Catatan Pengalaman : STPM 2020 : MENJEJAK KECEMERLANGAN DI SEBALIK PANDEMIK .
1.0. Likuan Perjalanan .
Jan 2020 hingga April 2021 . Perjalanan yang terlalu lama dan pengalaman pembelajaran yang amat memenatkan bagi sebahagian pelajar . Kehadiran pandemik Covid 19 benar-benar menguji ketabahan dan ketekunan mereka . Dengan sesi pertemuan bersemuka yang terbatas , pelajar diberi kepercayaan untuk mengurus sesi pembelajaran secara akses kendiri . Dengan aplikasi Google Meet . Google Classroom , Washaap dan Telegram sesi pdpr cuba dilaksanakan . Kewujudan Blog yang selama ini agak terabai , diaktifkan dan menjadi sumber utama bahan pengajaran dan sumber rujukan pelajar-pelajar yang terlibat.
 |
Blog antara medium utama semasa PKP . |
Dengan pelbagai kandungan seperti set-set soalan tahun lepas , nota yang lengkap , tips mempelajari Geografi dengan berkesan , panduan dan kaedah menghurai serta perkongsian pengalaman , sedikit sebanyak blog dapat membantu pelajar membuat persediaan dengan lebih sempurna.
 |
Pdpr / Penggunaan GM bersama pelajar 6AK |
 |
Pdpr / Penggunaan GM bersama pelajar kelas IK |
Kesungguhan pelajar juga menyerlahkan keinginan mereka untuk berjaya apabila setiap sesi GM , kehadiran amat-amat membanggakan . Mungkin juga ungkapan " Awak ambil Geografi , tiada jaminan untuk lulus dan tiada siapa yang paksa . Tapi kalau dah ambil awak terpaksa belajar kerana cikgu X nak awak gagal " memberi kesan kepada mereka.
 |
Program motivasi & Jejak Kerjaya bersama Dr Shawal , Pensyarah Kanan Fakulti Polisi & Dasar Alam Sekitar , UITM cawangan Seremban 3.
Kejayaan penganjuran program Bersama Dr Shawal di awal STPM berjalan juga turut memberi impak kepada pelajar. Dengan tips-tips cara belajar , menjawab soalan dan persediaan untuk ke IPTA sedikit sebanyak membantu memotivasikan mereka.
Sejujurnya ... semaian yang dimulakan seawal tingkatan 4 pada tahun 2017 , membuahkan hasil yang sangat manis . Bermula dengan potensi yang sederhana , pacuan secara paksaan mula dilakukan tanpa mereka sedari . Pada awal tahun 2018 semasa di tingkatan 5 , tiga pelajar Sains Tulin ( Fia , Suzie , dan Afera ) menyertai kelompok ini seawal bulan Mei tahun semasa . Dengan tempoh masa tidak smpai lapan bulan , mampukah mereka ini melengkapkan diri untuk menghadapi SPM pada ketika itu . Berkat kesabaran dan ketekunan , deretan kelas bimbingan tanpa batasan masa ( kelas malam & kelas hujung minggu ) terpaksa dilalui dan mereka akur tanpa ada yang membantah . Hasilnya hmpir kesemuanya memperolehi pencapaian yang membanggakan . Al hamdulillah .
Dua tahun bersama , saling mengenali dan membina kepercayaan ... Alhamdulillah ...... hampir semua pelajar cemerlang Geografi SPM 2018 sanggup menyahut cabaran untuk bersama ke Tingkatan 6 . Perancangan jangka panjang untuk membentuk generasi celik geografi di Tingkatan 6 sudah tercapai . Kalau masa di kampong istilah " denak " sudah ada . Biarpun adakalanya terpaksa " bertaki " dengan pihak pentadbiran kerana ingin meneruskan pengajaran di Tingkatan 5 . Penat kerana mengajar kelas Tingkatan 6 dan Tingkatan 5 serentak perkara biasa . Apa tidaknya , dikala rerakan guru Tingkatan 6 mengajar belasan waktu , kita terpaksa mengajar puluhan waktu . Apapun , tulah pengorbanan sesiapa sahaja yang bergelar guru termasuklah diri ini untuk anak-anak Geografi . Moga Allah mempermudahkan urusan untuk membimbing mereka . Tautan usaha & titipan doa berterusan dilaksana . Memang tiada perjanjian antara kita . Tapi ikatan dua tahun mengukuhkan ikhtizam , ke tingkatan 6 kalian tidak rugi . Laluan mudah dan murah perlu diterjemahkan bukan setakat diomong kosongkan .
Setahun 4 bulan bersama , dimarah biasa ....... , dibebel biasa...... tiada yang terkecuali . Nasihat dan peringatan entah berapa banyak ditabur . Mungkin berbukit . Yang diterima mungkin secangkir cuma . Apapun ingatlah sebagai guru inilah kalimat keramat yang kalian kena ingat " Sebagai manusia biasa saya mintak maaf bebanyak jika ada yang tersinggung , sebagai guru itulah ketegasan dan ketetapan saya . Itulah amanah bagi saya " . " Betulkan yang biasa , biasakan yang betul " .
Ironinya " bangau oh bangau " biarpun sempoi , besar pengertiannya dalam pengajaran Geografi dan pengurusan . Dapat menjelaskan konsep kronologi relevan dalam meletakkan fakta dan huraian dalam perenggan dengan betul dan bersesuaian . Inilah ratib harian kita. |
2.0. Pendakian Pencarian.
2.1. Penggal 1 penuh cabaran.
Rumusan pencapaian P1 2020 selepas U1 2020 : Calon : 13 orang . Pangkat A : 2 orang , B : 2 orang , B- : 2 orang , C : 1 orang . Lulus penuh : 7 orang ( 53.85 % ) , C- : 4 orang , D : 1 orang , Gagal - seorang : NGMP - 2.23 .
Peratus keberkesanan ulangan : 69.23 %
Alhamdulillah ....... tahniah wat anak-anak yang berkesanggupan membayar dan belajar untuk ulangan . Berbaloi juga rasenya !....
2.2. Penggal 2 mengolah cerita.
Rumusan Pencapaian U2 , STPM 2020 : Calon : 10 orang , Gred A : 1 orang , B+ : 3 orang , B : 1 orang , B- : 2 orang , C+ : 1 orang , Lulus penuh : 9 orang ( 90 % ) , Gagal : 1 orng ( 10 % ) . NGMP : 2.63.
Rumusan pencapaian P2 selepas U2 : Calon 17 orang , Gred A : 5 orang . Gred A- : 4 orang , B+ : 3 orang , B : 1 orang , C+ : 2 orang , C : 1 0rang . Lulus penuh : 17 orang ( 100 % ) . NGMP : 3.35 .
2.3. Penggal 3 Usaha dan doa.
Rumusan pencapaian P3 : Calon 17 orang , Gred A : 10 orang . Gred A- : 1 orang , B+ : 1 orang , B : 1 orang , Lulus penuh : 14 orang ( 82.35 % ) . C- : 1 orang , D+ : 1 orang , Gagal : 1 orang NGMP : 3.27 .
3.0. Pencapaian Terunggul.
3.1 . Pencapaian Sekolah di peringkat daerah .
Alhamdulillah ....... Tercatat dalam sejarah STPM Modular , kali pertamanya STPM SMK Rompin membuat lojakan saujana . Mengungguli STPM dalam daerah dan tempat ke 5 terbaik daripada 42 buah sekolah menengah yang menawarkan Tingkatan 6 dalam negeri Pahang .
3.2. Pencapaian Mata Pelajaran Geografi .
Rumusan Pencapaian Keseluruhan STPM 2020.Jumlah calon : 17 orang , Gred A : 7 orang , Gred A- : 1 orang , Gred B+ : 2 orang , Gred B : 4 orang , Gred B- : 2 orang dan Gred C+ : 1 orang . Jumlah Lulus Penuh : 17 orang , NGMP : 3.41.
3.3. Pencapaian Keseluruhan Pelajar :
Alhamdulillah ..... pencapaian terbaik anak-anak Geografi setakat ini. Tahniah atas usaha kalian .
3.4. Jejak-jejak Kecemerlangan Calon Geografi.
Alhamdulillah ...... Jika diukur keberkatan , kesungguhan dan kerjasama yang terbaik maka generasi kalian lah antara yang terbaik . Bermula dari Ting 4 ke Ting 5 hingga ke Ting. 6 , kalian tidak pernah jemu berguru , tidak pernah terobek rasa hormat dan tidak pernah lokek jika diminta bantuan . Moga sentiasa istiqamah dengan tata hidup sedemikian . Inshaa Allah menjadi asbab kecemerlangan pada masa hadapan .

3.5. Memori Indah Yang Terakam .
Tahniah ...... Inilah penghargaan dari Cgu buat kalian . Moga sematan memori indah dalam blog cgu ini dapat menyuntik semangat untuk berusaha lebih gigih pada masa hadapan.
3.6. Sekalong budi Seindah Rasa :
Yang kurik itu kendi , Yang merah itu saga Yang indah itu budi , Yang manis hasilnya itu usaha .
 |
Bersama anak-anak Geog. 6AK |
 |
Bersama anak-anak Geog 6IK. |
3.7. Tips mudah untuk anak-anak Geografi
2021/2022
1. Usahakan mencari keberkatan . ( jaga hubungan dengan
Allah , ibubapa , guru dan rerakan ).
2. Sentiasa mencuba yang terbaik .
3. Sentiasa menghargai masa .
4. Sentiasa mensyukuri kemudahan yang disediakan dan
menggunakannya secara yang berhemah .
5. Bedoa agar dipermudahkan .
6. Betulkan yang biasa , biasakan yang betul .
( Mengulang bukan satu kesalahan tetapi untuk
membetulkan satu kesilapan ).
Alhamdulillah 😊. Terima kasih Cikgu Din yg sngt disayangi dan dirindui😊. Segala memori yg telah terukir akan disemat dan dikenang sehingga akhir hayat. Tahniah buat sahabat2 seperjuangan. Semoga cikgu dan anda semua akan sentiasa dirahmati dan dipelihara oleh-Nya.
ReplyDelete-Hazim Dee-