Thursday, 24 October 2024

RINGKASAN TAJUK / TOPIKAL 942/3 TAHUN 2026.

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA 



 12 Dinamika persekitaran manusia.
Merujuk kepada perubahan persekitaran manusia /penduduk  yang disebabkan faktor semula jadi atau faktor manusia / budaya .

Cth.
1. Perubahan terhadap pertumbuhan penduduk (  tidak seimbang  ;    lebihan penduduk / kurang penduduk / penguncupan  penduduk  / penuaan penduduk ( penduduk menua )  . ledakan penduduk  dll yang dikaitkan  dengan kadar pertumbuhan penduduk ( kadar kelahiran ( tinggi / rendah )  , kadar kematian ( tinggi / rendah )  , kadar jangka hayat ( tinggi  / rendah )  dan kadar migrasi ( tinggi / rendah ) 



2. Perubahan terhadap aspek persekitaran manusia .

Dinamika persekitaran manusia ini akan  mempengaruhi dinamika menyebabkan  /  terjadinya pelbagai isu kemanusiaan -  masalah sosial / jenayah / masalah kemiskinan tegar  / masalah ketidakstabilan politik  ,ketidakseimbangan taburan penduduk ( kawasan berpenduduk padat , sederhana padat  , kurang padat ) , Wabak penyakit, pencemaran, perubahan iklim, ketidakseimbangan penduduk (lebihan, kurangan, dan penguncupan), migrasi, penduduk menua, ledakan penduduk, kekurangan sumber makanan, dan lain- lain. 

  Calon dapat:
 (a) Menjelaskan isu semasa dinamika persekitaran manusia dari perspektif yang berikut:

 (i) Adaptasi 
- Konsep adaptasi :
   Proses penyesuaian diri atau  perubahan sesuatu organisme atau hidupan  agar sentiasa sesuai / relevan dengan keadaan /situasi semasa atau persekitaran yang baru
.
 (ii) Mitigasi 
- Konsep mitigasi :
Tindakan atau proses mengurangkan kesan buruk  . risiko  atau bahaya . Meliputi rangkuman langkah persediaan dan perancangan awal untuk memininumkan kemusnahan  , kerugian atau kerosakan sebelum atau selepas sesuatu insiden berlaku. Terbahagi kepada :

  • Mitigasi Bencana: Langkah-langkah persediaan (seperti membina benteng atau pelan pemindahan) untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat bencana alam.
  • Mitigasi Risiko: Strategi pengurusan untuk mengehadkan potensi kerugian atau ancaman, seperti serangan siber atau masalah kewangan, ke tahap yang boleh diterima.

 (iii) Kesan/isu Contoh isu semasa: 
Wabak penyakit, pencemaran, perubahan iklim, ketidakseimbangan penduduk (lebihan, kurangan, dan penguncupan), migrasi, penduduk menua, ledakan penduduk, kekurangan sumber makanan, dan lain- lain. 


 13 Dinamika ruang

 Calon dapat:
 (a) Menjelaskan isu semasa dinamika transformasi luar bandar dan pembandaran dari perspektif yang berikut: 
 (i) Adaptasi 
 (ii)  Mitigasi 
 (iii)Kesan/isu Contoh kualiti  hidup, daya huni, mobiliti sosial, alam sekitar fizikal, guna tanah, imej bandar, kesesakan, morfologi bandar, dan lain-lain.

a. Dinamika Tranformasi Luar Bandar  dari segi  adaptasi  dan mitigasi  : 
Kualiti hidup, daya huni, mobiliti ,   mobiliti sosial, alam sekitar fizikal, guna tanah, imej bandar, kesesakan,   dan lain-lain.

b. Dinamika  Perbandaran  dari segi  adaptasi  dan mitigasi  : 
Kualiti hidup, daya huni, mobiliti ,   mobiliti sosial, alam sekitar fizikal, guna tanah, imej bandar, kesesakan, morfologi bandar, dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment