Thursday 30 April 2020

Tajamkan Skill Kita : Mudahnya GEOGRAFI ( Menjelaskan soalan " FAKTOR "


Tips  :  MUDAHNYA  GEOGRAFI                     (  MENJAWAB SOALAN " FAKTOR  " )

1.0.  Pengenalan :
- Soalan  berbentuk  faktor  memerlukan penjelasan tentang sebab / punca mengapa berlakunya sesuatu fenomena  alam ( ASF )  atau    mengapa sesuatu  aktiviti penduduk  sentiasa  berubah-ubah( berlaku  perkembangan atau sebaliknya )   ( ASM ).
- Penjelasan perlu  berbentuk kronologi  yang  teratur  mengikut  proses tindak ikut  yang  betul.


Contoh  Fenomena   1 :
Menjelaskan  faktor yang  menggalakkan   fenomena  gerakan jisim di kawasan tanah tinggi . Setiap  penjelasan perlu di atur  mengikut  kronologi  supaya  aliran  sebab   dan  akibat    dapat  dilihat  secara  tertib.  Kronologi  pemahaman  pelajar  yang  sepatutnya  ialah :

Penjelasan  1  : Apakah  aktiviti  terawal    penduduk  yang  menyebabkan berlakunya gerakan jisim   .


                          Penjelasan Foto  1: ( Sebarang  Aktiviti penduduk: 
                                   Cth pertanian , pembinaan , penyahutanan dll mendedahkan                                      kepada pelbagai elemen cuaca  ( cahaya matahari   / hujan dll  )
     
Penjelasan  2 : Apa kesan /tindakbalas ASF   daripada  penjelasan / aktiviti  1.


                                 Penjelasan Foto 2 :  Hujan turun  - air meresap  masuk                                                              ke dalam  tanah  melalui pelbagai liang & rongga )

Penjelasan  3 : Faedah / kebaikan  yang  di perolehi  daripada penjelasan / aktiviti 2.

Penjelasan Foto 3  : Kadar  resapan  tinggi  , 
lapisan  tanah  tepu  air  , jisim /berat  tanah  bertambah.



Penjelasan Foto  4  : Kejadian  tanah  runtuh .

                   Penjelasan Foto 4 :  Tarikan  graviti di bahagian  bawah cerun
                                  akan menyebabkan  tanah  bergerak ke bawah  cerun 
                                    lalu  menyebabkan  kejadian  tanah  runtuh.




Susunan Kronologi   Penjelasan / Jawapan :
1. Aktiviti  manusia ( pertanian / pembalakan /penyahutanan )
2. gondolkan permukaan tanah /dedahkan permukaaan tanah.
3. air hujan / meresap ke dalam  tanah .
4. tanah  tepu  air  - jisim  tanah   bertambah .
5. pergerakan jisim menuruni cerun terjadi  - tarikan  graviti .



                   
Contoh  Huraian :
                
Antara  faktor  yang  menyebabkan kejadian  pergerakan  jisim di  kawasan cerun  ialah  aktiviti pembalakan  . Penebangan  hutan menyebabkan permukaan tanah digondolkan  dan terdedah kepada air hujan . Resapan air  hujan  akan  menyebabkan tanah tepu dengan air  dan jisimnya bertambah . Tarikan graviti di bahagian kaki cerun akan menyebabkan aliran tanah  bergerak menuruni  cerun  . 




Catatan :
Dengan susunan  dan  penerangan  di bawah  setiap  foto , pelajar  boleh mencuba  untuk membina sendiri ayat-ayat yang  sesuai  untuk menceritakan kepentingan  perlbagai  elemen  alam sekitar fizikal  kepada  aktiviti  manusia . 


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.

Thursday 16 April 2020

Tajamkan Skill Kita : Mudahnya GEOGRAFI ( Menjawab soalan " KEPENTINGAN "


Tajamkan Skill Kita   :  MUDAHNYA  GEOGRAFI  (  MENJAWAB SOALAN " KEPENTINGAN "

1.0.  Pengenalan :
- Soalan  berbentuk  Kepentingan  memerlukan penjelasan tentang faedah / keperluan / kebaikan yang  diperolehi  daripada   alam        ( ASF )  dan    aktiviti  manusia  ( ASM ).
- Penjelasan perlu  berbentuk kronologi  yang  teratur  mengikut  proses tindak ikut  yang  betul.


Contoh  Fenomena   1 :
Menjelaskan  kepentingan  perkembangan  aktiviti  pertanian  kepada  sosio ekonomi  penduduk  sesuatu  kawasan . Setiap  penjelasan perlu di atur  mengikut  kronologi  supaya  aliran  kepentingan  dapat  dilihat  secara  tertib.  Kronologi  pemahaman  pelajar  yang  sepatutnya  ialah :

Penjelasan  1  : Apakah  aktiviti  pertanian  yang  dijalankan  oleh  penduduk  .
     Contoh :  Penanaman  kelapa  sawit .

Penjelasan  2 : Faedah / kebaikan  yang  diperolehi  daripada  penjelasan / aktiviti  1.

Contoh :  Sumber peluang  pekerjaan .



Penjelasan  3 : Faedah / kebaikan  yang  di perolehi  daripada penjelasan / aktiviti 2.
Contoh : Peningkatan  pendapatan  perkapita  penduduk.

Penjelasan 4  : Faedah / kebaikan yang  diperolehi  daripada penjelasan / aktiviti  3.


Contoh : Peningkatan  kuasa  beli  penduduk .

Penjelasan  5 : Faedah  / kebaikan yang  diperolehi  daripada  penjelasan / aktiviti 4 
Contoh : Peningkatan  taraf  hidup penduduk. 

Penjelasan  ke 6 :  Tambahan  fakta .
Contoh :  Atasi  pengangguran  setempat. 

Susunan Kronologi   Penjelasan / Jawapan :
1. Aktiviti  penanaman  kelapa sawit.
2. Sediakan  peluang  pekerjaan.
3. Tingkatkan  pendapatan perkapita  penduduk.
4. Tingkatkan  kuasa beli  penduduk.
5. Tingaktkan taraf  hidup  penduduk.
6. Atasi  kadar  pengangguran .


                   
Contoh  Huraian :
                
Antara kepentingan  perkembangan sektor  pertanian  seperti  perladangan  kelapa sawit  ialah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan  kepada  penduduk setempat  seperti buruh ladang , mandur  dan  pihak  pengurusan ladang  . Keadaan   ini akan berupaya meningkatkan pendapatan  perkapita  dan kuasa beli penduduk  yang  terlibat  . Hal  ini   akan dapat  meningkatkan taraf hidup penduduk  tersebut . Selain  itu  , kadar  pengangguran di kalangan  penduduk setempat  juga  akan  dapat  dikurangkan .







Contoh  Fenomena   2 :
Huraikan  kepentingan  hutan  paya  bakau  terhadap  alam  sekitar fizikal  . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan   1  : Struktur hutan  paya  bakau  .



Penjelasan   2 : Peranan  akar pokok  bakau 
   Peranan litupan  struktur  pokok bakau  - menghalang   dan memperlahankan  halaju  ombak  - melindungi  struktur  pantai  daripada proses  hakisan   .


Penjelasan  3  ;  Peranan  akar  jangkang pokok  bakau  - menghalang sedimen  dan  partikal  hanyutan  arus  lautan  dan  ombak  daripada  dihanyutkan  kembali  ke laut - membentuk mendapan  lumpur.

Penjelasan  3 : Tambahan  fakta . 
Peranan  pelbagai  bahan organik  pokok bakau -  membentuk  kawasan  pantai  berlumpur  yang  kaya  dengan  pelbagai nutrien  .
         

Susunan  Kronologi  Penjelasan / Jawapan :
1. Struktur  hutan  paya  bakau.
2. Struktur  pokok  yg  tumbuh  merimbun   dan  akar  pokok bakau  - dapat  lindungi pantai  &  kurangkan  halaju ombak  ketika  sampai ke pantai - kurangkan kadar  hakisan ombak.
3.  Peranan  akar  jangkang pokok  bakau  - menghalang sedimen  dan  partikal  hanyutan  arus  lautan  dan  ombak  daripada  dihanyutkan  kembali  ke laut - membentuk mendapan  lumpur. 
4. Peranan  pelbagai  bahan organik  pokok bakau -  membentuk  kawasan  pantai  berlumpur  yang  kaya  dengan  pelbagai nutrien  .
                                   

Contoh Huraian :
Antara  kepentingan  hutan  paya bakau  kepada alam sekitar fizikal ialah berupaya mengawal  dan mengurangkan kejadian hakisan  ombak . Hal  ini  disebabkan  struktur pokok bakau yang  tumbuh rimbun  dengan  sistem akar ceracak  dan akar  jangkang yang menutupi struktur  pantai  akan berupaya mengurangkan halaju ombak semasa sampai  ke pantai . Selain  itu  sistem akar  jangkang pokok bakau akan memerangkap pelbagai sedimen seperti  lumpur , kelodak  , serpihan pasir  serta  pelbagai  sisa hanyutan ombak  dan arus  laut  lalu  di mendapkan  di kawasan  pantai  lalu membentuk pantai  berlumpur. Pereputan pelbagai  srtuktur pokok bakau  akan terurai dalam bentuk  pelbagai sisa organik  yang  kaya  dengan nutrien yang akan  meningkatkan kesuburan  tanah  di kawasan tersebut. 


Catatan :
Dengan susunan  dan  penerangan  di bawah  setiap  foto , pelajar  boleh mencuba  untuk membina sendiri ayat-ayat yang  sesuai  untuk menceritakan kepentingan  perlbagai  elemen  alam sekitar fizikal  kepada  aktiviti  manusia . 


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.

Wednesday 8 April 2020

Tajamkan Skill Kita : Mudahnya GEOGRAFI ( Cara Menjelaskan " KESAN " )


Tajamkan Skill Kita  :  MUDAHNYA  GEOGRAFI. Menjawab Soalan  " KESAN "

1.0.  Pengenalan :
- Soalan  berbentuk  kesan memerlukan penjelasan tentang proses fenomena alam ( ASF )  dan kesan aktiviti ( ASM ).
- Penjelasan perlu  berbentuk kronologi  yang  teratur  mengikut  proses tindak ikut  yang  betul.


Contoh  Fenomena   1 :
Menjelaskan   bagaimana  proses penyahutanan  mengalakkan kejadian hakisan tanah . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan  1  : Proses penyahutanan .

Penjelasan  2 : kesan penyahutanan kepada permukaan tanah.

Penjelasan  3 : Air  hujan.

Penjelasan  4 : Kesan air hujan kepada pembentukan  larian  air  permukaaan.
Penjelasan  5 :  Kesan larian air  permukaan kepada  proses  hakisan.



Susunan Kronologi  Penjelasan / jawapan :
1. Aktiviti  penyahutanan  -  nyatakan  tujuan.
2. Dedahkan permukaan tanah  kepada agen penggondolan.
3. Air hujan - membentuk larian air  permukaan.
4. Permukaan  bumi  yang  terdedah  + cerun - kadar  halaju larian air permukaan.
5. kesan kadar  larian air permukaan - jenis  dan  kadar  hakisan .


                   
Contoh  Huraian :
                
Proses  hakisan  tanah  akan  meningkat  apabila  kejadian penyahutanan giat dilakukan untuk  pelbagai  aktiviti pembangunan . Proses  penyahutanan menyebabkan  permukaan tanah  menjadi  gondol  dan terdedah kepada  pelbagai agen hakisan seperti tiupan  angin   dan  air mengalir. Hujan lebat yang  turun  akan meningkatkan kadar kelajuan larian air  di  permukaan tanah . Kadar kelajuan air permukaan  yang  tinggi   akan menyebabkan  proses   hakisan galir  dan galur   berlaku  dengan  giat  di atas  permukaan  tanah .









Contoh  Fenomena   2 :
Huraikan  bagaimana  proses   pembandaran   memberi  kesan terhadap alam sekitar  ( ASF ) . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan  1  : Proses   pembandaran  .



Penjelasan  2 : Aktivit pembandaran  yang memberi  kesan kepada ASF.
(  Proses ) 

   * Perkembangan sektor pembinaan 1 .
* Apa  output  pembinaan  -  debu  ,  habuk , sisa simen   dll.
Perkembangan sektor  pembinaan 2.
- Apa  kemungkinan berlaku semasa  pembinaan berjalan ?
- pembinaan di kawasan cerun  tanah tinggi / pergunungan.       
- proses menarah  cerun  / meneres lereng  / memasang cerucuk / pertambahan jisim cerun.


           * Perkembangan  sektor  pengangkutan .
 Apa  output  perkembangan  sistem pengangkutan ? 
 Asap-asap  kenderaan yang  mengandungi  bahan cemar  ; gas karbon dioksida  , karbon monoksida , plumban oksida dll


                                   * Perkembangan sektor  industri 
 Apa  output  perkembangan  sistem pengangkutan ? 
 Asap-asap  kenderaan yang  mengandungi  bahan cemar  ; gas karbon dioksida  , karbon monoksida , CFC  , Sulfur oksida dll.

                                    * Perkembangan sektor perniagaan . 
 Apa  output  perkembangan  sektor perniagaan ? 
 Sisa-sisa  makanan   , sisa-sisa  minyak  dan sampah .

* Pelupusan sampah sarap  yang  tidak  teratur.
Sisa makanan   , sisa-sisa  jualan , kertas pembungkus makanan .



Penjelasan  3 : Kesan Perkembangan proses  pembandaran  kepada  alam sekitar fizikal .
     * Pencemaran  udara.
- Kaitkan dengan  kehadiran bahan cemar yang menyebabkan kemerosotan kualiti  udara .


* Jerebu
- kaitkan  dengan  kepekatan bahan-bahan  terampai yang menyebabkan jarak  penglihatan terganggu .


* Pencemaran  air.
- kaitkan  dengan  kehadiran bahan cemar yang  mengubah kualiti air sungai (  warna  , bau   ,  kehadiran elemen-elemen terampai  ,  BOD  dan kewujudan bakteria e-Coli )

* Pencemaran  bau 
- kaitkan  dengan  pereputan  bahan-bahan organik di pusat-pusat pelupusan sampah , yang  dibuang dalam  longkang  dll.


* Hakisan  tanah / gerakan jisim / tanah runtuh.
- kaitkan  dengan  larian  air  permukaan  / tanah  tepu  dengan air / ketiadaan cengkaman akar / jisim@beban tanah bertambah.


Susunan  Kronologi  Penjelasan  / Jawapan :
1.  Output  proses  pembandaran  - tekanan  pertambahan penduduk  - galakkan perkembangan  sektor  pembinaan . 
2.  Kekurangan tanah pamah  dan citararasa  pembeli  - pemaju lebih gemar memajukan  kawasan tanah tinggi,
3. Pembersihan hutan  / peneresan cerun  - dedahkan  permukaan tanah  kepada air hujan - membentuk larian air  permukaan -  Meningkatkan kadar  hakisan  tanah  serta  meningkatkan kadar  resapan air  ke dalam  tanah.
4.  Ketiadaan  fungsi  akar  ,  butiran  tanah  longgar  , jisim tanah  bertambah  ---- terjadilah gelongsoran tanah / tanah runtuh. 


Contoh Huraian :
Kepesatan  proses pembandaran akan meningkatkan  kesan  terhadap alam sekitar fizikal . Hal  ini  kerana kekurangan tanah pamah  dan  proses  pembandaran  yang  tidak terkawal di kawasan tanah  tinggi akan menyebabkan pembinaan  bangunan di kawasan-kawasan yang  bercerun curam tetapi  mempunyai permandangan  yang  menarik dimajukan sebagai  kawasan  kediaman . Proses pembersihan hutan akan  mendedahkan permukaan tanah kepada air  hujan  dan menyebabkan terjadinya  hakisan tanih. Proses penarahan  dan peneresan tanah pula  akan menyebabkan skruktur tanah menjadi  longgar  dan kadar resapan /susupan  air  tinggi . Ini menjadikan tanah cepat  tepu  dengan air . Keadaan  ini menjadikan jisim tanah semakin  bertambah  dan adakalanya boleh  menyebabkan berlaku kejadian gelongsoran tanah atau tanah runtuh. 


Catatan :
Dengan susunan  dan  penerangan  di bawah  setiap  foto , pelajar  boleh mencuba  untuk membina sendiri ayat-ayat yang  sesuai  untuk menceritakan kesan  pembandaran  terhadap  pencemaran  udara , pencemaran air  , jerebu  dan  lain-lain  fenomena cuaca  yang  dikaitkan  dengan  kepesatan proses  pembandaran. 


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.

                 


Sunday 5 April 2020

Tema : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI .


Tema :  TUMBUH-TUMBUHAN  SEMULA JADI .
  (   Dunia  &  Malaysia )

1.0.  Taburan Tumbuhan Semula  Jadi  di Dunia.




1.1. Faktor  pengaruhi  taburan  tumbuhan  dunia :
1. Faktor  Iklim &  cuaca  -  taburan  hujan  ,  suhu  dan cahaya matahari.
2. Faktor bentuk  muka  bumi  ( kawasan pergunungan  , kawasan  tanah pamah  , kawasan  pantai  ,  kawasan paya  dan lain-lain.
3. Jenis tanah  / tanih .


   1.2.  Jenis-jenis tumbuhan semula jadi dunia.
1. Hutan ; Hutan  Hujan Tropika / Hutan  Khatulistiw ,  Hutan  Monsun  Tropika , Hutan Konifer / Hutan Pokok  Tirus  , Hutan Campur   dan  Hutan  Bangkut  Mediterranian.
2. Padang  rumput : Padang rumput  hawa sederhana  ( jenis  Steppe ).
3. Tumbuhan  Gurun.
4. Tumbuhan  Tundra.



2.0.  Taburan Tumbuhan Semula jadi di Malaysia.

2.1. Faktor  yang  menggalakkan  pertumbuhan hutan di Malaysia.
1. Iklim Khatulistiwa  yang  panas  dan lembap  sepanjang  tahun . 
2. Suhu yang tinggi  ( 27 C )  dan sekata sepanjang  tahun.
3. Taburan hujan yang lebat ( antara 1500 mm hingga  2500 mm ).
4. Pelbagai jenis tanih  yang  membentuk  kepelbagaian bentuk muka bumi. 

2.2. Jenis-jenis  tumbuhan  semula jadi  di Malaysia 

1. Hutan  Hujan tropika.
- Terdapat  di kawasan tanah pamah  dan kawasan beralun.
- Terdiri  daripada spesis pokok berkayu keras  , pokok renek , tumbuhan saprofit , parasit  dan efipit. 
-  Ciri-ciri  hutan Khatulistiwa :
1. Struktur hutan padat / terdapat  pelbagai spesis tumbuhan .
2. Pokok  tumbuh tinggi , lurus   , berakar  banir  dan  berkayu  keras ( Cengal , Meranti , Nyatuh  ).
3. Berdaun lebar dan  membentuk empat  lapisan kanopi ( lapisan renjong / emergen , lapisan kanopi  , lapisan tengah  dan lapisan lantai hutan. 
4. Malar hijau - tidak meluruhkan daun . 


2. Hutan gunung.

- Terdapat  di kawasan  pergunungan / banjaran gunung.
Tumbuh-tumbuhan hidup mengikut  ketinggian kawasan.
- ketinggian
  0 - 1200 m : Hutan Hujan Tropika.
1200 m - 2900 m  :  Hutan  Montana / gunung.
2900 m - 3500 m : Hutan Pokok Tirus.
4000 m : Lumut  dan  Kolampair.



3. Hutan paya air  tawar.

- Terdapat  di kawasan  paya yang  bersaliran buruk di pedalaman.
Tumbuhan terdiri daripada pokok mengkuang ,  nipah , kempas , teratai  dan  lain-lain.




4. Hutan  paya air  masin.
- Terdapat  di kawasan paya / pantai yang  berlumpur seperti  kawasan muara-muara sungai  dan teluk-teluk  yang  terlindung.
- Tumbuhan  utama pelbagai  jenis pokok bakau seperti  bakau kurap  ,bakau api  dan lain-lain.


5. Hutan pantai 
- Terdapat  di kawasan pantai  yang  berpasir.
Tumbuhan utama pokok  ru , mengkuang  laut  dan lain-lain.


2.3. Kepentingan  Tumbuh-tumbuhan Semulajadi .
- terbahagi  kepada :

1. Alam Sekitar Fizikal ( ASF ).
- Membebaskan  gas oksigen.
- Menyerap gas karbon  di oksida.

- Membebaskan  wap air  : kelembapan udara meningkat / kitaran air /  membentuk  kawasan  tadahan hujan .

- Mengawal  hakisan tanah / hakisan ombak 


- berfungsi  sebagai pengeluar  dalam rantaian makanan.

- Mengawal  tanah  runtuh / hakisan ombak .

- Membekal  dan  mengitar   nutrien / sumber organik  dalam  ekosistem .


-  Menyederhanakan  suhu - kesan  daripada  kelembapan udara yang tinggi 

- Sebagai  habitat  pelbagai  flora  dan fauna .


2. Alam  Sekitar  Manusia ( ASM  ).
- Menyediakan  peluang  pekerjaan ,
- Meningkatkan  pendapatan  perkapita penduduk.

-  Menjana pendapatan negara /  KDNK .

- Sumber  makanan  .
-  Perubatan  tradisional.

- Sumber bahan  mentah sektor   industri.

- Sumber bahan mentah  sektor  pembinaan . 



2.4. Punca  kemusnahan   Sumber Hutan .
- Terbahagi kepada : 

1. Aktiviti Alam Sekitar Fizikal  ( ASF ):
-  Letusan gunung berapi.
- kebakaran   hutan.


2. Aktiviti alam  sekitar  manusia  ( ASM ) 
- Pembinaan  empangan  janakuasa tenaga elektrik hidro  dan talian penghantar.

- Perkembangan  pelbagai  sektor  ekonomi : pertanian , penternakan , perlombongan  , pembalakan dan  pelancongan.

- Pembinaan sistem perhubungan (   menara  komunikasi   ) ,  jaringan  pengangkutan (  jalan raya , rel-rel kereta api / LRT  , Komuter ) , Lapangan terbang dan pelabuhan.

- Pembukaan  dan  pembinaan  petempatan , ruang-ruang  perniagaan  dan  perkhidmatan.



2.5. Kesan kemusnahan  hutan / Tumbuhan semula jadi .
1. Kesan Kepada  Alam Sekitar fizikal  ( ASF ).
i)  Peningkatan suhu  setempat  berlaku.
ii)   Kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna.
iii)   Rantaian makanan  fauna  terjejas.


iv)   Tanah menjadi tandus  /kering / tidak subur.


v) kadar  hakisan  tanah  / hakisan ombak meningkat.


vii) kejadian  pergerakan  jisim (  tanah runtuh  ,aliran lumpur , gelongsoran tanah ) akan   meningkat.

viii) kawasan tadahan hujan  kerjejas - hujan berkurangan.
X) Kepupusan spesis tertentu flora  dan fauna berlaku.
ix) Ekosistem setempat terjejas / terganggu.
iix) Berlaku  perubahan lanskap fizikal.


2.6.  Kesan Kekurangan  litupan   dan  tumbuh-tumbuhan semula jadi  kepada alam sekitar manusia ( ASM )
1. Sektor  industri perkilangan  dan  pembinaan kekurangan bahan mentah.
2. Sektor perubatan tradisional  kekurangan bahan mentah .
3. Kejadian  hakisan  tanah / hakisan ombak (  jika  di tepi pantai )  akan  meningkat.
4. kejadian tanah  runtuh  akan  meningkat.
5. Penduduk  kehilangan  peluang  pekerjaan  - pendapatan perkapita  penduduk  merosot  - taraf  hidup juga merosot.
6. Kadar  penganggguran  penduduk  bertambah.
7. Penduduk kehilangan  sumber makanan  berasaskan hutan seperti  umbut , buah-buahan hutan , sayur-sayuran  dan pelbagai hidupan hutan.


2.7. Langkah-langkah Mengatasi Kemusnahan  Hutan .
i) Langkah perundangan 
- Kuatkuasakan Akta Perhutanan  1984.
Laksanakan  proses  pemanatauan , pengawasan secara berkala  dan  berterusan.
- Mengenakan hukuman yang berat (  penjara  ,kompaun  dan menyita / merampas  harta  pesalah alam sekitar )
- Laporan EIA (  Laporan Impak Alam Sekitar ) : Laporan tentang kualiti  alam sekitar  sebelum  , semasa  dan selepas sesuatu projek berskala besar  dilaksanakan  di sesuatu  kawasan.
ii) Langkah Kempen kesedaran alam  sekitar.
iii) Langkah Pendidikan Alam Sekitar ; dilaksanakan  secara formal @  tidak formal  dalam sistem  pendidikan.
iv) Langkah-langkah struktural  / kejuruteraan / taktikal /pemuliharaan :
- Penghutanan semula.
- Ladang  hutan.
- Rawatan Sivilkultur.
iiv) Langkah  pemeliharaan / kawalan :
- Mewartakan  kawasan hutan simpan  / Taman Negara / Hutan Lipur  / Hutan penyelidikan dll.
- Melaksanakan proses penebangan  terpilih.
- Menghadkan pengeluaran  lesen  dan keluasan  kawasan pembalakan.



2.8. Cabaran / Halangan  dalam  mengekalkan kelestarian hutan / tumbuh-tumbuhan semulajadi di Malaysia.
1. Persaingan guna tanah : antara sektor perhutanan  dengan sektor-sektor ekonomi yang  lain (  pertanian  , perlombongan  , penternakan  dan pelancongan  ).

2. Kadar  pertumbuhan  penduduk  yang  terlalu  pesat  - perlukan kawasan kediaman , sumber makanan  dan peluang pekerjaan  yang  banyak.

3.  Kelemahan dalam  pengurusan  pentadbiran sumber  tanih  dan hutan  di pihak  berkuasa - mewujudkan ruang kepada penduduk  dan imigran membuka  kawasan pertanian secara haram  @ membuat  aktiviti pembalakan  haram.

4. Kurang  kesedaran  di kalangan  penduduk akan kepentingan pengurusan  dan  penjagaan sumber hutan secara lestari.

5. Perkembangan ekonomi yang  terlalu  pesat  - tingkatkan  permintaan terhadap hasil-hasil  hutan  seperti  industri perabut  ,  papan lapis dan kayu bergergaji.


6. Kadar pembangunan  dan proses  pembandaran yang terlalu pesat  - kawasan-kawasan hutan di pinggir-pinggir  diteroka  untuk membina tapak-tapak bina bandar-bandar  yang  baru .


Moga catatan  yang  ringkas  ini dapat  membantu para pelajar membuat  persediaan untuk menghadapi peperiksaan dengan  baik.

#hidupkitaacuankita
#kongsikanapayangada.












.