2 Menghuraikan kepentingan foto.
1.2.3 Menganalisis maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto.
Tajuk 3 : Cuaca dan Iklim .
Murid boleh:
2.1.1 Menerangkan konsep cuaca dan iklim.
2.1.2 Menjelaskan unsur cuaca dan iklim.
2.1.3 Menjelaskan melalui contoh fenomena cuaca dan iklim di dunia.
2.1.4 Menghuraikan persediaan menghadapi fenomena cuaca.
Tajuk 4 : Tumbuh-tumbuhan semula jadi .
Murid boleh:
2.3.1 Mengenal pasti jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia.
2.3.2 Menerangkan jenis hidupan liar di zon iklim panas dan zon iklim sejuk.
2.3.3 Menghuraikan ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Hujan Tropika dan Hutan Monsun Tropika.
2.3.4 Merumuskan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terhadap keseimbangan ekosistem.
Tajuk 5 : Pengurusan Sumber hutan .
Murid boleh:
2.4.1 Menerangkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.4.2 Menghuraikan kegiatan manusia yang menyebabkan kepupusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
2.4.3 Menghuraikan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
2.4.4 Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia.
2.4.5 Menjelaskan melalui contoh usaha pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di dunia.
Tajuk 6 : Sumber Tenaga .
Murid boleh:
3.1.1 Menerangkan sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu.
3.1.2 Menjelaskan melalui contoh sumber tenaga tidak boleh baharu dan sumber tenaga boleh baharu di dunia.
3.1.3 Menghuraikan kepentingan sumber tenaga.
Tajuk 7 : Pengurusan Sumber Tenaga .
Murid boleh:
3.2.1 Menghuraikan kesan penerokaan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
3.2.2 Menghuraikan kepentingan pengurusan sumber tenaga terhadap alam sekitar.
3.2.3 Membahaskan usaha pengurusan sumber tenaga di dunia.
No comments:
Post a Comment