Jejak Guru Cemerlang 2022 :
" BUDI DISEMAI BAKTI DITUAI " Kecemerlangan Dirintis Bersama ( STPM 2022 : SMK ROMPIN / PPD ROMPIN .
1.0. Pengenalan .
Sesi perkongsian pengalaman dan motivasi pembelajaran kepada calon-calon STPM SMK ROMPIN , Rompin Pahang , sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada semua pelajar yang terlibat untuk melihat prosfektif m/pelajaran Geografi dalam kontaks ruang yang lebih luas dalam meneruskan pendidikan / pelajaran dan peluasan kerjaya pada masa hadapan .
Keupayaan mendedahkan pelajar tentang isi kandungan pembelajaran , kaedah pembelajaran serta ruang lingkup kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan jelas tentang kemahuan dan persediaan untuk membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai . Ruang ini juga akan berupaya dan membolehkan mereka memahami fokus dan cakupan fakta serta kaedah menggaluran jawapan yang lebih tepat dalam usaha memberi ruang perolehan markah yang lebih luas dalam setiap peperiksaan yang bakal dihadapi .
2.0. Maklumat Program :
Nama Program : SEMINAR KECEMERLANGAN STPM 2022.
Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang.
Lokasi : Dewan Semarak SMK Rompin , Kuala Rompin .
Anjuran : Panitia Geografi SMK Rompin .
Sekolah-sekolah Terlibat :
1. SMK Rompin .
2. SMK Tanjung Gemok.
3. SMK Seri Rompin.
4. SMK Selancar.
5. SMK Muadzam Shah.
Jumlah Pelajar : 54 orang.
Jumlah guru : 07 orang .
3.0. Foto Program .
4.0. Rumusan Semasa Program .
Semoga perjalanan dan usaha yang tidak seberapa ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat untuk terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam SPM 2022 dengan jayanya serta menyahut cabaran pihak yang ingin mengangkat mp GEOGRAFI sebagai salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada peningkatan kelulusan dan NGPMP sekolah . Tahniah dan syabas untuk warga GEOGRAFI SMK Rompin serta semua warga tingkatan 6 daerah Rompin kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan .
Tkasih kepada pihak PPD Rompin dan rerakan guru yang terlibat .
5.0. Result STPM 2022 / Rumusan ( SMK ROMPIN ) .
Bil. calon STPM 2022 : 47 org.
Bil. dapat 4 Flat : 7 orang.
Near Miss : 2 orang ( PA & Sejarah )
GPS Sekolah : 3.23
Peratus Lulus : 100 % .
Rank Negeri : 5 / 46 buah sekolah .
Bil. Calon Geografi : 15 orang
Sumbangan kepada 4 Flak : 3 / 7 orang.
Near Miss : 1 orang ( PA ).
NGMP : 3.02
Peratus Kelulusan : 100 %.
#hidupkitaacuankita.
#usahadandoasenjatakita.
No comments:
Post a Comment