Thursday 16 April 2020

Tajamkan Skill Kita : Mudahnya GEOGRAFI ( Menjawab soalan " KEPENTINGAN "


Tajamkan Skill Kita   :  MUDAHNYA  GEOGRAFI  (  MENJAWAB SOALAN " KEPENTINGAN "

1.0.  Pengenalan :
- Soalan  berbentuk  Kepentingan  memerlukan penjelasan tentang faedah / keperluan / kebaikan yang  diperolehi  daripada   alam        ( ASF )  dan    aktiviti  manusia  ( ASM ).
- Penjelasan perlu  berbentuk kronologi  yang  teratur  mengikut  proses tindak ikut  yang  betul.


Contoh  Fenomena   1 :
Menjelaskan  kepentingan  perkembangan  aktiviti  pertanian  kepada  sosio ekonomi  penduduk  sesuatu  kawasan . Setiap  penjelasan perlu di atur  mengikut  kronologi  supaya  aliran  kepentingan  dapat  dilihat  secara  tertib.  Kronologi  pemahaman  pelajar  yang  sepatutnya  ialah :

Penjelasan  1  : Apakah  aktiviti  pertanian  yang  dijalankan  oleh  penduduk  .
     Contoh :  Penanaman  kelapa  sawit .

Penjelasan  2 : Faedah / kebaikan  yang  diperolehi  daripada  penjelasan / aktiviti  1.

Contoh :  Sumber peluang  pekerjaan .



Penjelasan  3 : Faedah / kebaikan  yang  di perolehi  daripada penjelasan / aktiviti 2.
Contoh : Peningkatan  pendapatan  perkapita  penduduk.

Penjelasan 4  : Faedah / kebaikan yang  diperolehi  daripada penjelasan / aktiviti  3.


Contoh : Peningkatan  kuasa  beli  penduduk .

Penjelasan  5 : Faedah  / kebaikan yang  diperolehi  daripada  penjelasan / aktiviti 4 
Contoh : Peningkatan  taraf  hidup penduduk. 

Penjelasan  ke 6 :  Tambahan  fakta .
Contoh :  Atasi  pengangguran  setempat. 

Susunan Kronologi   Penjelasan / Jawapan :
1. Aktiviti  penanaman  kelapa sawit.
2. Sediakan  peluang  pekerjaan.
3. Tingkatkan  pendapatan perkapita  penduduk.
4. Tingkatkan  kuasa beli  penduduk.
5. Tingaktkan taraf  hidup  penduduk.
6. Atasi  kadar  pengangguran .


                   
Contoh  Huraian :
                
Antara kepentingan  perkembangan sektor  pertanian  seperti  perladangan  kelapa sawit  ialah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan  kepada  penduduk setempat  seperti buruh ladang , mandur  dan  pihak  pengurusan ladang  . Keadaan   ini akan berupaya meningkatkan pendapatan  perkapita  dan kuasa beli penduduk  yang  terlibat  . Hal  ini   akan dapat  meningkatkan taraf hidup penduduk  tersebut . Selain  itu  , kadar  pengangguran di kalangan  penduduk setempat  juga  akan  dapat  dikurangkan .







Contoh  Fenomena   2 :
Huraikan  kepentingan  hutan  paya  bakau  terhadap  alam  sekitar fizikal  . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan   1  : Struktur hutan  paya  bakau  .



Penjelasan   2 : Peranan  akar pokok  bakau 
   Peranan litupan  struktur  pokok bakau  - menghalang   dan memperlahankan  halaju  ombak  - melindungi  struktur  pantai  daripada proses  hakisan   .


Penjelasan  3  ;  Peranan  akar  jangkang pokok  bakau  - menghalang sedimen  dan  partikal  hanyutan  arus  lautan  dan  ombak  daripada  dihanyutkan  kembali  ke laut - membentuk mendapan  lumpur.

Penjelasan  3 : Tambahan  fakta . 
Peranan  pelbagai  bahan organik  pokok bakau -  membentuk  kawasan  pantai  berlumpur  yang  kaya  dengan  pelbagai nutrien  .
         

Susunan  Kronologi  Penjelasan / Jawapan :
1. Struktur  hutan  paya  bakau.
2. Struktur  pokok  yg  tumbuh  merimbun   dan  akar  pokok bakau  - dapat  lindungi pantai  &  kurangkan  halaju ombak  ketika  sampai ke pantai - kurangkan kadar  hakisan ombak.
3.  Peranan  akar  jangkang pokok  bakau  - menghalang sedimen  dan  partikal  hanyutan  arus  lautan  dan  ombak  daripada  dihanyutkan  kembali  ke laut - membentuk mendapan  lumpur. 
4. Peranan  pelbagai  bahan organik  pokok bakau -  membentuk  kawasan  pantai  berlumpur  yang  kaya  dengan  pelbagai nutrien  .
                                   

Contoh Huraian :
Antara  kepentingan  hutan  paya bakau  kepada alam sekitar fizikal ialah berupaya mengawal  dan mengurangkan kejadian hakisan  ombak . Hal  ini  disebabkan  struktur pokok bakau yang  tumbuh rimbun  dengan  sistem akar ceracak  dan akar  jangkang yang menutupi struktur  pantai  akan berupaya mengurangkan halaju ombak semasa sampai  ke pantai . Selain  itu  sistem akar  jangkang pokok bakau akan memerangkap pelbagai sedimen seperti  lumpur , kelodak  , serpihan pasir  serta  pelbagai  sisa hanyutan ombak  dan arus  laut  lalu  di mendapkan  di kawasan  pantai  lalu membentuk pantai  berlumpur. Pereputan pelbagai  srtuktur pokok bakau  akan terurai dalam bentuk  pelbagai sisa organik  yang  kaya  dengan nutrien yang akan  meningkatkan kesuburan  tanah  di kawasan tersebut. 


Catatan :
Dengan susunan  dan  penerangan  di bawah  setiap  foto , pelajar  boleh mencuba  untuk membina sendiri ayat-ayat yang  sesuai  untuk menceritakan kepentingan  perlbagai  elemen  alam sekitar fizikal  kepada  aktiviti  manusia . 


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.

6 comments:

  1. Terima kasih cikgu atas panduan yg terbaik ni👍👍

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah makin fahamm. Terbaik lah cg, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cg panduan yg sangat baik dan senang untk difahami

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah . T/kasih atas kunjungan . Sila gunakan perkongsian yang ada dan boleh tinggalkan sebarang komen untuk proses penambahbaikan .

    ReplyDelete