Friday 23 June 2023

  Jejak  Guru Cemerlang  2022 : 

       " BUDI DISEMAI  BAKTI  DITUAI "               Kecemerlangan Dirintis Bersama        ( Lokasi 3 : SMK ROMPIN  )

       - Daerah Rompin , Pahang .  





  1.0. Pengenalan .

Sesi perkongsian  pengalaman  dan motivasi  pembelajaran  kepada  calon-calon  SPM SMK ROMPIN , Rompin  Pahang ,  sesi 2022 . Moga memberi ruang kepada  semua  pelajar  yang terlibat  untuk  melihat prosfektif  m/pelajaran   Geografi  dalam kontaks   ruang  yang lebih  luas  dalam   meneruskan  pendidikan  / pelajaran    dan peluasan  kerjaya  pada masa hadapan .


Keupayaan mendedahkan  pelajar  tentang isi kandungan  pembelajaran   , kaedah  pembelajaran serta  ruang lingkup  kerjaya akan membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan  jelas tentang kemahuan  dan persediaan untuk  membolehkan mereka meneroka dan belajar dalam suasana yang lebih santai  . Ruang ini juga akan berupaya dan  membolehkan mereka memahami  fokus dan  cakupan  fakta  serta   kaedah  menggaluran  jawapan  yang lebih tepat  dalam usaha  memberi ruang perolehan markah yang lebih  luas  dalam  setiap  peperiksaan  yang bakal  dihadapi  . 


2.0. Maklumat Program :

Nama Program : Tranformasi Peperiksaan KSSM 2022.

Tarikh : 30 September 2022 / Jumaat.

Masa  :  9.00 Pagi  - 11.25  Tengah hari.

Lokasi  :  SMK  Rompin , Kuala Rompin .

Anjuran  : Panitia Geografi  SMK Rompin  .

Sekolah-sekolah Terlibat :

                 1. SMK  Perantau Damai .

                 

Jumlah Pelajar ; 32  orang.

Jumlah guru    :  02 orang .



3.0. Foto Program .












4.0. Rumusan Semasa Program .

Semoga perjalanan   dan  usaha yang tidak  seberapa  ini mampu menjentik minda pelajar-pelajar yang terlibat  untuk  terus istiqamah dalam meneroka pelbagai disiplin ilmu dan berjaya dalam  SPM 2022 dengan jayanya  serta menyahut cabaran  pihak  yang ingin mengangkat  mp GEOGRAFI  sebagai  salah satu daripada mp yang mampu menyumbang kepada  peningkatan kelulusan dan GPS sekolah  . Tahniah dan syabas  untuk  warga  GEOGRAFI  SMK Rompin  kerana sanggup menyahut cabaran yang dilontarkan  . 



5.0. Result  SPM 2022  / Rumusan  .



Alhamdulillah .... Tahniah wat warga SMK Rompin  . Pencapaian yang membanggakan . Moga terus berjaya dan istiqamah dalam kecemerlangan . 



#hidupkitaacuankita.

#usahadandoasenjatakita.


No comments:

Post a Comment