Wednesday, 8 April 2020

Tajamkan Skill Kita : Mudahnya GEOGRAFI ( Cara Menjelaskan " KESAN " )


Tajamkan Skill Kita  :  MUDAHNYA  GEOGRAFI. Menjawab Soalan  " KESAN "

1.0.  Pengenalan :
- Soalan  berbentuk  kesan memerlukan penjelasan tentang proses fenomena alam ( ASF )  dan kesan aktiviti ( ASM ).
- Penjelasan perlu  berbentuk kronologi  yang  teratur  mengikut  proses tindak ikut  yang  betul.


Contoh  Fenomena   1 :
Menjelaskan   bagaimana  proses penyahutanan  mengalakkan kejadian hakisan tanah . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan  1  : Proses penyahutanan .

Penjelasan  2 : kesan penyahutanan kepada permukaan tanah.

Penjelasan  3 : Air  hujan.

Penjelasan  4 : Kesan air hujan kepada pembentukan  larian  air  permukaaan.
Penjelasan  5 :  Kesan larian air  permukaan kepada  proses  hakisan.



Susunan Kronologi  Penjelasan / jawapan :
1. Aktiviti  penyahutanan  -  nyatakan  tujuan.
2. Dedahkan permukaan tanah  kepada agen penggondolan.
3. Air hujan - membentuk larian air  permukaan.
4. Permukaan  bumi  yang  terdedah  + cerun - kadar  halaju larian air permukaan.
5. kesan kadar  larian air permukaan - jenis  dan  kadar  hakisan .


                   
Contoh  Huraian :
                
Proses  hakisan  tanah  akan  meningkat  apabila  kejadian penyahutanan giat dilakukan untuk  pelbagai  aktiviti pembangunan . Proses  penyahutanan menyebabkan  permukaan tanah  menjadi  gondol  dan terdedah kepada  pelbagai agen hakisan seperti tiupan  angin   dan  air mengalir. Hujan lebat yang  turun  akan meningkatkan kadar kelajuan larian air  di  permukaan tanah . Kadar kelajuan air permukaan  yang  tinggi   akan menyebabkan  proses   hakisan galir  dan galur   berlaku  dengan  giat  di atas  permukaan  tanah .









Contoh  Fenomena   2 :
Huraikan  bagaimana  proses   pembandaran   memberi  kesan terhadap alam sekitar  ( ASF ) . Kronologi  kejadian yang  sepatutnya :

Penjelasan  1  : Proses   pembandaran  .



Penjelasan  2 : Aktivit pembandaran  yang memberi  kesan kepada ASF.
(  Proses ) 

   * Perkembangan sektor pembinaan 1 .
* Apa  output  pembinaan  -  debu  ,  habuk , sisa simen   dll.
Perkembangan sektor  pembinaan 2.
- Apa  kemungkinan berlaku semasa  pembinaan berjalan ?
- pembinaan di kawasan cerun  tanah tinggi / pergunungan.       
- proses menarah  cerun  / meneres lereng  / memasang cerucuk / pertambahan jisim cerun.


           * Perkembangan  sektor  pengangkutan .
 Apa  output  perkembangan  sistem pengangkutan ? 
 Asap-asap  kenderaan yang  mengandungi  bahan cemar  ; gas karbon dioksida  , karbon monoksida , plumban oksida dll


                                   * Perkembangan sektor  industri 
 Apa  output  perkembangan  sistem pengangkutan ? 
 Asap-asap  kenderaan yang  mengandungi  bahan cemar  ; gas karbon dioksida  , karbon monoksida , CFC  , Sulfur oksida dll.

                                    * Perkembangan sektor perniagaan . 
 Apa  output  perkembangan  sektor perniagaan ? 
 Sisa-sisa  makanan   , sisa-sisa  minyak  dan sampah .

* Pelupusan sampah sarap  yang  tidak  teratur.
Sisa makanan   , sisa-sisa  jualan , kertas pembungkus makanan .



Penjelasan  3 : Kesan Perkembangan proses  pembandaran  kepada  alam sekitar fizikal .
     * Pencemaran  udara.
- Kaitkan dengan  kehadiran bahan cemar yang menyebabkan kemerosotan kualiti  udara .


* Jerebu
- kaitkan  dengan  kepekatan bahan-bahan  terampai yang menyebabkan jarak  penglihatan terganggu .


* Pencemaran  air.
- kaitkan  dengan  kehadiran bahan cemar yang  mengubah kualiti air sungai (  warna  , bau   ,  kehadiran elemen-elemen terampai  ,  BOD  dan kewujudan bakteria e-Coli )

* Pencemaran  bau 
- kaitkan  dengan  pereputan  bahan-bahan organik di pusat-pusat pelupusan sampah , yang  dibuang dalam  longkang  dll.


* Hakisan  tanah / gerakan jisim / tanah runtuh.
- kaitkan  dengan  larian  air  permukaan  / tanah  tepu  dengan air / ketiadaan cengkaman akar / jisim@beban tanah bertambah.


Susunan  Kronologi  Penjelasan  / Jawapan :
1.  Output  proses  pembandaran  - tekanan  pertambahan penduduk  - galakkan perkembangan  sektor  pembinaan . 
2.  Kekurangan tanah pamah  dan citararasa  pembeli  - pemaju lebih gemar memajukan  kawasan tanah tinggi,
3. Pembersihan hutan  / peneresan cerun  - dedahkan  permukaan tanah  kepada air hujan - membentuk larian air  permukaan -  Meningkatkan kadar  hakisan  tanah  serta  meningkatkan kadar  resapan air  ke dalam  tanah.
4.  Ketiadaan  fungsi  akar  ,  butiran  tanah  longgar  , jisim tanah  bertambah  ---- terjadilah gelongsoran tanah / tanah runtuh. 


Contoh Huraian :
Kepesatan  proses pembandaran akan meningkatkan  kesan  terhadap alam sekitar fizikal . Hal  ini  kerana kekurangan tanah pamah  dan  proses  pembandaran  yang  tidak terkawal di kawasan tanah  tinggi akan menyebabkan pembinaan  bangunan di kawasan-kawasan yang  bercerun curam tetapi  mempunyai permandangan  yang  menarik dimajukan sebagai  kawasan  kediaman . Proses pembersihan hutan akan  mendedahkan permukaan tanah kepada air  hujan  dan menyebabkan terjadinya  hakisan tanih. Proses penarahan  dan peneresan tanah pula  akan menyebabkan skruktur tanah menjadi  longgar  dan kadar resapan /susupan  air  tinggi . Ini menjadikan tanah cepat  tepu  dengan air . Keadaan  ini menjadikan jisim tanah semakin  bertambah  dan adakalanya boleh  menyebabkan berlaku kejadian gelongsoran tanah atau tanah runtuh. 


Catatan :
Dengan susunan  dan  penerangan  di bawah  setiap  foto , pelajar  boleh mencuba  untuk membina sendiri ayat-ayat yang  sesuai  untuk menceritakan kesan  pembandaran  terhadap  pencemaran  udara , pencemaran air  , jerebu  dan  lain-lain  fenomena cuaca  yang  dikaitkan  dengan  kepesatan proses  pembandaran. 


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya.

                 


2 comments:

  1. Huraian cikgu semua mudah difahami..tq cg👍👍

    ReplyDelete
  2. Tkasih kerana sudi menjengok blog cgu dan atas komen yang diberikan . Moga bermanfaat untuk awak.

    ReplyDelete