Friday, 1 December 2023

 Info Geografi :

Peranan Bandar dalam Konteks Pembangunan  di Malaysia .


1.0. Pengenalan .

Bandar merupakan petempatan penduduk yang bercirikan  modenisasi yang meliputi  pelbagai aspek  kependudukan  dan persekitaran . Dengan kapasiti penduduk melebihi 10,000 orang , mengamalkan  pelbagai stail  pemikiran moden , penduduknya melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian  , perkhidmatan  dan perniagaan  menjadikan mereka lebih terdedah kepada  amalan  gaya hidup  dan corak  pemikiran serta budaya yang moden .


2.0. Konsep Pembandaran .

Merupakan proses atau tranformasi ruang  dan ciri guna tanah  di bandar  yang mengubah   aktiviti ekonomi  tradisonal  kepada yang lebih moden serta pembauran gaya dan stail hidup moden  para penduduknya . Bermula dengan  proses pembangunan  fizikal  yang berupaya meningkatkan pelbagai kemudahan  infrastuktur asas seperti jalan raya , pembinaan dan penggunaan kenderaan berrel seperti LRT  , MRT  , Komuter , penyediaan bekalan tenaga elektrik  dan air bersih dapat  menggalakkan perkembangan pelbagai kegiatan ekonomi  moden  dan seterusnya mengubah dan melatari  persepsi  dan gaya hidup penduduk di persekitaran bandar tersebut. 


3.0. Sejarah   Perkembangan Bandar di Malaysia .

Secara umumnya  , proses pembandaran di Malaysia  melangkaui sejarah kemerdekaan negara itu sendiri . Catatan sejarah lalu , menunjukkan terdapat beberapa petempatan awal di Malaysia yang telah membentuk petempatan bandar pada masa itu . Kewujudan Kerajaan Kedah Tua / Gunung Jerai & Sungai Merbuk  , Kerajaan Gangga Negara  dan di zaman pertengahan pula dilatari dengan kerajaan Melayu Melaka yang berupaya membina empayar Melaka . Hal  ini menunjukkan bahawa proses pembandaran telah lama berlaku di negara kita .


4.0. Pola  Perkembangan  Bndar di Malaysia . 

5.0.  Peranan  Bandar dalam Konteks Pembangunan 

         di Malaysia .

6.0. Cabaran  dalam Proses Pembandaran di                             Malaysia  Pada Masa Kini.

Saturday, 21 October 2023

 Info Geografi  :

                              UASA 

( PENILAIAN  MENENGAH  RENDAH )


1.0. Pengenalan .

Sistem penilaian KSSM  yang terkini  bagi menggantikan  sistem pentaksiran  lama yang digunapakai  dalam KBSM . Sistem  ini lebih mesra sekolah  dan guru .  Sebahagian daripada penilaian akan dikendalikan oleh guru dalam kelas / darjah  dan sebahagian sahaja yang akan diuruskan secara berpusat . 


2.0. UASA  &  PBD.

 - Merupakan proses  yang  merangkumi SK ( Standart Kandungan / Perkara  yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam 1 set tempoh masa  pembelajaran  ) , SP ( Standart Pembelajaran / Penetapan indikator / kriteria standart pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar )  dan  SP ( Standart Pencapaian  / satu set hasil pembelajaran yang perlu dikuasai selepas tamat tempoh masa pembelajaran ). 


3.0. Format Pentaksiran Baru .

Pentaksiran baru KSSM bagi  menengah rendah  ( Ting. 1 , 2  dan 3 ) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik  dan mempunyai 6 tahap penguasaan .

Tahap 1 : Tahu perkara asas fakta dan kemahiran Geografi .

Tahap 2 :  Faham tentang pengetahuan  dan kemahiran Gegorafi.

Tahap 3 :  Aplikasi pengetahuan dan kemahiran Geografi.

Tahap 4 :  Kuasai pengetahuan  dan kemahiran Geografi .

Tahap 5 :  Berupaya  menilai pengetahuan dan kemahiran Geografi  

                  dalam situasi  baru secara bersistematik / berstruktur dan 

                  kekal . 

Tahap 6 :  Berupaya menghasilkan idea / inovasi baru dalam 

                 persekitaran baharu berdasarkan pengetahuan  dan 

                 kemahiran Geografi yang dikuasai .

* Semua penguasaan pengetahuan  dan kemahiran ini mestilah dalam kerangka  sikap positif terhadap alam  sekitar .


* Secara umumnya :

Junstifikasi tahap penguasaan banyak dipengaruhi oleh penggunaan  kontruks  / kata tugas   yang membentuk item penilaian  / soalan .

Tahap 1 : menyatakan /  menyenaraikan  / menamakan dll.

Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan  / memberi contoh dll.

Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.

Tahap 4 : Membandingkan  / menghuraikan  dll.

Tahap 5 :  Membahaskan .

Tahap 6 :  Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.

# Memahami konsep ( konstruk  / kata tugas )  ini adalah perlu untuk meletakkan prestasi pelajar pada lajur yang sesuai  agar tahap penguasaan yang ingin diberikan mengikut justifikasi yang paling tepat / sesuai / ranggi .



4.0. Format Cakupan .

       4.1. Unit Kemahiran 1 :

               4.1.1.  Jadual  dan graf.

               4.1.2.  Carta.

               * Rujukan pada Blog Cg Deen Kuala Rompin .

            - https://cgdeen.blogspot.com/2020/08/tips-membina-graf- bar.html.

                 -https://cgdeen.blogspot.com/2020/09/tips-kaedah-membina-carta-pai.html


        4.2. Geografi Fizikal : Tumbuhan semula jadi  dan hidupan liar 

               4.2.1. Pengaruh persekitaran fizikal terhadap kepelbagaian.

               4.2.2. Tumbuhan semulajadi di Malaysia.

              4.2.3.  Hidupan liar di Malaysia .

              * Rujukan pada Blog Cgu Deen Kuala Rompin ( sekadar 

                 kongsian )

     https://cgdeen.blogspot.com/2020/11/info-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html

               -  https://cgdeen.blogspot.com/2022/07/info-laba-vs-liabiliti.html


      4.3.  Geografi Manusia : Sumber semulajadi & kegiatan 

               ekonomi.

               4.3.1. Sumber semulajadi di Malaysia.

               4.3.2.  Kegiatan ekonomi di Malaysia .

            * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin ( sekadar kongsian )

          - https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t7t5-sumber-tenaga.html

              -https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t9t5-kegiatan-ekonomi-utama-1.html


       4.5. Dunia,

              4.5.1. Tumbuhan semulajadi  dan hidupan liar dunia .

              4.5.2.  Sumber semula jadi  dan  kegiatan ekonomi dunia .

             * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)

          -https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/555-tumbuh-tumbuhan-semulajadi-dan.htm 

       

4.6. Isu  dan Pengurusan Alam Sekitar . 

              4.6.1. Sumber hutan .

              4.6.2.  Kitar Semula.

  * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)

     https://cgdeen.blogspot.com/2020/04/tema-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html

        -https://cgdeen.blogspot.com/2023/03/3r-kitar-semula-asas-perkembangan.html


* Guru / penilai perlu menguasai cakupan fakta / pengetahuan terlebih dahulu agar proses pdpc  dan penilaian lebih mobil / anjal  dan tidak rigid . 

              


5.0. Aplikasi  Pembinaan   dan  Penggunaan Intrumen  Pentafsiran .

Foto 1

Berdasarkan  foto  1 ,  Junstifikasi tahap penguasaan pelajar boleh ditetapkan  oleh guru  dengan  penggunaan  kontruks  / kata tugas   yang sesuai bagi menetapkan  aras  dan iras soalan  yang sesuai  seperti dalam contoh  di bawah . 

*         ( Sekadar contoh untuk pemahaman guru . Guru boleh menghasilkan pelbagai bahan  dengan menggunakan intrumen sendiri ) dalam pelbagai  aktiviti / kaedah pengajaran  semasa seperti  sesi soal jawab  , perbincangan  , main peranan  , perbahasan  & pelbagai aktiviti yang difikirkan wajar ).



Tahap 1 : menyatakan /  menyenaraikan  / menamakan dll.

Situasi : Pelajar sekadar berupaya menamakan / menyatakan  / menyenaraikan  sesuatu isu / fakta .

Contoh soalan : 

1. Nyatakan jenis pencemaran dalam foto di atas .

     ...........................................................................................

2. Senaraikan  bahan-bahan cemar yang menjadi punca pencemaran 

     dalam foto di atas .

     .............................................................................................



Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan  / memberi contoh dll.

Situasi : Pelajar berupaya menerangkan / mengolah  dan menjelaskan sesuatu isu / tema dengan  berstuktur   dan  jelas  mengikut kronologi .

Contoh soalan : 

1. Terangkan  kesan pencemaran  dalam foto di atas kepada 

      kehidupan seharian penduduk .

     .........................................................................................

      ........................................................................................

2.  Jelaskan  langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi 

      masalah pencemaran dalam foto di atas .

      ........................................................................................

      .........................................................................................



Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.

Situasi : Pelajar berupaya  mengekelaskan  / mengubungkaitkan sesuatu  isu  dengan isu lain  dengan jelas  , teratur  dan mengikut kronologi yang wajar / rasional .

Soalan  1 : 

Jelaskan  bagaimanakah aktiviti  pertanian menjadi    punca  pencemaran dalam foto di atas .

...................................................................................................

...................................................................................................

   


Tahap 4 : Membandingkan  / menghuraikan  dll. 

Situasi : Pelajar berupaya  menghuraikan  / membeza bandingkan  sesuatu isu dangan isu yang lain dengan jelas . 

Soalan  1 : 

Berdasarkan  foto/ gambar di atas  ,  mengapakah terdapat perbezaan  antara sungai di negara X  dan di negara Y.

.....................................................................................................

......................................................................................................

 

Tahap 5 :  Membahaskan .

Situasi : Pelajar boleh menyatakan pro & kontra  , kebaikan & keburukan sesuatu berdasarkan situasi yang dijadikan sebagai rangsangan / isu . 

Soalan  1 : 

Bincangkan  kesan  positif  dan negatif  perkembangan  aktiviti  pertanian terhadap alam sekitar fizikal  dan budaya sesuatu kawasan .

......................................................................................................

 .....................................................................................................

.......................................................................................................


Tahap 6 :  Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.

Situasi : Pelajar berupaya mencadangkan idea / solusi  / penyelesaian  yang baru @ memberi nilai tambah / menambah baik  terhadap  idea / solusi yang sedia ada .

Soalan 1 : 

Cadangkan   langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi      masalah pencemaran Sungai Kelang yang semakin tercemar .

..................................................................................................

.................................................................................................



6.0. Format  Penilaian dan pemarkahan  ( UASA ) .

Format pentaksiran  UASA  2023 . 


6.1. Contoh-contoh soalan  UASA .

6.1.1. Contoh Soalan Objektif Aneka Pilihan (  OAP  ) .





6.1.2. Contoh Soalan  Respon Terhad  ( SRT  )

Soalan 3  berdasarkan foto 3 .

Foto 3 

3 ( a )  Apakah jenis hutan dalam foto 3 

          .................................................................................                                                                                               ( 1m )

    ( b )  Nyatakan dua jenis  tumbuhan semula  jadi dalam                              hutan tersebut. 

          I).....................................................................................

          II ) ..................................................................................

                                                                                      ( 2m ) 


    ( c )  Senaraikan  tiga  aktiviti   penduduk   yang boleh 

            menjejaskan  pertumbuhan hutan  tersebut .

            I)  .................................................................................

            II) .................................................................................

           III) ..................................................................................

                                                                                     (  3m ) 


  ( d )  Terangkan  kepentingan  hutan tersebut terhadap                                 alam sekitar  fizikal .

            I )..................................................................................

                ................... ..............................................................

            II ) ................................................................................

                  ................................................................................

                                                                                        ( 4m )

     


6.1.3. Contoh Soalan Respon Terhad  Terbuka  ( SRTb  ).


 Bahagian  C

( 20 markah )

Jawab mana-mana dua soalan  daripada bahagian ini .


4 ( a ) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan   

           Hutan Konifer .                                                        ( 6m )

   ( b )  Jelaskan tentang   pengaruh tanih aridisols terhadap 

            tummbuh-tumbuhan dan hidupan liar di gurun panas. 

                                                                                            ( 4m )


5 ( a ) Bagaimanakah  tumbuh-tumbuhan semula jadi  memberi 

           manfaat  kepada alam sekitar  manusia   dan negara ?  

                                                                                            ( 6m )

   ( b ) Terangkan kesan negatif  penerokaan hutan  terhadap 

          tumbuh-tumbuhan semulajadi .                                ( 4m )


6 ( a )  Bagaimanakah kegiatan manusia mengancam  hidupan liar di 

            Malaysia ?                                                                       ( 6m )

    ( b )  Jelaskan tujuan  kerjaaan menubuhkan  pusat konservasi dan 

             taman negara.                                                                 ( 4m )


7 ( a ) Terangkan ciri-ciri sumber tenaga alternatif.                   ( 4m )

   ( b )  Huraikan dua kepentingan sumber hutan dalam 

           pembangunan  ekonomi di Malaysia .                            ( 6m )


                             KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT. 











     Info Geografi  :

       ( ANALISIS  ITEM SOALAN )

TRANSFORMASI  SPM  2021 - 2023 .



1.0.  Pengenalan .

Bermula  sesi persekolahan 2021 , format peperiksaan SPM telah diubah . Perubahan ini sejajar dengan perubahan korikulum yang telah dilaksanakan dua tahun sebelum itu . Dengan perubahan yang berlaku  , sewajarnya  bentuk pengajaran  guru serta persediaan pelajar juga patut  dan perlu berubah .


2.0.  Perubahan Format .

Hampir keseluruhan format  dan struktur peperiksaan Geografi SPM turut berubah . Perubahan ini dapat dilihat seperti dalam kerangka jadual yang telah disediakan di bawah .


Agihan item soalan mengikut aras kesukaran 


Agihan item mengkit kemahiran 



Agihan format dan soalan  SPM KSSM
( SPM 2021 hingga kajian baru dilaksanakan )





3.0 . Perubahan Cakupan  / Isi .
Selain  perubahan format ,  perubahan cakupan isi juga turut berlaku sejajar dengan kajian semula  kurikulum Geografi KBSM dilaksanakan . Dengan pengenalan kurikulum KSSM  , maka perubahan cakupan turut dialami oleh mata pelajaran Geografi  seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah .


Agihan Tema dan topikal 
Cakupan fakta dalam pembinaan item soalan .
SPM 2021 hingga kajian sukatan baru dilakukan.



4.0. Perubahan Asas Pemarkahan .
Mendasari perubahan-perubahan  tersebut  , maka  sistem pemarkahan peperiksaan SPM turut mengalami perubahan . Biarpun masih mengekalkan  jumlah markah mengikut agihan  40 % bagi kertas 1 dan 100 % bagi kertas 2 , namum agihan kecil markah telah berubah .

Walaupun masih mengekalkan agihan aras kesukaran  5 : 3 : 2  ,  jelas kelihatan wujud elemen-elemen lain yang kadangkala mempengaruhi setiap aras kesukaran item soalan . Pengenalan konsep soalan format RUBRIK  , perlukan penelitian fakta  dan kedalaman huraian untuk menggambarkan kreatif  dan kritisnya jawapan seseorang calon .



5.0. ANALISIS ITEM SOALAN SPM SEMASA  DAN 
                     KEPERLUAN  JAWAPAN CALON . 

           

-        Rangsangan  / Stimulus : Peta Topografi.
-     Melibatkan  Kemahiran :
  -   Rujukan Grid : Garisan Grid ( pertindanan garisan  timuran / 
      utaraan )
  - Ketinggian : Tanda tinggi ( sela  kontor , stesen trigonometri , 
                           tanda tinggi  , tanda aras,
 -  Jarak / panjang : gunakan skala.
 -  Anggaran luas  : gunakan skala.
 -  Arah                  : gunakan tanda arah mata angin  / Tanda arah 
                                utara .
-  Tafsiran peta      :  Simbol  / kotak petunjuk .
-  Rujukan  Blog Cgu Deen Kuala Rompin
         https://cgdeen.blogspot.com/2020/04/tips-mentafsir-peta-topografi-satu.html





- Melibatkan  penguasaan  kemahiran  :
   1.    Membina graf palang , graf garisan  dan  carta  pai yang 
          mempunyai ciri-ciri yang lengkap  / sempurna .
          *Kalau graf  pastikan  ada paksi menegak  & paksi melintang .            skala  , tajuk  , petunjuk  , plotan . Carta pai pula mesti ada 
             tajuk  , plot dan sektor   , jejari  dan petunjuk . 
   2.    Menganalisa  data graf / carta .
          - Menggambarkan pola aliran 
               ( penggunaan istilah " meningkat / peningkatan  , merosot / 
               penurunan  , stabil / tiada perubahan  , tertinggi / maksima                   ,  terendah / minima  , purata  / min - biasakan  penggunaan 
               Istilah " kadar " mendahului  kata kerja .                                               Contoh : Kadar  peningktan  , kadar penurunan. 
          - Merumus data :
             - Berupaya menghubungkaitkan pola aliran data dengan 
                pelbagai  elemen yang mungkin  mengganggu  / 
               membentuk  arah & pola  aliran  data . 
             - Kaji elemen-elemen  pempengaruh  yang mungkin 
               dominan  dalam  mempengaruhi  aliran data  / perubahan  
                data dll:  
              - Mungkin  dalam  bentuk faktor  , kepentingan  dan   
                 cabaran / halangan .
              - Pempengaruh huraian  banyak dipengaruhi oleh faktor 
                 rasional / logik / kewajaran  - yang menjadi asas 
                 pertimbangan dalam pembinaan skema  peperiksaan .
                      - Rujukan Blog Cgu Deen Kuala Rompin :
                       https://cgdeen.blogspot.com/2020/09/tips-kaedah-membina-carta-pai.html





-  Melibatkan  penguasan kemahiran menyampaikan  / mengolah 
    jawapan yang terus berfakta tanpa huraian / olahan yang panjang . 
-  Ciri jawapan : mesti tepat  , ringkas  dan padat.
-  Penggunaan laras bahasa  Geografi yang tepat amat penting untuk 
    menggambarkan  jawapan calon yang jelas .
     Cth : Kemusnahan habitat flora  dan fauna  bukan  kemusnahan 
               tempat tinggal flora  dan fauna .
-  Pengunaan  kata penegas  , penanda wacana dll yang tepat  .
    Cth :  Proses penebangan hutan yang tidak terkawal .







-     Perlu menguasai kemahiran mengingat  lokasi  dan pelbagai  
     elemen  menarik di sesuatu kawasan di dalam peta  atau glob . 
-    Gunakan  penanda lokasi yang terhampir untuk mengingat lokasi 
      yang ingin diingat kedudukannya.







- Memerlukan pelbagai kemahiran  seperti  
      1. Menguasai fakta  - kuasai melalui pembacaan .
      2. Mempunyai kosa kata / perbendaharaan  kata yang luas.
      3. Mempunyai kemahiran / kematangan  mengolah  fakta dalam 
          ayat yang  lengkap  serta olahan  yang menarik .
-  Perlu menggunakan  beberapa kaedah huraian  yang berbeza 
    untuk  menghuraikan  persoalan isu yang berbeza .
     1. Apakah  -  Nyatakan sahaja .
     2. Mengapakah / mengapa   - Perlu memberi alasan / sebab.
         Sebab - mengkin dalam kontak faktor  , kepentingan  , 
         halangan  /cabaran  dll.
     3. Bagaimanakah / bagaimana -  Perlu menjelaskan kronologi 
         kejadian  / proses .
         Kronologi  -  Mungkin perlu menjelaskan  aktiviti / punca 
      


Thursday, 12 October 2023

Info Geografi :
Lagu Rakyat  - informasi Geografi Yang dilupai.



1.0. Pengenalan 
Geografi  - Disiplin ilmu tentang manusia dan persekitaran . Ruang lingkup  4 sistem ( Atmosfera  , Litosfera  , Hidrosfera  dan Biosfera )  merupakan kawasan interaksi yang aktif bagi setiap  manusia . Justeru itu , setiap masyarakat  akan melihat  elemen alam sekitar fizikal  ini adalah sebahagian daripada komposisi utama dalam  pelbagai aspek kehidupan mereka seharian .




2.0. Bangau oh Bangau .

                               
Sebagai  lagu rakyat yang popular  ,  lagu " bangau oh bangau " merupakan penceritaan konsep rantaian dan siratan makanan yang paling mudah untuk menjelaskan konsep " pengeluar "  dan                 " pengguna "  dalam sesuatu ekosistem . 

Elemen kedua  yang boleh diketengahkan melalui  lagu  ini  ialah wujud hubungkait yang dapat menjelaskan hukum sebab  dan akibat dalam menjelaskan sesuatu "  fenomena " atau  " kejadian " alam sekitar .



3.0. Bangau Oh Bangau dalam kontek  Pdpc .

3.1.  Konsep Rantaian / Siratan  makanan.
" Bangau oh Bangau "  memperihalkan dengan jelas  hubungkait  rumput " pengeluar "  dengan  kerbau " pengguna primier " dalam ekosistem . Hubungan " Katak "  dan " ular " pula merupakan hubungan  antara pengguna primier  dengan pengguna sekunder .
  
Konsep mudah dalam proses rantaian makanan .



3.2.  Menjelaskan konsep  " sebab  dan akibat ".
Selain  itu  , " Bangau oh Bangau "   berupaya  memperihalkan dengan jelas  konsep " sebab  dan akibat " dalam tataan proses  yang relevan . Kaedah begini amat sesuai untuk menerangkan  sesuatu proses dalam kerangka menjelaskan sesuatu  kejadian  atau fenomena kepada para  pelajar .
" Rumput panjang  - kerbau tak makan  - perut sakit ".
" Kayu basah  - hujan timpa " .
 
Senario  ini  dapat dipadankan  dengan beberapa proses yang menghasilkan sesuatu fenomena / kejadian . 
1.    " Aktiviti manusia  - dedahan tanah / bentuk cerun  - hujan                   lebat  - luruan air di permukaan  tanah  - bentuk larian air                   permukaan  - hakisan tanah  ".
2.     "Aktiviti manusia  - dedahan tanah  - hujan turun  - susupan / 
         resapan tinggi  - tanah tepu air  - jisim tanah  bertambah   - di  
         cerun   - tarikan graviti di kaki cerun  - jisim bergerak  - tanah 
         runtuh " .  
3.     "Aktiviti  manusia - musnahkan struktur hutan  - jejaskan 
        kawasan pembiakan / kawasan perlindungan  -  musnahkan 
        habitat flora & fauna .
4.    " Aktiviti manusia  - musnahkan stuktur hutan  - banyak pokok / 
         tumbuhan / flora terjejas  - fungsi tumbuhan sebagai "  
         pengeluar " musnah   - jejaskan  pengguna primier  - ganggu 
         sistem rantaian / siratan makanan  dalam   ekosistem hutan . 
5.     " Aktiviti manusia  - bebaskan asap ( namakan unsur gas-gas 
           cemar )  - tingkatkan kandungan bahan cemar  - merosotkan  
          kualiti udara  - pencemaran udara .
6.    " Aktiviti manusia "  - bebaskan asap ( namakan kandungan 
         asap )  - tingkatkan kepekatan bahan terampai  di udara - 
         wujudkan  kemerosotan  IPU udara  - jerebu .
7.    " Aktiviti manusia " - hasilkan  sisa-sisa  kumbahan  / sisa-sisa  
        domestik / sisa-sisa  pepejal berjadual industri  / sisa-sisa 
        pertanian / sisa-sisa toksid  -  kemerosotan pH air  / kandungan 
        oksigen terlarut dalam air ( BOD ) berkurangan  / wujudkan 
        bnyak bahan terampai di sungai / kewujudan bakteria e-coli  - 
        pencemaran air .  

Saturday, 30 September 2023

Siri Jejak Rintis Guru Cemerlang  Sesi   2023 / 24  :    

          BUDI  DISEMAI , BAKTI  DITUAI 


1.0. Pengenalan .

Mendasari carian di pelbagai gerbang  informasi  , serasanya  tugasan  sebagai  Guru Cemerlang ( GC )  agak mencabar. Tiada gate line yang terperinci  , digagahi juga  menyantuni pelbagai pihak  . menggarap pelbagai usaha agar apa yang diberi berbaloi dengan apa yang disumbangkan.

APC 2022 .... Alhamdulillah ....  


Hasil  pencarian  , antara  dapatan  dan pertimbangan yang diperolehi ialah :  



Dari rujukan  ini  , dapatlah dirumuskan  bidang tugas Guru Cemerlang  54 ialah :

1. Mengajar  65 %.
    ( Mengajar keseluruhan kelas Ting. 6 =  18  waktu ).

2. Memimpin  , membantu tugas kurikulum   dan  kokurikulum       :  05 %
   ( Penganjuran Seminar Kecemerlangan  , Bengkel Jawab Soalan  
      SPM 2023  peringkat daerah Rompin ) .
   ( Penganjuran Seminar Kecemerlangan / Bengkel Jawab Soalan  
      STPM 2023  ( Penggal 2 ) peringkat daerah Rompin ).
   ( Program  Kitar Semula  / PerKISS  ,  SLAAS  ,  Bilik Geografi  
      dan Laman Biodiversiti ).
    ( Membina jaringan komuniti  berteraskan  program alam sekitar  
       " Program  Yes To World  Cleanup 2024  "  - program bersama 
         Kelab Alam Sekitar  PRAU , SWCorp / Alam Flora Daerah 
         Rompin  dan Komuniti Masyarakat Kg Kuala Pontian  , K. 
         Rompin . 


3. Pakar rujuk  , nasihat dan bimbingan rakan guru : 10 %
    ( Fasilitator Program  pkAR  SPM  2023 - bersama PPD Rompin -         SMK Tekek  , P. Tioman  )
    ( Penceramah Program Gemilang Bintang Kejora SPM 2023  - 
      bersama PPD Jempol & Jelebu - 3 sekolah - SMK Palong  7 ,  
      SMK Dato"  Mansor  , SMK  Alam Beraja / SMK Palong 11   )
   ( Fasilitator  Program Kecemerlangan & Bengkel Jawab Soalan 
      STPM ( Penggal 3 ) 2023 Daerah Rompin .
   ( Program mentor / mentee bersama guru-guru SPM 2023   Zon             Pantai  Daerah  Rompin - SMK Selendang , SMK Rompin  , 
       SMK Rompin Permai , SMK Seri Rompin ).


4. Laksanakan kajian  , penulisan ilmiah  , inovasi : 05 %
    ( Penulisan artikal  dalam Blog Cg Deen Kuala Rompin )


5. Laksanakan tugas-tugas kepakaran   - PPD Rompin / JPN          Pahang  /  KPM  : 10 %.
    ( Penyelaras  program  Panitia Geografi Daerah Rompin  
    ( Rumusan terhadap semua aktiviti  yang mencakupi   aktiviti 1 
      hingga 4 .

Tiga Serangkai  dalam  Koloni Geografi  SPM Daerah Rompin.
Tn. Haji  Hashim  b. Sulung ( Penyelia mp Geografi di PPD
Rompin  , Kawe  dan Cgu Nurul Hana Edison Abdullah 
( Pembantu Penggerak Program SPM Daerah Rompin ) 
APC Sesi 2022 . 


2.0. Detail  Pengisian Program  GC 2023 /24  .

         2.1. Progam Bersama Panitia Geografi Daerah Rompin .

                 2.1.2.  Program  Seminar Kecemerlangan                                                        STPM ( Penggal 2 ) 2023 .

- Tarikh : 7/3/2023 ( SABTU ).

                          - Tempat : Dewan Semarak , SMK Rompin .

                          - Sebagai : Penganjur program .

                          -  Penceramah Jemputan : En. Mohd Asmawi .

                                                                  ( SMK Bera ) .

                          - Justifikasi tugas :  e ( 15 % )

                          - Keterlibatan : 05  buah sekolah .

                             1. SMK Rompin.

                             2. SMK Seri Rompin 

                             3. SMK Tg Gemok .

                             4. SMK Muadzam Shah .

                             5. SMK Selancar .

                         - Bilangan peserta : 90 orang . 

- Foto bergambar :





Refleksi Pengurusan ( Berdasarkan penganjuran / Penglibatan  :

Alhamdulilah ... berjalan seperti dirancang . 

Moga memberi manfaat kepada semua .


Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. NGPM Daerah / Sekolah : 



                 2.1.2.  Program  Seminar Kecemerlangan                                                        SPM 2023.

                          - Tarikh : 7/10/2023 ( SABTU ).

                          - Tempat : Bilik Mesy. Hj Mohammad ,PPD Rompin

                          - Sebagai : Penganjur program .

                          - Penceramah Jemputan : En. Kamaruzzaman  

                             Yusoff ( SMTPPTM ,  Kuantan )

                          - Justifikasi tugas :  e ( 15 % )

                          - Keterlibatan : 11 buah sekolah .

                             1. SMK Rompin.

                             2. SMK Sungai Puteri 

                             3. SMK Selendang.

                             4. SMK Rompin Permai.

                             5. SMK Seri Rompin.

                             6. SMK Perantau Damai.

                             7. SMK Chanis.

                             8. SMK BANTURA

                             9. SMK Keratong.

                             10. SMK Perwira Jaya.

                             11. SMK Selancar.

                         - Bilangan peserta : 90 orang . 

                         - Bilangan Guru Pembimbing : 16 orang .

- Foto bergambar :











Refleksi  Program  ( Rumusan Pengurusan / Penglibatan ) :

- Pengurusan  berjalan lancar  dan mengikut perancangan yang telah dilakukan   ..... Inshaa Allah memberi impak terbaik kepada semua peserta .


Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. GPS Geografi  Sekolah /  Daerah   : 

                  


                 2.1.3. Program Seminar Kecemerlangan  STPM

                           Penggal  1 , 2023/24.

- Tarikh : 25/11 /2023 ( SABTU ).

                          - Tempat : Dewan Semarak , SMK Rompin .

                          - Sebagai  ; Penceramah  / Fasilitator  .

                           - Justifikasi  Tugas : e (  15 % ) 

                          - Keterlibatan : 05  buah sekolah .

                             1. SMK Rompin.

                             2. SMK Seri Rompin 

                             3. SMK Tg Gemok .

                             4. SMK Muadzam Shah .

                             5. SMK Selancar .

                         - Bilangan peserta : 90 orang . 

- Foto bergambar :


Refleksi  Program  ( Rumusan Pengurusan / Penglibatan ) :

- Pengurusan  berjalan lancar  dan mengikut perancangan yang telah dilakukan   ..... Inshaa Allah memberi impak terbaik kepada semua peserta .


Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. GPS Geografi  Sekolah /  Daerah   : 



                 2.1.4. Progam Seminar Kecemerlangan  STPM

                           Penggal 3 , 2022/2023.

- Tarikh : 25/11 /2023 ( SABTU ).

                          - Tempat : Dewan Semarak , SMK Rompin .

                          - Sebagai : Penganjur program .

                          -  Penceramah Jemputan : En. Mohd Asmawi .

                                                                  ( SMK Bera ) .

                          - Keterlibatan : 05  buah sekolah .

                             1. SMK Rompin.

                             2. SMK Seri Rompin 

                             3. SMK Tg Gemok .

                             4. SMK Muadzam Shah .

                             5. SMK Selancar .

                          - Justifikasi tugas : b ( 10 % ) 

                         - Bilangan peserta : 76  orang . 

- Foto bergambar :


Refleksi  Program  ( Rumusan Pengurusan / Penglibatan ) :



Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. GPS Geografi  Sekolah /  Daerah   : 



         2.2. Program Persional .

                  2.2.1. Program Gemerlap Bintang Kejora -  PPD Jempol  

                             dan Jelebu , Negeri Sembilan .

                             - Tarikh : 29/09/2023.

                             - Tempat : SMK Alam Beraja  , Gemas . N. 9.

                             - Sekolah Terlibat :

                                1. SMK Palong 7 .

                                2. SMK Dato' Mansur  ( Bahau ).

                                3. SMK  Alam Beraja / Palong 11 . 

                              - Anjuran  Panitia Geografi Daerah  Jempol & 

                                Jelebu .

                              - Peranan : Penceramah  / Fasilitator progam  .

                              - Justifikasi Tugas : b ( 10 % )

                              - Bilangan peserta : 70 orang .

                              - Foto-foto bergambar .







                                                    

                                        

     Refleksi  Program  ( Rumusan Pengurusan / Penglibatan ) :

- Pengurusan  berjalan lancar  dan mengikut perancangan yang telah dilakukan   ..... Inshaa Allah memberi impak terbaik kepada semua peserta .


 Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. GPS Geografi  Sekolah /  Daerah   : 




                2.2.2.  Program  Kecemerlangan Akademik Rompin                                 ( pkAR ) 2023 .

                              - Tarikh : 10 /10 - 12/10 /2023.

                             - Tempat :  Pulau Tioman .

                             - Sekolah Terlibat :

                                1. SMK Tekek  .

                             - Anjuran  Panitia Geografi Daerah  Rompin .

                              - Peranan : Fasilitator   program .

                              - Justifikasi Tugas :  b ( 10 % )

                               - Bil. pelajar : 27 orang .

                              - Foto-foto bergambar .













Refleksi  Program  ( Rumusan Pengurusan / Penglibatan ) :

Alhamdulillah .... berjalan lancar . 


Refleksi Program ( Berdasarkan pencapaian pelajar ) 

1. Peratus kelulusan :

2. GPS Geografi  Sekolah   : 



         2.3.  Program  Kebangsaan .

2.3.1. Pengurusan Peperiksaan Awam .

2.3.1.1. Peperiksaan Vokasional  Malaysia ( SVM ) 

               Semester 3  , sesi 1/2023.

               Taklimat : 26 OKTOBER 2023.

               Tempat ; Dewan Al Farabi , PPD  Jerantut.

               Pusat Peperiksaan : KVSAH , Kuala Rompin.

               Tarikh Periksa : 



#kerjayakitaacuankita

#akrabkomunitikejayaanberkualiti

#kejayaandijulangkecemerlanganditantang