Friday, 23 June 2023

  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama        ( STPM 2022  : SMK ROMPIN  / PPD ROMPIN .


     





  1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  STPM SMK ROMPIN , Rompin  Pahang ,  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program :

Nama Program : SEMINAR KECEMERLANGAN STPM 2022.

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 5.00  Petang.

Lokasi  :  Dewan Semarak  SMK  Rompin , Kuala Rompin .

Anjuran  : Panitia Geografi  SMK Rompin  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Rompin .

                 2. SMK Tanjung Gemok.

                 3. SMK Seri Rompin.

                 4. SMK Selancar.

                 5. SMK Muadzam Shah.

                 

Jumlah Pelajar : 54  orang.

Jumlah guru    :  07 orang .



3.0. Foto Program .














4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  pihak  yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada  peningkatan kelulusan dan NGPMP sekolah  . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  SMK Rompin  serta semua warga tingkatan  6 daerah Rompin kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . 

Tkasih kepada pihak PPD Rompin dan  rerakan guru yang terlibat .



5.0. Result  STPM 2022  / Rumusan ( SMK ROMPIN ) .

                 Bil. calon  STPM 2022 : 47 org.

           Bil. dapat  4 Flat :  7 orang.

           Near Miss : 2 orang  ( PA & Sejarah )

           GPS  Sekolah  : 3.23

            Peratus Lulus  : 100 % .

            Rank Negeri : 5 / 46 buah sekolah .


           Bil. Calon  Geografi  : 15 orang

           Sumbangan kepada 4 Flak : 3 / 7 orang.

           Near Miss : 1 orang  ( PA ).

           NGMP  :  3.02

           Peratus Kelulusan : 100 %. 










Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Rompin  . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.

  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama           SIC PPD ROMPIN : SPM 2022.

    

Bersama pegawai  SIC Daerah Rompin ,
Tn Hj. Hashim Sulong , Sebaik tamat program 
penggubalan soalan SPM Percubaan SPM untuk
Daerah  Rompin  , bagi  tahun  2022.


  1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  SPM Daerah Rompin  Pahang ,  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program  1 :

Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022.

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 1.30   Petang .

Lokasi  :  Kolej Komuniti  Daerah Rompin  , Kuala Rompin .

Anjuran  : Unit Akademik  PPD Rompin  dan  Komuniti Guru Geogafi Daerah Rompin  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Rompin .

                 2. SMK Rompin Permai.

                 3. SMK Selendang.

                 4.  SMK Seri Rompin.

                 5.  SMK Sungai Puteri.

                 6.  SMK Perwira Jaya.

                 

Jumlah Pelajar : 64  orang.

Jumlah guru    :  07 orang .



3.0. Foto Program .









3.0. Maklumat Program  2 :

Nama Program : Gapaian Cemerlang  SPM 2022  Bersama Blog                             Cgu Deen Kuala Rompin .

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 1.30   Petang .

Lokasi  :  Dewan Tn. Hj Muhamad   , PPD  Rompin .

Anjuran  : Unit Akademik  PPD Rompin  dan  Komuniti Guru                        Geogafi Daerah Rompin  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Rompin .

                 2. SMK Rompin Permai.

                 3. SMK Selendang.

                                  

Jumlah Pelajar : 40  orang.

Jumlah guru    :  04 orang .



4.0. Foto Program .








4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  pihak  yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada  peningkatan kelulusan dan GPS sekolah  . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  SMK Perantau Damai  kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . Tkasih kepada semua warga PPD Rompin  dan rerakan guru .



5.0. Result Geografi  SPM Daerah Rompin  2022  /                Rumusan  Program  .




Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Perantau Damai  . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.


  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama        ( Lokasi 3 : SMK ROMPIN  )

       - Daerah Rompin , Pahang .  





  1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  SPM SMK ROMPIN , Rompin  Pahang ,  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program :

Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022.

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 11.25  Tengah hari.

Lokasi  :  SMK  Rompin , Kuala Rompin .

Anjuran  : Panitia Geografi  SMK Rompin  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Perantau Damai .

                 

Jumlah Pelajar ; 32  orang.

Jumlah guru    :  02 orang .



3.0. Foto Program .












4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  pihak  yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada  peningkatan kelulusan dan GPS sekolah  . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  SMK Rompin  kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . 



5.0. Result  SPM 2022  / Rumusan  .



Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Rompin  . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.


  Info  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama        ( Lokasi 2 : SMK PERANTAU DAMAI  )

       - Daerah Rompin , Pahang .  



  1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  SPM SMK Perantau Damai , Rompin  Pahang ,  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program :

Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022.

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 11.25  Tengah hari.

Lokasi  :  SMK Perantau Damai , Kuala Rompin .

Anjuran  : Panitia Geografi  SMK Perantau Damai  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Perantau Damai .

                 

Jumlah Pelajar ; 32  orang.

Jumlah guru    :  02 orang .



3.0. Foto Program .






4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  pihak  yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada  peningkatan kelulusan dan GPS sekolah  . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  SMK Perantau Damai  kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . 



5.0. Result  SPM 2022  / Rumusan  .



Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Perantau Damai  . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.


 Catatan Pengalaman  Legasi   Abah .

                  (  Catatan   Perjalanan  Seorang  Abah )  .


1.0. Memori Silam .

Terbayang sesosok tubuh yang  kurus dan  cengkung , seakan tiada bermaya tetapi sebenarnya mata beningnya tetap bercahaya . Penuh semangat ,  walaupun hampir hilang dek kedut yang semakin ketara dimamah usia  .  Apapun katanya tetap keramat . " Tiada harta  yang abah akan tinggalkan . Yang nilah peluang yang ada " . " Belajar rerajin !..... .     Pengalaman perit mengusahakan petak-petak sawah yang tidak mengenal erti kepayahan  , mungkin menjadikan abah seorang yang  sentiasa  optimis  tentang hidup  dan kehidupan . Digagahi setiap   ruang  dan peluang yang ada   . Al- fatihah  untuk arwah abah. . 

Arwah Abah  tegas  tapi penyayang .


2.0. Memori Semalam  .

Kini  abah  menelusuri  laluan  dan   eroni yang sama .  Dengan kurniaan  enam cahaya mata membangkitkan memori abah  ,   kerana  kini  abah   juga  sudah  menjadi  seorang abah yang mempunyai  watak dan perwatakan  sama  seperti " abah " abah  dulu  .  Sesuatu yang tidak  pernah  dibayangkan .  Inilah  hakikat  kitaran  hidup  .   Mungkin   sukar  abah    terima  seketika dahulu  ,  mengapa  saban kali  raya , baju " abah " abah jarang bertukar  sedangkan anak-anak abah  sentiasa diberikan yang terbaik  mungkin . 

Untuk  anak-anak abah  , setiap memori yang abah lalui akan cuba abah  lakar dan rakamkan  di  sini  untuk perkongsian kita . Moga kalian tahu setiap anak abah ada nilai , harganya  dan   wawasannya  . Ya....  sebagaimana yang diamanahkan   , Inshaa Allah !.... hadirnya   kalian di sisi abah  dan  emak  tetap kami hargai   . Ingatlah . Kalian umpama   rangkuman  urat  dan denyutan  nadi bagi abah  dan  emak  . Kalianlah yang mewarnai  perjalanan  kehidupan abah dan emak  . Apapun setiap  perjalanan  ada likuannya . Ingatlah ........Ada hikmah yang Allah beri dalam setiap likuan perjalanan dalam  kehidupan  ini .  Gapaian   kebahagiaan  , kejayaan  dan kecemerlangan   tidak semudah  dan semurah membina  impian  dan angan-angan .  Tetapi!...... ,  tidak mustahil  juga  kita capai  ,  jika ada keinginan  dan dorongan .



Apapun ,   Alhamdulilah ...........  Kini ,  kalian sudah berupaya melalui  sebahagiannya . Abah kagum dengan kalian  ,   walaupun terkadang tersandung sebentar dalam perjalanan semalaman yang melelahkan . Abah tahu  ....... Kalian  berhenti ketika kerana  kepenatan .  Namun , abah pasti  itu  bukan bermakna  kalian  mengalah , kalian  menghela nafas seketika kerana  kalian   mencari ruang untuk mengadah  dan   mengatur langkah  baru agar jejak dalam   perjalanan  hari esok lebih  bermakna .  Sepastinya abah memahami   ,   kalian lebih arif mengurus  dan merencana perjalanan kalian . Betul.......kan ! .Teringat abah  pesanan nabi kita " didiklah anak mengikut zamannya " ...  Allah juga  tidak mewajarkan  yang bulat datang menggolek  , yang pipih datang melayang  sesuatu yang acap terjadi dalam kehidupan kita ... Justeru itu ..... berusahalah !....



Anak-anak abah :

2.1.  Si Along    Abah .

Lahirmu takala  abah  masih di bumi Kenyalang . Mudah diurus . Seusai pagi  , bersama  Kak Dayang . Beruntung kerana diberi gelaran Awang . Seketika bersama abah , seusai habis tugasan abah di padang dan sebelum kesekolah semula kerana hakiki tugas abah di sebelah petang  . Seusai bersama Kak Dayang kembali , apabila abah kembali ke sekolah menjelang tengah hari  .  Menjelang petang  , kembali bersama  emak  . Itulah rutinan sepanjang  tiga   tahun berada di Bumi Kenyalang. Along membesar ketika abah  gigih mencari  ruang  dan peluang membina kesempurnaan kerjaya .  Kehadiran along banyak mematangkan  abah dalam agihan  masa untuk kerjaya  dan keluarga . Sesibuk mana sekalipun di padang dan sekolah  , tatapan di buaian untuk anak abah  tetap ada . Alhamdulillah !..... Tew yang terkadang sebak bila balik sekolah  , buaian kosong !... Rupanya !... Kak Dayang bawa along balik  jumpa dengan nenek  dan Hafiz .  

Karektor  along ,  lembut biarpun  nampak besar  dan berisi  .  Dibuli!..... sesuatu yang normal rasenya semasa di sekolah rendah . Abah tak pernah ambil kesah itu semua  , selagi ia tidak mencacat- cederakan along . Abah mahu along tahu itulah ruang kehidupan  dan along perlu belajar melaluinya .  Cuma emak sesekali menjengah ke sekolah . Yang uniknya ,  kini penyakat  itulah teman rapatmu masa kini  . Indahnya Allah  aturkan ...........

Dari SK Rompin   ke SMK Rompin  . Sebumbung dengan abah  dan berada  di kelas yang abah ajar . Tapi tiada yang istimewa  , melainkan  kadar dendaan yang sama . Itulah pengajaran awal  abah untuk along di kelas yang abah masuki .  Seorang anak yang sederhana pencapaian  tetapi mewarisi  kesungguhan  dan ketekunan  seperti abah . Kunci dan kekuatan along di situ ,  itulah  pelonjak pencapaian  untuk menggapai apa sahaja yang along inginkan pada masa hadpan .

Dari  SMK Rompin  merintis laluan ke SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz   .  Dua tahun  abah berulang Rompin ke Seremban  dan akhirnya  ke IPGMTAA , Kuala Lipis pula  .  Walaupun lebih awal daripada itu ,  along  berada di Pusat Matrikulasi Gambang ,   kerana cecita awal along ialah jurutera seperti P Anjang / idola along. Along akur dengan pujukan abah dan mak . Along  keluar dari Pusat Metrikulasi pada masa itu . Abah tahu  along terkesan seketika  masa itu . Apapun ..... Alhamdulillah !.... ,  terima kasih kerana menerima pujukan abah dan  emak  serta  berusaha  menjadi penerus legasi Abah  dan emak . 

Seusai bergraduasi   , terus terima tawaran temuduga di KPM Putrajaya . Antara  panggilan interview  dan posting yang  terawal daripada  kalangan pelatih seangkatan  / PBMSK  , PBMSJK ( T ) , dan PKB )   dan di tempatkan di SJK ( C ) Sg. Dua Bentong ... Alhamdulillah !.......  Tahniah! untuk along .  Tak rugi rasanya along  ,    mendengar dan menerima  nasihat abah  dan emak untuk memilih  bidang perguruan   kerana seawal itu  along  dipostingkan ,  berbanding rerakan bidang kejuruteraan yang berlebihan di pasaran  ketika itu . Lagi untung , apabila  along sudah diberikan  satu hadiah pergerakan gaji  seawal tahun pertama dipostingkan . Rezeki  berganda  along ketika itu !..... Alhamdulillah !...

Melihat  kepada kecenderungan  dan keupayaan  Long sekarang  , abah percaya Along boleh menjadi seorang pentadbir sekolah atau di pengurusan  di  peringkat  yang lebih  tinggi  dan yang terbaik pada masa hadapan . Cumanya teruskan belajar dan  carilah  pengalaman  mengurus  serta gunakanlah  ruang  ,  peluang serta  kesempatan yang Allah beri dengan cara yang terbaik  dan berhemah . Ikhlas  dalam   pekerjaan  dan tidak  perlu  terlalu  mengharapkan ganjaran  dan penghargaan manusia  kerana  takala along  berjaya melaksanakan tugasan /amanah dengan cemerlang ,  Inshaa Allah ..........  penghargaan  dan ganjaran akan  Allah  datang   bersama !.. 

 


Meraikan graduasi Along  ,
Sesuatu yang sangat mengujakan abah dan emak
kerana along perintis kejayaan dalam keluarga kita.

Keluarga kecil Along . 
Pimpin mereka  , agar  mereka tahu  dan faham
hidup ini adalah satu perjuangan .




2.2. Si Angah Abah .

Selang setahun  kelahiran  dengan along , menjadikan karektor angah  boleh abah jangkakan . Angah sangat berdikari sesuai dengan karektor anak kedua yang biasanya  mudah menyesuaikan diri dan mempunyai keinginan untuk  bersaing  dan menyaingi  pada tahap  tinggi . Biarpun agak sukar untuk abah  memahami di peringkat awal  , lama kelamaan abah akur  dan  faham  itulah karektor anak abah .  

Lahir di Miri  , Sarawak memberikan angah sedikit kelebihan  jika ingin kembali ke Bumi Kenyalang  sepanjang  perkhidmatan  .  Seusai lahir  dah dapat naik flight  ke Labuan  dan Semenanjung . Beruntungnya Angah . Sama seperti Along , Angah banyak bersama  Kak Dayang takala  Abah  dan emak sibuk dengan aktiviti sekolah . 

Bermula dengan SK Rompin ,   ke  peringkat  menengah SM Agama Rompin .   Duduk di persekitaran asrama pelajar perempuan SM Agama Rompin    , menjadikan Angah mudah belajar bersosialisasi  dan  menyerlahkan kematangan  , bakat kepimpinan  dan keberanian  .  Pergaulan dengan kakak-kakak  senior , menjadikan angah  lebih  cepat   matang berbanding adik beradik yang lain ketika itu .  

Seusai PT3 , abah pindahkan ke SMK Rompin  . Abah faham Angah tidak selesa .  Tetapi setakat itu  , itulah pilihan yang abah  ada . Jika terus berada di SMAR  , dengan  lingkungan  status angah  dan  legasi bekas  keberadaan emak di SM Agama Rompin sebagai guru  dan warden  , memungkinkan angah terasa popular  dan   akan hilang fokus  untuk  terus belajar . 

Alhamdulillah!..... Ngah cemerlang di SMK Rompin  .Tak sesia pertukaran yang abah buat ......   Seusai SPM , Angah ke IPGM Raja Melewar  , Seremban .  Kos PBMSK  ( Pengajian Bahasa Melayu Sekolah Rendah ) . Major BM  dan minor PJK , walaupun peringkat awal ,   ramai kekawan angah mencadangkan  major BM , minor Pendidikan Moral . Alhamdulillah ! , Angah akur nasihat abah dengan mak , ambillah major B. Melayu , minor PJK . Abah dan  mak cadangkan gitu kerana abah melihat kekuatan untuk gabungan nih ada pada angah . B. Melayu  kerana  opsyen abah dan mak di sekolah adalah BM  , memudahkan  Ngah membuat rujukan . PJK pula , kekuatannya ada pada angah sendiri . 

Angah sejak lahir memang mempunyai  struktur tubuh yang tegap , kekuatan yang semula jadi , koordinasi  dan fleksibaliti  yang baik    ( Ciri-ciri ahli sukan semula jadi ) . Sebagai guru yang banyak mengurus sukan , abah nampak ciri-ciri ini  ada  pada angah sejak dulu  lagi  . Itu sebab abah tak menghalang  , jika angah ingin menjadi wakil  sekolah dalam acara badminton  ke peringkat MASISUPA  , MSSD Rompin  , MSS Pahang  dan Sukan Remaja Pahang . Ingatlah  sesuatu yang mudah diusahakan tidak semestinya akan memudahkan perjalanan hidup kita  dan ada kalanya yang sukar  diusahakan itu  akan memberi kita  ruang yang lebih mudah dalam perjalanan hidup  .

Tercapai hajat nak melihat Ngah mengikut jejak abah dan emak untuk menjadi guru  . Seusai bergraduasi , Ngah menerima instrim KPM dan ditempatkan  di Kapit Sarawak . Beruntung abah dan mak .

Seketika di tepian Sungai Rajang ,
Bandar Sibu  - pelabuhan darat utama di Sarawak .

Kerana Ngah , abah dan mak sampai ke Sibu dan Kapit serta berpengalaman menelusuri sungai Rajang . Siap dipertemukan dengan bekas student mak ( Cgu Grace )  semasa di Kolej Tun Haji Bujang , Miri dahulu .
  


Pelabuhan darat bandar Kapit .
Sampai juga kami ke sana ... urus Angah interim
di SK Nanga Yong  , Kapit .


Tiga bulan Ngah  di sana . Banyak pengalaman yang angah lalui di sana . Mencari line talian  , mengunakan sampan / bot untuk ke sini ke sana  dan tinggal dalam kuarters yang serba kekurangan . Ingatlah .... titipan pengalaman yang angah lalui bukan satu kebetulan , tetapi itulah ingatan Allah ... agar kita  selalu menghargai apa yang kita ada kerana ketika yang sama ,  ingatlah  ada insan lain yang tiada apa-apa . 

Seusai  panggilan posting  keluar ,  angah  diposting  kembali    ke Semenanjung ,   di SK Selancar 2 , Rompin . Masih dalam daerah walaupun agak jauh dari rumah  . Apapun ....  Alhamdulillah .....Syukur kepada Allah  kerana  dikongsikan pengalaman  dan  permulaan perjalanan kerjaya yang terbaik untuk angah . Moga menjadi  rencah terbaik untuk angah  mencorakkan  kerjaya pada masa hadapan . 

Dengan kecenderungan ,  minat  dan keupayaan Ngah yang  boleh  merancang  . melatih  dan mengurus  atlir-atlit  sekolah  , daerah  dan negeri  hingga ke peringkat  MSSM ,  abah percaya  Ngah boleh jadi seorang guru yang bertitlekan  jurulatih atau pegawai  pengurus sukan / kokurilum   yang terbaik pada masa akan datang  . Gunakanlah kekuatan ini untuk angah membina ruang lingkup kerjaya perguruan di peringkat yang lebih  tinggi  dan  cemerlang . Itulah kekuatan angah ............   Begitu juga dengan penglibatan angah melalui  PSKPP dan lain-lain aktiviti luar dan sokongan , teruskan!...... kerana semuanya akan menjadi garam perasa dalam angah mencorakkan kerjaya pada masa hadapan . Kerjaya perguruan angah akan hambar jika tiada nilai tambah  dari semasa ke semasa  kerana pada pandangn  abah  ,  karektor  ekstovert  angah   tidak mengizikan angah duduk dalam zon selesa di sekolah  . Angah perlukan persekitaran luar sekolah  untuk mengimbangan tugasan dalaman di sekolah . 


Majlis Konvokesyen  IPGRM  Raja Melewar ,
Angah   di MAEP  Serdang. Tahun ke 2 ,  hadiri
konvokesyen  selepas  konvokesyen  Alang tahun lepas
-  terasa kepuasan . Tkasih Angah .


Bersama Team Rompin semasa muncul  sebagai
Naib Johan Kejohanan Bola Tampar MSSP 2022
Perempuan  bawar 12 tahun .



2.3.  Aina Abah .

Anak kelahiran  Rompin  / Pahang yang pertama .  Lahir ketika abah  bertugas sebagai warden di SMK Rompin  , menjadikan  Aina anak asrama .  Terhimpit  dengan Angah dan Along menyebabkan  Aina lebih suka menyendiri tetapi rapat  dengan Abah  .  

Bermula dengan SK Rompin    ke SM Agama Rompin  kononnya untuk   beriringan  dengan  Angah  di asrama . Rupanya bertahan setahun  , kemudian  berulang dari rumah  . Abah faham  sukar untuk Aina menyesuaikan diri dengan situasi asrama  kerana situasi kehidupan di asrama memerlukan  pelajar-pelajar yang berkarektor ekstrovert . Dalam situasi di asrama  ,  pelajar-pelajar  berkarektor  introvert memerlukan  ruang  dan masa untuk menyesuaikan diri .

Apapun  biarpun berulang dari rumah , Ainalah  pelajar tunggal ambil Geografi SPM di SMAR ,  Belajar secara bersendirian  , bergurukan abah  dan sesekali bersama program kelas bimbingan sekolah abah . Alhamdulillah ........ GPSnya 0 . Rekod antara  mata perlajaran terbaik dalam SPM 2013  & kekal sehingga sekarang di SMA Rompin ...... Alhamdulillah !............ Merasa juga Aina  meraih anugerah Kecemerlangan Pendidikan  Yayasan Pahang yang diterima daripada Dato' Seri Adnan b. Yaakob pada masa itu / tahun 2013 .......   Tahniah wat Aina . 


Terima Anugerah Kecemerlangan 
Yayasan Pahang  , SPM 2013 . 

Seusai  SPM  dengan  8A ,  ke Tingkatan 6  SMK Rompin , walau pun asalnya mendapat tawaran  dari Kolej Matrikulasi  Perakunan Kuala Pilah , Negeri Sembilan  . Di Tingkatan 6   SMK Rompin  , 360 darjah perubahan  ketara kepada penampilan dan karektor Aina . Daripada berkarektor introvert  kearah ekstovert , daripada seorang seorang yang  pendiam  kepada  peramah seadanya . Daripada  penakut , ada keberanian untuk menampilkan keupayaan  dan bersuara  . Nampak wujud kematangan sebagai persediaan ke universiti , sesuai dengan peranan Tingkatan 6 sebagai wadah persediaan mahasiswa untuk  ke universiti .  Tahniah  Aina ...... Alhamdulillah . Dengan pencapaian 3A, 1B  seusai tamat STPM  ,  dapat juga Aina  ganjaran RM 500.00 daripada YB Dato' Hassan b. Ariffin ( MP Rompin ) ketika itu  kerana  A dalam mata pelajaran Ekonomi . 

Terima Insentif Pencapaian  A 
m/p Ekonomi  dalam  STPM  2015
daripada   MP Rompin ( Dato' Hassan b. Ariffin )


Menunggu result  , Ainalah peneman setia Abah ketika 2 minggu di Hospital Rompin  dan hampir 4 bulan Abah duduk di HTAA dari  Disember  2014 hingga  April  2015 di Kuantan . Siang jaga abah  , malam dan jika ada kelapangan  Aina study untuk ulangan STPM  P3 . Alhamdulillah ......  Aina lulus dengan cemerlang dalam Ulangan P3 dan STPM  keseluruhannya  . Banyak kenangan di sana. . 

Menemani abah sepanjang  4 bulan  abah
berada di hospital . Ramai staf  dan kenalan
abah di hospital mengkagumi ketabahan 
 dan mendoakan kejayaan Aina

Seusai panggilan  " U " diperolehi  ,  dengan    yakin   kos Kewangan Islam /  UPSI  Aina terima .Abah serah bulat-bulat kat Aina buat pilihan .  Siap dengan bayaran pendahuluan sudah  kita lunaskan . Seketika nak bertolak   ,   panggilan dari USM / Kos Sains Sosial        ( Geografi  dan Pendidikan ) ditawarkan .  Terpana seketika kita !......  

Tapi itulah yang Aina inginkan .. kan . Dua  kali  mencuba Program Pensiswazahan Guru Lepasan SPM ( PGLSPM  )  KPM  gagal  di peringkat  ujian kecergasan  dan ujian bertulis  , inilah peluang Aina . Pun masih abah serah pada Aina untuk buat keputusan ....  Dalam perjalanan ke USM  , panggilan  UKM / Kos Geografi tapi tiada " Pendidikan "  pula Aina  diterima . Mujurlah ... dah  berada di utara . Benarlah ... jika ada kecemerlangan  ,   di situ  akan diiringi  dengan   ruang  dan peluang  . Alhamdulillah !...  moga  perjalanan dan urusan Aina sentiasa dipermudahkan !....  semudah  dan selembut hati Aina ketika menjaga abah  semasa abah sakit....... 

Majlis konvokesyen Aina .  Alhamdulilah !..
Tahun ke 3  , berulangan  abah  dan emak 
menghadiri konvokesyen . 


Majlis Tauliah Pegawai SISPA  Aina .
Tahniah .....


Merai majlis Tauliah Pegawai SISPA Aina 



Tiga tahun  , sibuk dengan tugasan    dan aktif dalam  SISPA  , tamat juga perjuangan anak Abah . Alhamdulillah !...  Tahniah !... wat Aina Abah . Dengan Latihan Mengajar ( LM )  di Sek Men. Dato' Panglima Bukit Gantang , Parit Buntar , akhirnya Aina dipostingkan di SMK Jelai ( F ) , Gemas , Negeri Sembilan .

Dengan kecenderungan  dan  minat  mengurus bidang  akademik  dan kurikulum serta keterlibatan yang meluas  bagi mp Bahasa Melayu  dan Geografi  di peringkat  JPN Negeri Sembilan  , KPM  dan LPM  , abah percaya Aina boleh menggarap  tahap kecemerlangan yang lebih tinggi .  Minat  dan keupayaan Aina menguasai ICT ( perbagai  program dan perisian  )  akan memudahkan Aina  mengintegrasi  perancangan  , pengurusan  dan pengendalian  pelbagai program  dan proses pembelajaran  dengan cemerlang . Bina dan perkukuhkan lah kekuatan  ini untuk membina ruang lingkup  kerjaya perguruan yang lebih  mantap  dan berjaya pada masa hadapan . 



2.4.  Ateh Abah .

Selang setahun kelahiran  dengan Aina  , menjadikan  Aina  dan Ateh agak rapat .  Adakalanya Ateh  menjadi pengikut setia Angah  dan pendamping  setia   Achik . 

Tidak banyak kerenah  dan mudah  abah  dan emak nak urus . Pada abah ,  Atehlah , antara anak abah  yang hitam  dan putihnya  jelas  kelihatan .  Abah  tabik dengan karektor  Ateh .  Apapun , dalam kehidupan , hitam dan putih perlu ada keseimbangan  dan diputuskan dengan penuh hikmah  dan kewajaran . Sesekali kena belajar ambil  dan menghadapi risiko  ,  jika ingin  mengorak langkah yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 

Bermula  dengan  SK Rompin   ke SMK Rompin  . Seusai PT3 memohon ke  SBP  dan ditawarkan ke SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz , Seremban .  Mungkin  kerana  aliran data si abang , menyebabkan si adik  juga  ditawarkan  di SBP yang sama . Tiada kabel  dan semuanya kerana pemberian Allah  . Rezeki Ateh  dan Allah nak permudahkan pergerakan abah mengurus anak-anak abah  pada masa ini . Masa ini , abah ada dua anak di Seremban  , angah di IPGM Raja Melewar  dan  Ateh di SMSTM . 

Seusai SPM mendapat tawaran di pusat Asasi  UIAM  Petaling Jaya .  Alhamdulillah !.... Allah kumpulkan tiga anak abah di bahagian tengah Semenanjung . Angah di Seremban  , Achik di MTD Sungai Besi  dan Ateh di Petaling Jaya   .  

Setahun setengah  di sana  , menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan  Biokimia  di UIAM Gombak . Seusai  tamat belajar  , PKP  Covid 19 terjadi .  




Hampir setahun setengah terkapai-kapai . Awal tahun 2020an  , ambil Kursus NHIOS ( Keselamatan dan Kesihatan  dalam Pekerjaan ) di  Kuantan .

Seusai tamat kursus , mendapat pekerjaan sebagai pegawai  ,,,di .... .







2.5. Achik Abah .

Selang setahun kelahiran dengan Ateh .  Lahir di Hospital  Rompin  .  Jarak kelahiran yang rapat menjadikan Achik  dan Ateh  kelihatan hampir sebaya dan ada kalanya  ,persis kembar yang mengelirukan yang mana abang , yang mana adik .

Bermula dengan SK Rompin   dan kemudiannya berpindah ke SK Kg Kolam  .  Usai  tamat sekolah rendah  ,  terus ke SMK Rompin  . Di awalnya  , sempat berpindah ke SM Agama Pahang  di Muadzam Shah kerana inginkan aliran agama . Setahun di SM Agama Pahang , kembali ke SMK Rompin  . Sangat berminat dalam unit uniform  aktif dalam pasukan  Kadet Polis sekolah  . Terima kasih Cgu Yusnita bt. Yusoff  dan Cgu Nor Azizah bt. Hamzah  kerana berupaya memupuk minat Achik  dalam unit Kadet Polis  sehingga mewakili sekolah  ke Perkhemahan Kadet Polis peringkat  Negeri  dan Kebangsaan . 

Selepas  PT3  , mendapat dua  tawaran .  Di SBP / SMS Seremban / SMS Tengku Mukhriz  , Seremban   dan Maktab Tentera Diraja           ( MTD/RMC ) Sungai Besi .  Achik  memilih untuk  memasuki RMC dan abah sokong pilihan Achik  .  Seingat Abah  , pendaftaran Achik ,  anak-anak abah yang lain   dan emak yang urus kerana abah  masih belum pulih dari sakit . Berpapah  ketika naik  dan turun kereta  , abah tetap gagahi . Biarpun  abah hanya sekadar mampu melihat sahaja pendaftaran Achik dari dalam kereta . Apapun ,.... Abah tetap bangga dengan achik . 




 Seusai SPM , memohon untuk memasuki  Pusat Asasi  UPNM / Universiti Pertahanan Nasional Malaysia  , tetapi tidak berjaya . Nampak  menyusut  semangat  untuk meneruskan  penerokaan  dalam unit beruniform  ketika ini .  Apapun suntikan semangat tetap  abah  diberikan  , agar pengalaman  semasa di RMC boleh dicerakinkan  dalam membina ruang kerjaya yang lebih luas  dan cemerlang  pada masa hadapan  . Bertabahlah anak abah. 

Meneruskan pelajaran di pusat Matriklulasi  Gambang , Kuantan  dan melanjutkan pelajaran ke UTHM Pagoh  dalam bidang Kejuruteraan Elektrik . Seawal  pengajian  seolah-olahnya  ,   tidak berminat untuk menyertai apa-apa pasukan unit beruniform . 

Walau  bagaimana pun  Semester ke dua di UTHM  , mula berminat kembali terlibat dalam PALAPES dan sanggup berulang saban bulan ke lapang perwira  kampus induk UTHM  di Parit Raja , Batu Pahat semata-mata untuk menyertai latihan  dan aktiviti . Abah tabik dengan kesungguhan  dan komitmen  achik .  Achik memang yang terbaik !.......  Manisnya ,  menerima Tauliah Pegawai Kadet Diraja pada  September 2023 . Satu detik yang sememangnya  abah tunggu. 

Terima kasih Achik , .....  kerana berusaha  dengan gigih  menjayakan impian abah  untuk melihat achik  berjaya meneruskan  misi RMC yang tergendala  apabila gagal  ke UPNM  .  Mungkin ada pengajaran yang Allah nak Achik pelajari . Di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan jika dah ditakdirkan  itulah rezeki Achik .... Inshaa Allah !.... ia tetap milik achik , cuma laluannya mungkin berbeza  dari biasa .

Apapun ,  Tahniah !..... untuk anak abah   ,  Leftenan Muda Mohamad Nur Farezudin  b. Mohd Zainudin . Moga ia menjadi titik mula kerjaya yang lebih cemerlang untuk Achik . Inshaa Allah!..... graduasi bulan Disember 2023 nanti  , akan menoktahkan laluan kerjaya terbaik untuk Achik . Itulah doa  dan harapan abah .

  

                         

      

           



2.6.  Aflah Abah .

Si bongsu  abah  dengan pelbagai kerenah  dan memiliki pelbagai  karektor .  Kelahiran di Hospital Tengku  Ampuan Afzan ( HTAA )  ,  Kuantan  .  Memiliki  penampilan yang agak unit dan menarik . Seawal kanak-kanak sudah menunjukkan kelainan  karektor .  Tahap sosialisasi yang tinggi membentuk  karektor yang mudah untuk berinteraksi dengan pelbagai karektor  dalam  komuniti masyarakat sekitar  walaupun  dengan golongan yang lebih berusia  serta mempunyai tahap keyakinan  dan keberanian yang tinggi. Tangkap katak  , tangkap ular , kerjar ayam sehingga ayam lumpuh !... sesuatu yang unik dan lucu . Tetapi itu memori yang Aflah hidangkan untuk abah ingat .  Pemancing tegar pun ia jugak !.... 

Paling banyak berpindah sekolah  , seiring pertukaran tempat bertugas si emak . Bermula di SK. Kg Kolam   , kemudian ke SK. Rompin  , Selepas itu ke SK Seri Kemajuan / Baru Pahat  dan kembali ke Rompin iaitu SK Sg Puteri untuk menghabiskan sesi persekolahan  peringkat  rendah . 

Kemudiannya , meneruskan pembelajaran menengah di SMK Rompin sehingga tamat SPM . Minat yang mendalam  terhadap bidang kemahiran  menyebabkan ia memilih  IKM Lumut untuk mengambil  Diploma Teknologi Automotif . 

 




3.0. Antara Doa dan Harapan  .