Monday 2 November 2020

 Info :  EKOSISTEM 

                  ( Ciri , kepentingan , kesan & langkah ).


1.0. Konsep .

- Rantaian  fizikal  yang mengandungi  unsur-unsur biotik  dan  abiotik  , sentiasa  bertindakbalas untuk mencapai keseimbangan .

- Unsur  biotik  terdiri  daripada  tumbuhan  ( berperanan sebagai pengeluar ) , pelbagai  hidupan / haiwan ( berperanan  sebagai pengguna )  dan  pelbagai  mikroorganisme  ( berperanan sebagai  pengurai ).

- Unsur abiotik pula  terdiri daripada  elemen alam  sekitar  fizikal  seperti  udara  , air  , neutrien  dan  cahaya  matahari . 

- merupakan proses  pergerakan / perpindahan / aliran tenaga .



2.0. Jenis-jenis.

2.1. Ekosistem semula jadi  - ekosistem paya bakau , ekosistem hutan tanah tinggi , ekosistem hutan tanah pamah  , ekosistem paya  air  tawar  dll ).



2.2. Ekosistem buatan  manusia  - ekosistem kawasan ladang kelapa sawit , ekosistem  kolam  ternakan  ikan  dll .




3.0. Kepentingan : 

- Secara  umumnya ,  setiap  ekosistem  mempunyai  sumbangan / kepentingan / faedah  kepada :


3.1. Alam sekitar  fizikal  ( ASF )  seperti :

i)  Menyederhanakan  suhu / mengawal  peningkatan  suhu domestik / global.

ii) Membebaskan  gas oksigen  &  menyerap lebihan  gas karbon dioksida - mengekalkan  keseimbangan  kandungan  gas-gas di atmosfera / mengawal  fenomena  perubahan  iklim dunia.

iii) Berperanan  dalam  proses  kitaran  hidrologi / hujan .  Membebas dan  membekalkan  wap  air  untuk mengekalkan kelembapan  udara  dan  membentuk  awam / hujan . 



iv )  Berperanan  menyediakan  kawasan  perlindungan  dan pembiakan  pelbagai hidupan - sebagai habitat  pelbagai  flora  dan fauna.



v)   Bertindak  sebagai  pengeluar  ,  pengguna   dan  pengurai  dalam  sistem  rantaian  makann .



vi)  Berperanan  sebagai  tanaman  tutup  bumi  -  mengawal  kejadian  hakisan  tanah .

vii) mengawal  dan  memperlahankan  kejadian   gerakan  jisim          ( kesotan  tanah  ,tanah runtuh  ,  aliran lumpur dan   gelongsoran tanah ).

viii)  Menguraikan  pelbagai  bahan organik / sisa pereputan  pelbagai neutrien  untuk  mengekalkan  dan  mengembalikan  kesuburan  tanah .



       

3.2. Alam sekitar manusia / budaya ( ASM ) @ ( ASB ).

i )   Menyediakan  sumber makanan / sumber  protien .

ii)  Menyediakan sumber  ubat-ubatan tradisional / homeoparty.

iii) Menyediakan sumber bahan  mentah  untuk  industri.

iv)  Menjadi aset / daya tarikan  sektor  ekopelancongan.

v)   Sumbangan  terhadap pendapatan  negara / KDNK negara.

vi ) Menyediakan  peluang-peluang pekerjaan.

vii) Mengalakkan  perkembangan  sistem pendidikan  dan  penyelidikan.





No comments:

Post a Comment