Thursday, 24 October 2024

RINGKASAN TAJUK / TOPIKAL 942/2 TAHUN 2026.

BAHAGIAN B:
 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA.


8 Transformasi Luar Bandar dan Pembandaran

 8.1 Transformasi luar bandar
 Calon dapat:
 (a) Mentakrifkan konsep transformasi luar bandar; Perubahan sosioekonomi luar bandar melalui proses pemodenan, guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan, dan kesihatan. 
 (b) Menghuraikan strategi pembangunan luar bandar yang meliputi;
 (i) Program pembangunan in-situ;
 (ii) Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu ( IADP ) 
 (iii) Pembangunan wilayah;
 (iv) Perindustrian kawasan luar bandar;
 (v) Pusat perkhidmatan tempat; Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) 
 (vi) Pemodenan sosioekonomi luar bandar; Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) 
 (vii) Pembandaran kawasan luar bandar;
 (viii) Pengelompokan penempatan baharu /semula masyarakat peribumi.Petempatan berkelompok Orang Asli (Pos Brooke, Pos Balau, dan Pos Gob).

 8.2 Pembandaran
 Calon dapat:
 8.2.1 Konsep bandar dan pembandaran
 (a) Mentakrifkan konsep:
 (i) Bandar Kawasan yang dicirikan dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan tepu bina berbanding dengan kawasan di sekelilingnya. 
 (ii) Pembandaran Proses perubahan kawasan menjadi bandar; Perluasan sempadan bandar, pertambahan penduduk, perubahan aktiviti ekonomi, dan perubahan struktur masyarakat. 

 (b) Mengklasifikasi bandar berdasarkan jumlah penduduk; Skala Malaysia; Bandar kecil (10 001 – 30 000) Bandar sederhana (30 001 – 500 000) Bandar besar (500 001 – 1 000 000) Bandar raya (≥ 1 000 001) Bandar raya mega (≥ 10 000 000) 

 (c) Menjelaskan fungsi bandar;
Fungsi bandar berubah mengikut pertambahan penduduk. 

 (d) Mengenal pasti jenis bandar;
Bandar baru, 
bandar primat, 
bandar satelit, 
bandar global, 
bandar mati, dan lain-lain .

 (e) Menjelaskan proses pembandaran; 
 (i) Perluasan sempadan bandar 
 (ii) Pertambahan penduduk 
 (iii) Perubahan ekonomi 
 (iv) Perubahan struktur masyarakat. 
 (f) Menilai faktor yang mempengaruhi proses pembandaran; 

 8.2.2 Peranan bandar dalam pembangunan
 (g) Menghuraikan peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara; Peranan bandar bergantung kepada klasifikasi bandar .

 8.2.3 Saling kebergantungan luar bandar – bandar.
 (h) Menghuraikan saling kebergantungan antara luar bandar – bandar; Skala Malaysia: Bandar – luar bandar & Luar bandar – bandar.
 
 8.2.4 Kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar manusia
 (i) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap guna tanah, penduduk, dan sosioekonomi;
 (j) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap kehidupan manusia;
 
 8.2.5 Kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal.

 (k) Menilai kesan transformasi luar bandar dan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal yang meliputi;
 (i) Kemerosotan kualiti alam sekitar. Peningkatan suhu setempat, pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik), hakisan, tanah runtuh dan tanah tandus, banjir, dan banjir kilat. 
 (ii) Kemerosotan dan kepupusan sumber Ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, flora dan fauna, mineral, dan rantaian makanan. 

8.3 Kemahiran geografi
 Calon dapat:
 (a) Menghitung dan mempersembahkan data transformasi luar bandar dan pembandaran; Jadual, gambar rajah, carta, dan graf .

(b) Mentafsir data transformasi luar bandar dan pembandaran. Jadual dan gambar rajah 9 Pembangunan dan Kegiatan Ekonomi.

 9.1 Pembangunan ekonomi
Calon dapat:
 (a) Mentakrifkan maksud pembangunan; Proses perubahan daripada tahap sedia ada kepada tahap yang lebih baik.
 
 (b) Menjelaskan petunjuk pembangunan. 

 9.2 Kegiatan ekonomi
 Calon dapat:
 (a) Mengenal pasti tiga sektor ekonomi; Skala negara Malaysia 
 (i) Primer Pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan, dan perlombongan 
 (ii) Sekunder Pemprosesan, pembuatan, dan pembinaan 
 (iii) Tertier Pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, perdagangan dan perniagaan, kewangan, dan lain-lain.
 
 (b) Menghuraikan ciri utama sektor ekonomi Malaysia; Taburan, skala, orientasi pengeluaran, penggunaan modal, buruh, teknologi, dan lain- lain. 

 (c) Menghuraikan kepentingan sektor ekonomi Malaysia;

 (d) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor ekonomi Malaysia;

 (e) Menjelaskan perkembangan semasa sektor ekonomi; Kemajuan, inovasi, isu, masalah dan cabaran, dan lain- lain. 

 (f) Menjelaskan peranan inovasi dalam perkembangan sektor ekonomi. Meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran, pengeluaran produk mesra alam, dan lain-lain. Contoh inovasi: bioteknologi, teknologi hijau, teknologi nano, dan robotik.
 
 9.3 Ketidakseimbangan pembangunan 
 Calon dapat:
 (a) Mentakrifkan konsep ketidakseimbangan pembangunan; Aras kemajuan sosioekonomi yang tidak sama rata dalam sesebuah negara/ kawasan. 

 (b) Menilai faktor ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara Malaysia;

 (c) Membincangkan kesan ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara Malaysia; Tumpuan kepada kesan ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara. 

 (d) Menghuraikan strategi menangani ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam Malaysia. Contohnya ialah pembangunan wilayah. 

 9.4 Kesan pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar. Calon dapat: 
 (a) Peningkatan integrasi ekonomi dan saling kebergantungan antara negara, wilayah, dan ekonomi tempatan melalui intensifikasi pergerakan rentas sempadan (barangan, perkhidmatan, teknologi, modal, dan lain-lain). 

 (b) Menghuraikan aspek saling kebergantungan ekonomi antara negara/kawasan; 
 (i) Pelaburan 
 (ii) Teknologi 
 (iii) Pengeluaran 
 (iv) Pasaran 
 (v) Bekalan buruh 
 (vi) Sumber alam 
 (vii) Modal 
 (viii) Tenaga mahir - Saling kebergantungan ekonomi antara negara/kawasan merujuk kepada hubungan antara negara/kawasan untuk keperluan ekonomi. 

 (c) Menjelaskan kepentingan saling kebergantungan ekonomi antara negara/kawasan; Kecekapan ekonomi, daya saing, pengkhususan, penyertaan dalam ekonomi dunia, dan lain-lain.
 
 (d) Menghuraikan halangan dalam saling kebergantungan ekonomi antara negara/kawasan; Perbezaan ekonomi, konflik politik, keupayaan melaksanakan projek, persaingan, pencemaran rentas sempadan, keselamatan, dan lain-lain.
 
 (e) Membincangkan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara. Kesan positif: Perdagangan bebas, peluasan pasaran, pemindahan teknologi, aliran buruh, menggalakkan persaingan, peningkatan kualiti produk, peningkatan modal/pelaburan, dan pengurangan cukai. 


 9.6 Kemahiran geografi
 Calon dapat: Kesan negatif: Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional (MNC), ancaman kepada barangan dan perkhidmatan, ancaman kepada budaya tempatan, ancaman kepada Perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), kesukaran untuk mengawal aliran modal asing, penjajahan bentuk baru (tanah dan saham), penghakisan kedaulatan negara, dan ancaman kepada keselamatan negara. 

 (a) Menghitung, melukis, mentafsir, dan mempersembahkan data ekonomi semasa. Carta, graf, jadual, gambar rajah, foto, dan peta

No comments:

Post a Comment