STPM PENGGAL 2 ( 942/2 )
BAHAGIAN B:
GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA .
4.0. Penduduk
4.1 Konsep penduduk
Calon dapat:
4.1.1 Penduduk sebagai sumber manusia
(a) Mentakrifkan konsep penduduk sebagai sumber manusia;
Penduduk sebagai aset sesebuah negara yang merangkumi kualiti dan kuantiti.
Asas penduduk: Individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat
(b) Menghuraikan penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara;
(i) Kuantiti -Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan/saiz, umur, jantina, dan taburan.
(ii) Kualiti -Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, kesihatan, dan sikap.
(c) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti penduduk;
4.1.2 Penduduk sebagai ejen perubahan
(d) Menjelaskan peranan manusia sebagai ejen perubahan;
(i) Alam sekitar fizikal
(ii) Alam sekitar manusia / Skala dunia
4.2 Pertumbuhan penduduk
Calon dapat:
(a) Mentakrifkan konsep pertumbuhan penduduk;
Pertumbuhan penduduk merujuk kepada peratus perubahan penduduk pada skala ruang dan masa.
4.2.1 Faktor pengaruhi pertumbuhan penduduk
(b) Menjelaskan faktor pertumbuhan penduduk, iaitu;
(i) Kadar kelahiran
(ii) Kadar kematian
(iii) Migrasi
(c) Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk;
(d) Menghuraikan proses berikut:
(i) Pertumbuhan semula jadi
(ii) Pertumbuhan penduduk = Kelahiran – kematian
Kelahiran – kematian + migrasi bersih
(e) Menghitung kadar pertumbuhan penduduk tahunan dengan formula berikut:
r 1/n Log e(Pn /Po)
100;
r = Kadar pertumbuhan
n = Bilangan tahun
Pn = Penduduk tahun semasa
Po = Penduduk tahun asas
(f) Membandingkan kadar pertumbuhan penduduk; Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
(g) Membandingkan pola dan trend pertumbuhan penduduk; dan Negara maju, negara sedang membangun, dan negara mundur.
4.2.2 Kesan pertumbuhan penduduk
(h) Membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi.
4.3 Taburan penduduk
Calon dapat:
4.3.1 Konsep dan pola taburan penduduk
(a) Mentakrifkan konsep dan pola taburan penduduk;
Sebaran atau agihan penduduk di sesuatu ruang \
(b) Mengenal pasti pola taburan penduduk, iaitu;
(i) Padat
(ii) Sederhana
(iii)Jarang Peta taburan penduduk negara Malaysia
4.3.2 Faktor mempengaruhi taburan penduduk
(c) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;
(d) Menilai faktor yang mempengaruhi taburan penduduk;
4.3.3 Ketidakseimbangan taburan penduduk
(e) Menghuraikan kesan ketidakseimbangan taburan penduduk; Ketidakseimbangan taburan penduduk merujuk kepada alam sekitar,
sumber, politik, ekonomi, dan sosial.
(f) Mencadangkan langkah mengatasi masalah ketidakseimbangan taburan penduduk;
4.3.4 Isu dan impak kependudukan
(g) Menjelaskan isu dan impak kependudukan kini;
Ekonomi, sosial, sumber, penduduk menua, buruh, migrasi, pelarian, petempatan, kesesakan, alam sekitar (fizikal dan manusia), dan lain- lain.
(h) Menjelaskan kependudukan dari aspek geopolitik; Konsep geopolitik:
Ciri geografi tertentu seperti kedudukan atau lokasi,
wilayah, negeri, sumber, topografi, iklim, jarak, pergerakan penduduk, saiz dan bentuk negeri, serta demografi dan seumpamanya yang memberikan kesan dan pengaruh terhadap dasar dan tindakan.
* Tingkah laku politik merujuk kepada pemikiran, respons dan tindak balas terhadap pemilihan, pembentukan, dan pelaksanaan
dasar.
( i) Pola dan taburan geopolitik mengikut skala ruang dan masa Kewilayahan (zon utara, zon selatan, zon timur, zon tengah, Sabah,
dan Sarawak), bandar dan luar bandar.
* Penggunaan piramid penduduk, data banci, peta aliran, peta taburan penduduk, dan
lain-lain.
(ii) Trend mengikut skala ruang dan masa Mengikut umur, taraf pendidikan, media, dasar, kestabilan ekonomi, kepimpinan, dan isu antarabangsa.
4.4.1.Menjelaskan pengaruh geopolitik terhadap;
(i) Dasar kerajaan
(ii) Penggunaan sumber
(iii) Pembangunan sosioekonomi
(iv) Pembangunan fizikal Kesan positif dan kesan negatif.
4.4 Kemahiran geografi :
Calon dapat:
(a) Mengira, melukis, dan mempersembahkan data perubahan dan pertumbuhan penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah;
(i) Kadar kelahiran
(ii) Kadar kematian
(iii) Kadar migrasi bersih
(iv) Kadar pertumbuhan penduduk Skala dunia, wilayah, dan negara.
Gambar rajah meliputi graf, carta, dan rajah.
(b) Mentafsir data dan gambar rajah serta meramalkan trend pertumbuhan penduduk masa depan, dan dari aspek politik;
Mentafsir
bermaksud menerangkan ciri, pola, dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual dan gambar rajah.
(c) Menghitung, melukis, melabel, mempersembahkan data, dan mentafsir kepadatan penduduk; Gambar rajah meliputi graf dan carta
serta peta koroplet.
(d) Melukis, melabel, dan mentafsir piramid penduduk.
Bentuk piramid penduduk progresif, perantaraan, dan regresif.
5 Migrasi
5.1 Konsep migrasi
Calon dapat:
(a) Mentakrifkan konsep migrasi;
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut ruang dan masa (dengan tujuan
untuk menetap sementara atau kekal di tempat yang baharu).
5.2 Jenis dan pola migrasi .
Calon dapat:
(a) Menghuraikan:
(i) Jenis migrasi dalaman :Luar bandar ke bandar, bandar ke bandar, bandar ke luar bandar, dan luar bandar ke luar bandar.
Migrasi pinggir bandar merujuk kepada migrasi ke luar bandar (yang sedang mengalami transisi ke arah bandar).
(ii) Migrasi antarabangsa : Antara negara dan antara benua.
(b) Pola migrasi :
Pola migrasi dilihat dari arah aliran, jumlah aliran, dan komposisi aliran (jantina, umur, dan taraf
pendidikan).
* Penggunaan peta aliran sebagai contoh untuk menerangkan pola migrasi.
5.3 Faktor migrasi
Calon dapat:
(a) Menilai faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi;
(i) Migrasi dalaman
(ii) Migrasi antarabangsa.
5.4 Kesan migrasi.
Calon dapat:
(a) Membincangkan kesan;
(i) Migrasi dalaman
(ii) Migrasi antarabangsa ( Kesan positif dan kesan negatif ).
Contoh: isu pelarian
(b) Mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi.
5.5 Kemahiran geografi.
Calon dapat:
(a) Mengira, melukis, dan mempersembahkan data migrasi penduduk dalam bentuk jadual dan gambar rajah.
Peta aliran dan carta pai.
No comments:
Post a Comment