Wednesday 28 August 2024

 Info Geografi 

Pengurusan KK - Implimentasi Teori Tindell.

 ( kaedah Interprestasi Persekitaran ).




1.0. Pengenalan Teori Tindel.

Teori  ini  diasaskan oleh Freeman Tilden pada tahun 1877 .  Menggunakan elemen-elemen persekitaran sebagai elemen utama dalam proses pembelajaran  ,  menyebabkan ini banyak menggunakan elemen emosi dalam  menangani isu-isu yang dibincangkan /dipelajari . Enam prinsip asas Teori Tilden ialah :

1. Relate  / personal .

2. Reveal  / pendedahan .

3. Provoke  / provokasi .

4. Whole  /  menyeluruh .

5. Art / seni.

6. Children / kanak-kanak. 



2.0. Pengenalan Kerja Kursus 942/4.

Merupakan sebahagian daripada komponen penilaian di peringkat STPM . MESTI dilaksanakan untuk memenuhi syarat persijilan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ). Cakupan  kajian ini meliputi semua topik  dan  kemahiran   yang terdapat dapat  DSKP yang telah digarispandukan  dalam sukatan pelajaran .



3.0. Implimentasi Teori dalam Pengurusan KK 942/4  ( 2024 ) .


3.1. Kaedah Pengurusan  Kerja kursus 942/4.


3.1.1.  Menerima Tajuk tugsaan  ( Pra kajian ) .

i )  Meneliti kesesuaian tajuk  KK dengan ruang  , kekangan  dan peluang untuk  melaksanakan  KK dengan lebih baik  , mudah  dan berkesan .


3.1.2.  Mengenalpasti kawasan /lokasi kajian berdasarkan  aspek:       i )  Kewujudan elemen yang digarispandukan oleh tugsan .

ii)   Aspek keselamatan  dan kebolehkajian oleh pelajar .


3.1.3.  Menyediakan keperluan logistik kajian .

i)   Peralatan  / perkakasan perlu .

ii)  Pelbagai surat kebenaran .

iii) Agihan  kumpulan pelajar  dan penetapan tugasan. 


3.1.4.  Taklimat  Pengurusan  dan Pengendalian program .

Perbincangan meliputi  aspek :

i ) Pemilihan tajuk .

ii )  Pemilihan Lokasi . Pemilihan lokasi kajian  perlu mengambil kira  faktor  kebolehsampaian  pelajar  , keselamatan pelajar  , perkakasan kajian dan hasil dapatan kajian   , kebolehlenturan prosedur dan hasil dapatan kajian . 

iii)  Perbincangan prosedur pasca kajian . Elemen persediaan logistik sebelum pelaksanaan & pengendalian / turun ke lapangan .

iv)  Perbincangan prosedur semasa kajian . Penetapan  tarikh /hari /masa ke lapangan  , tindak  kerja  di lapangan  (  pemetaan kawasan  , penandaan  elemen  ,  pengiraan elemen  , perekodan dapatan  kajian  dan  pemerhatian  terhadap pelbagai aspek relevan kajian  serta  penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar yang terlibat . 

v)   Perbincangan prosedur post kajian . Penetapan tarikh dan pelaksanaan pelbagai segmen  penulisan laporan kajian   , rumusan pelaksanaan  dan  proses pembentangan  proses  dan  hasil dapatan kajian .


3.1.5.  Lawatan  ke kawasan kajian  ( semasa kajian ).

i )  Penetapan  lokasi  perjumpaan.

- Pastikan kawasan dipilih selamat .

- Pastikan kawasan dipilih mempunyai pelbagai elemen yang telah ditetapkan oleh soalan kajian .

- Pastikan  kawasan kajian mempunyai  darjah ketersampaian yang tinggi .

ii ) Pastikan kecukupan perkakasan kajian sebelum  kelapangan.

- Alatan tulisan.

- Buku catatan .

iii) Bergerak ke lapangan .

- Surat kebenaran penjaga / pengetua diperolehi.

-  Kumpulkan  surat kebenaran  penjaga  dan failkan .

-  Tetapkan jadual  perjumpaan di lokasi kajian.

iv) Taklimat sebelum memulakan tugasan di lapangan .

- Arahan  kerja : - kerja berkumpulan , tugasan individu  , fokus kepada tugasan sampai tamat . Kumpulkan keseluruhan data dalam satu jadual .

- Taklimat keselamatan : - berhati-hati  ,  jaga tingkah laku  / pertuturan  / jangan bergurau dll.

v ) Memulakan proses pemetaan kawasan lapangan .

iv) Melaksanakan perbagai kaedah kajian di lokasi pemetaan kajian berdasarkan bidang tugasan yang telah digarispandukan oleh soalan. Perekodan dan foto setiap segmen kajian perlu dilaksanakan setiap  perubahan segmen kajian .

*Kajian di lapangan dianggap selesai sekiranya semua segmen kajian dilaksanakan  dan dapatan kajian relevan dengan objektif  kajian yang telah ditetapkan  oleh soalan  siap  direkodkan .


3.1.6. Aktiviti Post Lawatan ke Lapangan . ( Proses Penyediaan Laporan Kajian )

i)  Sediakan format penulisan laporan kajian  ( Rujuk kepada manual pelajar ).

ii ) Isi format penulisan laporan dengan pelbagai elemen dapatan kajian mengikut ketetapan yang telah digarispandukan dalam manual  pelajar  dan objektif kajian  meliputi aspek :

-  Jenis-jenis kegiatan ekonomi tertier. .

 Pemetaan  jenis aktiviti ekonomi  tertier  di plot kawasan kajian : - -   Tiada sekatan jarak kerana kawasan kajian agak kecil . Dapatan agat  terhad  jika dizonkan.

-  Pengumpulan data ciri-ciri spesis tumbuhan di plot kawasan  kajian : -  Bergerak  ke plot masing-masing  dan lihat  jenis-jenis premis perniagaan  dan perkhidmatan yang ada di kawasan kajian . 

- Rekodkan dalam bentuk " senarai semak / gundalan " jenis ekonomi tertier  dan bilangan premis  serta lokasi premis. 

-  Merumus bilangan  premis  di plot  kawasan  kajian : Kenalpasti jenis dalam kawasan ( rujuk himpunan data dalam jadual.

- Memerhati & membuat penilaian tentang :


   1. Faktor yang mempengaruhi serakan spesis di plot kawasan kajian .

-  Kenalpasti jenis  dan taburan  premis perniagaan  dan perkhidmatan . Kaitkan   dengan aspek-aspek  di bawah  nih               ( yang ada di kawasan kajian  dan dijangkan  mempengaruhi  perkembangan  sektor ekonomi  tersebur sahaja )  :

i. Bentuk muka bumi  ( gambarkan ciri-ciri bentuk muka bumi dan jelaskan bagaimana ia mempengaruhi  taburan  dan pola susunatur premis perniagaan  dan  perkhidmatan )

ii. Saliran @  pengairan  - mungkin ada sungai  / alur2 kecil  / paya  - yang mempengaruhi pola  dan taburan aktiviti ekonomi  tertier  .

iii . Aktiviti manusia  - faktor  permintaan  pelanggan , perubahan cita rasa pelanggan  ,  saling kaitan pengunaan barangan  dan perkhidmatan  , aliran trafik  ( jalan sehala @ dua hala ) - mempengaruhi  pemilihan lokasi  , taburan  dan pola susunatur premis perniagaan  dan perkhidmatan  

v.  Dasar kerajaan  - aktiviti  pemusatan  perniagaan @ perkhidmatan , kewujudan zon perniagaan  dan  perkhidmatan .


* ( Perlu ada pembuktian  faktor secara fotografi di kawasan  kajian ).

   


2.  Kepentingan sektor ekonomi tertier   terhadap masyarakat setempat .

( Panduan  :  Teliti  jenis dan ciri  perniagaan   dan  perkhidmatan serta  kaitkan dengan kegunaannya kepada  penduduk setempat )

2.1. Wujudkan peluang pekerjaan  - sumber pendapatan  penduduk - tingkatkan kuasa beli penduduk .      

2.2. Tingkatkan taraf hidup penduduk - keterlibatan penduduk dalam ekonomi (  sebagai  perniagaan  dan penyedia  pelbagai perkhidmatan ) - perluaskan ruang untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti .

2.3. Wujudkan kesan pengganda ekonomi  - perkembangan sektor ekonomi asas akan menggerakan perkembangan sektor ekonomi huluan  , sektor  ekonomi  hiliran  dan sektor ekonomi  kitaran. Perkembangan sektor perniagaan akan meningkatkan permintaan terhadap pelbagai bahan mentah  , barangan runcit , perkhidmatan pengangkutan dll.

2.4. Menggalakkan aliran migrasi  dari kawasan pinggir bandar ke bandar . Peluang pekerjaan  /tawaran  kadar upah yg lumayan /tinggi , suasana kerja yang lebih selesa - tarikan utama migrasi.

2.5. Memudahkan mobiliti pekerjaan di kalangan penduduk . Penduduk berupaya memilih pekerjaan yang lebih sesuai  - terdapat banyak peluang pekerjaan.


* ( Perlu ada pembuktian  kepentingan   secara fotografi  di kawasan  kajian ).

   


3.  Cadangan tingkatkan aktiviti ekonomi tertier  pada masa hadapan .

Teliti  dan fahami  kaitan  pelbagai faktor dan kesannya terhadap  keemenjadian kawasan sebagai kawasan aktiviti  ekonomi tertier pada masa hadapan  ).

3.1. Peranan  PBT.

       - Wujudkan undang-undang kecil kawal gejala-gejala negatif  dalam pengurusan  premis-premis perniagaan  dan perkhidmatan . Penggunaan laluan , koridor  premis  sehingga mengganggu keselesaan  pelanggan premis yang berdekatan / berhampiran.

       - Menyediakan SOP / peraturan kecil dalam pengurusan sisa-sisa perniagaan terutama kedai-kedai makanan / kedai yang menjual barangan basah .

      - Mewujudkan arah aliran trafik yang lebih mesra pengguna  dan pengurusan premis perniagaan  dan  perkhidmatan .

3.2. Peranan pelbagai agensi kerajaan  /  pembangunan setempat.

      - Membantu sediakan / binakan / sewakan premis-premis perniagaan  / perkhidmatan  dengan kemudahan yang lengkap dan mudah diakses oleh pengunjung  - MARA , ECER  , Yayasan Pahang.

      - Mempelbanyakkan kios-kios perniagaan  dan penyedia perkhidmatan  agar wujud saling melengkapi fungsi  dan peranan pelbagai premis perniagaan  dan perkhidmatan .

     - Memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha-pengusaha premis perniaagaan  dan perkhidmatan . Penetapan  kadar minima  cukai pintu  . sewa tapak  , bayaran meletakkan kenderaan  dll.

     - Menyediakan lebih banyak tempat letak kereta .

3.3. Peranan ahli masyarakat .

      - Meyokong usaha-usaha pihak berkuasa dalam meningkatkan kuasa beli  penduduk di kawasan kajian.  Memilih premis-premis di kawasan kajian sebagai tempat mendapatkan barangan & perkhidmatan seharian .

3.4. Peranan pemain industri yang terlibat dalam aktiviti ekonomi tertier. 

     - Bersedia menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk perbagai instumen perkhidmatan yang disediakan .

     - Menyediakan pakej-pakej tawaran harga  dan  promosi yang menarik untuk pembelian pelbagai barangan yang dipasarkan di kawasan tersebut.

    - Mewujudkan suasana saling melengkapi  keperluan  penduduk sesama premis di kawasan kajian . Ketiadaan / kekurangan  barangan dan perkhidmatan di kawasan kajian dapat ditampung oleh premis yang juga terdapat di kawasan kajian .

    -  Menjaga kebersihan kawasan perniagaan  / premis perkhidmatan .


* ( Perlu ada pembuktian  prosfek pembangunan  mapan    secara fotografi  di kawasan  kajian ).



- Menyediakan  rumusan dapatan kajian .

-  Mesti dikaitkan  dengan objektif  kajian ( tercapai @ tidak ).

- Mesti ada elemen  nilai-nilai murni ( bertanggungjawab / disiplin/ketekunan  penduduk / mengutamakan kebersihan dll)

- Mesti ada semangat patriotisme ( rasa bangga / rasa sayang dll )


- Senarai rujukan .

- Ditulis mengikut format yang telah ditetapkan .

- Mesti lebih daripada 3 sumber yang berlainan .



Lampiran  untuk pelbagai sumber dan rujukan .

- Tersusun kemas .

3.2.0 . Laporan bergambar   sepanjang program dilaksanakan . 

- Photo  sebelum  dan semasa kajian di lapangan.

Bersedia untuk kelapangan  - apa-apa pun  .... makan  dulu .
Tkasih Cgu Azlina Tamjet kerana tolong uruskan makanan .

Proses pemetaan  kawasan  kajian .
Keluasan kawasan hanya 10 m X 10 m .



Pemberiaan arahan oleh guru pembimbing .
Steady otai yang masih berbisa .....

                    

Bantu pelajar membuat pemetaan kawasan .
Adoi la !........ keras tanahnya walaupun sekadar berpasir !..
.


Meneliti  dan cuba mengklasifikasikan  ciri-ciri
tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan .




Nak  menjustifikasikan  akar tumbuhan katanya.
Ikutkan anak-anakku !......
Asalkan dapat jawapan .






Foto-foto dapatan kajian .
   ( Spesis tumbuhan yang ditemui di kawasan pemetaan ) 


Antara spesis yang ditemui .










Anak-anak Geog.  sila rekodkan  penamuan-penemuan 
ini dalam  jadual yang telah disediakan  . Jangan  lupa !....




Ekspresi  wajah penuh keceriaan  dan  keterujaan  apabila selesai  di  lapangan Moga seceria ini menghadapi hari-hari mendatang yang menjanjikan detik-detik kejayaan jika diusahakan secara berhemah . Inilah  untungnya anak-anak Geografi . 



Biar memori  terpahat di sini . Moga ukhwah  yang terbina
sentiasa  tersemat dan terpahat dihati ...




3.3.0. Rumusan  Program .

- Fasa Persediaan   - menepati  keperluan  pelajar / aktiviti .

- Fasa kelapangan  - walaupun singkat , berupaya memberi          ruang kepada pelajar untuk memperolehi   data-data yang            diperlukan.

- Fasa penulisan hasil kajian - 


#sekolahkitaacuankita.


Monday 8 April 2024

 Tajuk : PENGURUSAN  KK 

             GEOGRAFI  ( 942/ 4 ) 

               TINGKATAN  6 ,  PENGGAL  3

                ( SISTEM MODULAR ).

   Tajuk : SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI

               TINGKATAN  6 ,  PENGGAL  3

                ( SISTEM MODULAR ).

  Tajuk : SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI

               TINGKATAN  6 ,  PENGGAL  2

                ( SISTEM MODULAR ).


 Tajuk : SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI

               TINGKATAN  6 ,  PENGGAL  1

                ( SISTEM MODULAR ).

SUKATAN GEOGRAFI PENGGAL 1 ( SISTEM MODULAR ) .

Friday 1 December 2023

 Info Geografi :

Peranan Bandar dalam Konteks Pembangunan  di Malaysia .


1.0. Pengenalan .

Bandar merupakan petempatan penduduk yang bercirikan  modenisasi yang meliputi  pelbagai aspek  kependudukan  dan persekitaran . Dengan kapasiti penduduk melebihi 10,000 orang , mengamalkan  pelbagai stail  pemikiran moden , penduduknya melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi moden seperti perindustrian  , perkhidmatan  dan perniagaan  menjadikan mereka lebih terdedah kepada  amalan  gaya hidup  dan corak  pemikiran serta budaya yang moden .


2.0. Konsep Pembandaran .

Merupakan proses atau tranformasi ruang  dan ciri guna tanah  di bandar  yang mengubah   aktiviti ekonomi  tradisonal  kepada yang lebih moden serta pembauran gaya dan stail hidup moden  para penduduknya . Bermula dengan  proses pembangunan  fizikal  yang berupaya meningkatkan pelbagai kemudahan  infrastuktur asas seperti jalan raya , pembinaan dan penggunaan kenderaan berrel seperti LRT  , MRT  , Komuter , penyediaan bekalan tenaga elektrik  dan air bersih dapat  menggalakkan perkembangan pelbagai kegiatan ekonomi  moden  dan seterusnya mengubah dan melatari  persepsi  dan gaya hidup penduduk di persekitaran bandar tersebut. 


3.0. Sejarah   Perkembangan Bandar di Malaysia .

Secara umumnya  , proses pembandaran di Malaysia  melangkaui sejarah kemerdekaan negara itu sendiri . Catatan sejarah lalu , menunjukkan terdapat beberapa petempatan awal di Malaysia yang telah membentuk petempatan bandar pada masa itu . Kewujudan Kerajaan Kedah Tua / Gunung Jerai & Sungai Merbuk  , Kerajaan Gangga Negara  dan di zaman pertengahan pula dilatari dengan kerajaan Melayu Melaka yang berupaya membina empayar Melaka . Hal  ini menunjukkan bahawa proses pembandaran telah lama berlaku di negara kita .


4.0. Pola  Perkembangan  Bndar di Malaysia . 

5.0.  Peranan  Bandar dalam Konteks Pembangunan 

         di Malaysia .

6.0. Cabaran  dalam Proses Pembandaran di                             Malaysia  Pada Masa Kini.

Saturday 21 October 2023

 Info Geografi  :

                              UASA 

( PENILAIAN  MENENGAH  RENDAH )


1.0. Pengenalan .

Sistem penilaian KSSM  yang terkini  bagi menggantikan  sistem pentaksiran  lama yang digunapakai  dalam KBSM . Sistem  ini lebih mesra sekolah  dan guru .  Sebahagian daripada penilaian akan dikendalikan oleh guru dalam kelas / darjah  dan sebahagian sahaja yang akan diuruskan secara berpusat . 


2.0. UASA  &  PBD.

 - Merupakan proses  yang  merangkumi SK ( Standart Kandungan / Perkara  yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam 1 set tempoh masa  pembelajaran  ) , SP ( Standart Pembelajaran / Penetapan indikator / kriteria standart pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar )  dan  SP ( Standart Pencapaian  / satu set hasil pembelajaran yang perlu dikuasai selepas tamat tempoh masa pembelajaran ). 


3.0. Format Pentaksiran Baru .

Pentaksiran baru KSSM bagi  menengah rendah  ( Ting. 1 , 2  dan 3 ) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik  dan mempunyai 6 tahap penguasaan .

Tahap 1 : Tahu perkara asas fakta dan kemahiran Geografi .

Tahap 2 :  Faham tentang pengetahuan  dan kemahiran Gegorafi.

Tahap 3 :  Aplikasi pengetahuan dan kemahiran Geografi.

Tahap 4 :  Kuasai pengetahuan  dan kemahiran Geografi .

Tahap 5 :  Berupaya  menilai pengetahuan dan kemahiran Geografi  

                  dalam situasi  baru secara bersistematik / berstruktur dan 

                  kekal . 

Tahap 6 :  Berupaya menghasilkan idea / inovasi baru dalam 

                 persekitaran baharu berdasarkan pengetahuan  dan 

                 kemahiran Geografi yang dikuasai .

* Semua penguasaan pengetahuan  dan kemahiran ini mestilah dalam kerangka  sikap positif terhadap alam  sekitar .


* Secara umumnya :

Junstifikasi tahap penguasaan banyak dipengaruhi oleh penggunaan  kontruks  / kata tugas   yang membentuk item penilaian  / soalan .

Tahap 1 : menyatakan /  menyenaraikan  / menamakan dll.

Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan  / memberi contoh dll.

Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.

Tahap 4 : Membandingkan  / menghuraikan  dll.

Tahap 5 :  Membahaskan .

Tahap 6 :  Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.

# Memahami konsep ( konstruk  / kata tugas )  ini adalah perlu untuk meletakkan prestasi pelajar pada lajur yang sesuai  agar tahap penguasaan yang ingin diberikan mengikut justifikasi yang paling tepat / sesuai / ranggi .



4.0. Format Cakupan .

       4.1. Unit Kemahiran 1 :

               4.1.1.  Jadual  dan graf.

               4.1.2.  Carta.

               * Rujukan pada Blog Cg Deen Kuala Rompin .

            - https://cgdeen.blogspot.com/2020/08/tips-membina-graf- bar.html.

                 -https://cgdeen.blogspot.com/2020/09/tips-kaedah-membina-carta-pai.html


        4.2. Geografi Fizikal : Tumbuhan semula jadi  dan hidupan liar 

               4.2.1. Pengaruh persekitaran fizikal terhadap kepelbagaian.

               4.2.2. Tumbuhan semulajadi di Malaysia.

              4.2.3.  Hidupan liar di Malaysia .

              * Rujukan pada Blog Cgu Deen Kuala Rompin ( sekadar 

                 kongsian )

     https://cgdeen.blogspot.com/2020/11/info-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html

               -  https://cgdeen.blogspot.com/2022/07/info-laba-vs-liabiliti.html


      4.3.  Geografi Manusia : Sumber semulajadi & kegiatan 

               ekonomi.

               4.3.1. Sumber semulajadi di Malaysia.

               4.3.2.  Kegiatan ekonomi di Malaysia .

            * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin ( sekadar kongsian )

          - https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t7t5-sumber-tenaga.html

              -https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/t9t5-kegiatan-ekonomi-utama-1.html


       4.5. Dunia,

              4.5.1. Tumbuhan semulajadi  dan hidupan liar dunia .

              4.5.2.  Sumber semula jadi  dan  kegiatan ekonomi dunia .

             * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)

          -https://cgdeen.blogspot.com/2021/09/555-tumbuh-tumbuhan-semulajadi-dan.htm 

       

4.6. Isu  dan Pengurusan Alam Sekitar . 

              4.6.1. Sumber hutan .

              4.6.2.  Kitar Semula.

  * Rujukan Blog Cg Deen Kuala Rompin (Sekadar kongsian)

     https://cgdeen.blogspot.com/2020/04/tema-tumbuh-tumbuhan-semulajadi.html

        -https://cgdeen.blogspot.com/2023/03/3r-kitar-semula-asas-perkembangan.html


* Guru / penilai perlu menguasai cakupan fakta / pengetahuan terlebih dahulu agar proses pdpc  dan penilaian lebih mobil / anjal  dan tidak rigid . 

              


5.0. Aplikasi  Pembinaan   dan  Penggunaan Intrumen  Pentafsiran .

Foto 1

Berdasarkan  foto  1 ,  Junstifikasi tahap penguasaan pelajar boleh ditetapkan  oleh guru  dengan  penggunaan  kontruks  / kata tugas   yang sesuai bagi menetapkan  aras  dan iras soalan  yang sesuai  seperti dalam contoh  di bawah . 

*         ( Sekadar contoh untuk pemahaman guru . Guru boleh menghasilkan pelbagai bahan  dengan menggunakan intrumen sendiri ) dalam pelbagai  aktiviti / kaedah pengajaran  semasa seperti  sesi soal jawab  , perbincangan  , main peranan  , perbahasan  & pelbagai aktiviti yang difikirkan wajar ).



Tahap 1 : menyatakan /  menyenaraikan  / menamakan dll.

Situasi : Pelajar sekadar berupaya menamakan / menyatakan  / menyenaraikan  sesuatu isu / fakta .

Contoh soalan : 

1. Nyatakan jenis pencemaran dalam foto di atas .

     ...........................................................................................

2. Senaraikan  bahan-bahan cemar yang menjadi punca pencemaran 

     dalam foto di atas .

     .............................................................................................



Tahap 2 : Menjelaskan / menerangkan  / memberi contoh dll.

Situasi : Pelajar berupaya menerangkan / mengolah  dan menjelaskan sesuatu isu / tema dengan  berstuktur   dan  jelas  mengikut kronologi .

Contoh soalan : 

1. Terangkan  kesan pencemaran  dalam foto di atas kepada 

      kehidupan seharian penduduk .

     .........................................................................................

      ........................................................................................

2.  Jelaskan  langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi 

      masalah pencemaran dalam foto di atas .

      ........................................................................................

      .........................................................................................



Tahap 3 : Mengelaskan / menghubungkaitkan dll.

Situasi : Pelajar berupaya  mengekelaskan  / mengubungkaitkan sesuatu  isu  dengan isu lain  dengan jelas  , teratur  dan mengikut kronologi yang wajar / rasional .

Soalan  1 : 

Jelaskan  bagaimanakah aktiviti  pertanian menjadi    punca  pencemaran dalam foto di atas .

...................................................................................................

...................................................................................................

   


Tahap 4 : Membandingkan  / menghuraikan  dll. 

Situasi : Pelajar berupaya  menghuraikan  / membeza bandingkan  sesuatu isu dangan isu yang lain dengan jelas . 

Soalan  1 : 

Berdasarkan  foto/ gambar di atas  ,  mengapakah terdapat perbezaan  antara sungai di negara X  dan di negara Y.

.....................................................................................................

......................................................................................................

 

Tahap 5 :  Membahaskan .

Situasi : Pelajar boleh menyatakan pro & kontra  , kebaikan & keburukan sesuatu berdasarkan situasi yang dijadikan sebagai rangsangan / isu . 

Soalan  1 : 

Bincangkan  kesan  positif  dan negatif  perkembangan  aktiviti  pertanian terhadap alam sekitar fizikal  dan budaya sesuatu kawasan .

......................................................................................................

 .....................................................................................................

.......................................................................................................


Tahap 6 :  Menghasilkan / Mencadangkan / merumuskan dll.

Situasi : Pelajar berupaya mencadangkan idea / solusi  / penyelesaian  yang baru @ memberi nilai tambah / menambah baik  terhadap  idea / solusi yang sedia ada .

Soalan 1 : 

Cadangkan   langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi      masalah pencemaran Sungai Kelang yang semakin tercemar .

..................................................................................................

.................................................................................................



6.0. Format  Penilaian dan pemarkahan  ( UASA ) .

Format pentaksiran  UASA  2023 . 


6.1. Contoh-contoh soalan  UASA .

6.1.1. Contoh Soalan Objektif Aneka Pilihan (  OAP  ) .





6.1.2. Contoh Soalan  Respon Terhad  ( SRT  )

Soalan 3  berdasarkan foto 3 .

Foto 3 

3 ( a )  Apakah jenis hutan dalam foto 3 

          .................................................................................                                                                                               ( 1m )

    ( b )  Nyatakan dua jenis  tumbuhan semula  jadi dalam                              hutan tersebut. 

          I).....................................................................................

          II ) ..................................................................................

                                                                                      ( 2m ) 


    ( c )  Senaraikan  tiga  aktiviti   penduduk   yang boleh 

            menjejaskan  pertumbuhan hutan  tersebut .

            I)  .................................................................................

            II) .................................................................................

           III) ..................................................................................

                                                                                     (  3m ) 


  ( d )  Terangkan  kepentingan  hutan tersebut terhadap                                 alam sekitar  fizikal .

            I )..................................................................................

                ................... ..............................................................

            II ) ................................................................................

                  ................................................................................

                                                                                        ( 4m )

     


6.1.3. Contoh Soalan Respon Terhad  Terbuka  ( SRTb  ).


 Bahagian  C

( 20 markah )

Jawab mana-mana dua soalan  daripada bahagian ini .


4 ( a ) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan   

           Hutan Konifer .                                                        ( 6m )

   ( b )  Jelaskan tentang   pengaruh tanih aridisols terhadap 

            tummbuh-tumbuhan dan hidupan liar di gurun panas. 

                                                                                            ( 4m )


5 ( a ) Bagaimanakah  tumbuh-tumbuhan semula jadi  memberi 

           manfaat  kepada alam sekitar  manusia   dan negara ?  

                                                                                            ( 6m )

   ( b ) Terangkan kesan negatif  penerokaan hutan  terhadap 

          tumbuh-tumbuhan semulajadi .                                ( 4m )


6 ( a )  Bagaimanakah kegiatan manusia mengancam  hidupan liar di 

            Malaysia ?                                                                       ( 6m )

    ( b )  Jelaskan tujuan  kerjaaan menubuhkan  pusat konservasi dan 

             taman negara.                                                                 ( 4m )


7 ( a ) Terangkan ciri-ciri sumber tenaga alternatif.                   ( 4m )

   ( b )  Huraikan dua kepentingan sumber hutan dalam 

           pembangunan  ekonomi di Malaysia .                            ( 6m )


                             KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT.