Friday, 3 April 2020

Tips : KAEDAH MENYEDIAKAN JAWAPAN ( SPM & STPM )


Tips :  KAEDAH  MENYEDIAKAN   SKRIP
                       JAWAPAN PEPERIKSAAN.




a. Soalan berbentuk " Kesan " ,
    Kehendak Soalan : Jawapan  MESTI  menyatakan "  CARA / BAGAIMANA " sesuatu  aktiviti  manusia  , Aktiviti  Ekonomi / Punca   (  ASM )  ataupun  Aktiviti / Proses  alam sekitar. ( ASF ).


i) Contoh  soalan  berbentuk " kesan ".
Contoh soalan / tajuk  tugasan.
Jelaskan  bagaimana  perkembangan aktiviti  perikanan menjejaskan kualiti alam sekitar.


ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah Menajawab Solaan  : 
Fakta utama + Contoh + proses----- kesan.

Contoh Jawapan :
Kesan  perkembangan  aktiviti perikanan yang  tidak terkawal  seperti  penggunaan  pukat  tunda  di kawasan  perairan  yang  cetek    akan merosakkan  terumbu  karang  di dasar  laut .  Hal  ini akan  menyebabkan pelbagai  hidupan  akuatik kehilangan  habitat  dan rantaian makanan turut  terjejas.

Pilihan  ke 2 :
Cadangan Kaedah menjawab  : 
Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama /proses ---- kesan.

Contoh  jawapan :
Perkembangan aktiviti  perikanan akan   menjejaskan kualiti alam sekitar apabila nelayan-nelayan membersihkan bot-bot  mereka di laut . Tompokan-tompokan  minyak akan terapung di atas permukaan air laut  dan  menghalang cahaya matahari  daripada  sampai ke dasar laut. Keadaan ini akan menyebabkan  planton dan teurmbu karang kurang mendapat cahaya matahari. Pertumbuhan planton  dan terumbu karang  akan  terjejas  dan akan menyebabkan kerosakan  kepada habitat dan rantaian makanan pelbagai hidupan marin

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : proses .

Merah :  Kesan .
Penggunaan  kata : " apabila " dan " akan " - dapat  memberi penegasan  dalam pembinaan ayat . 





b. Soalan berbentuk " Cadangan  Langkah  " ,
-  Kehendak Soalan : Jawapan  MESTI  menyatakan "  CARA / KAEDAH  "  untuk menangani / menyelesaikan gansesuatu masalah   terhadap sesuatu isu yang berbangkit  seperti  ( masalah / Cabaran / Halangan ) ASM  dan  ( Kesan  terhadap  ) ASF.
-  Perlukan  kata  penguat untuk memberi impak  peneguhan / penegasan terhadap  ayat  sepeti : 

i ) Meningkatkan  ( kawalan  , kadar pengawasan , kadar pemantauan .
ii)   Meninggikan / menambah /    (  kadar denda /  penjara ).
Untuk langkah-langkah  perundangan.
i)   mempelbanyakkan  / lebih  banyak  / menggandakan usaha 
Untuk langkah pengurusan strategik 

i) Contoh  soalan  berbentuk " cadangan langkah   - perundangan ".
Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah penerokaan hutan secara haram di Cameron Highland.

ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah menjawab : 

Fakta utama + Contoh + Huraian .


Contoh  Jawapan :
Langkah perundangan  seperti  menguatkuasakan  Akta Perhutanan 1984 boleh  digunakan  untuk  mengatasi  masalah  penerokaan hutan secara haram  di Cameron Highland.  Dalam  hal  ini pihak  kerajaan  melalui  Jabatan Perhutanan  serta Jabatan  Tanah  dan Galian Daerah Cameron Highland boleh meningkatkan kawalan dan melakukan pemantauan secara berterusan  terhadap aktiviti penerokaan hutan  dan  pembukaan kawasan-kawasan pertanian secara haram agar masalah penerokaan tanah secara haram  di kawasan tersebut  dapat  dikawal sepenuhnya .

Pilihan  ke 2 :
Cadangan  Kaedah Menjawab Soalan  : Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama contoh + huriaan .

Contoh Jawapan :
Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah penerokaan hutan secara haram di Cameron Highland ialah penguatkuasaan undang-undang  oleh  Jabatan Perhutanan dan Jabatan Tanah  dan Galian  daerah Cameron Highland . Dengan  menguatkuasakan Akta Perhutanan 1984  misalnya , proses pemantauan  dan  kawalan dapat  dipertingkatkan  dan dijalankan  secara  berkala  dan berterusan . Hal  ini akan  berupaya mengawal aktiviti pembalakan  dan pembukaan tanah-tanah pertanian yang  menyumbang  kepada penceerobohan hutan secara haram di kawasan tersebut.

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : contoh  .
Merah :  Huraian  . 
Penggunan kata yang berupaya memberi peneguhan / penegasan ayat / huraian  : huruf-huruf yang diboltkan & digariskan
Kata hubung ;  " ialah "


i) Contoh  soalan  berbentuk " cadangan langkah                                  - pengurusan strategik  / struktural  / pemuliharaan  ".

Contoh Soalan :
Cadangkan langkah-langkah bukan  perundangan  untuk mengatasi kesan penerokaan kawasan hutan di Malaysia.



ii) Contoh  jawapan : 

Pilihan Pertama :
Cadangan Kaedah menjawab  : 
Fakta utama + Contoh + Huraian .

Contoh Jawapan
Penanaman  semula anak-anak pokok aksia  , jati  emas  dan  sentang  boleh  dilakukan   untuk  mengatasi  masalah kesan  penerokaan hutan secara haram  di Malaysia .  Aktiviti  penghutanan  semula ini  dapat  dilakukan  oleh  pihak  kerajaan  melalui  Jabatan Perhutanan .  Usaha ini  boleh meningkatkan kadar  penanaman anak-anak pokok yang  berkualiti tinggi  secara berterusan  di kawasan-kawasan  hutan  tersebut.  Dalam  jangka masa panjang , Usaha  ini akan dapat  memastikan struktur  asal hutan  akan dapat  dipulihkan .

Pilihan  ke 2 :
Cadangan  Kaedah menjawab : 
Salin sebahagian  soalan + kata hubung + fakta utama contoh + huraian .

Contoh Jawapan :
Antara langkah-langkah untuk mengatasi kesan penerokaan hutan  di Malaysia  ialah melalui  aktiviti  penghutanan  semula   oleh  Jabatan Perhutanan . Anak-anak  pokok yang  berkualiti  tinggi seperti pokok Sentang , Jati  dan akasia  boleh ditanam  di kawasan-kawasan hutan yang sudah di gondolkan akibat  proses pembalakan  atau  pertanian  pindah .   Melalui  usaha  ini , keluasan kawasan hutan  akan  dapat  ditambah  dan dijalankan  secara  berkala  dan berterusan . Hal  ini akan  berupaya mengawal aktiviti pembalakan  dan pembukaan tanah-tanah pertanian yang  menyumbang  kepada penceerobohan hutan secara haram di kawasan tersebut.

Analisis Ayat 
Hijau  :  Fakta .
Biru  : contoh  .
Merah :  Huraian  . 
Penggunan kata yang berupaya memberi peneguhan / penegasan ayat / huraian  : huruf-huruf yang diboltkan & digariskan 
Kata hubung ;  " ialah ",



c. Soalan  berbentuk " Bincangkan "  dan " sejauhmanakah :
- Perlu  ada pro  dan kontra .
- Agihan  fakta  pro & kontra  mesti  seimbang dengan  nisbah 3:3 , 4:2 @ 2:4 .
- Perlu ada kesimpulan ( dalam  kesimpulan  mesti  ada sisipan  4 isi utama.


Contoh Soalan :
Bincangkan sejauhmanakah kerajaan berperanan  dalam memajukan sektor pertanian   di Malaysia. 

Contoh  Jawapan :
Dalam usaha memajukan sektor  pertanian di Malaysia , peranan kerajaan  amat penting . Pembukaan Rancangan kemajuan Tanah oleh FELDA berupaya mewujudkan kawasan-kawasan yang berskala besar  dan mampu menyumbang  kepada eksport komuditi getah dan kelapa sawit  secara besar-besaran. Hal ini berupaya meletakkan sektor pertanian adalah antara penyumbang  kepada KDNK negara yang  utama.

Selain  itu  keupayaan menghasilkan pelbagai inovasi baru hasil  daripada  penyelidikan oleh pelbagai agensi kerajaan  seperti MARDI  , PORIM dan pelbagai IPTA  serta IPTS  turut menyumbang  kepada kejayaan sektor pertanian . Penggunaan  pelbagai jenis kaedah dan pengurusan seperti penggunaan  kultur  di kawasan tanih  bris berjaya menukarkan struktur tanah bekas lombong menjadi kawasan penanaman jambu  batu . Mana penggunaan  kaedah hidrofonik  membantu mengatasi masalah kekurangan yang  tanah atau ketidaksuburan tanah.

Selain  itu  , faktor  kepelbagian  jenis tanih  dan variasi kesuburan tanah turut membantu  perkembangan sektor pertanian  di Malaysia. Kewujudan tanah tanah laterit  di kawasan berbukit berupaya membolehkan kawasan tersebut  ditanam  dengan tanaman komersial  seperti  getah  dan kelapa sawit.

Sebagai kesimpulannya , dapatlah dirumuskan  bahawa melalui  program pembukaan  tanah-tanah rancangan  ,  penghasilaan pelbagai  inovasi  pertanian oleh  pelbagai  agensi  , maka kerajaan memainkan peranan yang  sangat  besar  dalam memastikan sektor  pertanian  dalam  negara sentiasa berkembang. Walau  bagaimanapun , sumbangan   faktor  kesuburan  tanih  dan kepelbagaian bentuk muka bumi tidak  boleh  diketepikan  begitu  sahaja . Kesemua  faktor  ini  perlu dieksplotasi dengan tepat untuk menghasilkan sumbangan  yang  maksima terhadap perkembangan sektor pertanian negara pada masa hadapan.


Analisis  Jawapan :
Kaedah menulis  esie   dan  membuat  Kasimpulan.
Merah   :  Isi-isi  jawapan .
Ungu : Rumusan keseluruhan / pandangan penulis.






d) Soalan  berbentuk wajar @  tidak wajar .
- Nyatakan  pendirian terhadap isu ( wajar @ tidak wajar ).
-.Pemilihan  fakta & huraian (  alasan  )  mestilah  selari dengan pendirian .

Contoh Soalan :
Wajarkah Malaysia menghadkan kemasukan pekerja asing.
 Nyatakan  pendirian / cadangan /  alasan   anda .

Contoh Jawapan :
Pada pendapat  saya , adalah wajar Malaysia menghadkan kemasukan pekerja asing . Hal  ini  kerana  kemasukan pekerja asing secara beramai-ramai akan menyebabkan wujud  persaingan penawaran tenaga buruh yang tinggi  dengan  pekerja  tempat. Mobiliti pekerjaan  dan kesanggupan bekerja dengan tawaran kadar upah yang lebih  rendah menyebabkan ramai majikan akan memilih pekerja asing untuk bekerja. Keadaan  ini akan  mewujudkan pengangguran di kalangan  penduduk tempatan . 

Analisis Ayat ; 
Biru   :  Menyatakan  pendirian " Wajar ".
Merah  :  Huraian .
Hijau : Fakta  ( wujudkan pengangguran  )

Contoh-contoh  jawapan  ini bukanlah  yang  terbaik  tetapi  boleh  lah dijadikan  sebagai  panduan  bagi pelajar-pelajar  yang  berhajat memulakan  usaha  untuk menghasilkan skrip jawapan yang  baik untuk  peperiksaan.


Selamat  mencuba .


#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya
#jumkongsikanapayangada
#kejayaankitaraibersama.












 
 

 
   

No comments:

Post a Comment